30 November, 2009
Rakyat bersama Nik Aziz!
Cilok dari Al-Bakistani
YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!
Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.
Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan.
Memandangkan kezaliman ini dilakukan, menyebabkan Tuan Guru nik Abdul Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri kelantan telah berdoa, agar memberi kebinasaan kepada najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan itu.
Persoalannya, apakah tindakan Tuan guru itu salah?
Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut;
PERTAMA;
Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.
Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
Maksudnya;
"celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka"
(Surah Al-lahab : 1)
KEDUA:
Firman Allah;
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Maksudnya;
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim"
(Surah Hud : 18)
KETIGA;
Firman Allah;
أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya;
"Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya"
(Surah Al-Imran : 87)
KEEMPAT:
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;
اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا
Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"
Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca;
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Maksudnya;
"telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu" (Al-Bukhari : 3762)
KELIMA;
Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;
اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ
Maksudnya;
"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"
Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;
لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ
Maksudnya;
" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Imran : 128)
Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)
KEENAM;
Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ
Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)
* maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.
ISTIDLAL
Dari Ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.
Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu 'dita'liqkan' dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.
Sabda nabi SAW;
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
Maksudnya;
"tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim"
Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?"
Jawab nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-bukhari : 6438)
Dari hadis ini, amat nyata bahawa nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.
Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.
Sekian
Wallahu 'Alam
29 November, 2009
'Hasan Ali' dah membiak!
Bila berlaku PRK di Bagan Pinang, Hasan Ali digunakan untuk mengalihkan perhatian. Bila Kelantan menuntut royalti minyak dan umngok dilihat tak mampu mengeluarkan hujah, 'Hasan Ali' menyerang PMBK untuk mengalihkan perhatian!
Aku dah lama perasan benda-benda ni! Masalahnya, ahli-ahli PAS terikut-ikut dengan isu semasa yang dibawa dan mengabaikan agenda Umngok! Yang ternyata, PAS lebih ngok dari umngok!
Persengketaan antara ulama dan erdogan kini telah digantikan dengan 'Hasan Ali' melawan PAS tulen! Jika golongan PAS tulen tak berjaya menghalang kemaraan 'Hasan Ali' selepas ni aku akan rujuk PAS sebagai PASiol pulak! So, halang 'Hasan Ali sebelum keadaan menjadi terok. Sila senaraikan ahli yang membawa syndrom 'Hasan Ali' ke dalam PAS. Aku pasti akhirnya akan membawa tuan-tuan ke kelompok yang sama, kelompok 'UG'!
Hidup ini mudah sebenarnya
Bismillahirahmanirahim ... semoga aku tergolong ke dalam golongan yang disayangi Tuhan...
Hidup ini amat mudah sebenarnya.
Makan makanan yang berkhasiat supaya tubuh badan berupaya melakukan tugas manusiawi merangkumi beribadat, berbakti kepada keluarga dan masyarakat sekitar yang memerlukan.
Mendalami agama agar diri kita dekat kepada Tuhan.
Mendalami ilmu duniawi agar kita dapat melakukan tugas sebaik mungkin.
Tetapi manusia sengaja menyukarkan.
Makan makanan yang lazat-lazat untuk tujuan menurut kehendak nafsu tekak tanpa menghiraukan insan lain yang tak berupaya.
Ada yang mendalami agama untuk tujuan bermegah-megah kononnya dialah manusia yang paling hampir dengan Tuhan.
Mendalami ilmu duniawi untuk mendapatkan gaji tinggi walhal tugas sebenarnya dibereskan orang lain yang ilmu tak setinggi mana.
Yang paling celaka:
Berhempas pulas mengekalkan kuasa untuk kepentingan sendiri menggunakan momokan bangsa dan agama.
Sanggup mengekalkan pangkat sebagai ketua agama walhal cara hidup diri amat jauh dari agama!
Menyara diri sebagai penegak undang-undang walhal tugas hakiki hanya menjaga kepentingan golongan-golongan paling celaka!
Apakah golongan paling celaka ini tak tau atau tak ambil tau hidup ini hanya sementara?
Masalahnya, golongan yang paling celaka inilah yang disanjung masyarakat!
20 November, 2009
Calon Pelakun Lelaki Terbaik 2009?
Cerita 1
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, penyiasat persendirian P. Balasubramaniam perlu tampil ke hadapan dan berterus terang dia kini sedang melarikan diri daripada siapa dan bercakap benar mengenai episod di sebalik isu kontroversi dirinya.
“Daripada siapa dia kini melarikan diri? Kenapa dia sendiri menyembunyikan diri? Siapa yang sedang memburunya sekarang?” tanya Musa.
Malah katanya, Balasubramaniam patut tampil ke hadapan dan bercakap benar.
Sebaliknya kata Musa lagi, Balasubramaniam bertindak seolah-olah dia kini seorang pelarian yang dikehendaki sedangkan namanya tidak ada pun dalam senarai orang yang dikehendaki polis.
“Pihak polis hanya mencari dia untuk merekodkan keterangan berkaitan dua deklarasi berkanun yang dia buat tetapi bercanggah di antara satu sama lain,’’ jelas Musa.
