24 Jun, 2012

Zambry wakil rakyat undi pos. Tak berani keluar DUN Pangkor!

DUN Pangkor
Jumlah Pengundi: 24532
Undi Pos: 13589/55%

Sebelum ini apa yang diwarwarkan Zambry akan bertanding di Parlimen Parit Buntar,, tetapi nampaknya sangkaan itu meleset..Zambry nak mula memperkemaskan kedudukannya di DUN Pangkor…
Apa tujuan Zambry nak pergi berpolitik di kawasan perumahan anggota LLP TLDM,, nak menyelesaikan masaalah apa yang mereka hadapi, mana mungkin… tak masuk di akal… hampir 15 tahun aku dahulu duduk dalam tempat yang sama,, tak pernah ada pun seorang mana-mana ahli politik, tak kira UMNO atau pembangkang yang hadir untuk bertemu pengundi!!!
Nak kata nak selesai masaalah kesusahan anggota, mereka bergaji tetap,, duduk dikuarter secara percuma, cukup selesa,, api dan air tak ada masaalah.., jalan raya cantik.., malah pernah di zaman aku dahulu,,, makna TLDM diubah menjadi (TempatLawatan Dalam Malaysia ). sebabnya cantik, kemas dan tersusun suasana dalam pengkalan tersebut …
Dan yang menjadi paling malang sekali,, apa yang aku dengar,, semua anggota yang tinggal di dalam perumahan Pengkalan TLDM tidak dibenarkan keluar pengkalan pada minggu ini,,, kedatangan atau kehadiran mereka dimestikan atau pun juga diwajibkan..
Lihat sendiri aturcara besok…

 
.
Tergamak kamu Zambry nak menyusahkan anggota TLDM untuk kepentingan politik kamu… tunggu sahaja pada PRU 13 nanti,, siapa yang akan jadi calon untuk mengalahkan kamu dari arena politik Malaysia… Tungguuuuu… ,,,
Sumber: Manjungmari
P/S: Konon2 selepas keputusan PRU13 nanti nak gebang navy suka kat dia la! Piiiiiirah!

21 Jun, 2012

Iya ke Azmin Ali ni?


PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, semalam enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin. Azmin yang dipetik portal berita Free Malaysia Today sebaliknya berkata, tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut dan tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah. Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti. “Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. “Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut,” katanya.

P/S: Mengapa sampai sekarang aku susah nak percaya apa saja yang keluar dari mulut Azmin? 

20 Jun, 2012

Pengundi memerhati cara pimpinan PAS menangani kes Nizar

oleh: Haji Lee Cooper 

Kes Nizar: Pemimpin PAS Tak Dak Teloq Ka?

 Pelik lah polis kat Melesiya ni. Kes kecik tapi depa buat bagi jadi besaq. Siap ambik waran mahkamah untuk gelidah rumah dan pejabat. Kot-kot boleh jumpa maklumat yang berguna kat UMNO Jahanam! Terernya CPO Johor... nak bodek kot?

 Lagi satu.... aku memang marah kat Nizar pasai dia dok pi minta ampun maaf buat apa? Nizar mana ada buat salah. Takkan twit macam tu pun salah? Dok kalut mohon mengadap buat apa? Brader Nizar... Lu tak payah takutlah.... rakyat di belakang lu. Jangan layan pemimpin PAS kadok naik junjung yang dok nasihat lu suruh buat tu buat nih!

 Lagi satu... aku lagi marah kat pemimpin PAS lain. Tak dak sapa dok bela Nizar. Semua nak jaga pungkok masing-masing. Nama saja ustaz. Tambah pulak jenis ustaz yang dok bergelaq macam-macam. Depa ni semua penakut bangsat. Bagi ceramah dok suroh orang jihadlah, itulah inilah. Kes macam ni dah nampak depa kecut perut. Tak dak teloq. Kalau ada teloq lagi kerat bagi kat anjing Nizar:

 Polis rampas telefon, komputer Bekas menteri besar Perak,

 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa polis merampas telefon bimbit dan juga komputernya dalam satu operasi mengejut yang dijalankan ke atas pejabatnya semalam. "Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, ibu pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. Handphone (telefon bimbit) dan notebook diambil," katanya di Twitter.

 Tindakan polis itu dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan ke atas Nizar berhubung kenyataannya mengenai nombor pendaftaran WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor. Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, tiga pejabat Nizar, masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor dalam operasi bermula jam 11.30 pagi. Polis turut menyerbu kediamannya di Sungai Rokam, namun Nizar pada masa itu tiada di rumah, menurut laporan tersebut.

 Jurucakap PAS perak, Safarizal Saleh yang dipetik dalam laporan tersebut berkata, pasukan polis tersebut hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti. Menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.

 “Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan. “Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak,” katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan

P/S: Kome jangan melompat. Aku kopi pes je. hehehe! 

16 Jun, 2012

Betoi ka PAS Perak nih?

Sebelum kita sembang lebih lanjut, meh tengok statistik pengundi negeri Perak kat bawah nih:

klik untuk besarkan
 Pengundi melayu tu aku congak2 PAS boleh 36% ke 38% je bersamaan 225,617 ke 238151 pengundi iaitu 17% ke 18% dari jumlah pengundi keseluruhan.

Pengundi Cina? Hmmm.... mungkin 60% ke 70% bersamaan  315348 ke 367906 iaitu 23% ke 27% dari pengundi keseluruhan.

Pengundi India. Hmmm... depa ni biasanya ok sikit dari undi orang asli je. katakanlah 40%. Kita akan dapat  59643 bersamaan 4% dari keseluruhan.

Undi pengundi kategori lain-lain dengan undi pos? hahaha! yang ni hangpa derma aje la kat UMNO!

Tolak, campur, bahagi lebihkurang PAS boleh dapat undi dari ketiga2 kaum adalah lebih kurang  600608 ke 665700 bersamaan 44% ke 49%. wow! banyak tu!

Masalahnya,

1. pengundi2 yg cerdik2 menyokong Pakatan Rakyat ni biasanya bekerja dan menetap di luar kawasan. Soalan: Kesan abih dah?

2. PAS pulak bila buat majlis pulak lebih kepada bercorak kepartian. Contoh: "Himpunan Hijau bersama TGNA" di Bagan Serai. Awat? Tak boleh ka kalau buat "Himpunan Penyokong Pakatan Rakyat bersama TGNA". Awat? tak boleh buang sat kaler parti tu?

3. Kebanyakan UPU PAS yang aku campur masih lagi dok kalut nak tacle pengundi melayu. Pengundi Cina dengan India diabaikan. Adehhhdehdehdeh!

Pengundi Melayu 46% tapi pengundi Cina campoq India 50%! Kira sendiri! (elok mulai buat pengiraan kat kawasan masing2).

PAS pulak bertanding di DUN pengundi Melayu 73% ke atas. Lagi sekali adehdehdehdeh!

Kalau pengundi Melayu bawah 80%, ada peluang. Lebih 81%, jangan harap! baik pakat pindah penyokong ke DUN yang ada peluang menang!

DAP? DAP bertuah sebab dapat DUN pengundi majoriti Cina.

PKR? Mampuih pi! maleh nak campor. Dah asal UMNO, perangai pun sikit sebanyak ada macam UMNO! cuma depa bertuah menang lebih sikit dari PAS sebab dapat DUN pengundi Cina ramai.

P/S: Aku habaq tadak sapa nak dengaq! Aku tulih dalam blog. Biaq semua dapat baca! 

15 Jun, 2012

Pengumuman! perumpamaan "Mahal tali dari berok" telah ditukar!


"Mahal tali dari berok" bermaksud: tiada faedah atau membazir melakukan sesuatu yang tidak menambah baik perkara sedia ada.

