31 Mei, 2013

Perak kalah kerana Ustaz Bakar jadi PJ?





Sedang aku termenung, sesuatu menerpa ke dalam kepala hotak aku.Selepas PRU12, lebih dari 5% pengundi menyokong PAS di atas faktor DS Nizar. Pabila Nizar terpinggir dari menjadi PJ PAS negeri, 5% ini menghilang. Apa yang terfikir, jika PR kembali menguasai Perak Utz Bakar akan menjadi MB baru. Keputusan PRU13, bungkuih!


Bagaimana jika DS Nizar yang menjadi PJ negeri? 5% ini kekal mengundi PAS? Sebanyak 6 DUN yang kalah majoriti di bawah 5% dan jika DS Nizar menjadi PJ 6 DUN ini akan menang. Ini bermakna PAS beroleh 11 kerusi, PKR 5, DAP 18 menjadikan jumlah keseluruhan 34 kerusi!So, moral of the story aku menyokong DS Nizar menjadi PJ PAS Negeri menggantikan Utz Bakar! pheeeeeeeeeewit!



P/S: Ustaz Bakar tak salah. Kalau nak diikutkan keputusan awal, DS Nizar sepatutnya jadi PJ. Malangnya ada 2,3 orang mangkuk hayun nak menyingkirkan DS Nizar pi melobi Ustaz Bakar jadi PJ. Hambekkkkk! Kononnya nak untung banyak! last sekali bungkus habis! Padan muka!



Iya ke ini punca kekalahan PAS?



8 punca kekalahan PAS kata Mat Sabu

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.

Bukan sebab:

1. PAS berebut DUN dengan PKR.

2. Ahli PAS tak bergaul dengan masyarakat.

3. PAS sabotaj tak memberi undi kepada parti rakan2 kerana hendak menjadi dominan dalam jumlah kerusi negeri.

4. Calon2 PAS ketinggalan zaman.

5. Borang 13 tak tele dengan borang 14 pun bantai tandatangan jugak!

6. Mentang2 dah merasa pegang kuasa masing2 pakat bubuh kroni sebagai calon.

7.  Sikap Presiden PAS yang cenderung menyerang rakan2 menyebabkan penyokong PR luar parti manyampah lalu memboikot calon PAS terutama calon2 yang dilihat pro Hj Hadi.

8. PAS Kedah gagal menaikkan persepsi yang baik tentang kebolehan PAS mentadbir negeri dengan baik dan berkesan.

9. bla bla bla bla ........................ banyak lagi wooo!

30 Mei, 2013

Warga FELDA baru nak ada akai!

oleh: Mazlan Aliman

MANA JANJI MU UMNO?

Belum ada sebulan selesainya PRU 13, Macam2 aduan saya terima khususnya dari Warga Felda seluruh negara. Ada anak peneroka mengadu, rumah Gen 2 mereka terbengkalai. Duit dah keluar banyak. Ada peneroka Palong 6 maklumkan sesi dialog dengan Pegawai Felda dari HQ KL semalam jadi kecoh bila dimaklumkan hutang tanam semula peneroka sudah mencecah RM 80-90 ribu. Ada juga yg merintih baki pendapatan bulanan dah tak sampai RM1,000. Hidup makin susah kata mereka.

Saya tetap simpati pada mereka. Meskipun apa yang di ajukan, telah pun di perjuang dan diperingatkan puluh tahun oleh saya dan rakan2.

Antara tawaran Pakatan Rakyat dalam kempen pru baru2 ini ialah menyemak dan memberi subsidi atas hutang peneroka. Diterangkan secara sistematik bagaiamana hutang peneroka boleh dikurangkan. Namun, sesetengah peneroka begitu angkuh mengatakan; ' hutang tu kat pokok, bukannya nampak'. Hutang wajib bayar, berapa pun jumlahnya. Kita makan duit pencen je!, kata peneroka.

Logiknya, jika peneroka lebih yakin dengan BN, kenapa hari ini mereka marah dan mengamuk kepada Felda?
Bayar sajalah berapa pun hutang yg dikenakan!

Bila rumah Gen 2 terbengkalai, panggil semua pemilik2 tapak rumah. Tukar kontraktor. Macamana format rumah asal, sebahagiannya dah buat...
Duit untuk bersihkan tapak dah beberapa kali dibayar. Nak mengaku kena tipu, tidak juga. Tetap BN, demi ketuanan melayu kononnya....

Saya bukan nak pulangkan paku buah keras pada peneroka dan warga Felda akan apa yg mereka rasai selepas PRU 13. Gambaran telah diberikan jika BN terus berkuasa. Nasib FGVH, pekerja2 Felda Plantation, penyelenggaraan kebun dll. Hari ini telah jadi kenyataan.