Balasubramaniam telah menghilangkan diri sejak 3 Julai tahun lalu selepas mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang menafikan pengakuan bersumpah awal berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolian Altantuya Shaaribuu.Kata Musa, jika Balasubramaniam benar-benar jujur dan ikhlas, dia patut ke hadapan dan berikan kenyataan kepada pihak polis.
Bandingkan
Cerita 2
Raja Petra Kamarudin
Q 55. Why did you not tell them the truth about the way the 2nd statutory declaration was made since you had your family with you and they were all safe? (Mengapakah kamu tidak memberitahu mereka perkara sebenar berkenaan keadaan SD kedua dibuat sejak keluarga kamu telah bersama kamu & mereka telah selamat?)
A. I was still in a state of confusion and was still concerned for the safety of my family. I was made aware that Deepak had some very powerful connections, especially after meeting the Malay VIP Datuk at The Curve a few nights previously and his advice was still in my mind.
I was also surprised at how far Deepak’s connections reached as he seemed capable of organising things in different countries and had even arranged a Thai woman to apply for our Indian visas in Bangkok.
At that time I had no idea what to expect so I felt I should follow their advice until I could think more clearly as I had my family to consider as I did not want them to be harmed.
My family and I were also in a foreign country with no access to finances. (Saya masih berada dalam keadaan keliru & risau terhadap keselamatan keluarga saya. Saya difahamkan selepas saya berjumpa dengan VIP datuk di the Curve bahawa Deepak mempunyai pertalian dengan yang ber’power’ & nasihat itu masih dalam minda saya.
Saya juga terkejut dengan sejauh mana pertalian Deepak dapat menjangkau kerana beliau nampaknya boleh menguruskan hal-hal di negara-negara luar & telah mengatur seorang wanita Thai untuk memohon visa kami di Bangkok. Pada ketika itu saya tidak dapat menjangka apa yang mereka boleh lakukan, oleh itu saya hanya mengikut arahan mereka sehinggakan saya dapat berfikir dengan tenang/jelas sebab saya masih memikirkan keluarga saya & saya tidak mahu mereka dicederakan.Saya & keluarga saya berada di luar negara dengan tidak mempunyai sebarang kemudahan kewangan)
Q 56. Did you communicate with anyone after this? (Adakah kamu berhubung dengan sesiapa selepas itu?)
A. Yes. ASP Suresh called me from KL and advised me to change hotels so that the police officers from KL would not be able to contact me again if they required a further statement.
He also informed me to call my nephew in KL and ask him to stop talking to the press and to avoid holding any more candle light vigils as this was making Deepak feel uneasy. I then called my nephew and told him to stop all activities of this nature and he agreed. (See the video here: Stop the campaign, PI tells nephew) (Ya, ASP Suresh menelefon saya dari KL & menasihati saya supaya menukar hotel untuk memastikan pihak polis tidak dapat menghubungi saya jika mereka memerlukan kenyataan lanjut. Dia juga meminta saya menelepon anak saudara saya di KL & minta beliau berhenti daripada bercakap dengan wartawan & berhenti dari menganjur candle light vigil kerana Deepak dalam kerisauan. Saya kemudian menelepon anak saudara saya & minta beliau berhenti dari melakukan aktiviti sebegini & beliau bersetuju.)
Q 57. Did you change hotels? (Adakah kamu menukar hotel?)
A. Yes, we moved to the Beverly Hills Hotel. It was while we were at this new hotel that I received news from Rajesh that our visas could not be done in time as it would take at least 5 working days to process.
Deepak then arranged for a moneychanger, to whom he was acquainted, to pay me 100,000 Thai Baht for my expenses. I then waited for further instructions at this hotel. (Ya, kamu pindah ke hotel Beverly Hill. Pada ketika di hotel ini saya menerima maklumat dari Rajesh bahawa visa kami hanya dapat disiapkan dalam masa 5 hari. Deepak kemudiannya mengatur seorang pengurup wang yang beliau kenal untuk membayar saya 100,000 baht untuk perbelanjaan saya. Saya kemudian menunggu arahan selanjutnya di hotel ini)
Q 58. What happened after that? (Apakah yang terjadi selepas itu?)
A. At about 2.30 pm on the 11th July Rajesh called me to tell me to go to the airport to collect some e-tickets he had arranged for my family and I to fly to Kathmandu, so we packed our bags and headed to the airport.
However when we reached the airport Rajesh called and told me the flight had only been arranged for the next morning at 10.00 am. We then took a taxi back into town and checked into another hotel.
The next morning we returned to the airport, picked up our tickets and flew on a Thai Airways flight to Kathmandu. (Pada jam kira-kira 2.30 petang Rajesh menelepon saya untuk memberitahu saya supaya pergi ke airpot untuk mengambil e-tiket yang dia tempah untuk keluarga saya & saya untuk berterbang ke Kathmandu, oleh sebab itu, kami berkemas & terus ke airpot. Akan tetapi, apabila kami sampai ke airpot Rajesh memanggil lagi & memberitahu saya penerbangan kami hanya diatur keesokkan hari pada jam 10.00 pagi. Kami kemudian mengambil sebuah teksi untuk kembali ke bandar & daftar masuk di hotel yang lain. Pada pagi keesokkan hari, kami pergi semula ke airpot, mengambil tiket kami & terbang ke Kathmandu dengan Thai Airways)
Q 59. What happened when you landed in Kathmandu? (Apakah yang berlaku sewaktu kamu berada di Kathmandu?)
