30 April, 2009

Mana lebih bahaya? Penyakit Selsema Babi atau Penyakit Perangai Macam Babi?

Dalam sibuk-sibuk orang memperkatakan tentang penyakit selsema babi tetapi di Negeri Perak rakyat sibuk memperkatakan penyakit perangai babi. Contoh perangai babi seperti berikut: a. Meneruskan pemerintahan walaupun tidak mendapat restu (Mohon restu di Bukit Gantang). b. Biasanya usul Dewan melalui speaker tapi pandai-pandai ubah melalui Setiausaha Dewan Negeri. c. ADUN nak mesyuarat kunci pintu. d. Korang bubuh sendiri. P/S: Anak babi lebih tau malu jalan menunduk sebab orang mengata dia anak babi.

29 April, 2009

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zambry Abd Kadir dari UMNO untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah MB yang sah..!

Nizar - UMNO Tidak Berhak Melangkaui Keputusan Mahkamah Adakan Sidang DUN UMNO perlu bersikap rasional dan menangguhkan sidang dewan undangan negeri Perak pada 7 Mei depan sehingga isu dua menteri besar Perak diselesaikan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata UMNO tidak perlu terlalu ghairah mengadakan sidang DUN itu apabila banyak persoalan mengenai perlembagaan negara dan negeri masih belum diputuskan. Beliau berkata demikian setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zambry Abd Kadir dari UMNO untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah MB yang sah. Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi. Di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata kepada pemberita bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad. “Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu) kerana terdapat banyak fakta-fakta yang dipertikaikan di sini,” katanya. Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Ekonomi? Paham bebenor apa yang sedang berlaku..!