Bila warga Felda mengadu, apa yg ANAK boleh bantu?
ANAK hanya badan NGO, apatah lagi apabila dasar2 Felda kekal dgn mandat semula BN; kena bersedia dengan padah yg mula dirasai.

Isa Samad, MP Jempol, Eshanudin MP Kota Tinggi, Azalina MP Pengerang, Halimah Sadique MP Tenggara, Anuar Manap MP Sekijang, Ismail Sabri MP Bera (sekadar beberapa nama). Ini kawasan Parlimen yg banyak Felda. Warga Felda jumpa mereka, kerana mereka telah berjanji untuk sehidup semati dengan peneroka. Saya yakin dengan slogan janji ditepati, MP BN ini akan bermati matian menyelesaikan apa jua masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.

Kalau Ahmad Maslan mula2 jadi Timbalan Menteri boleh berlakon menoreh getah, tidur rumah peneroka dan tubuhkan Badan Bertindak Peneroka(BAPAK) untuk selesaikan masalah peneroka dalam tempoh 2 minggu; Tok Limah(nama glamour Dato' Halimah Sadique) tentu sedang berkobar2 nak tolong rakyat sebab dah jadi Timbalan Menteri. Tak cukup siang, tengah malam pun Tok Limah sedia berbakti....

Saya dan rakan2 ANAK tidak kecewa, malah sedang merencana gerakan seterusnya. Cuma terkilan, pakej menarik untuk warga felda ditolak. Ada seorang peneroka kata kat saya, calon BN ni aku tau; kaki judi dan joli sana sini. Akhlak pun teruk. Tapi demi melayu, aku terpaksa undi dia. Kalau undi PAS, negeri aku nanti jatuh kat cina!


P/S: Mazlan! pedulikan la warga FELDA ni. Biaq pi kat depa. Biar ada akai!
 

Harga getah naik, BN bijak. Harga turun? BN Bangang!


Umno dan kerajaan semasa berkempen dahulu mengaitkan ketinggian harga getah kerana kepandaian memerintah maka beliau berharap pihak tersebut melakukan sesuatu sekarang demi kepentingan orang Melayu kampung yang rata-rata bergantung dengan pertanian itu.

Menteri tunjuk prihatin masa harga getah naik. Sekarang depa pegi mana? Tionaseng!



BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.

Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.

Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.

"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.

Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.

Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.

"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.

“Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling.

P/S: aku "padan muka" je pada pengundi melayu luarbandar yang setia mengundi UMNO. "Biar kami miskin asalkan melayu yang perintah negara!". hahaha... lancau la!

 

Kerajaan BN pembunuh utama rakyat Sarawak?


punca kematian tragis di sarawak adalah bot karam, punca bot karam adalah tiadanya jalan darat, tahukah anda berapa banyak duit di perlukan untuk mengadakan hiway dari kuching ke kota kinabalu? yang mana negara paling kaya sekali dengan hasil bumi di malaysia adalah sarawak, dan yang kedua adalah sabah kemudian di ikuti oleh terengganu dan pahang (emas).

PRs - jika 1 kilometer memerlukan RM 5 juta, maka 2000 kilometer dari kuching ke kota kinabalu hanya memerlukan RM 10 bilion.

- berapa pendapatan negara?
- RM 189 billion bersih,
- RM 248 billion belanja
- defisit atau belanja lebih pendapatan adalah RM 59 billion, 
- tak termasuk - RM 80 billion petronas, RM 70 billion bonus sawit,

- MAMPUKAH KERAJAAN MEMBINANYA? - TERLEBIH MAMPU!
- KENAPA IANYA TIDAK DI BINA? - CUBA KIRA HARTA KM SARAWAK, HARTA NAJIB RAZAK, HARTA HASIL BUMI MALAYSIA.
- KENAPA INI TERJADI? - BILA PEROMPAK JADI PEMERINTAH, SELAMANYA RAKYAT BERADA DALAM KEGELAPAN!

Punca kematian tragis di sarawak adalah bot karam, punca bot karam adalah tiadanya jalan darat, tahukah anda berapa banyak duit di perlukan untuk mengadakan hiway dari kuching ke kota kinabalu? yang mana negara paling kaya sekali dengan hasil bumi di malaysia adalah sarawak, dan yang kedua adalah sabah kemudian di ikuti oleh terengganu dan pahang (emas).


PRs - jika 1 kilometer memerlukan RM 5 juta, maka 2000 kilometer dari kuching ke kota kinabalu hanya memerlukan RM 10 bilion.