A. We were met at the airport by a representative of the Yak & Yeti Hotel who drove us to that hotel. (Seorang wakil dari hotel Yak & Yeti menyambut kami & membawa kami ke hotel)
Q 60. Why was it necessary for you to fly to Kathmandu? (Mengapakah perlu kamu terbang ke Kathmandu?)
A. Before we could enter India we needed to apply for our Indian visas, which we had not been able to get in Bangkok.
ASP Suresh told me Deepak did not want us to stay in Bangkok any longer as the police knew we were there and that is why he wanted us to leave to Kathmandu so we could apply for our visas there. (Sebelum kami sampai ke India kami perlu mempunyai visa tetapi kami tidak dapat visa itu di Bangkok. ASP Suresh memberitahu saya bahawa Deepak tidak mahu saya tinggal lagi di Bangkok kerana pihak polis telah mengetahui kedudukan kami di sana & oleh yang demikian, beliau mahu kami pergi ke Kathmandu untuk membuat permohonan visa)
Q 61. How long did you spend in Kathmandu? (Berapa lamakah kamu berada di Kathmandu?)
A. We had applied to the Indian Embassy in Kathmandu for our Indian visas. After we managed to obtain 1-month visas for India, we left Kathmandu for New Delhi. This was on the 22nd July. We had spent approximately 10 days in Kathmandu. (Kami membuat permohonan visa di kedutaan India di Kathmandu. Selepas kami memperolehi visa untuk 1 bulan, kami berlepas ke New Delhi. Ini berlaku pada 22hb Julai & kami berada di sana selama 10 hari)
Q 62. How long did you spend in Delhi? (Berapa lamakah kamu berada di New Delhi?)
A. We stayed in a hotel in Delhi for 2 nights before flying to Madurai en-route to Madras. (Kami tinggal di hotel di Delhi selama 2 hari sebelum terbang ke Madras melalui Madurai)
Q 63. How did you manage to extend your 1-month visas? (Bagaimanakah kamu dapat melanjutkan visa 1 bulan kamu?)
A. Our visas expired on the 21st August 2008. Deepak’s people had promised to get an extension for 1 year for us but nothing was done. So I had to get a 1-month extension for myself and my family till 20th September 2008.
I then sent my wife and children back to KL to stay with my mother-in-law in Segambut without Deepak’s knowledge.
I remained in Madras trying to get my visa extended. Deepak’s agent called Kumar tried to help me but after 5 months nothing had happened. I complained about this to Deepak and ASP Suresh when they visited me in Chennai. Deepak called Kumar who returned the passport to me with a sick certificate saying I could not have left the country due to an illness. This had to be done as I was then in India illegally as my visa had expired.
I then asked for help from my wife’s uncle who is a State Exco Member for Karaikal district. He managed to get my visa extended until 5th September 2009. (Visa kami lupuh tempoh pada 21hb Ogos 2008. Konco Deepak berjanji untuk mendapatkan lanjutan visa kami ke 1 tahun akan tetapi ia tidak dilakukan. Oleh yang demikian, saya sendiri terpaksa melakukannya untuk melanjutkan visa kami 1 bulan lagi ke 20hb Sept. Saya kemudiannya menghantar balik isteri & anak-anak saya ke KL untuk tinggal bersama emak mertua saya d Segambut tanpa pengetahuan Deepak. Saya tinggal di Madras untuk cuba melanjutkan visa saya. Agen Deepak yang bernama Kumar cuba menolong saya akan tetapi selepas 5 bulan, tiada sebarang apa yang berlaku. Saya mengadu kepada Deepak & ASP Suresh apabila mereka melawat saya di Chennai. Deepak menelepon Kumar & beliau memulangkan passpot saya bersama MC yang menyatakan saya tidak dapat meninggalkan India kerana uzur. Ini perlu dilakukan kerana visa saya telah tamat tempoh & saya berada di India secara haram. Saya kemudian meminta bantuan daripada pak cik isteri saya yang juga seorang ahli exco negeri untuk daerah Karaikal. Beliau berjaya melanjutkan visa saya sehingga 5hb Sept 2009)
Q 64. Did you return to Malaysia during this period? (Pernahkah kamu kembali ke Malaysia?)
A. Yes, I returned a few times to sort out some of my personal affairs. Each time I returned I entered the country via Thailand across the Malaysia-Thai border at Bukit Kayu Hitam and left the same way. I did not go through Malaysian immigration.
I did not contact anyone each time I returned as I was afraid Deepak would find out. The only person who knew I had returned to Malaysia was ASP Suresh but he did not let Deepak know. He was upset with me for allowing my wife and children to return to Malaysia but I explained to him that my children needed to be educated and they could not get into a local school in Chennai.