Artikel ini diambil Blog Tukar Tiub. Satu pandangan agar kita memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku! Cukuplah memperbodohkan Melayu! MENGENAL KAPITALISMA GLOBAL GLOBALISASI MODAL PUTRAJAYA 22 April - Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan. Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.Mengumumkan perkara itu di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan. Kata beliau, liberalisasi sektor perkhidmatan bertujuan membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. – DI PUNGUT DARI UTUSAN MELAYU Minggu ini kita terbaca bagaimana Najib Razak terpaksa membuka lagi pasaran Malaysia kepada syarikat multinasional. Kaum pemodal luar negara kini dibenarkan membawa masuk modal untuk melabor dalam 27 subsektor termasuk juga bank dan hospital. Kalau dulu pelaboran luar hanya dibenarkan memiliki kepentingan pelaboran tidak lebih dari 30% kini dinding dan atap itu telah diruntuh. Ini buktinya bagaimana perancangan kapitalisma global telah berjaya untuk memindahkan harta kekayaan rakyat dari Asia, Afrika dan Amerika Latin ke saku para banker dan pemodal Anglo-Amerika. Inilah buktinya bagaimana dasar pasaran terbuka dapat menerbus masuk ke dalam Dunia Ketiga. Hujah memberi peluang pekerjaan selalu digunakan sebagai khidmat yang akan kita terima jika kaum pemodal antarabangsa ini masuk melabor. Kapitalis antarabangsa ini juga dikatakan akan membawa modal. Apakah ini betul ? Untuk memahami mari kita melihat dan memahami kembali apa itu duit dan apa itu modal. Seperti yang telah saya terangkan dahulu duit yang kita gunakan ini adalah fiat money - kertas yang nilainya dipaksakan ke atas kita. Kertas ini dipaksakan ke atas kita kerana kita terikat dalam sistem kapitalis global. Kita menjerut leher kita dengan menerima dasar Bank Dunia, International Monetary Fund ( IMF) dan World Trade Organisation. Dasar yang diajukan oleh lembaga-lembaga ini tidak pernah berniat untuk membantu kita. Tugas kapitalisma bukan membantu umat manusia tetapi membuat untung. Tidak ada orang yang memulakan satu perniagaan dengan tujuan untuk membantu. Kapitalisma bukan badan amal seperti Food Not Bomb. Kita selalu mendengar bahawa banyak kilang ditutup di Singapura, Pulau Pinang atau Thailand kerana berpindah ke China atau Vietnam. Kenapa? Kerana upah buruh lebih murah di sana. Inilah buktinya bahawa kapitalisma bukan datang untuk membantu tetapi mencari untung. Jadi hujah mengatakan modal luar membuka peluang pekerjaan terbukti satu dongeng. Dari mana modal datang? Modal ialah tenaga manusia. Justeru tidak munasabah jika kita katakan Malaysia tidak memiliki modal. Ini bohong. Di Malaysia ada lebih dari 20 juta warga – semua ini adalah modal. Apabila politikus mengatakan kita tidak memiliki modal atau dana – apa yang dimaksudkan ialah kita tidak memiliki kertas dolar. Juga jangan lupa - keuntungan yang dibuat oleh kaum pemodal antrabangsa akan dibawa pulang ke negara masing-masing. Yang dibawa pulang itu ialah modal. Inilah sebab utama kenapa negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin terus menjadi miskin. Tenaga yang dicurahkan oleh warga dihisap oleh lintah-lintah darat ini. Kerana kita tidak memiliki kertas dolar maka kerajaan kita ke hulu ke hilar meminjam dari Bank Dunia, IMF, bank-bank dari Eropah atau negara menjual bond. Ertinya kita meminjam duit dari para banker dan pelabur dari luar negara. Mereka sedia meminjamkan kepada kita untuk mendapat untung buta melalui bunga dan riba. Mari kita lihat satu contoh sejarah yang berlaku di zaman Perang Saudara ( 1861-1865) di Amerika Syarikat. Ketika itu Presiden Abraham Lincoln cukup terdesak. Presiden Lincoln mungkin terpaksa meminjam duit dari para banker di Eropah yang amat bersedia meminjamkan duit dengan riba dan bunga yang tinggi. Lincoln telah dinasehatkan untuk mencetak duit sendiri agar dapat membebaskan diri dari lintah darat para banker yang sedang memasang lukah di Pasar Selayang. Sebanyak 450 juta dolar - yang dipanggil greenbacks - telah dicetak. Wang ini berjaya membantu Lincoln membayar hutang piutang negara. Amerika di zamam Lincoln telah bebas dari berhutang dengan para banker dari Eropah. Dari segi sejarah ketika Lincoln menjadi Presiden ekonomi Amerika berkembang permai. Ringgit yang kita gunakan hari ini dinilaikan dengan bandingan kertas dolar. Tetapi kertas dolar yang menilai ringgit ini pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa nilai. Majoriti warga Malaysia hanya memiliki nilai keyakinan untuk menjalankan pertukaran melalui ringgit. Kertas ringgit ini bertujuan untuk menyenangkan kita berjual beli tidak lebih dari itu. Kertas ringgit ini juga adalah fiat money yang tidak berasaskan emas atau perak. Ia hanya berasaskan keyakinan warga Malaysia. Justeru jika sesebuah negara dapat membebaskan dari belenggu kertas dolar maka negara itu boleh mencetak duit mereka sendiri – seperti yang telah dilakukan oleh Abraham Lincoln. Jika negara mencetak duit sendiri maka negara tidak akan memiliki masalah hutang. Kita mencetak kertas ringgit kita sendiri tanpa merujuk kepada Bank Dunia atau IMF. Atau meminjam dari mereka. Saya yakin warga akan menerima pakai kertas ringgit yang kita cetak untuk kita bersama membangunkan negara. Tidak timbul masalah negara tidak memiliki modal. Tidak timbul masalah negara tidak ada dana. Kenapa kita menjadi bodoh meminjam kertas dolar dari IMF atau Bank Dunia atau menyimpan dolar sebagai duit simpanan negara walhal kertas dolar ini juga tidak bersandarkan emas atau perak. Nilainya dipaksakan ke atas kita. Amat jelas - Bank Dunia, World Bank dan IMF adalah lembaga kapitalis yang menjual kertas kosong kepada kita. Kenapa kita membeli kertas kosong dengan harga yang mahal walhal kita boleh membuat kertas itu sendiri. Apa yang saya katakan ini kelihatan cukup enteng. Lalu timbul persoalan – kalau bagini senang kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu? Jawabnya juga cukup enteng – kerajaan Malaysia hari ini sedang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara kita terikat dalam satu sistem kapitalis global. Perangkap kapitalis global ini telah dipasang oleh kabal Illuminati untuk kepentingan para banker seperti Rockefeller dan Rothschild telah memerangkap kita. Pemimpin politik kita tahu jika mereka cuba membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini maka mereka akan dijatuhkan. Sejarah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini dinaikkan oleh penjajah British melalui Tunku kerana gerombolan ini tidak akan melawan atau menentang kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Gerombolan ini dipilih oleh British kerana mereka akan menjaga kepentingan kaum pemodal melalui seribu satu macam undang-undang yang bukan bertujuan menjaga kepentingan kaum pekerja dan buruh tetapi menjaga kepentingan kaum pemodal. Hanya sebuah kerajaan rakyat yang berpaksikan kekuatan rakyat sahaja yang dapat membebaskan diri dari belenggu kapitalis global. Satu ketika dahulu Indonesia dibawah pimpinan arwah Bung Karno adalah contohnya. Iran di bawah pimpinan arwah Mussadigh satu lagi contoh. Hari ini contoh terdekat ialah Cuba yang dipimpin oleh Castro, Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong-il , Venuzuela di bawah Chavez dan Iran di bawah Ahmadinejad – adalah negara-negara yang cuba membebaskan dari sistem kapitalis global. Lihatlah berapa banyak konspirasi dan propaganda telah, sedang dan akan dilakukan untuk merobohkan benteng ekonomi negara-negara ini. Modal global melihat negara-negara yang ekonominya berdiri bebas sebagai musuh mereka. Lalu persoalan timbul kenapa kita semua tidak melakukan sesuatu dan membiarkan diri kita terus ditipu bulat-bulat untuk sekian lama? Sesiapa yang berani mengeluarkan soalan seperti ini maka susuk ini adalah susuk yang memiliki fikrah merdeka. Susuk ini berfikiran progresif kerana ingin membebaskan diri dari belenggu kapitalisma. Susuk-susuk yang sedar dan tidak mahu ditipu oleh kertas dolar. Jika semakin ramai yang menimbulkan soalan ini ada kemungkinan Malaysia negara kita ini akan menuju ke zaman pencerahan.