Oleh kerana perumpamaan ni dah lama sangat dan tidak sesuai lagi kerana berok yang berantai sudah tidak mudah ditemui dikampung2 maka,


(Gambar kereta dari blog  uncleseekers)

Perumpamaan yang terkini paling sesuai digunakan adalah: MAHAL PLET DARI KERETA!
Maksud perumpamaan: (pakar bahasa masih pening kepala untuk memberi maksud yang sesuai). 

14 Jun, 2012

Mertua pembohong dapat menantu penipu. Ngammm!

Ahli BN pertahan Najib berkaitan kes bakal menantu

KUALA LUMPUR: Anggota Barisan Nasional (BN), semalam, mempertahankan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah dokumen mahkamah di Amerika Syarikat mendakwa bakal menantu Datuk Seri Najib memalsukan kelulusan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia dan menipu bekas bapa tirinya.
Menurut laman beritaThe Malaysian Insider,semalam, beberapa akhbar asing termasuk akhbarNew York Postkelmarin melaporkan bahawa Encik Daniyar Nazarbayev disaman kerana menipu bekas bapa tirinya, Encik Bolat Nazarbayez, saudara lelaki Presiden Kazakhstan, Encik Nursultan Nazarbayev.
Menurut dokumen mahkamah, Encik Bolat menuduh Encik Daniyar menjual sebuah kondominium miliknya bernilai AS$20 juta ($25.6 juta) tanpa pengetahuan beliau dan mendapatkan tempat di Universiti Columbia dengan menggunakan dokumen palsu daripada sebuah sekolah di Kazakhstan, yang beliau tidak pernah menuntut.
Encik Daniyar, 24 tahun, telah melangsungkan pertunangannya dengan anak Datuk Seri Najib, Cik Nooryana Najwa, pada Jun tahun lalu.
“Persepsi daripada masyarakat mungkin jelas, sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi ia adalah hal keluarga yang tidak menjejas keupayaan beliau sebagai Perdana Menteri. Ia tidak seharusnya menarik perhatian daripada kekuatannya,” kata anggota majlis tertinggi Parti Pusaka Bumiputera Bersatu, Datuk Alexander Nanta Linggi.
Kepala bana punya statement,,,hal keluarga ka, hal peribadi ka… kalau hal keluarga dah kucar kacir,, macam mana nak uruskan negara…. stupid punya BN….

Berita lain,

Rosmah Bakal Dapat Menantu Penipu? -N/York Pos

Sumber:  
 Harap-harap laporan sebuah protal berita yang memetik akhbar The New York Pos hari ini mengenai bakal menantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak benar dan hanyalah satu gimik atau berita palsu yang sengaja diadakan-adakan untuk memalukan isteri perdana menteri dan keluarganya.
 Daniyar: Dilapor cuba menipu?
Berita dimaksudkan itu ialah mengenai lelaki warga Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, dikatakan terlibat dengan satu penipuan bapa tirinya untuk memiliki seunit kondominum bernilai AS20 juta (RM62 juta) serta memaslukan dokumen untuk memasuki universiti luar negara.
Maklumat itu terkandung dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan.

Berita ini ini benar-benar mengejutkan dan menjatuhkan air muka isteri persana menteri dan juga suaminya  Najib Razak. Secara tidak langsung juga berita berkenaan turut sama mengaibkan rakyat negara ini kerana beliau (Daniyer) bakal menjadi menantu kepada perdana menteri.Dari sudut lain berita ini seakan memberi paku buah keras kepada Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan tidak menyukai menantunya seorang warga Malaysia kerana mempunyai status dan kedudukan tidak setaraf dengan anaknya yang menuntut di luar negara.Beliau tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya dan juga telah melarang rakan-rakannya terdiri dari isteri vvip daripada menghadiri majlis perkahwinan yang dilangsungkan di PWTC itu.
Mana-mana para jemputan terdiri daripada vvip dikatakan menerima sms daripada Rosmah yang meminta jangan hadir majlis perkahwinan anaknya dengan pemuda tempatan itu. Mana-mana tetamu yang enggan mematuhi larangan itu diganggu di mana kereta mereka ada yang digores dan dirosakkan.
Isteri perdana menteri itu merasakan anaknya tidak layak berkahwin dengan anak seorang kuat Umno yang hanya berkelulusan dalam negeri dan merupakan seorang artis, penyanyi. Katanya Rosmah telah melarang dan marah kepada anaknya tetapi kerana cinta suci anaknya tidak menghiraukan larangan itu menyebabkan Rosmah tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya itu.
Tampaknya sekiranya berita dilaporan The New York itu benar ia bakal menjadi pengajaran kepada Rosmah Mansor dan ibu-ibu yang ego dan sombong agar tidak merendah-rendah atau memperlekehkan warga tempatan. Adalah diharap berita itu tidak benar dan isteri perdana menteri akan membuat penjelasan dengan segera.

11 Jun, 2012

UMNO guna aura Nizar. PAS,PKR, DAP???

Tajuk asal: "Nizar" berjaya kumpul 15-30,000 rakyat Johor.

oleh: Mat Saman Kati

Ada sesuatu yang tak kena dalam sistem pendidikan negara terutamanya dalam matapelajaran matematik. Lebih-lebih lagi bila orang orang yang gagal dalam matematik dilantik jadi menteri macam Rais Yatim. Aku sebut nama Rais Yatim sebab dia jadi Menteri Penerangan dimana semua media arus perdana terletak dibawah kementeriannya.

 Semasa perhimpunan BERSIH 3.0 Rais mengatakan hanya 22,270 orang yang hadir. Budak yang ambik UPSR pun lebih cerdik dari Rais Yatim. Penyakit Rais Yatim itu hari ini menular pula kepada editor-editor akhbar arus perdana. Utusan Malaysia melaporkan 30,000 hadir dalam perhimpunan WWW1. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebak ketika menyampaikan titah di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan Istana Pasir Pelangi di sini Berita Harian juga melaporkan perkara yang sama. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitiskan air mata di depan kira-kira 30,000 rakyat negeri ini daripada pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini, semalam.

 Oooppss!! Kedua-dua ayat utama dalam akhbar yang berlainan ini hampir sama!! Utusan mengatakan Sultan “sebak”, manakala Berita Harian lebih sensasi bila mengatakan Sultan “mentitskan air mata!!” Bagi mereka yang tak tau “adat istiadat” kementerian penerangan, ayat diatas disediakan oleh orang-orang tertentu dan akhbar perlu menggunakan ayat-ayat yang telah disediakan dalam akhbar mereka. Berlainan dengan akhbar berbahasa Inggeris. Dalam NST, jumlahnya berbeza.

 Some 15,000 people, comprising NGOs and other groups, have gathered at the Sangkar Kristal restaurant, Johor Baru, to support the sultan of Johor following criticism the ruler received from a Pas leader over the purchase of a highly-sought after vehicle registration number ‘WWW1′ Begitu juga dalam The Star, More than 15,000 people converged at Istana Pasir Pelangi to show their support for the Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Sunday.

 NST pun satu hal, ada ka 15 ribu berkumpul di Restoran Sangkar …buat malu Sultan Johor saja. At least, The Star cakap kat Istana Pasir Pelangi. Tapi bagi aku yang tinggal diluar Johor, mungkin tertanya-tanya…Restoran sangkar kat mana? Istana Pasir Pelangi kat mana? Mengapa jumlah yang disebut jauh berbeda? Kalau nak membezakan 600 atau 700 ribu orang mungkin susah..tapi tak kanlah wartawan dari media akhbar arus perdana tak tau nak membezakan antara 15 ribu dan 30 ribu? Apakah yang menyebabkan rakyat Johor berhimpun?