- berapa pendapatan negara?

- RM 189 billion bersih,

- RM 248 billion belanja

- defisit atau belanja lebih pendapatan adalah RM 59 billion,

- tak termasuk - RM 80 billion petronas, RM 70 billion bonus sawit,

- MAMPUKAH KERAJAAN MEMBINANYA? - TERLEBIH MAMPU!

- KENAPA IANYA TIDAK DI BINA? - CUBA KIRA HARTA KM SARAWAK, HARTA NAJIB RAZAK, HARTA HASIL BUMI MALAYSIA.

- KENAPA INI TERJADI? - BILA PEROMPAK JADI PEMERINTAH, SELAMANYA RAKYAT BERADA DALAM KEGELAPAN!

 
 
 

Trans Pacific Partnership Agreement (TPP). Bencana buat rakyat Malaysia!




 
Rakyat Malaysia yang budiman bakal dianugerahkan hadiah paling besar daripada kerajaan Umno-BN yang merajai kita hari ini. Ia lebih besar daripada bencana barang naik; kamera AES, cukai GST, harga minyak, gula, jalan tol dan lain-lain.

Namanya Trans Pacific Partnership Agreement (TPP). Baru-baru ini di Lima, Peru pada 15-24 Mei yang lalu, telah berlangsung rundingan TPP pusingan yang ke 17.

TPP dijangka dapat diselesaikan menjelang sidang APEC di Indonesia, Oktober 2013 ini.
Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21.

Rundingan bermula 2010 melibatkan Amerika Syarikat dan sembilan buah negara rantau pasifik iaitu, Canada, Chile, Peru, Mexico, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Jepun baru-baru ini ikut serta dalam rundingan, manakala kelibat China tidak kelihatan.

Ia bertujuan mewujudkan blok ekonomi yang akan menyeimbangkan kekuatan ekonomi, dan nantinya kedudukan strategik geo politik China di Asia Timur.

TPP membolehkan 600 buah syarikat gergasi dunia (Multi National Corporations-MNCs) menilai atau memantau rundingan perjanjian ini dengan hanya satu klik - dan mendapat aksesnya dalam talian internet. Para pelobi MNCs ini, boleh mendapatkan akses terhadap dokumen, membuat ulasan serta mempengaruhi isi perjanjiannya.

Manakala wakil-wakil Kongres AS pula tidak punya akses terhadap isi perjanjian ini. Waima Senator Ron Wyden sendiri yang menjawat Pengerusi Senate Subcommittee on Trade.

Senator Ron Wyden dan para senator lainnya telah menuntut ketelusan dalam proses rundingan perjanjian. Pada Jun 2012, seramai 132 orang perwakilan Kongres AS (1/3 jumlah ahli Kongres) telah menulis, menandatangani dan mengedarkan surat bantahan menuntut ketelusan dalam proses rundingan. Mereka mencatat dalam surat itu:

"Jika Kongres dan orang awam tidak dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu sehingga berakhirnya proses tersebut, maka ia bermakna, apa-apa peluang untuk memberi masukan input telah hilang. Suatu perjanjian perdagangan yang tidak boleh berdiri untuk penelitian awam tidak boleh dirundingkan atas nama warganegara Amerika Syarikat. "

Salah satu kemenangan tenaga bantahan terhadap pensejagatan kuasa korporat-MNCs adalah kekalahan Free Trade Area of The Americas (FTAA). Selepas lulusnya Perjanjian Wilayah Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) pada 1995, FTAA seharusnya diperluas ke seluruh wilayah Barat.

Namun demikian, cadangan perjanjian tersebut secara telus telah didedahkan kepada umum. Bantahan meluas disusun dan rundingan dibatalkan sebelum tarikh tamat pada 2005. Salah satu sebab tewasnya rundingan FTAA tersebut kerana teks dokumen perjanjian dibenar untuk didedahkan ke pengetahuan umum.

Itu di AS yang punya demokrasi, hak asasi manusia, pilihanraya adil, media bebas dan Akta Kebebasan Maklumat. Di Malaysia, apatah lagi dengan Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan lain-lain lagi perundangan tidak demokratik, TPP terus lenyap daripada wacana umum.

Peliknya, cerita bodoh Red Bean Army yang menjadi kepala berita akhbar arus perdana, bukannya TPP.

Kalau ia dibincangkan, ia dibicarakan secara sempit, di ruangan pinggiran tanpa rujukan luas, kritikal dan ilmiah. Konon, TPP hanya melibatkan kepentingan ekonomi orang Melayu. Begitulah ceteknya hujah yang diberikan. Masih menusuk jarum perkauman.