28 April, 2009

Berita gumbira! (gumbira sikit)

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry PUTRAJAYA, 28 April (SK) : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah. Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat. Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry. Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei. Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri. http://www.suarakeadilan.com

Anda sedang diperhati !

Bermula PRU 12, Pakatan Rakyat Negeri Perak telah diuji… Ujian datang silih berganti… 2 tewas mengatur bini…. 1 terjengkot-jengkot tak sadar diri…. Akibatnya…. Pimpinan negeri bertukar secara keji…. Angkara 3 malaon yang sampai sekarang menyepikan diri…. Nizar, Speaker, Ngeh dan Nga berjuang tanpa henti… Yang lain mana ? tak berkutik walau seinci… Yang menang tak berbunyi yang kalah apatah lagi… Bila Nizar turun menerangkan masalah terkini…. Depa duduk kat belakang tersengih-sengih menonjolkan diri… Bila time makan semua depa taji… Macamlah tak makan dah 4 hari… Getiknya hati tidak terperi… Kes Nizar melawan Zamri, sidang DUN 7 Mei sedang menanti… Mana depa depa ni? Bila semboyan nak dibunyi? Penyokong-penyokong sedang menanti….. Baik yang menang atau yang kalah bila pendapat diberi…. Pandai depa lagi… Tepis kiri kanan begitu begini…. “Yang menang tak cakap apa, takkan yang kalah nak berbunyi!” Kata depa nak mengelakkan diri… AWAS ! ! ! penyokong-penyokong sedang memerhati… Siapa yang jadi calon sebab nak syok sendiri… Siapa yang jadi calon semata-mata kerana parti… Siapa yang bakal jadi pemimpin sejati…..! Berkhidmat kepada masyarakat tanpa kepentingan diri… Tahan diugut dan diuji… Tak mengira rintangan yang menanti…! Siapa yang tewas ujian ini, PRU-13 tak payahlah jadi calon lagi….! BOLEH BLAH….!

27 April, 2009

Beghadab!!? Kih Kih Kih!