 Rata-rata, semua akhbar yang melaporkan perhimpunan WWW1 ini dibuat disebabkan oleh kenyataan Nizar. Kalau Nizar tak sebut perkara tu, apakah perhimpunan ini akan dibuat untuk menyatakan sokongan terhadap pembelian plet WWW1? Kalau buat, nampak sangat la rakyat Johor tak bijak.. Jadi jumlah kehadiran tak pasti yang mana satu betul . Himpunan untuk menyatakan taat setia juga tidak akan dilakukan kalau tak ada skandal WWW1. Jadi bukan kah lebih tepat kalau aku bubuh tajuk “Nizar” berjaya kumpul 15-30,000 rakyat Johor?


 Minggu lepas, ada sorang kawan dari Pemuda Umno Johor mintak aku tulis perkara ini. Umno Johor telah diminta oleh pihak istana supaya menganjurkan program ini dan oleh kerana member dari Umno ni tak setuju sebab dah tak larat nak berhimpun, dia suruh aku tulis. Tapi aku tak tulis apa-apa. Kerja kotor suruh kita buat…mampuih pi la. Perhimpunan WWW1 diadakan semalam. Tapi gambar WWW1 yang dipasang kat Satria Neo sudah diedarkan sehari sebelum itu. Perhatikan gambar yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia yang aku dapat free kat Hotel Seri Malaysia. Gambar ini tak menarik perhatian aku.Apa yang menarik perhatian aku ialah “caption” yang ada kat bawah tu. Kamon la, Utusan! Kalau betul-betul nak defend Sultan Johor, gambar tu pun dah cukup kalau nak meyakinkan orang macam aku. tapi bila ditulis perkatan yang tak diperlukan dibawahnya, aku semakin sangsi dengan apa sebenarnya motif dan agenda Utasan Malaysia?


 Dalam “caption” tersebut, Utusan menulis, “...Keputusan Sultan Ibrahim itu juga menamatkan teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor pendaftaran termahal itu memandangkan baginda mempunyai beberapa koleksi kenderaan mewah.” Aku ingat, Sultan Johor ada dua atau tiga kereta mewah..tapi bila Utusan mengatakan “Baginda mempunyai beberapa koleksi kenderaan mewah”, hangpa ingat aku nak respek kat Sultan? Ini yang sedang aku perhatikan dalam skandal WWW1 ini.Ada banyak persolan tentang apa yang cuba dilakukan oleh Umno menerusi Utusan Malaysia. Selama ini, Umno lah yang selalu sangat kurang ajar dengan Sultan dan apakah kali ini depa betul-betul sokong Sultan? Ataupun hanya menggunaka Sultan untuk kepentingan depa? Yang tu nanti aku cuba korek sikit-sikit.

Tapi buat sementara, cuba cari jawapan kepada persoalan ini.

 1. Siapa pemilik MCA1? Mengapa tidak disiarkan.
 2. Siapa pemilik WWW11? 3. Mengapa Liow Tiong Lai (Hell Minister) dapat WWW15 secara percuma sedangkan Sultan Johor dan Nazri Aziz kena bayar!

P/S: Atau ada ahli politik PAS cuba nak ambik jawatan MB dari Nizar? Boleh ke kalau DAP tak bagi sokongan?

10 Jun, 2012

Mungkinkah Pakatan Rakyat tertipu lagi?

Sumber: Kelab Greenboc

Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Lajim Ukin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

“Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah,” katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama.

Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing.

Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya.

Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini.

Sampai bila politik harus menjerat hidup masyarakat?

Area kau ada Balai Raya? Kalau kau duduk kampung ada la kot. Kalau kat taman aku rasa dia panggil Pusat Khidmat Komuniti.

Kita semua sedia maklum, balai raya adalah tempat di mana masyarakat setempat dapat berkumpul dan berbincang mengenai masalah yang terjadi di kawasan mereka. Balai raya juga dijadikan sebagai pusat aktiviti kampung di mana anak muda boleh bermain takraw, anak kecil boleh bermain polis sentri dan gotong royong kampung boleh dijalankan.

Semua orang boleh menyertai apa-apa upacara yang berjalan di balai raya… asalkan kau sokong UMNO.

Benda ni banyak berlaku di kawasan-kawasan di mana pengaruh UMNO nya kuat, macam yang aku perasan di Negeri Sembilan. Dekat area aku sendiri yang mana Ahli Parlimennya dan Wakil Rakyatnya orang PAS tapi balai rayanya masih diconquer oleh orang UMNO. Even aku sendiri mempunyai dua orang ketua kampung….seorang yang rasmi dilantik oleh kerajaan negeri Selangor dan seorang lagi ketua kampung Barisan Nasional yang dilantik oleh …entah..kerajaan Pusat? Menteri? Kementerian? Liow Tiong Lai?

Kenapa balai raya? Apa pentingnya balai raya? Mungkin satu masa dulu waktu zaman perang, balai raya memang teramat penting tapi sekarang ni satu-satunya fungsi tetap balai raya adalah untuk menjadi pusat mesyuarat ahli UMNO.

Jadi, apa yang selalunya adalah apabila ada mesyuarat kampung (yang tak sepatutnya berkaitan dengan politik) yang hadir majoritinya hanya orang UMNO. Orang pembangkang, malas nak pegi. Kalau pegi pun dia berani pegi sebab tak ada orang tau dia sebenarnya sokong pembangkang. Mengakibatkan, apa2 keputusan yang diambil akan lebih menyebelahi kepentingan UMNO.Kenapa kita macam tu? Kenapa kita menggunakan balai raya sebagai pusat komuniti masyarakat Melayu?
Kenapa tak masjid? Sebab bila kita bertengkar dalam balai raya, orang yang mengawal keadaan adalah pemimpin UMNO setempat. Jadi kalau berlaku pertengkaran, kalau nak berlaku penipuan atau penyelewengan…siapa takut nak menipu dalam balai raya?

Tapi dalam masjid…berani nak bergaduh dalam masjid? Berani nak menipu dalam masjid? Tak ramai yang berani. Lagipun, masjid adalah neutral ground. Jika di balai raya semangat politik menebal, di masjid sekurang2 nya politic influence dapat dikurangkan bila berbincang. Orang PAS pun sekurang2 nya senang sket hati duduk kat masjid. Lepas mesyuarat, boleh semayang jemaah sekali ramai2 menyebabkan sekurang2 nya perpaduan sesama agama tu dapat dipupuk.

Lagipun,berbincang di masjid…ada Hakim Besar atas sana…kena berlaku baik.

Selagi balai raya masih lagi menjadi nadi utama UMNO di desa, selagi itulah aku akan terus pandang UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan racism. Racism terhadap orang seagama sendiri…kerana menyebabkan orang2 yang tidak bersehaluan dalam pandangan politik tidak dapat turut serta dalam pembangunan kampung dan desa, menjadikan mereka2 yang menyokong pembangkang seolah-olah golongan minoriti di kampung.
Tak percaya dengan benda ni?

Cuba balik kampung, suruh abah atau mak atau mertua kau yang berhaluan kiri (yakni pembangkang la..) kibarkan bendera PAS depan rumah. Kalau diorang tak nak sebab takut nanti bergaduh dengan orang kampung, fahamilah bagaimana mentaliti masyarakat yang ingin dibentuk oleh UMNO. Lagi cantik kalau kau punya kampung datang daripada negeri2 ni…Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka. 4 negeri kubu kuat UMNO.

Kibarkan bendera PAS depan rumah dan lihatlah bagaimana tiba-tiba ada orang pandang slack kat kau masa kau lalu depan kedai kopi.

Selagi dalam masyarakat kita masih ada yang takut nak declare pegangan politik masing-masing kepada umum, selagi tu lah kerajaan perlu ditukar tak kiralah berapa kali sampailah satu masa politik tak lagi menjerat hidup bermasyarakat di Malaysia ni. Ini adalah kesan 50 tahun lebih pemerintahan BN. Bagi satu parti memerintah terlalu lama…pengaruhnya akan berakar umbi dalam masyarakat.