Whenever I returned to Malaysia I used to stay with my wife and mother-in-law in Segambut. (Ya, saya balik beberapa kali untuk menyelesaikan hal peribadi saya. Setiap kali saya balik melalui Bkt Kayu Hitam & kembali dengan jalan yang sama. Saya tidak menghubungi sesiapapun ketika saya balik kerana saya takut Deepak akan mendapat tahu. Orang yang mengetahui kepulangan saya adalah ASP Sureshtetapi beliau tidak memberitahu Deepak. Dia berasa kecewa kerana saya hantar balik keluarga saya tetapi saya menerangkan kepada beliau bahawa anak-anak saya perlu bersekolah & mereka tidak masuk ke sekolah tempatan di Chennai)
Q 65. Where did your wife stay all the time she was in Malaysia? (Di manakah isteri kamu tinggal sewaktu berada di Malaysia?)
A. She stayed with my mother-in-law in Segambut and managed to get my children into a school in Sentul. She did come to Chennai a few times with the children to visit me. (Dia tinggal bersama emak mertua saya di Segambut & dapat mendaftarkan anak saya di sebuah sekolah di Sentul. Beliau ada datang ke Chennai bersama anak-anak saya untuk melawat saya)
Q 66. Where are your wife and children now? (Di manakah keluarga kamu sekarang?)
A. They are at present in Chennai. I managed to enrol my 2 eldest children into a school there. My wife may return to KL so that my youngest child can receive his schooling there. I will have to stay with my eldest two children in Chennai. (Mereka sekarang berada di Chennai. Saya dapat mendaftarkan 2 anak saya di sekolah di sana. Isteri saya mungkin akan pulang ke KL kerana anak bongsu saya akan bersekolah di sana. Saya akan tinggal bersama 2 anak saya di Chennai)
Q 67. Can you remember the dates you returned to Malaysia? (Bolehkah kamu ingat kembali tarikh kamu pulang ke Malaysia?)
A. Yes, I was in KL from the 16.02.2009 to the 05.03.2009. During this period I met Deepak at his office in Sungai Besi. He was very worried I had returned to Malaysia and asked me to go back to Chennai immediately. He warned me that my life would be in danger if I stayed any longer.
The second time I returned to Malaysia was from the 11.04.2009 to the 02.05.2009.
The third time I returned to Malaysia was at the end of July 2009. (Ya,saya berada di KL dari 16hb Feb 2009 ke 5hb Mac 2009. Sewaktu itu saya berjumpa dengan Deepak di pejabatnya di Sg Besi. Dia sangat sangat risau dengan kehadiran saya & minta saya kembali ke Chennai dengan segera. He mengugut saya jikalau saya masih tinggal di sini nyawa saya berada dalam keadaan berbahaya. Kali kedua saya pulang ke Malaysia ialah dari 11hb Apr 2009 ke 2hb Mei 2009 & kali ketiga ialah pada penghujung bulan Julai 2009)
Q 68. What did you do when you returned at the end of July? (Apakah yang kamu buat ketika kamu pulang pada bulan Julai?)
A. I decided to contact my lawyer Americk Sidhu and explain to him exactly what had happened to meover the past 1 year as I was very unhappy with the situation I was in. (Saya memutuskan untuk menghubungi peguam Americk Sidhu & menerangkan kepada beliau apa yang berlaku kepada saya dalam tempoh 1 tahun kerana saya tidak berasa gembira dengan keadaan yang saya berada sekarang)
TO BE CONTINUED
P/S: ASP Suresh di bawah arahan siapa? amende ni beb!
19 November, 2009
Terdesak sangat ke zambry?
Sumber memaklumkan SM Chung Wah Kuala Kangsar akan mengadakan Hari Penyampaian Hadiah sempena berakhirnya sessi persekolahan 2009.
Ramli Zahari ADUN Manong (umno) telah dipilih untuk menyampaikan ucaptama dan penyampaian hadiah.
Zambry telah mendapat maklumat ini dan memaklumkan pengetua beliau akan mengambialih tempat Zamri.
Ketika ditanya kepada pengetua akan hal ini beliau mengulas "haiya! susahlah ini olang. Tapi takpa, kalu dia mari kita akan mintak macam-macam. Tengok dia boleh kasi ka tak boleh kasi!"
P/S: Sumber lain memaklumkan kedatangan Zambry ke tempat banjir di Parlimen Bukit Gantang tidak dihiraukan penduduk!
17 November, 2009
Sumbangan RM2: Umno terkedu!
UMNO menggunakan SPRM, SPR, PDRM dan segala mak datok untuk meneruskan agenda jahat mereka. Ancaman terbaru Umno terhadap TG Nik Aziz (Ahli politik yang paling aku respek) dibalas oleh marhaen dengan kutipan dana untuk menaja TG Nik Aziz ke Mekah! Baca sendiri n3 bro MSK kat bawah.
Oleh: MSK
Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya. Gambar Ihsan Pinkturtle.
Tok Guru,
Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.
Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.
Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.
Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.
Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.
Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.
Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.
Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.
Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.
Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.
Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.
Kemaskini 1.25 pagi.
Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.
Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com
Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44.
Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza.
Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun.
Nombor akaun ada terdapat di sidebar sebelah kanan.
