31 Oktober, 2009
Kisah manusia tak berkepala di Padang Rengas dan Kolej Islam Chandan.
29 Oktober, 2009
PKR ternak katak, PAS ternak mengkarung!
27 Oktober, 2009
Wakil Rakyat untuk parti atau kepada rakyat?
25 Oktober, 2009
EGM: Sesuatu yang ditakuti oleh pemimpin UG dah bermula!
Mustafa Kamil Ayub? Tahniah Anwar! PKR Perak Bakal Lingkup!
Perlukah ditubuhkan parti lain untuk mewakili suara rakyat?
23 Oktober, 2009
Bajet 2010: UMNO nak menfaraid harta negara!
Pandangan terbaru Presiden Bar Council terhadap skop penyiasatan Teoh!
21 Oktober, 2009
Berita yang gerenti tak keluar TV!
20 Oktober, 2009
Kisah sebuah negeri yang haru-biru!
18 Oktober, 2009
Kesatuan amal yang ditunggu-tunggu!
Hasan Ali bakal berkokok lagi!
16 Oktober, 2009
4 rukun: teknik terbaru UMNO untuk terus menipu orang Melayu!
11 Oktober, 2009
PRK Bagan Pinang: Tewasnya pilihan Hj Hadi!
09 Oktober, 2009
PRK Bagan Pinang: Taktikal ketenteraan untuk menghadapi ancaman samseng taik minyak ameno!
06 Oktober, 2009
PRK Bagan Pinang: Cukup-cukuplah anggota tentera diperbodohkan oleh UMNO!
03 Oktober, 2009
Sorang bengong, sorang baghal!
Melalui Berita TV 3 Stooges tadi aku terperasan perihal 2manusia bengong:
Berita 1 - perihal AJK PKR Lukut yang keluar PKR untuk jadi calon bebas Bagan Pinang. Tak pernah study ke keperluan untuk jadi calon memerlukan pencadang dan penyokong yang menjadi pengundi DUN yang hendak ditandingi?
Ulasan: Mujurlah dia keluar PKR, kalau dia kekal dalam PKR abis ahli PKR Lukut jadi bengong serupa dia!
Berita 2 - Hasaaannn Ali! dah tau PAS sedang menghadapi PRK di Bagan Pinang awat yang hang pi layan soalan tentang SELCAT dari pemberita TV 3 stooges tu? tang ni aku setuju bebenor dengan Aduka Taruna "menyingkirkan ahli PAS berjiwa UMNO ibarat menarik duri dari kapas basah!"
Ulasan: Sebenarnya sekarang ni penyokong Pakatan Rakyat malas dah nak melayan Hasan Ali nih! Tunggu masa nak bubuh penerajang je! macamana la pemikiran orang yang melantik dia ni sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor? (Siapalah yang rekemen Hasan Ali ni kepada Hj Hadi Awang?)
02 Oktober, 2009
PRK Bagan Pinang: Idea gila yang relevan!
Berdasarkan proses pengundian undi Pos dalam Kem tentera: a. Ketua Kerani panggil nama anggota tentera. b. Tentera yang dipanggil nama ambil borang pengundian lepas tu belah (sukati nak gi kantin dulu atau gi masuk jamban dulu). c. Selepas gi pangkah kat mana-mana (atas belakang kawan pun boleh). d. Datang semula ke dewan untuk masukkan kertas yang telah dipangkah ke dalam karung undi (kirim kawan pun boleh).
Maka, aku cadangkan kita offer kepada tentera2 yang memangkah untuk memfotostat kertas undi yang telah dipangkah (yang pangkah PAS le!) kemudian serahkan kepada pihak PAS untuk tujuan perbandingan semasa proses pengiraan nanti! Bayarler satu fotostat RM10! Takkan itupun kedekut!
Untuk memudahkan lagi tindakan ini, hangpa cari tentera yang berpangkat Staf Sarjan keatas untuk mengenalpasti Ketua kerani2 (Ketua Kerani Tentera berpangkat Staff Sarjan atau Pegawai Waren Dua) yang pro-pakatan! Untuk kasi lagi mudah lagi hangpa cari pegawai tentera "orang lama" (biasanya mejar) untuk mengenal pasti Adjutan (Pegawai Tadbir - biasanya Leutenant atau Kapten) yang pro-pakatan! Maka depa 2 orang ni boleh bisik-bisik maklumkan kepada anggota tentera tentang perkara ni semasa depa ambik borang undi!
Sekiranya (orang dulu2 sebut jikalau!), Undi tentera untuk PAS melebihi daripada daripada kertas fotostat yang kita perolehi! Alhamdulillahlah! Tapi, jeng jeng jeng.... sekiranya kurang!? Ikut suka hangpa nak buat lagu mana!
P/S: perkara ni dari maklumat saudara mara aku yang kerja Sojar kat kem tentera! heh heh!