Tukar kerajaan 5 tahun sekali. Paling lama pun bagi 2 penggal. Jangan bagi diorang selesa. Jangan sampai parti politik jadi panduan hidup bermasyarakat.

09 Jun, 2012

Muka tarak ong 2012!


TIPS PALING MUJARAB DAN BERKESAN UNTUK PEROKOK TEGAR BERENTI MEROKOK…JIKA TAK BERJAYA WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN!

[Dah macam-macam petua yang diiklankan supaya orang berhenti merokok. Macam-macam cara, macam-macam kaedah. Aku rasa yang ini mungkin berkesan memandangkan situasi @ iklim politik negara kita yang semakin kelabu dengan pencemaran demi pencemaran.Ini ialah petua bagi perokok tegar yang amat sukar mau berhenti merokok....kalau setakat menulis perkataan merokok boleh menjejaskan kesihatan dan dapat penyakit kanser langsung tak mujarab, orang tak heran pun!
Makin banyak depa membeli ada! Aku pernah jumpa orang yang hisap rokok gudang garam. Dia kata ok, selamat, cengkih tu ubat katanya Bila aku tanya kenapa tak sedut terus asap tu kalau dah ubat? Tersengeh-sengeh je la dia merenung muka aku.]Dapat ilham dari air minuman 100 plus bila dibubuh gambar Najib Razak terus merudum jualan sehingga terpaksa F&N mengeluarkan kenyataan bagi mengendurkan keadaan… berjanji tiada lagi tin mempunyai imej Najib dijual dipasaran….baru ada akal?


SEPATUTNYA PIHAK KERAJAAN JIKA BENAR BENAR SERIUS MAUKAN RAKYAT BERHENTI MEROKOK…PASTIKAN KESEMUA KOTAK ROKOK ADA TEMPELAN SALAH SATU DARI CONTOH YANG DIBERIKAN….. INS’Y ALLAH AKAN MEBERIKAN KESAN YANG AMAT POSTIF..kalau air minuman 100 plus berjaya mengapa tidak pada rokok?…IKUT HUKUM AKAL LOGIK…

WHO (world heatlh organization) akan mengiktiraf dan menyanjung sumbangan yang tak terhingga nilainya kepada Najib, Rosmah dan UMNO yang selama ini pakar-pakar perubatan gagal mencari satu solusi untuk perokok-perokok tegar membuang tabiat buruk mereka.

P/S: Muka Najib memang suwey! hahaha! 

Selangor sepatutnya memberi bantuan kepada siswa dan tolak PTPTN!

oleh Mazwandi

Sekarang ini, saya hendak bercerita berkenaan kes PTPTN macam chipsmore kepada pelajar Unisel. Kejap beri, kemudian beku, tapi, hari ini beri balik. Kejap ada, kejap takde.

Apa-apa pun, bukan perkara Menteri mengarahkan beku atau tarik balik beku yang hendak dihebohkan oleh saya. Tidak. Itu memang kerja umno sejak azali menyusahkan orang Melayu. Bukan itu yang hendak saya ceritakan. Tetapi, apa yang saya hendak ceritakan ialah kepada semua pelajar di Unisel, tolong JANGAN ambik pinjaman PTPTN. Tolong rileks dahulu.

Siswa dan siswi semua pasti akan menyesal setelah anda semua menanda tangani pinjaman dengan ahlong berlesen itu. Percayalah. Korang semua akan menanggung hutang sebelum korang habis belajar lagi.
Ini adalah mainan politik yang dibuat oleh umno agar PTPTN akan dikekalkan. Pasti umno akan berkata, “Tengok, betapa susahnya pelajar jika tiadanya pinjaman PTPTN”. Korang tengoklah nanti.

Apa yang sepatutnya PR buat ialah main politik balik. Arahkan pentadbiran Unisel tidak melayan PTPTN dari memberi hutang kepada pelajar, sebaliknya cuba korang, yakni kerajaan negeri Selangor, keluarkan sedikit dana untuk diberikan RM kepada pelajar baru itu dan segala yuran pelajaran ditanggung oleh kerajaan negeri.

Buktikan apa yang dikatakan oleh korang semua dahulu boleh dipraktikkan walau hanya menggunakan dana kerajaan negeri. Belum Pusat lagi.

Percayalah, ramai manusia akan membuka mata akan sebenarnya, Malaysia mampu untuk menampung segala yuran pengajian di IPT untuk seluruh rakyat Malaysia. Percayalah……

Nota editor: Kedah macamana?

08 Jun, 2012

VIP dan VVIP yang memualkan!

oleh: Jasmine C

Alih Bahasa dari tajuk asal:  Be "Rakyat Centered"

Di dalam majlis parti politik, samada majlis biasa atau majlis makan malam, ia adalah begitu umum untuk melihat bahawa semua orang mahu dilayan seperti seorang VIP. Ini benar-benar menjelekkan saya. Mengapa perlu wujud ruang-ruang berasingan yang dilabel sebagai VIP dan VVIP. Mengapa tidak boleh orang hanya duduk di mana mereka mahu duduk? Kita memberi jemputan kepada orang ramai untuk menghadiri majlis makan malam politik dan kita memberi layanan yang berbeza kepada tetamu-tetamu kita.

 Pernahkah kita terfikir bagaimana orang akan merasa? Mengapa tidak boleh pemimpin dalam parti-parti politik duduk dan bergaul dengan orang ramai? Pada semua majlis politik yang saya hadiri, ini adalah pandangan biasa yang terlihat. Kerajaan BN memang biasalah! masalahnya Pakatan Rakyat juga mengamalkan perkara yang sama.

 Pakatan Rakyat berkata bahawa mereka mahu berkhidmat Rakyat, tetapi mereka tidak boleh meninggalkan meja VVIP mereka dan duduk bersama Rakyat dan makan bersama mereka. Jika anda pemimpin PR tidak boleh meninggalkan kebanggaan VVIP anda dan duduk bergaul dengan rakyat, ini benar-benar menunjukkan bahawa anda sebenarnya bukan berjuang untuk Rakyat!

 Ada yang mengatakan ia adalah protokol. Persetan dengan protokol! Lontarkan ke longkang semua protokol dan jadilah pemimpin tulen sebagaimana anda war-warkan dalam ceramah politik anda setiap malam! .Jadilah seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat. Inilah jenis pemimpin yang kami mahu! Ingat! Kami yang memberikan undi kami kepada anda semua! tetapi cara anda semua yang mengekalkan protokol seperti kita masih lagi terjajah benar-benar memualkan kami dan pengundi-pengundi baru!

 Adakah anda pemimpin apabila duduk dan makan di meja VIP dan VVIP , benar-benar menyelami hati Rakyat yang telah datang ke majlis itu? Anda membuat mereka datang dan membeli tiket hanya untuk melihat anda mengasingkan diri?. Jika Rakyat tidak datang dan berada di situ taraf VIP dan VVIP anda hanya setaraf anjing kurap!? Ada anda pemimpin berfikir tentang hal ini? Pernah berterima kasih kepada Rakyat untuk kehadiran mereka yang datang dan menyokong anda?

 Saya hanya berharap pada masa akan datang bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan menjadi lebih sensitif terhadap Rakyat. Semua jadual hendaklah mengikut menu yang sama. Tidak wujud lagi meja VIP dan VVIP mempunyai menu yang berbeza daripada kami! VIP atau VVIP sangatkah anda sebagai pemimpin? Rakyat harus dilayan dengan maruah dan rasa hormat. Kami Rakyat meletakkan anda sebagai pemimpin untuk melayani kami. Para pemimpin adalah untuk berkhidmat kepada Rakyat dan bukan Rakyat yang berkhidmat kepada pemimpin. Rakyat adalah bos! Berhenti berlakon di dalam perlakuan anda!