Maybank: 158 097 625 245
Pemegang Akaun: Mohmad Afandi bin Ahmad. (MSK)
Sebarang pertanyaan:
email: matsamankati@gmail.com
HP: 013-5935721
Untuk melihat Senarai Penyumbang, klik disini. Senarai Penyumbang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
16 November, 2009
Kibaran sulong bendera Pakatan Rakyat!
Bendera Pakatan Rakyat julung kali akan dikibarkan di DUN Kota Siputeh (N03).
SPR yang bertindak seolah-olah parti komponen ke 12 BN akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi jumaat ini dan sekiranya berjaya akan membuat rayuan untuk membatalkan keputusan kekosongan DUN Siputeh. Macam sial!
Maklumat berkenaan DUN kota Siputeh yang kali terakhir dikemaskini pada 26 februari 2008 seperti berikut:
Jumlah Pengundi: 20,281
Peratusan Kaum: M:91.69% C:7.46% I:0.08% L:0.78%
Calon
1. Ismail bin Wan Teh (PAS)
2. Datuk Abu Hassan Sarif (BN)
Pemenang Abu Hasan Sarif (BN) dengan majoriti: 1,573 undi.
Hal2 lain aku tak ambik pot. Yang aku ambik pot ialah:
1. Ketiga2 parti dalam Pakatan Rakyat akan berjuang habis-habisan dalam PRK ini.
2. Hasan Ali jangan buat hal lagi (dah passing baton kat orang lain pulak kot?)
3. Mustapa Ali n the gang diharapkan tutup mulut sehinggalah PRK berakhir sebab sepatah puak2 ni bercakap persepsi pengundi kepada Pakatan Rakyat akan jatuh merudum!
Apa2 pun tahniah kepada ahli politik yang paling aku respek TG Nik Aziz atas perlantikan beliau sebagai pengerusi Pakatan Rakyat! Hj Hadi jangan buat taik pulak aaaa!
15 November, 2009
Anwar open to Zaid's Ideal Pakatan Chief
From The Malaysian Insider
By Clara Chooi
IPOH, Nov 15 – Datuk Seri Anwar Ibrahim has kept an open mind over Datuk Zaid Ibrahim’s suggestion for PAS spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat to lead Pakatan Rakyat Malaysia but reminded the former Umno leader that for now, it was just his personal expression.
The PKR de facto leader took pains to stress in a press conference yesterday that if and when the PR gets registered as a formal coalition, the pro tem committee which Zaid chairs, would have to be surrendered to the leadership council.
Only then would the due process of determining the coalition’s leaders ensue, he added.
“If the (Zaid’s) suggestion is a serious one and follows the due party processes, then of course we will deliberate on it and listen to reasons and arguments.
“But for now however, it is a personal expression,” he said after attending the Perak PKR convention here yesterday evening.
The Opposition leader added that others in the PR leadership council, namely DAP adviser Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Hadi Awang, had told him that the matter had not cropped up or been discussed to date.
Anwar also reiterated that all parties in the PR had made the decision to stay silent on the issue of the PR’s registration as a formal coalition.
“We decided that an announcement would only be made once the registration is formalised. The task of the pro tem committee is solely to register the coalition and surrender it over to the leadership council.
“That is why we decided that no announcement should be made, knowing the structure of the Registrar of Societies, under the Umno administration,” he said.
Meanwhile in a ceramah late last night, Anwar came to the defense of the frail but fiery Nik Aziz over allegations of corruption on the latter’s trips to Mecca to perform the haj.
He called on the allegations to stop, saying that there was no man who lived as simply and as humbly as the Kelantan Mentri Besar did.
“Look at him, how he dresses, so simply and humbly.
“Even I could not live like him, in a simple house, with a simple car. Look at my clothes, I still insist on style,” he told a large crowd outside the Perak PKR’s new headquarters in Medan Istana here.
As he spoke, Anwar gestured to his silky blue shirt, causing laughter in the crowd.
“He (Nik Aziz) even decided to cancel his trip to Mecca because of this. I think, this is enough la,” he said.
Nik Aziz had earlier admitted certain individuals had sponsored his haj trips to Mecca, one of which cost some RM65,000.
The elderly PAS leader has since maintained that this was not a form of corruption but decided to cancel his coming trip on Nov 18 anyway.
Anwar lambasted the individuals that chose to pick on such an issue and said that this was an example of the Barisan Nasional’s typical strategy to demonise the Opposition.
On his appointment as the Selangor government’s economic adviser with a token monthly salary of RM1, Anwar said that he was well aware it would be material for more criticism from the BN.
“Bring it on,” he challenged.
He said that on the very day he was appointed, Arab investors had called him up and pledged to look into ways and means to invest in the state.
“Insyallah, this will come true soon,” he said, adding that he had insisted to the Selangor government to only give him the barest necessities for his work as adviser.
“I just need a simple table and chair to do my work. But of course, I would need a better chair for my bad back,” he joked.
He added that his work as the adviser was to help the Selangor government and Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim to expedite the state’s development process and focus on investments.
“We want to ensure that the trickle down effect of the state economy will benefit everyone, including small businesses,” he said.