Tidak pasti hujah ini untuk menarik lebih ramai orang lagi bagi membantah TPP. Ataupun ianya sekadar melepaskan batuk di tangga agar agenda membodohkan orang Melayu terus bergerak lancar. Seterusnya menenggelamkan isu TPP ini.

Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia yang akan mendapat bala bahana TPP, antaranya:
  • Menghakis hak-hak pekerja di seluruh dunia (pekerja Malaysia akan ditambah aniaya lagi)
  • Menukar atau membuang peraturan-peraturan institusi kewangan negara, termasuk di Wall Street (apatah lagi Malaysia dengan pecah amanah dan rasuahnya)
  • Mengutamakan keuntungan korporat keparat MNC daripada hak rakyat (Malaysia telah lama dirundung sistem kapitalis monopoli oleh segelintir kroni Umno-BN, akan ditambah lagi)
  • Menghapuskan pekebun, peladang, penternak, petani dan nelayan kecil, memaksa perpindahan dan memusatkan bekalan makanan dunia ke tangan 1% penguasa kekayaan dunia
  • Membataskan kebebasan dan daya cipta inovasi terhadap Internet.
NGO Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telahpun berkempen melawan TPP ini atas sebab ia menyekat penggunaan ubatan generik yang lebih murah. Ia akan mengakibatkan rawatan penyakit kronik seperti tuberculosis, malaria, HIV/AIDS, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi menjadi sangat mahal.

Pada rundingan ke 15 di Auckland, New Zealand, Disember tahun lalu, pihak perunding Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengesyorkan untuk menyekat jumlah maklumat berkenaan isi kandungan dan formula makanan yang diproses.
Walhal undang-undang hak kepenggunaan hampir di negara-negara maju memerlukan syarikat-syarikat pengeluar makanan memberikan maklumat tepat formula dan bahan-bahan kandungan produk makanan keluaran mereka.
Pastilah cadangan ‘bernas' Malaysia ini disokong kuat oleh AS. Ataupun barangkali Malaysia telah menjadi sarana MNCs untuk menyuarakan kepentingan mereka. Kita tertanya-tanya, pada waktu itu antara peneraju MITI ialah anak Dr. Mahathir sendiri.

Masalahnya TPP dirundingkan kerajaan Malaysia tanpa ketelusan, dengan kebanyakan syarat-syarat perjanjian dipaksakan tanpa pembuatan keputusan yang demokratik.

Bagaimana kerajaan yang hanya mendapat mandat 46 % undi popular ini, berhak untuk merundingi dan menandatangani perjanjian yang akan memberi kesan buruk untuk seluruh penghidupan di tanah air ini - alam, manusia dan segala harta milikan awam yang masih tersisa?

Jikalau kita membaca dongengan atau kisah mitos Melayu kuno, seperti kisah Sultan Mahmud dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu berkenaan kejatuhan Melaka, atau kisah Raja Bersiong dan kerajaan Langkasuka, kita akan mendapati kemusnahan empayar-empayar Melayu kuno (Hindu-Budha dan Islam) ini berpunca daripada serangan dan penguasaan asing.

Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada 1511. Manakala Langkasuka dan Srivijaya di rantau Nusantara melemah akibat serangan Raja Rajendra Chola (negara moden Tamil dan Lanka) pada 1025.
Tetapi kita tidak boleh menolak hakikatnya dengki khianat, tamak haloba, kezaliman, rasuah dan pecah amanah di kalangan pemerintah tempatan menjadi punca utama faktor dalaman yang merobohkan tembok pertahanan daripada ancaman luar.

Inilah akibatnya, serakah dasar penswastaan serta rakus pemerintahan zalim, rasuah, pecah amanah pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun (dirujuk sebagai Mahathirisme). Inilah kesannya hegemoni United Malays National Organization selama lebih 55 tahun.

Bagi penyokong tegar Umno-BN, pada hari ini dan mendatang, sehingga termeterainya Perjanjian TPP ini, teruskanlah sokongan anda kepada Umno-BN. Nanti rasailah nikmat kehancuran dan kehilangan itu.

Bagi mereka yang telah lama hancur penghidupan dan harapannya, kehilangan telah sebati menjadi zat yang menyihatkan - itulah hikmat kekosongan!

Pengundi Perak bakal dapat double BRIM lagi 6 bulan!


Itu pun kalau Zambry bubarkan DUN dan Najib belum lagi diterajang dari singgahsana presiden UMNO la!

Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga petisyen dari PR Perak yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi, DS Zambry Kadir mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.
UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.
Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.
UMNO sekali mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka.
 
 
P/S: Tak mungkin Zambry bubarkan DUN. Kumpul duit untuk beli ADUN PR mungkin!