Bukan hanya bergaul dengan pengundi untuk menunjukkan kononnya anda mengambil berat dan melakukan sesi bergambar kononnya anda bersama rakyat! Kami memehati perlakuan anda! Kami tahu adakah anda bersikap tulen atau hanya sekadar berlakon!. Bagi saya, seorang pengundi India, terdapat seorang pemimpin yang menarik perhatian saya! Dan orang itu tidak lain tak bukan ialah MB Perak yang sah iaitu Dato 'Seri Nizar Jamaluddin!

Jika pemimpin dari Pakatan Rakyat boleh mengikuti jejak langkah cara beliau melayani dan bercampur dengan Rakyat dari latar belakang yang berbeza, kita akan mempunyai lebih banyak pemimpin yang secara automatis dihormati!

 Terdapat satu kisah majlis makan malam di sebuah hotel di Ipoh, semasa acara jamuan bermula, Dato Seri Nizar bergegas ke tempat makanan yang disediakan secara bufet seterusnya duduk di meja lain dan meninggalkan makanan yang telah dihidangkan di atas meja yang dikhaskan kepada beliau! . “Menu yang sama adalah untuk semua” katanya.
Dato’ Seri Nizar rela menurunkan tarafnya dan bercampur dengan semua!. Itulah jenis pemimpin yang kita kami mahu!

Beliau adalah seorang yang disayangi dan dihormati tidak mengira parti dan kaum di Perak!. Setiap kali saya menghadiri majlis di mana Dato Seri Nizar Jamaluddin adalah tetamu, dia akan memastikan cara dia menyambut anda seolah-olah anda adalah tetamu. Dan perkara yang paling mengharukan adalah dia ingat nama anda! Watak tulen Dato Seri Nizar yang itulah yang menawan. Cara dia bercakap, cara dia merendah diri dan  amalan sikap sebagai seorang Islam yang tulin ini adalah kualiti yang benar-benar kita perlukan untuk wujud dalam semua pimpinan  Pakatan Rakyat!.http://mediaperak.com/2012/06/08/be-rakyat-centered/

Tara ni otak MB UMNO?

Polis, Tentera letak jawatan jika sokong PR – Ahmad Said
Nurul | Jun 07, 2012


  Apa bodoh sangat MB Terengganu neh? Sabar jangan nak pandai2 dakwa aku bawah akta sampah korang tue. Aku bukan suka2 nak anggap dia bodoh tak bertempat. Tapi sebab aku dah jumpa tempat yang sesuai pasal tue aku berani cakap dia bodoh.

kah kah kah

Cuba korang baca balik apa yang MB Terengganu meroyan kat atas neh.

1. Dia cakap anggota keselamatan kalau sokong PR di anggap pengkhianat.

2. Tugas mereka sepatutnya menjaga keselamatan negara dan tidak patut bercanggah dengan dasar kerajaan yang sedia ada.

3. Anggota keselamatan yang pikul senjata ketika sedang bertugas di anggap mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

4. Tapi bila balik rumah tanggal uniform dan sokong PR itu bermakna tugas mereka menjadi sia2 sebab sepatutnya mereka bersama2 dengan kerajaan yang memerintah.

Nampak tak betapa bodohnya dia neh? Tugas polis dan tentera yang sebenarnya ialah ;

POLIS = Menjaga keselamatan orang awam dan menyelesaikan kes2 jenayah.

TENTERA = Mempertahankan negara daripada ancaman dan mempertahankan kedaulatan negara.

Bila masa pula POLIS dan TENTERA kena mempertahankan BN dan UMNO? Ramai orang ingat BN = UMNO = MALAYSIA. Oii tak sama tue.

Malaysia = sebuah negara.

BN = UMNO = Parti.

Maksudnya disini polis dan tentera mereka memang harus mempertahankan kedaulatan malaysia tetapi mereka tidak wajib menyokong semua dasar2 dan polisi2 parti politik yang bernama BN dan UMNO.

Itulah yang kita panggil prinsip demokrasi raja berperlembagaan. Tak kira jawatan apa yang ko pegang dalam kerajaan, itu satu hal. Ko dibayar oleh pembayar cukai. Ko bertanggungjawab mementingkan malaysia, polisi yang telah ditetapkan dan perlembagaan nya.

Manakala parti pula macam BN dan UMNO bertanggungjawab menguruskan kesemua hal tersebut mengikut aturan yang telah dipersetujui dan ditetapkan bersama. Sebab mereka telah dipilih oleh sistem pilihanraya. Jika PR amek alih pun dorang kena buat apa yang telah rakyat amanahkan.

Jadi jika polis dan tentera taknak sokong bn dan umno itu satu hal yang lain. Takde kaitan dengan malaysia. Langsung takde kaitan. Sebaliknya itu ada kaitan dengan politik. Kalau mereka tak boleh bebas memilih itu bermaksud mereka tak boleh bebas berpolitik.

Kalau tak boleh bebas berpolitik itu bermaksud buat apa ko adakan pilihanraya kalau akhirnya sesiapa yang nak undi mana2 parti selain dari ko mendapat pelbagai label, cacian, makian, hinaan, ugutan, ancaman dan disuruh berhenti kerja?

Ramai orang beranggapan bahawa malaysia itu bn dan bn itu malaysia. Itu satu perkara yang karut lagi mengarut. Kerajaan malaysia ialah kerajaan malaysia. BN cuma mendasarkan polisi dalam negara malaysia sahaja. Parti boleh bertukar berdasarkan kepada pemilihan rakyat. Tetapi bukan negara.

Dan sesiapa yang sudah cukup berusia 21 tahun ke atas, tak kiralah dia kerja kat mana2 sekalipun dalam ataupun luar negara, dia ada hak sepenuhnya untuk sokong sesiapa. Mana2 parti tak boleh mengugut dan memaksa dia. Menentukan sesiapa kena sokong sesiapa sebenarnya telah melanggar prinsip asas demokrasi.

Prinsip asas demokrasi menyatakan bahawa setiap rakyat yang berusia 21 tahun ke atas boleh mengundi mana2 parti pilihan mereka tak kiralah siapa ko sekalipun. Pekerja kerajaan bererti pekerja kerajaan malaysia bukan bererti pekerja barisan nasional.

Jika pekerja kerajaan bererti pekerja barisan nasional maka selepas penang, selangor dan kedah bertukar kerajaan negeri, pekerja2 bn tue sepatutnya diberhentikan dan mengikut bos lama mereka tetapi itu tidak berlaku sebab pekerja kerajaan bererti berkerja dengan kerajaan malaysia bukan bekerja dengan barisan nasional.

Tapi nampaknya perkara tersebut tidak berlaku. Kenapa? Sebab, macam yang aku dah sebut tadi lah. Pekerja kerajaan ialah pekerja kerajaan dan ia takde kaitan langsung pun dengan bn, umno ataupun pakatan rakyat.

Istilah yang tepat sebenarnya setiap kali jika bn mahupun pr [andai] menang pru, pemberita sepatutnya mengungkapkan kata2 bn mengambil alih kerajaan, bukan membentuk kerajaan sebab kerajaan dah sedia terbentuk tetapi tiada pentadbir.

Disebabkan pemberita malaysia bebal dan rakyat malaysia malas nak mengkaji, maka wujudlah orang2 macam ahmad said yang langsung tak reti nak bezakan apa itu kerajaan dan apa itu parti sebab tue dia keluarkan statement bebal kat atas neh.

Kalau dia faham perkara neh nescayalah dia pasti malu yang amat. Ia memerlukan standard kepandaian tertentu untuk memahami perkara neh. Bukan seme orang boleh faham. Dan mostly memang banyak orang bn tak boleh faham. Bak kata mahathir hanya orang bodoh jek masuk umno. Nampak tak apa standard kepandaian penyokong2 bn disitu? Heh.!