Hari ni anak aku keluor sekolah pukul 1. Sambil nunggu loceng bunyi macam biasa aku nyembang dengan Pak Long. “Apa kabor ari ni Pak Long!? Maghah lagi ker!?” Aku nanya buka bicara. “Ada le kughang dah! Deme pun aku nengok dah tak bebunyi pasal hal beghebut kerusi Penanti dah!” Ulas Pak Long. “Ate aper ceghiter baghu pulak la nih!?” Macam biasa aku jolok. “Ni ha.. pasai mamat Pangkor tu udah bekabo sidang DUN 7 aghibulan 5 esok dia mintak ADUN Pakatan beghadab! Macam ler dia ngambik kuasa MB aghi tu beghadab benor!!” Terbeliak mata Pak Long bekabo. “Tu sughat kabo yang tulih ghoper itu, mungkin dia bekabor pesen lain kut!?” Aku cuba kasi Pak Long cool. “Huh! Ni aku dengor deme udah tenggelam punca pasei kes Nizar lawan Pangkor 28 aghibulan nih!” Sambung Paklong. “Udah ada ceghiter baghu pulok ker Pak Long!!?” Aku nanya pasei aku pun tak tau perkembangan nih. “Iyer ler! Aku dengor deme udah abih pusin tapi payah nak menang sampei Peguam Negara pun campor tangan pada hei Pangkor udah ader peguam sendighi!!” Kabo Pak Long. “Iye ler juger! Bila puak belah ini penin aghi tu Peguam Negara tak campor tapi bila puak belah sana penin dia campor pulak! Apa keheinyer ghoper itu!” Aku baghu nampak sikit-sikit. “Aku pun tak sabor nak nunggu keputusan Hakim besok! Aku dengor Nizar dah mintak panel Hakim sampei 9 oghang! Tak ilang penin meghaban teben ler pulak deme!!” tambah Pak Long Hmm! Kata aku dalam ati. Sekaghang ni orang-orang lama pun dah ambik berat pasal isu-isu semasa. Kalau jadi pilihanraya umum atau negeri memang ler tak der siapa pun boleh cong depa dah!

26 April, 2009

Keresahan di hati !

By: Zulan Sekadar lontaran keresahan…. PRU12 menyaksikan rakyat di 4 buah negeri iaitu di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah berkehendakkan parti-parti dari Barisan Alternatif menguasai pimpinan negeri tersebut (Barisan Alternatif kemudiannya ditukar ke Pakatan Rakyat). Negeri Kelantan terus kekal di bawah kepimpinan PAS dengan majority yang lebih besar. Di peringkat permulaan BN kelihatan terduduk lesu dan rakan-rakan politik Presiden UMNO yang sentiasa mengintai peluang untuk naik ke atas mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan presiden mereka sendiri atas alasan kepimpinan presiden merekalah penyebab kekalahan BN! Pimpinan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat tanpa berlengah-lengah terus melaksanakan hasrat nurani rakyat dan sebagai contoh (contoh yang paling popular) kerajaan negeri Perak di bawah MB DS Nizar meluluskan hakmilik tetap tanah tapak rumah bagi penduduk Kampung Baru (majority kaum Tionghua) dan Kampung Tersusun (majority orang melayu). BN dan UMNO (khasnya) terus melakukan post mortem untuk mengenalpasti punca-punca kekalahan mereka dan akhirnya mereka mengerti perkongsian PERSAMAAN menegakkan KEBENARAN DAN KEADILAN yang menjiwai rakyat dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah penyebab perubahan ini. BN dan UMNO khasnya melihat scenario ini dengan gerun dan mula mengambil langkah-langkah ‘by hook or by crook’ untuk menyekat nurani rakyat serta penerusan penguasaan Pakatan Rakyat dan akhirnya pentadbiran negeri Perak bertukar tangan secara keji! (dan rakyat Perak terus teraniaya hingga ke hari ini kerana tidak wujud MB yang pasti!) Dalam jarak masa setahun BN terus teruji dengan pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil (PRK). Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kecuali Batang Ai, yang lain telah dimenangkan oleh rakyat untuk Pakatan Rakyat! Pakatan Rakyat terus dirahmati malangnya masalah lain pula yang muncul kini! Mungkin terasa penat bertungkus lumus berjuang dan menyaksikan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang menjadi calon memenangi pilihanraya seterusnya menduduki saf kepimpinan negeri (Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat), perasaan tamak mula menguasai diri! Yang terbaru dan terkini, PAS Permatang Pauh menuntut kerusi yang dimiliki PKR setelah ADUNnya mengosongkan kerusi (akibat bahana perbuatan diri, memungkiri harapan rakyat negeri sendiri!). Perjuangan atas dasar PERSAMAAN menegakkan kebenaran dan keadilan telah dimungkiri (mungkin tidak disedari). Untuk menghalalkan hasrat di hati semua alasan telah diberi (sebagaimana pembaca semua telah maklumi). Lihatlah! Ini baru menguasai Negeri, belum lagi menguasai Negara! Tidakkah tuan-tuan menyedari!!? Tindakan sekecil ini bakal merubah kepercayaan yang diberi!!? Cukuplah, muhasabah diri…..! Kembalilah ke keadaan sebelum kemanisan ini dikecapi! Apakah PERSAMAAN menegakkan kebenaran dan keadilan perlukah dinodai!!? Apakah perjuangan hanya setakat ini sedangkan perjuangan kearah matlamat yang lebih besar sedang menanti!!? Tidak mengira saudara mara, sahabat handai atau kepimpinan tertinggi, aku tidak peduli untuk meluahkan yang terbuku di hati…..! Pilih antara dua, MENGHANCURKAN HARAPAN RAKYAT atau RAKYAT BAKAL MENGHANCURKAN HARAPAN ANDA! (Sebagaimana BN(UMNO) sedang alami!)