29 Mei, 2013

Minyak ditemui di daratan Kelantan. Apa helah Najib kali ini?





Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan
TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur. Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka. Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.

Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan
Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur. Sebelum ini mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi. Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas Carigali Sdn Bhd. Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari. Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri.

sumber

 

Tahaluf Siyasi. Dipatuhi atau sekadar mementingkan diri?



Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?

Pengertian Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Hukum Tahaluf Siyasi

Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :

1. Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52) 

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.

Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.


2. Firman Allah SWT : 

فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.

3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.

Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :


1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً

Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi

Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :

1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

KESIMPULAN

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.

 

 

Siapa kata BN tak boleh turunkan harga? Mari baca!


Janji ditepati!







selagi UMNO tak boleh cover duit belanja pilihanraya, selagi itu ler pekebun2 menanah tanggung bala!


P/S: tak baik fitnah woo!

28 Mei, 2013

Jom dengar ucapan bakal Timbalan Presiden PAS





Kalau mamat ni jadi Timbalan Presiden PAS, aku on blogging sampai PRU14. Kalau barisan lama masih kekal selepas muktamar nanti, aku malas campur dah. Dah tau dah sepak terajangnya.

P/S: Mat Sabu ok tapi dengan kemunculan pengundi gen Y, Mat Sabu jadi naib dah la. Kalau Mat Sabu beri laluan pada Husam Musa, aku salute!
 

Pendedahan. Pembunuhan pimpinan Sabah tahun 1976!


YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu? di saat akhir?

Misteri! Tragedi ‘Double Six’ 1976 Di Sabah (9 Foto)


Misteri! Tragedi ‘Double Six’ 1976 Di Sabah (9 Foto)

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang satu tragedi yang dikenali dengan nama Double Six. Tragedi ini cukup menggemparkan kerana ia melibatkan menteri-menteri di sabah maut dalam satu nahas kapal terbang. Alang-alang 6 Jun akan tiba tidak lama lagi, adalah kiranya Melayukini.net berkongsi tentang sejarah Double Six ini. Ia merula ada 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, di mana penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah kapal terbang yang terhempas.
Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
doublesix1

Pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

doublesix2

Senarai mereka yang terkorban dalam Peristiwa Double Six:
1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens

Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.
Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah didalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.

doublesix3
doublesix4
doublesix5
doublesix6
doublesix7
doublesix8
doublesix9

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.
Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Persoalan?
  • Rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
  • YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu? di saat akhir?
  • Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat? takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar?
  • Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia.
sumber

 

Perlaksanaan AES. Padan muka PAS Kedah.







Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kesediaan Barisan Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah.

Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti.. 

Oleh itu bersyukurlah.. sumbangan anda kini dihargai oleh Barisan Nasional!!


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13. Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya. 
Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak. 
“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini. 
“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya. 
Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati. 
“Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya. 
Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut. 
“Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat. 
Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan ~ Sinar Harian

Menurut Mahfuz, selain bersifat hadiah kepada rakyat Kedah ia turut membuktikan Exco Kerajaan Kedah tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di sebalik pelaksanaan AES yang menyebabkan Pakatan Rakyat khususnya PAS mendesak agar AES dihapuskan.

"Mungkin Tajul tidak mengetahui kenapa kita mendesak agar membatalkan terus pelaksanaan AES dan saya rasakan beliau hanya mengetahui AES ini hanya melalui media-media masa milik mereka. sebab itu beliau bersetuju untuk pelaksanaan.

"Saya yakin jika beliau telitikan kelemahan perjanjian di sebalik pelaksanaan AES tentu beliau akan berfikir dua kali untuk memberi kebenaran pelaksanaanya di Kedah," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily

Disini ada contoh bagaimana pengkhianatan dalam Pakatan Rakyat dilakukan.. sila baca di SINI

sumber

 

Mengkritik orang politik bukanlah bermaksud mengkritik ulama!



Shahdan, tuan-tuan sekalian;

1) Jika sebahagian pensyarah dan tokoh ilmuan menduduki sesuatu jawatan dalam pentadbiran, lalu apabila para pelajar mengkritik dan menegur urusan pentadbiran universiti atau pengurusan bahagian pengajian tinggi di dalam atau di luar negara, ia tidak bermaksud para pelajar tersebut sedang melecehkan guru-guru mereka. Tugas pensyarah tersebut yang menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kesarjanaan seseorang ilmuan mesti dicerakinkan, bukan digeneralisasikan dan menjadikannya bercampur aduk. Justeru sekiranya timbul rungutan tentang urusan pentadbiran, perkara yang mesti dibincangkan ialah tentang masalah pentadbiran, karena ia menimpa semua manusia, melibatkan pula kepentingan mereka. Tiadalah wajar diubah topik kepada 'kemuliaan guru', 'usah biadap dengan ilmuan' dan sebagainya. Tuntasnya, identiti yang berbeda mesti dicerakinkan.