07 Jun, 2012

Veteran ATM : Pengorbanan jangan di ungkit??

Aku memang tertarik dengan kenyataan yang telah di keluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejer Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan yang mengingatkan kepada semua veteran ATM supaya mereka tidak mengungkit pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka dahulu. Mungkin sebab aku anak bekas anggota tentera menyebabkan aku tersentuh untuk memberi ulasan mengenai perkara ini.

Ketua Pengarah JHEV mengingatkan para veteran ATM supaya menggunakan saluran yang betul dan jangan mengungkit pengorbanan mereka demi mempertahankan tanahair ini dari penjajah demi untuk meraih bantuan.

OK, aku nak tanya berbaloi ke pengorbanan yang dibuat oleh bekas veteran ATM yang berjuang bermati2an mempertahankan negara hinggakan mendapat kecederaan kekal. Malah terdapat sebutir peluru yang hingga kini masih terlekat ditangan kerana tidak boleh dikeluarkan tapi hanya mendapat pencen kurang upaya berjumlah RM 121.00 sebulan.

Dengan pencen kurang upaya yang bernilai RM121.oo tu, apa yang mampu dibeli untuk menyara kehidupan di masa sekarang?

Saluran mana yang betul2 memperjuangkan nasib veteran ATM ni hinggakan kes sebegini hingga kini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya. Apakah mereka menunggu untuk melihat veteran ATM tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir baru jasa2 anggota tersebut mahu di nilai?

Mungkin penulisan aku sedikit bias sebab ianya melibatkan bapak aku sendiri tapi hingga kini aku tertanya2, saluran mana yang Ketua Pengarah JHEV ni maksudkan? Nak kata tak ada rekod, dah siap keluar dalam majalah Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBTM) dah pun malahan pada tahun 2001 keluar dalam suratkhabar jamban Utusan Malaysia sempena hari kemerdekaan negara lagi. Tapi jasa dan bakti hanya dinilai pada harga RM121.00 sebulan jer ke?

Dengan kenaikan kos sara hidup yang terlalu berbeza dengan dahulu, tetapi kos pencen tersebut tetap kekal sejak dari tahun awal 80an hingga kini.

Mungkin kerana tak pandai nak mengampu, nak tunjuk hero macam Ali Tinju yang buat senaman bontot di depan rumah Datuk S.Ambiga punya pasal jasa dan pengorbanan anggota veteran ATM macam bapak aku hingga kini tidak diberi perhatian sewajarnya.

Yang paling aku tersentuh dengan ulasan yang dibuat oleh Ketua Pengarah JHEV ni ialah kemungkinan masyarakat akan naik muak dengan perangai veteran ATM ni jika asyik nak mengadu tetapi sedarkah dia bahawa veteran ATM lagi naik muak dengan JHEV yang tak memperdulikan nasib veteran ATM.

Bayangkan aku pernah naik angin kat depan gate JHEV di Mindef kerana bapak aku tak dibenarkan masuk ke pejabat hanya kerana tidak memakai kasut ala2 tentera. Memang betul dia veteran tentera dan tahu tentang disiplin dalam tentera tetapi kini dia bukan lagi tentera yang sedang bertugas. Dia dah pencen dan sepatutnya tentera yang ada sekarang ni menghargai jasa2 orang2 seperti mereka ni. Sedangkan jasa dia lebih besar dari sepasang kasut. Beginikah layanan yang diberikan kepada veteran yang berjasa kepada negara hingga sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga hanya demi untuk mempertahankan negara.

Perubahan dalam kepimpinan negara harus diubah segera agar perkara sebegini tidak berulang lagi kerana kelihatan kini, siapa yang pandai mengampu dan berlakon dengan bijaksana, ditambah pulak dengan effect yang canggih, maka orang itu la yang akan dianggap sebagai wira negara sedangkan bila berhadapan dengan musuh, dia yang cabut lari lintang pukang dulu.

Disini aku nak tegaskan bahawa veteran ATM bukan nak mintak simpati atau menjaja cerita sedih tetapi aku disini cuma nak memberitahu agar hormati dan hargai jasa pejuang sebenar, bukan pengampu. Nilaikan perjuangan mereka dengan nilai yang sewajarnya, bukan dengan hanya beras sekampit setiap 5 tahun, kain pelikat sehelai setiap 5 tahun dan milo setin jugak setiap 5 tahun. Mereka bukan hanya hidup setiap 5 tahun sekali tetapi memerlukan keperluan harian sama seperti rakyat2 yang lain

Kena pakat pengundi Cina olok-olok sokong BN!


Pilihan raya berkemungkinan selepas musim Haji, BN perlu tarik belia, Cina

June 07, 2012
KUALA LUMPUR, 7Jun — Sumber Barisan Nasional (BN) menjangka pilihan raya mungkin akan dilaksanakan selepas musim Haji pada 26 Oktober depan, ekoran BN perlu menarik kembali sokongan daripada kumpulan belia dan juga pengundi Cina.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga masih lagi sedang meneliti senarai nama calon bagi memastikan kemenangan majoriti dalam pilihan raya umum akan datang.
The Malaysian Insider pada 28 May telah melaporkan pilihan raya mungkin diadakan pada September namun Najib telah mengumumkan Bajet 2013 akan dibentang pada 28 September dan mendesak strategi parti mencari tarikh yang sesuai untuk memastikan bajet gula-gula diterima rakyat.
“Musim Haji mungkin akan melambatkan pilihan raya kerana BN mahu rakyat merasakan manfaat Bajet 2013. Kami sedang meneliti kemungkinan November,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, badan bebas itu telah bersedia untuk pilihan raya namun sentiasa berjaga-jaga untuk pilihan raya mengejut bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya tahun lepas.
“Kemungkinan pilihan raya pada Julai kerana bulan Ramadhan bermula hujung bulan, kemudian Hari Raya Aidil Fitri. Mungkin pilihan raya selepas Bajet dan Haji,” kata sumber SPR.
Pegawai yang memahami strategi BN berkata Najib mahukan BN menguasai semula kawasan bandar selepas pengundi Cina majoritinya mengundi Pakanatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya 2008.
“Najib mahu sokongan belia dan pengundi Cina, beberapa bulan ini akan jadi saat sukar,” kata sumber kerajaan itu lagi kepada The Malaysian Insider.
Beliau menjelaskan pengerusi BN itu akan menghadiri perhinpunan TwtupKami di Bukit Jalil Sabtu ini, apabila pengguna Twitter dijangka akan berhimpun dan mengadakan aktiviti di sana. Penganjur juga sudah menjemput Najib untuk bermain ukelele pada majlis itu, yang dikatakan telah diadakan dengan bantuan kerajaan.
“Konsep TwtupKami lebih kurang konsert Suara Kami tahun lalu, yang mana PM turut hadir. Beliau bekerja keras untuk meraih sokongan pengundi muda,” tambah sumber.
Perlantikan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow (gambar)sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang turut dilihat sebagai usaha menarik sokongan pengundi Cina yang mewakili 23 peratus populasi di negara ini.
Peningkatan rating penerimaan daripada Cina dan India menurun selepas perhimpunan 28 April Bersih 3.0, kata kaji selidik Merdeka Center namun kaji selidik terbaru mendapati rating Najib menurun kepada 65 peratus, penurunan empat peratus daripada kaji selidik sebelumnya. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menerima rating 71 peratus apabila melaksanakan pilihan raya pada Mac 2008.
Sumber BN berkata kaji selidik mendapati BN perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi dengan terutamanya kepada 2.2 juta pengundi baru. Pilihan raya perlu dilaksanakan sebelum April 2013 apabila mandat BN berakhir.
Turut difahamkan kaji selidik sebelum ini mendapati BN mampu untuk memenangi 146 kerusi Parlimen dengan 80 pasti menang, lebih daripada 140 yang dikuasai pada pilihan raya 2008.
Sumber itu berkata, kaji selidik dijalankan pada Jun dan strategi BN akan mengumpul hasil kajian pada bulan Ramadan dan Syawal.
Sumber berkata kepada The Malaysian Insider pilihan raya Julai adalah satu kemungkinan kerana barangan pilihan raya telah mula diagihkan ke setiap bahagian. Beberapa bahagian Umno juga mula memasang bendera di pusat bandar dan menimbulkan spekulasi pilihan raya semakin hampir. Kerajaan menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan semua kecuali empat negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR).
Pentadbiran Najib memberikan fokus utama terhadap beberapa demografi berbeza, namun cadangan pemansuhan pembiayaan pendidikan oleh PR menyebabkan kehilangan sokongan belia, kunci utama dalam daftar pemilih dangan 20 peratus daripada 12 juta daftar pengundi. Hampir 60 peratus daripada pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini.
Perhimpunan Bersih 3.0 menuntut pilihan raya dan daftar pemilih yang bersih turut mengurangkan sokongan kepada kerajaan dengan hampir 200,000 peserta di Kuala Lumpur, bandar-bandar di seluruh Malaysia, dan juga seluruh negara.
Najib telah mengetepikan spekulasi pilihan raya akan dilanjutkan kerana Bersih 3.0, menegaskan ia akan dilakukan berdasarkan pendapat rakyat. “ Tarikh pilihan raya tidak terjejas dengan perkara itu,” katanya.
“Ia terpulang kepada rakyat. Kami akan menentukan berdasarkan pandangan rakyat kepada kerajaan,” kata Najib lagi.
Bersih, gabungan 84 kumpulan NGO telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya adil dan bersih, telah mengadakan tiga perhimpunan bermula pada 2007, dan kali terakhir pada 28 April.
Najib telah membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) dan telah mengemukakan 22 syor, namun Bersih masih lagi menegaskan daftar pemilih masih lagi kotor.