24 April, 2009

Jaga Yob Nizar dengan Yob Speaker kita bebenor kome oii ......!!

Atas dasar yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan, teman tiru dan tempek di bawah ni 2 posting dari Blog Yob Pink Turtle yang teman gerenti tak akan keluor dalam Utusan Meloya, Berita Hairan, TV 3 suku, Rehat Tunggu Mati (RTM), TV 9 kupang atau TV 7 ghinggit suku! Berhati-hatilah...! Kebuntuan ini sebenarnya mendedahkan DS Nizar dan Speaker kita di kedudukan yang bahaya! Jaga Yeop Nizar dengan speaker kita bebenor kome oii ......!! Mahkamah arahkan Gani Patail beri penjelasan situasi 2 MB di Perak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Peguam Negara untuk memberi penjelasan terhadap situasi yang membawa kepada wujudnya 2 Menteri Besar di Perak. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memberi arahan itu setelah membenarkan Tan Sri Gani Patail masuk campur dalam perbicaraan berhubung kemelut politik itu.Greenboc ……………………………………………………………………………………………………… Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Inilah pertikaian di Mahkamah sekarang. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan Peguam Negara menjadi ‘pencelah’ dalam kes ini. Menurut Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, adalah wajar untuk membenarkan Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencelah dan membantu mahkamah menyelesaikan pertikaian ini. Menurut Gani, beliau berhak mencelah dalam kes ini kerana ia melibatkan kepentingan awam dan pentafsiran Perlembagaan Perak serta Perlembagaan Persekutuan. Peguam Dato seri Nizar, Sulaiman Abdullah membantah pencelahan Peguam Negara dalam kes ini. Menurutnya, apa jua keputusan mahkamah kelak, tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Peguam Negara. Oleh itu, beliau tidak ada hak untuk mencelah dalam kes ini. Isu yang dipertikaikan ialah ‘Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?”. Apa kena-mengena kes ini dengan Peguam Negara? Adakah hak atau liabiliti Peguam Negara akan terjejas apabila mahkamah membuat apa-apa keputusan? Tetapi, mahkamah telah mengenepikan hujah beliau dan membenarkan Peguam Negara mencelah dalam kes ini. Menurut Sulaiman lagi, Zambry memang sudah diwakili oleh peguam-peguamnya sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlu untuk Peguam Negara untuk mencelah. Sulaiman juga mebalas hujah Peguam Negara yang mengatakan bahawa ini merupakan kes kepentingan rakyat, oleh itu beliau berhak mencelah. “Nampaknya Peguam Negara bukan menjaga kepentingan rakyat, tetapi menjaga kepentingan Barisan Nasional” bidas Sulaiman. Dalam masa yang sama, Dato Seri Zambry mencari jalan pintas untuk memohon supaya kes ini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Dato Seri Nizar membantah permohonan tersebut.Menurutnya, Mahkamah Persekutuan tidak boleh menjawab apa-apa persoalan perundangan berdasarkan andaian. Semua fakta-fakta material perlu dibangkitkan dan dipertimbangan dalam mahkamah tinggi terlebih dahulu. Dato Seri Nizar telah menfailkan afidavitnya untuk membantah permohonan Dato Seri Zambry. Perkara ini akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 April 2009.

23 April, 2009

Berebut pulak dah ! ! !