2) Demikian juga PAS (Parti Islam Se-Malaysia) sebagai sebuah parti politik, apabila masharakat bercakap tentang idea-idea politik mereka, atau kelemahan pentadbiran di tempat yang diwakili mereka; ia tidak bermaksud melecehkan individu yang dikritik sekiranya individu itu merupakan seorang ustaz, ilmuan atau ulama. Perbincangan yang menyusul seterusnya ialah tentang idea-idea yang ditegur, berkenaan tindakan dan pengurusan yang disebutkan oleh masharakat. Bukannya dihidupkan perbincangan 'hormati ulama', 'daging ulama beracun', 'ulama pewaris nabi' dan sebagainya. Pencerakinan antara dua kedudukan sangat penting, lantaran memandangkan mereka sebagai ustaz telah memilih untuk melibatkan diri dalam politik dan hal ehwal pengurusan yang melibatkan kepentingan manusia seluruhnya.

3) Kalau seseorang pensyarah itu mengajar di universiti, atau seseorang ilmuan itu sedang menyampaikan sharahan ilmu, atau seseorang tokoh agama sedang menyampaikan kuliah; lalu jika ada pendengar atau pelajar mereka yang tidak menyetujui pandangan mereka, haruslah pelajar tersebut mendatangkan fakta dan hujah ilmiah, bukannya melakukan komplen yang bukan-bukan. Adapun jika pensyarah atau ilmuan tersebut melakukan tugas-tugas pentadbiran dan politik, mereka mestilah bersedia untuk dibaiki dan ditegur, bahkan wajarlah ia bersedia untuk ditegur secara terbuka, lebih-lebih lagi jika melibatkan kepentingan masharakat dan rakyat. Soal husnuz zhon (bersangka baik) bukan jawapannya, begitu juga soal 'hormati ilmuan/guru/ulama/dsb)', yang mesti dilakukan ialah memberikan penjelasan dan mengambil tindakan sewajarnya.

4) Saya mengulangi, wajarlah kedua-dua keadaan dan identiti tersebut dicerakinkan. Saya menghormati sesiapa yang berslogan 'kepemimpinan ulama', tapi kena ingat identiti seseorang sebagai seorang 'ulama'dan peranannya sebagai 'pemimpin/ahli politik' tidaklah sama. Tentunya ia mempunyai identiti yang bercampur, oleh itu wajarlah ia memakai identiti yang sesuai, di tempat yang sesuai. Sebagaimana seorang Pengarah urusan sebuah sharikat, jika ia juga seorang anak dan bapa, identitinya sebagai seorang anak dan bapa tiada berubah semasa berada di sharikatnya, tapi haruslah ia memakai identiti sebagai seorang Pengarah urusan, sementara di rumah pula, ia seorang anak dan bapa, bukannya bersikap sebagai seorang Pengarah urusan sebuah sharikat.

5) Demikian tuan-tuan, secara ringkasnya kebiasaannya kita punya lebih daripada satu identiti, justeru haruslah kita bijak mencerakinkan identiti kita dan tidak mencampur aduk hingga terciptanya kekeliruan. Juga dalam kes di atas; janganlah salah guna identiti seseorang (guru, pensyarah, ulama, ustaz, etc) hingga hilang fokus bahawa yang dikritik orang ialah tugasnya sebagai pentadbir dan ahli politik, bukan pula sebaliknya.


sumber

 

27 Mei, 2013

Boikot dah jadi Buy Code! Cunek la!


WAL HASIL BALIK ASAL

Bila ada sahaja isu baru dan panas adalah NGO dan pihak yang nak cari nama mengambil kesempatan untuk mencadangkan perkataan "BOIKOT" . Kadang-kadang  ianya macam tak masuk akal lebih kepada tujuan untuk mempopularkan diri dan NGO sahaja.
 
Terbaru selepas PRU13 ada mereka yang mencadangkan supaya memboikot perniagaan orang Cina kerana tsunami Cina semasa PRU13 dan yang terkini ada pihak yang mahu memboikot syarikat penerbangan tambang murah Air Asia kerana kenyataan Ketua Pegawai Eeksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang mencemuh Utusan Malaysia.
Dalam reaksi balasnya Utusan Malaysia telah menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.
Pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.
"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?

Persatuan Veteran Umno dan Presiden CUEPACS juga mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan itu.