P/S: Kalau tak faham buka Google translate. Copy, Paste, Translate!
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri - 1
KOTA BHARU – Laporan media dan komen penganalisis politik kononnya PAS kini berada di ambang perpecahan ekoran siri krisis dalaman sejak sebulan dua ini hanya satu persepsi ataupun telahan semata-mata.
Malah ia tidak berasas dan meleset sama-sekali, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Nasharudin menyifatkan cetusan gelombang politik seperti digembar-gemburkan sebelum ini adalah proses ke arah mematangkan lagi PAS dalam pelbagai aspek termasuk kepimpinan, pemerintahan dan berkerajaan.
“Apa yang berlaku di luar itu cuma perbezaan pandangan ataupun pendapat sahaja, tidak lebih daripada itu.
“Persepsi yang mengatakan PAS sedang menuju kehancuran itu memang saya tidak nafikan, ada... tetapi itu kerja media sejak dulu-dulu lagi,” katanya.
Beliau menafikan berlakunya keretakan di dalam PAS, katanya kepada The Malaysian Insider semasa ditemui pada majlis kemasyarakatan di Bachok dekat sini tengah hari tadi.
“Buktinya, hingga ke hari ini ukhwahnya terus utuh walaupun terdapat cerita-cerita seperti mana masyarakat sedia maklum sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan politik PAS mutakhir ini setelah dicengkam pelbagai isu sehingga baru-baru ini dituntut diadakan Muktamar Agung Khas (EGM), Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat dan Seminar Pengukuhan Parti.
Rentetan beberapa peristiwa tersebut membawa kepada persepsi PAS umpama ‘retak menanti belah’.
Pada masa sama, Nasharudin memberitahu pengalamannya selama lebih kurang 10 tahun bersama kepimpinan tertinggi partinya, PAS bukan sebuah organisasi diktator di mana orang lain tidak boleh memberikan pandangan atau pendapat.
Bahkan PAS dengan sikap terbukanya sentiasa meraikan pandangan serta pendapat termasuk kritikan, dan segalanya itu akan digabungjalinkan untuk dinilai bagi penambahbaikan parti.
“Kalau saudara lihat di muktamar, seminar, forum atau sebagainya kita memberi ruang secara terbuka kepada ahli mahupun pakar runding melontarkan pendapat atau kritikan,” katanya.
Katanya juga, PAS tidak akan lemah dengan sebarang telahan mahupun ugutan mana-mana pihak kerana cetusan sesuatu isu yang timbul dalam PAS, kaedah penyelesaiannya tidak berakhir dengan teori sebaliknya disusuli bersama kajian dengan mekanismenya yang tersendiri.
“Semuanya demi keutuhan parti,” tegasnya. - themalaysianinsider
P/S: Tajuk n3 adalah persepsi aku pada mamat ni!
14 November, 2009
Taktik yang sedang diguna oleh UMNO!
Dalam peperangan, perisik barisan hadapan akan membuat kerja lapangan merangkumi:
a. Tempat Stratejik.
b. Keadaan cuaca.
c. Populasi Penduduk.
d. Pekerjaan penduduk.
e. Tahap kerja sama penduduk.
f. Kelemahan penduduk.
g. Kekuatan pertahanan pihak lawan.
h. Dll (he he. tak leh bagitau suma)
Apabila balik ke pasukan tentera akan membuat persiapan dari segi persenjataan, latihan penyesuaian, menambah bilangan untuk menentukan kuasa yang mencukupi untuk memenangi serangan berpandukan maklumat awal yang diperolehi seperti di atas.
Dalam peperangan BN (baca: Umno) VS PAKATAN RAKYAT. Persiapan Umno untuk menang perang melawan PR sebenarnya masih tidak mencukupi. Apa yang dilakukan oleh Umno sekarang adalah taktik yang diberi nama 'taktik mengharukan musoh'.
Daripada maklumat yang diperolehi seperti di atas, Umno sedang mengasak di sudut (f) iaitu kelemahan penduduk.
"Kelemahan Penduduk" yang ada pada PR ialah:
a. Mudah layu dengan momokan'Melayu' dan 'Islam'.
b. Mudah layu bila kesempitan kewangan.
c. Mudah tergoda dengan pangkat dan jawatan.
d. Mengutamakan kelompok sendiri samada antara parti atau kelompok sendiri di dalam parti.
e. Pemimpin tak berupaya untuk mengubah konsep berpolitik. Masih lagi menggunakan konsep politik sebagaimana yang digunakan Umno.
f. Strategi politik masih meneruskan tradisi datang dari atas dan bukan dari akar umbi.
g. Pemimpin masih tidak keluar dari kepompong pemikiran bahawa orang bawah adalah lemah/tak tau apa-apa.
h. Kepentingan peribadi diutamakan bukannya kepentingan parti. Contoh:
(1) Anwar tidak berusaha mencari barisan pelapis yang boleh meneruskan idea beliau. Mungkin tidak mahu impian beliau untuk menjadi PM terjejas!
(2) Hj Hadi masih tidak mahu meletak jawatan sebagai presiden PAS walau diasak dari segenap penjuru. Mungkin sayang melepaskan keselesaan yang beliau nikmati sekarang!
Sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengatasi kelemahan2 ini, Insyaallah, PRU-13 milik PAKATAN RAKYAT!
P/S: Ahli2 PAS dan PKR jangan marah! Pandangan ini hanya berdasarkan apa yang aku nampak!
Tanda awal PKR Perak nak lingkup!
ditulis oleh: haji kedekut sini
DSAI mungkin tak pernah lupa kawan-kawan kot, baik masa senang atau masa susah. Sebab itu le agaknya bila DSAI di pecat, disepak, diterajang dan ditelanjangkan masih ada kawan yang memberi sokongan. Mungkin itu sebabnya dia boleh kemana saja dalam dunia politik, berjiwa rakyat. Itu Anwar Ibrahim...bukan Ibrahim Ali ! bukan Hassan Ali! bukan Azmin Ali!
Mungkinkah satu hari nanti, bila DSAI menjadi Perdana Menteri dia akan melupakan kawan-kawan...? mungkin ya dan mungkin tidak.
Tapi ada orang tu, belum pun jadi "orang besar sangat " dah lupa pada kawan-kawan, usahkan nak terkenang, sebut pun tak ooooo!!! jauh sekali le nak minta pandangan. Itu belum sehebat DSAI, kalau sehebat DSAI harus kawan-kawan mati pun tak datang!!!
Sekarang dah "jem", kepala otak dah buntu, nak buat macam mana pun dah tak tau. Nak tanya segan. Maklumlah "awak" tu hebat. Hebat muka tak guna, kalau penuh hasad dengki, tamak !
Belum tentu " awak " tu jadi macam apa yang ada dalam hati yang busuk tu!!! Cita-cita besor!
Bercakap bijak, jangan jadi penipu, guna kaedah "Islamik" konon, supaya orang tertarik...!!!!
Jangan satu hari, pekung di dada terdedah, malu, mana nak letak muka yang "handsome" tu.
Pandai suruh orang lain muhasabah diri, bersyukur, sabar dan segala-galanya.
"Awak" tu main langgor je, tak pe le pulak ke..? nak kata tak tau adab dan sopan, baca Al -Quran nye hari-hari. Hadis Nabi dalam kepala je...!!
Jangan sombong...nak jadi pemimpin ni tak boleh hasad dengki , tak boleh khianat.
Banyak-banyak bersabo...!!!
tau ke azab di dalam kubur macam mana ? baca bawah ni.....
1. Penghuni kubur didedahkan kepada bahang api neraka setiap hari iaitu di waktu pagi dan petang.
2. Dihampari kubur dengan hamparan dari api neraka
3. Kubur disempitkan hingga saling bersilang tulang-tulang rusuk
4. Didatangkan 99 ekor ular yang berbisa dan menggerunkan
5. Didatangi seorang lelaki yang buruk wajahnya dan berbau busuk (iaitulah jelmaan kepada amalan-amalan kejahatan di dunia dulu)
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyiksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuk/menyengatnya hingga berdirinya kiamat. Jika sekiranya seekor sahaja dari ular-ular itu meniupkan bisanya ke bumi nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi)”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abi Said al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu-)
11 November, 2009
Prihatinnya PKR letak calon!
Semasa PRU 12 dulu, PKR meletakan calon Parlimen Kuala Kangsar orang Tambun. Calon bagi DUN Chandan pulak kalau tak silap aku orang Gopeng (kalau salah tolong betulkan). Tanya Simpang Penaga kat mana, tak tau. Tanya Senggang kat mana, tak tau. Tanya Talang kat mana, tak tau. Kalau nak tau pun mungkin Sayong pasal tempat industri labu.
Ditakdirkan Allah depa kalah. Sampai sekarang tak nampak muka kat Kuala Kangsar. La ni aku dengar bakal calon untuk PRU-13 masih orang yang sama dengan sedikit penambahan calon spare Puan Fathmawati orang Gopeng.
Apa? Kuala Kangsar ni tak ada calon yang layak ke? (Ni soalan untuk DSAI dan Pengarah Pilihanraya negeri)
Pada akulah, kat Kuala Kangsar ni bersepah ahli PKR yang boleh dijadikan calon. Ibarat kena selak calon untuk cari pengundi.
Mungkin AJK-AJK kat cabang Kuala Kangsar majoriti bukan asal orang tempatan yang menyebabkan perkara ni berlaku? Entahlah. Aku malas nak ambik pot.
Untuk PRU 13 nanti. Aku mintaklah boleh atau tak boleh bubuhlah orang tempatan untuk jadi calon Parlimen dan DUN. Aku boleh tolong kempen. Kalau taruh orang luar aku boleh tolong kempen jugak. KEMPEN BAGI KALAH!
09 November, 2009
Anwar dijangkiti penyakit Hj Hadi?
cilok dari Tukar Tiub.
TINGALKAN PKR JIKA TIDAK MAHU IKUT DASAR: ANWAR - melayau
Anwar Ibrahim hari ini memberi dua pilihan kepada pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.
Penasihat PKR itu berkata beliau sedia menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan anggota yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan parti. "Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” katanya ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam ini.