06 Jun, 2012

WWW1: Apa pendirian Pas?

Oleh: MSK

Sejak tercetus isu WWW1 yang dihangatkan oleh Tweet DS Nizar Jamaludin, ternyata tidak ada satu pendirian kukuh dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kebanyakan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil sikap berdiam diri apabila stu-satu isu itu melibatkan Raja-Raja Melayu, mungkin kerana takut atau mungkin kerana ia dianggap terlalu sensitif.

Isu WWW1 juga melihatkan bagaimana sikap pemimpin dalam menangani sesuatu isu. Tidak ada kenyataan dari PKR atau DAP sama ada menyokong atau menentang Nizar. Masing-masing menganggap ini masalah Nizar, bukan isu rakyat.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub bukan sahaja menjauhkan diri dari isu ini, malah menempelak DS Nizar yang dikatakan menjejaskan hubungan parti dengan istana. Boleh baca disini.

Johor-born PAS vice-president Salahuddin Ayub said he was disappointed that the incident had put a dampener on the party’s long-standing good relations with the royalty.

Dimana salahnya kenyataan Nizar? Apakah kerana ia melbatkan Raja maka ia salah walaupun apa yang diucapkan itu benar? Atau mungkinkah kerana kenyataan itu menyebabkan peluang untuk Salahuddin Ayub menjadi Menteri Besar Johor semakin pudar?

Pesuruhjaya Pas Johor lebih teuk dalam kenyataannya. Dan kalau inilah sikap kepimpinan Pas Johor, apakah yang boleh diharapkan dari kepimpanan macam ini?

Johor Pas commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamed said it was the sultan’s right how he led his life and the people should not question it.

“We, as the people, have to respect that and need not comment on such matters. The ruler knows what he is doing. Again, we have to respect him because he knows more than us.”

Salahuddin Ayub sepatutnya memperjuangkan hak rakyat Johor dulu, bukan memperjuangkan peluangnya untuk menjadi Menteri Besar Johor. And..Come on Dr. Mahfodz.say something better a.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa juga menjauhkan diri dari kenyataan Nizar tersebut.

Fellow central committee member Dr Mujahid Yusof Rawa shared the same sentiment, saying that Mohammad Nizar should have been more cautious when making remarks in the new media.

“Remarks made on Twitter or Facebook are entirely a personal view and what he wrote does not reflect the party’s stance,” he said.

Apakah pendirian rasmi PAS dalam hal ini? Bagaimana boleh dikatakan kenyataan Nizar tersebut tidak mencerminkan pendirian parti kalau parti sendiri tidak mengeluarkan kenyataan menegaskan pendiriannya?

Ketua Pemuda Pas juga tidak berani mengeluarkan komen, mungkin hanya berani mengeluarkan komen dalam isu-isu konsert.

PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi also said the tweet was Mohammad Nizar’s personal view, declining to comment further.

Kenyataan Salahudin Ayub tentang hubungan parti dengan istana menampakkan seolah-olah tidak ada bezanya diantara Pas dengan Umno.

“Salahuddin said PAS had maintained a relationship of mutual respect with the royalty in the states under the party’s administration such as Kedah and Kelantan.”

Memang benar..di Kedah, Azizan Razak pernah berkata tentang Sultan Kedah..”Negeri ni dia punya. Dia boleh buat apa dia suka.”

Kalau itu pendirian Pas, maka jangan marah kalau Pas disingkir di Perak. Jangan marah kalau Sultan boleh buat apa saja. Dan pemimpin parti perlu diam..jangan cakap apa-apa demi untuk menjaga hubungan diantara parti dengan istana.

Pemimpin Pas perlu bernai menyatakan kebenaran, walaupun ianya boleh mengguris hati seseorang. Kalau pemimpin Pas hanya berdiam diri dan takut untuk menyatakan kebenaran demi menjaga kepentingan diri atau parti..jangan menyalak sebagai pemimpin rakyat.

Apapun, tahniah kepada Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Iskandar yang berani menyatakan pendirian, walaupun bercanggah dengan pendapat Naib Presidennya. Malah Naib Ketua Pemuda Pas ini lebih berani menyatakan pendiriannya dalam isu rakyat berbanding dengan Ketua Pemuda Pas yang berani membuat komen hanya dalam isu-isu konsert dan moral.

P/S: Jawab! jangan tak jawab!

Ibrahim Ali. Mat perasan of the year!


June 05, 2012
KUALA LUMPUR, 5 Jun — Datuk Ibrahim Ali tidak bercadang untuk mengisi kekosongan dua kerusi panel siasatan Bersih yang telah kosong ekoran penarikan diri dua ahlinya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, beliau tidak bercadang untuk mengisi kekosongan tersebut kerana menurutnya, siasatan itu hanyalah satu tindakan sia-sia dan sekadar membuang masa.
“Mereka nak tarik diri itu terpulang kepada mereka (panel). Tapi saya tidak akan menawarkan diri untuk menyertai panel siasatan tersebut.
“Pada saya tidak perlu dikaji. Sudah sah perhimpunan itu perhimpunan haram, tak perlu siasat lagi,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan penarikan diri.
Dua anggota Panel Penasihat Bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0, yang memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai panel tersebut ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim, dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah.
Pengerusi panel, Tun Mohammed Haniff Omar, semalam berkata, Shim menarik diri atas sebab-sebab kesihatan manakala Mohammad Medan pula disebabkan beban tugas semasa.
Tambah Ibrahim (gambar), kerajaan seharusnya meneliti dengan terperinci sebelum melantik mana-mana individu untuk menyertai panel tersebut.
“Kerajaan perlu bertanya dengan lebih lanjut sebelum melantik mereka. Kalau tidak nanti jadi macam ini, keluar macam-macam alasan,” katanya ketika sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Bharu di sini.
Haniff semalam berkata, “kerajaan akan menentukan pengganti kedua-dua mereka ini dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun ia masih lagi belum diputuskan siapa yang akan dilantik untuk menyertai panel bebas ini.”
Pembentukan panel itu diumumkan oleh kerajaan awal bulan lalu.
Selain Shim dan Medan, panel tersebut turut dianggotai oleh Haniff selaku pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub,  Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan dan ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.
Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan pelantikan Haniff sebagai pengerusi panel tersebut.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel itu akan diberi kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.