Benarkah  apa yang disebut atau ditulis Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani ianya satu penghinaan ke atas kaum Melayu atau bolih dikatakan ia Melayu yang lupa identiti bangsanya atau Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit.
 Mudah sungguh pemimpin NGO Melayu menghukum orang orang Melayu. Bagi  memudahkan kita faham cuba kita baca tulisanya di Facebook: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"

Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

Bagi kita yang waras dan berfikiran di mana ayat yang boleh kita katakan ia menghina Melayu atau dia Melayu yang lupa identiti bangsanya atau Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. 
Dengan memboikot Air Asia bolehkah MAS atau Fire Fly atau Malindo Air memberikan tambang semurah Air Asia atau pihak yang mencadangkan boikot menyediakan kemudahan lain yang lebih murah atau akhirnya mendesak kerajaan menggunakan duit rakyat bagi menyediakan subsidi dan bantuan bagi memuaskan hati orang yang mencadangkan boikot.
Begitu juga dengan isu memboikot apa-apa perniagaan yang berkaitan dengan orang Cina. Cadangan boikot perniagaan Cina ini mungkin didorong oleh tuduhan “tsunami Cina” yang dibuat oleh Perdana Menteri selepas PRU13 bila pengundi cina tidak menyebelahi BN.
Perkara ini pernah dibangkitkan dan menjadi isu yang hangat semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ia pernah ditanya mengenai apa akan terjadi kalau orang Cina meninggalkan negara ini.

Jawapan Dr Mahathir mudah saja. Beliau bertanya mampukan orang bangsa-bangsa lain, khasnya Melayu, mengambil alih rangkaian perniagaan runcit orang Cina?

Adakah mereka mempunyai kepakaran berniaga, modal, dan rangkaian bekalan untuk mengisi ruang yang ditinggalkan oleh orang Cina?
Bolehkah orang melayu memboikot perniagaan cina. Ianya bukan semudah kita bercakap perkataan "BOIKOT". kita kena akui tanpa perniagaan orang Cina orang melayu akan lebih sukar untuk berniaga kerana kebanyakkan peniaga Melayu bergantung perniagaan kepada peniaga Cina. Ini kerana harga peniaga Cina lebih murah, boleh bincang, boleh tawar-menawar, pandai ambil hati dan yang terpenting boleh hutang
Kita jangan lupa yang banyak mematikan perniagaan orang Melayu adalah orang Melayu sendiri, termasuk pemimpin Melayu yang berkuasa. Siapa yang benarkan ujud Giant, Tesco dan super market besar di bandar kecil  dan yang terkini Kedai 1Malaysia. Siapa yang mansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan. Itu belum lagi soal cemburu dan khianat sesama Melayu yang berniaga.
 
boikot1
Kalau kita tengok boikot-boikot yang di canang dan dicadangkankan sebelum ini pun tiada yang berjaya dan tiada yang berhasil. Akhirnya yang mencadangkan boikot dan penyokong boikot juga yang terlupa pasal boikot. Anak beranak pergi membeli barang yang diboikot. Wal hasil balik asal. Lebih-lebih lagi orang Melayu gertaknya sahaja yang lebih. Akhirnya buy kot dan yang tentu bior kot.

 
 
 

Sesungguhnya, sistem negara kita telah hancur!