Katanya, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.
"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” katanya.
P/S: Setau aku, ramai anggota parti mahukan pemimpin ditukar kerana ramai pemimpin tidak mengikut dan melaksanakan dasar yang ditetapkan malah terus berfikir dalam kerangka UMNO! Ni mesti agenda nak menyingkirkan pelapis baru yang mengancam kedudukan orang lama!
08 November, 2009
Langkah penyelamatan Rakyat
Aku kerapkali terfikir, kadangkala sehingga mengganggu kerja harian aku.
Dengan masalah PAS yang tak habis-habis dengan segala alasan menghalalkan UG. Dengan PKR yang sebahagian ahlinya masih berfikir dalam kerangka Umno. Mungkin PRU-13 nanti ramai pengundi tak berparti macam aku tak keluar mengundi.
Nak mengundi Umno, meluat dah maksima tahap gaban. Nak mengundi Parti dalam Pakatan Rakyat, bila dah menang ada calon jadi macam gampang.
Fikir, fikir punya fikir, aku membuat keputusan. Kepada pembaca yang pro rakyat melebihi parti, tolong pantau calon Pakatan Rakyat yang mewakili DUN masing-masing. Pada PRU-13 nanti, aku bercadang nak menaja calon bebas pro rakyat untuk bertanding dalam kawasan DUN yang ditandingi oleh PAS,PKR dan DAP tetapi calonnya samada tersilap pilih atau melobi pihak atasan parti masing-masing lebih-lebih.
Kita harus bertindak agar budaya yang berlaku sekarang tidak lagi berulang untuk kepentingan generasi kita di masa hadapan.
Kalau tidak, bila kita mati dan tubuh kita dah hancur menjadi tanah(mungkin yang tinggal tulang cenongking!), budaya politik yang ada sekarang akan berterusan! Tolong!
06 November, 2009
Jangan bersyubahat!
Aku kerapkali berfikir, politik ala Malaysia memang penoh dengan pembohongan. Yang betul sikit, bohong banyak. Semua kata-kata tak lebih hanya untuk mendapatkan kuasa. Tapi kerana berimej smart, pakai serban, pakai tie maka khalayak tertipu bulat-bulat.
UMNO - tak payah tulis. A - Z macam sial.
PAS - "PAS for All" tapi:
a. Banyak fikiran berlegar untuk ahli parti, untuk Islam konon tapi dok cerita pasal Melayu.
b. Buat konvensyen untuk blogger PAS sahaja. All apakebenda!
c. All untuk all Malaysian tapi duduk dalam Pakatan (kengkawan tuh!) buat taik. Jemaah untuk sesama ahli je tapi jemaah sesama Pakatan Rakyat tarak!
d. PJ Negeri kuasa presiden. Patut all ahli yang pilih. All? Kah Kah Kah!
PKR - ""Keadilan untuk semua" tapi:
a. Pilih pengerusi negeri guna kuasa veto. Adil? Pooraahh!
b. Orang yang berkredibiliti masuk, dengki! (Kes Azmin n Zaid) Ni berparti untuk rakyat atau untuk kepentingan diri sendiri? Depa kutuk parti bateri 3A marah plak!
DAP - "Malaysian Malaysia" tapi:
a. Semua cadangan kebanyakannya untuk kepentingan ahli terutama Cina.
Lim Guan Eng terkecuali.
b. Ada lagi tapi aku tak faham pasal depa cakap bahasa cina.
Mulai sekarang aku ambil keputusan yang betul aku sokong yang salah aku hantam. Kalau tak, BN perentah ke, Pakatan Rakyat perentah ke, keadaan akan tetap sama. Yang susah tetaplah susah jugak sampai bila-bila. Aku tak nak bersyubahat. Dosa syubahat lebih besar dari dosa situkang buat! Mampuih pi!
05 November, 2009
Nizar: Kalau Menang... Kalau Kalah ...
Aku sebenarnya tak ambil pot sangat samada Nizar menang atau kalah dalam perbicaraan hari ini. Seperti yang sudah-sudah, keputusan akhir akan menyebelahi BN. Tau Dah!
Tapi kalau Nizar menang, paling penting pada aku:
1. Pastikan PRK di Behrang, Jelapang dan Changkat Jering.
2. Kuota Staff di Pejabat MB harus dibahagikan samarata. Jangan macam dulu di kongker oleh PAS!
Mungkin Allah s.w.t sengaja bagi Nizar kalah kerana:
1. Yang buat kerja sikit, yang ramai Pok Yet.
2. Saja suruh puak-puak PAS yang mintak lot balak (untuk jemaah konon!) masa Pakatan Rakyat memerintah mati cepat.
3. Ramai lagi geng dalam PKR yang berselimutkan Umno. Kalau tak berselimutkan Umno pun banyak yang jenis "sembang mantap tapi masuk ikut pintu, teghebit ikut tingkap!" Pembersihan belum selesai.
4. Tunggu Nizar jadi Presiden PAS dulu. (Ini memang aku berharap sesangat!)
P/S: He he he. Aku dah standby nak gi Ipoh ni kalau Nizar menang!