Otomatik nyanyuk bila ditanya tentang bidaan plet kereta


June 05, 2012

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang membayar sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran “WWW 15” yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi kenapa beliau membidanya untuk kereta rasmi beliau.
Apabila disoal hari ini oleh pemberita siapa yang membuat pembayaran tersebut, timbalan presiden MCA itu mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak membayar untuk nombor tersebut.
Namun bila didesak, beliau teragak-agak untuk menjawab sebelum berkata “tidak pasti, saya perlu semak semula.”
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang turut hadir ketika sidang media di Ibu Pejabat MCA itu, dilihat cuba membantu Liow mengatakan “duit itu datang dari tangan kiri, ke kanan.”
“Bila saya membidanya, saya tidak memikirkan kos tersebut,” kata Liow (gambar).
Beliau turut mempertahankan dirinya dengan berkata “proses (bidaan) diuruskan JPJ” dan bidaan itu dibuat kerana perubahan kereta rasminya.
Beliau berkata, “semua menteri perlu ada satu nombor (plat), saya tidak merasakan pilihan itu pada mulanya.”
Beliau menambah “nombor itu tidak penting, apa yang utama adalah servis kepada rakyat.”
Pada 28 Mei, JPJ telah mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, menewaskan bidaan hampir 10,000 pembida untuk WWW 1 dengan bidaan bernilai RM520,000.
Turut didedahkan Liow telah memenangi bidaan tersebut untuk “WWW 15”.

05 Jun, 2012

Perak. Selepas rampas kuasa pemimpin semakin kaya, pengikut tetap sengkek!

 Pagi tadi pepagi lagi ada orang nalipon aku mintak tolong baiki kepala paip kat rumah dia yang pecah.

“aku tak tau ler! Asei balik je anak cucu aku ada le baghang yg lingkup! Kalu aku maghah kaghang deme tak nak balik pulok! Nasib baik kamu ada! Kalu idak kembang beghonyeh ghomah aku” kabo makcik tu dalam talipon.

Sebelum aku pegi aku singgah dulu kedei ghoti canei. Pagi tadi oghang ghumah aku ngoren kue tiow tapi sampei turn aku udah licor! Tinggei mangkuk! Takpe ler, asei anak2 aku kenyang.

Sampei kedei bertembung dengan 2,3 oghang geng PR tengah sedap nyembang. Lepeh salam lebeh koghang aku duduk sengsoghang kat meje hujung. Bukan apa! Aku dah janji dengan kawan aku si deros nak sarapan sesama. Dekat 20 minit aku nunggu tak sampei2! “huh! Beghegek macam oghang pompuan!” rungut aku dalam ati.

Selepas ngorder teh tarik dgn ghoti canei aku ghalit nengor kengkawan aku geng PR nyembang. Macam2 tajuk keluor! Kes plet kete, MB Terengganu nyuruh askar/polis beghenti kalu tak sokong kerajaan, Menteri UMNO ngater himpunan UMNO lebih berjaya dari himpunan ijo PAS di Alor Staq termasuk ler hei ghege getah tughun naik abih gaul di deme!

Tiba-tiba, lalu sebijik kereta “woi! maghi ler nyinggah! Takkan baghu ngambik keghete bughuk udah tak nak bekawan dengan oghang!” jerit Pak Din. “Cretttttttttt!” kereta tadi membrek! Keluor ler soghang nyeghongin-nyeghongin!

“Aku memang nak nyinggah! Tapi aku tak dan parking kome udah manggei!” Kata yang turun dari kereta tadi.

“Apa ceghiter? Udah masing2 2 gelas teh nih? Rancak bebeno ke tajuknyer?” Tanya yang baru datang sambil ngesot2 ateh kerusi cari parking paling sesuai untuk bontot besor dia.

“Bukan apa ceghiternyer! Saja nyembang bab politik sekaghang ni. Makin dekat nak ngundi makin banyak ceghiter yang keluor. Apa yang negeri PR buat semua tak kena di mata UMNO. Masa ada kuasa idak deme nak buat. Bila takde kuasa, projek udah tak dapat, banyak pulak cengkadaknyer!” jelas Pak Din pada kawan si bontot besor.

“Ishhh…. komer!” kata si bontot besor. “Memang ler deme bisin! Deme bisin pun pasei nak membela melayu! Cer kome nengok melayu di Selangor dengan Pulo Pinang, abih melayu udah tinggei belakang tindas di cina! Nasib baik ler Peghak ni UMNO boleh ambik balik. Selamat oghang melayu!” Kata si bontot besor. (Oghang UMNO ghopernyer!)

Aku nengok Pak Din udah micit2 telinga. Hahaha! Kejap lagi gerenti meletop nih!

“Ok! Aku nak nanya! Sebelum ni masa UMNO hilang kuasa kamu aku nengok sengkek je. Udah ghampeh kuasa pun aku nengok kamu sengkek juga! Dulu kamu pakei motor bughok macam aku! Ler ni pun pakei kegheter pun kegheter mughah ghege 3,4 ribu je! Tang mana kamu ngata UMNO membela melayu? Pasei boleh minjam Amanah Ikhtiar? Yang tu kena bayor balik tiap2 minggu! Yang aku nampak terbela semenjak kome ghampeh kuasa oghang ateh-ateh kome jer! Kegheter depan ghomah sampei 5,6 bijik! Ada deme nak bagi kamu sebijik? Tanah bekeping-keping! Ada deme nak bagi kamu sekeping? Ada? Ada? Ada? “ Tanya Pak Din sambil jegil mata.

Si bontot besor udah terkulat-kulat. Kesian pulak aku nengoknyer! Hehehe!

Jawab si bontot besor “Idak ler. Kita kena ler kekalkan kuasa pada oghang melayu. Udah ler moyang kita dulu laghi sampei terdampar ke semenanjung ni. Lepeh ni kita nak laghi ke mana pulak?”

Jawab Pak Din “Itu ler! Moyang komer dulu tolo! Gunung beghapi meletop, laghi! Melaka kena seghang Portugis, laghi! Ngaper moyang komer tak mempertahankan Melaka dulu? Ngapa moyang komer laghi sampei ke kuala nih? Nasib baik gheti buat labu! Kalu idak kome udah lama tumpor! Kamu dengan moyang kamu seghoper jer. Pengecut! Dengor aje labon pemimpin kome! Demi Islam ler! Demi Melayu ler! Pemimpin kome kaya, kome papa kedana! Ada deme hajap? Bile nak ngundi bagi kome seghinggit dua kome udah kembang lubang idong bangga bebenor! Pemimpin kome sekali bodoh! Kome yang nyokong 2 x bodoh!”

Pak Din renung aku. Aku tunjuk ibu jari naik atas! Hehehe!

“Ishh… udah ler komer. Minum aje ler. Apa2 pun kita makan dulu. Kamu usup! (ooo! Usup namanyer!) Len kali kalu nak ceghiter pasei UMNO pegheksa le dulu! Kan dah kena! Udah! Udah! Moh makan!” Celah sorang lagi yg tadi senyap tak berkata apa

P/S: KIH KIH KIH! Dulu orang PR nak bercakap kena berhati-hati. Sekarang dah terbalik! Orang UMNO pulak nak nyembang kena berhati-hati!