oleh: Aspan Alias

Negara perlu disusun semula dari alif, baa, taa

Serius, negara kita wajar disusun semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang ‘sustainable’ dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan jika tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara yang berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak kemajuan dunia masakini.
Keyakinan terhadap semua institusi demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi samada kita ini akan maju ketahap dunia pertama atau berundur dan mengelongsor ketahap kerajaan dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan menyerang dan merobohkan semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisian, undang-undang dan berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal dalam sebuah negara yng sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe, Mali, Congo dan lain-lain.
Jatuhnya kewibawaan sesebuah negara dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya. Di negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja rakyat kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa. Sudah tiada pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan negara kita ketahap yang pernah kita alami dahulu.
Dulu negara kita adalah negara yang paling hampir kepada tahap dunia pertama dan negara maju.sejurus kita mencapai kemerdekaan dahulu. Pencapaian kemajuan yang dimaksudkan bukannya dari segi pembangunan fisikal semasa itu, tetapi sikap dan suasana kepimpinan semasa itu jauh lebih baik dari masa sekarang. Dulu kepimpinan kita begitu masyhur dengan kewibawaan sebagai pemimpin sebuah negara yang cepat mencapai tahap negara maju.
Tetapi bagi pimpinan sekarang mereka mengaku dan memuji diri sendiri yang kita telah hampir ketahap itu. Tetapi apakah benar kita sudah menghampiri tahap dunia maju seperti yang digembar-gemburkan itu? Kalau kita sebut negara maju itu apakah definasi negara maju sebenarnya? Adakah cukup dengan membina bangunan tinggi-tinggi yang hampir setinggi awan itu untuk menjadi kayu pengukur kemajuan itu?
Adakah sudah mencukupi jika kita membina jambatan panjang-panjang atau membina tiang bendera yang tertinggi di dunia itu sudah melayakkan kita digulungkan ke dalam negara maju? Bagaimana dengan sikap dan nilai pemikiran kita tidak perlu dibina untuk melayakkan kita menjadi sebuah negara maju? Tidak perlu kah kita membina kepimpinan yang beretika dahulu sebelum kita menjadi negara maju?
Apa kah sebenarnya ciri-ciri penting yang perlu ada sebelum kita boleh menganggap negara kita sudah mencapai ke tahap negara maju itu? Pendeknya tahukah kita semua apa dia negara maju itu?
Negara maju itu adalah sebuah negara yang matang. Kematangan negara itu bukan setakat mencapai kemajuan fisikalnya tetapi kematangan yang meliputi bidang kehidupan yang lain. Kematangan sesebuah negara itu boleh kita lihat dari segi politiknya, kemajuan pemikiran rakyat lebih-lebih lagi pemikiran pimpinannya. Negara maju yang matang mempunyai rakyat yang hidupnya penuh dengan etika kehidupan sehariannya dan lebih-lebih lagi dari segi sikap mereka terhadap semua isu ada didepan mata mereka.
Dalam sebuah negara maju sistem kehakiman mereka tidak boleh dipengaruhi oleh politik dan menyebelahi sesuatu pihak. Pihak eksekutifnya tidak boleh masuk campur dalam hal yang berkaitan dengan kehakiman itu. Sistem kehakiman kita suatu ketika dahulu adalah badan bebas tetapi dihancurkan oleh pimpinan kerajaan (executive) semasa pimpinan seorang Perdana Menteri yang boleh berjalan di atas air dahulu.
Di England badan yang mengendalikan pilihanraya tidak menunjukkan sikap seperti pimpinan SPR di sini yang menunjukkan ‘thumbs up’ di depan media setelah BN berjaya mengekalkan mandat walaupun mandat yang bertambah kecil. SPR di sini seolah-olah adalah salah satu dari anggota Barisan Nasional yang berbelas-belas itu.
Di negara maju anggota Polisnya lebih menumpukan tenaga untuk menjaga keselamatan negara dan tidak seperti disini di mana anggota Polisnya lebih menumpukan perhatian kepada pemimpin pembangkang sahaja. Jenayah bertambah-tambah dan segala jenis jenayah nampak seperti tidak ada kawalannya. Polis sudah hilang ‘priority’ terhadap tanggungjawabnya.
Mereka lebih percaya yang perhimpunan anjuran PKR itu lebih bahaya dari kumpulan penyamun yang sentiasa mengintai-ngintai untuk menyamun rumah-rumah yang boleh mereka masuk untuk menyamun. Pendeknya seluruh sistem dan kewibawaan kerajaan sudah tidak boleh lagi diperbaiki oleh pimpinan yang ada sekarang ini.
Seperti yang selalu saya sarankan, negara kita perlu melakukan transformasi, bukan seperti yang dianjurkan oleh Najib tetapi transformasi yang hakiki. Kita terpaksa memulakan dengan menyusun kembali negara ini dari ABC atau alif baa taa.
‘The elders have to take charge’ buat sementara untuk menyususn kembali negara yang telah tersimpul mati dengan kemelut dan masalah yang tidak kunjung selesai itu. ‘Budak-budak’ yang tidak berhenti-henti berkelahi itu duduk di tepi dahulu, hisab cerut atau rokok daun, atau duduk bersama saya di kedai kopi mamak mana-mana.
Untuk memulakannya biar lah mereka yang memahami selok belok siasah dan pentadbiran dan mempunyai roh sejati untuk memperbaiki keadaan ini. Najib hanya pandai bercakap tentang ‘national reconciliation’. Tetapi beliau juga adalah pihak yang terlibat dalam pergaduhan untuk mengekalkan kuasa dengan orang yang hendak mendapatkan kuasa itu.
Jika Najib benar-benar jujur untuk matlamat itu, beliau sepatutnya mempunyai otot yang cukup kuat untuk mendisiplinkan ahli-ahli partinya untuk tidak berkata dan bertindak tanpa mempunyai ‘clue’ yang betul untuk melakukannya.