Hari ni anak aku yang darjah 2 keluar pukul 12.30. 12 suku aku dah terpacak kat sekolah. Tak lama nampak Pak long orang kuat PAS kat kampung. Ambik cucu dia yang darjah 1. "Pak Long!! maghi ler sini nyembang!! jerit aku.. Pak Long jerit balik kat aku "Moh ler caghi tempat ghedup sikit, kamu tak nampak ker paneh cheghongen nih" Dah dapat port cantik aku nanya Pak Long "Pak Long! apa tajuk utama blog2 Pakatan Rakyat ari ni!!?" "Huhh! aku udah getik!! jawab Paklong sambil mulut tejuih. "Getik apanama pulok Pak Long, selalu Pak Long yang bekabor saya kalu ada citer-citer baghu" aku jolok. Balas Paklong "Aku ni getik campor tak gemor, tak gemor sikit, getik tu banyak benor!!" "Ngaper pulok!!?" jolok lagi. "Hal penanti ni ha.. udoh tau kawasan tu PKR punya apa pasei pulok PAS Permatang Pauh sebok benor ndakkan kawasan tu. Malu aku pada kamu. Dulu kamu ngater aku maghah. Ini dah kena ataih batang idung aku oghang PAS. Kalu ghoper ini baik aku jadi macam kamu, sokong Pakatan Rakyat tapi parti tak mandang (tak ada). Dulu aku kabor kamu PAS baguih. tak kencin kawan, warak, keghojer keghaner Allah, berkhidmat kepader rakyat!.. Ini dah tau kawasan tu ada potensi menang udah gelap mata tebayangkan kuasa" jawab Pak Long tanpa wakaf. "Ater, Pak Long kabor ler deme, meghungut pada awok (saya) bukan jadi aper" aku jawab hati-hati. "Kamu tak tau, kamu bukan oghang PAS, yang senangnyer kalu aku jumpa oghang yang becakap tu sensoghang aku bagi penampor sedas, tolo tak tentu hala. kalu ndakkan kuasa sangat pegi ler ke kawasan yang umno menang masa PRU12 dulu, kempen pelan-pelan, cukup masa PRU masuk jadi calon, ada ler juger pekdahnyer!!" Huh, kalu kena penampor Paklong tak tau ler apa aku nak cakap...., ibu jari tangannyer sama besor dengan ibu jari kaki aku...... Kalu aku yang kena gerenti melekat kat dinding mural sekolah ni......! jadi satu keghojer pulak oghang nak cungkil aku keluor!... "Kalu deme teruskan juger niat deme tu, ngundi akan datang ni aku ndak duduk di ghomah aje. Letih dah aku bekejor sana sini nolong deme!!..." huh!! tak abih lagi Pak Long nak bekabo ghoper nyer!... Kriiinnnnnngggggggg!!!! loceng sekolah waktu bersurai berbunyi... "Ok Pak Long, awok nak nengok anak kejap, kaghang meto pulak dia mencaghi awok. esok kita sambung ceghiter lagi!!..... Assalamualaikum!!!.."

22 April, 2009

MENGENAL KAPITALISMA

Aku ada sesuatu ndak ditulis hari ini tetapi memberi laluan kepada pandangan penting untuk memahami ekonomi dari Bro Isham yang tak bersongkok berlobai dan tak berparti seperti aku tetapi menyokong Pakatan Rakyat (selagi berada di landasan yang betul). Rabu, 2009 April 22 KEDAULATAN DAN GLOBALISASI Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini. Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini. Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan. Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia. Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri. Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton. Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia. Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan. Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja. Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British. Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat. Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. (TT)

21 April, 2009

Tulis buku boleh menangani murtad

Tulis buku boleh menangani krisis murtad! Kih Kih Kih! Itu aje standard memikio mufti aku!!? Kih Kih Kih! Patut ler ghamei benor oghang Islam udah murtad. Teghingat kata-kata arwah Tok Guru aku "Deme nih, berdoa siang malam ndakkan padi menjadi tapi bebendangnya tidak!!" Kalu yang buat buku tu standard aku, mungkin le juger pasei aku tak ada kuasa nak melaksanakan tindakan yang lebih berkesan pasei aku tak ada kuasa!! Ini idak!, buat buku dengan harapan buku tu boleh menjadi panduan ibubapa boleh mendidik anak untuk mengelakkan gejala murtad!! Ini le sebab ngaper aku getik benor bila ustad-ustad bila bersembang, bersembang dengan geng deme ajer!! Nengok oghang pakei seluor jeans londeh macam aku pakei ekor mata ajer!! Kome tau ker standard mak bapak yang ndak diharapkan untuk bagi panduan untuk anak-anak deme tu!!? Betuikan dulu makbapak-makbapak dulu yob ooi!! Aku ni pun, nasib baik ler tuhan sayangkan aku gamaknyer, usaha sendighi belajor sana, belajor sini bab agama pasei ngenangkan udah ada anak-anak. Malu kalu anak-anak nengok bapak deme jahil!! Itu yang sedor!! Yang tak sedor belambak-lambak yob oii!! Aku bagi clue sikit aje. Ex: aku peghonah nanya satu makcik tentang surah Al-Fatihah. Aku jolok ghoper ini " Makcik sembahyang daghi kecik sampei umur 60 ni, cer ceghiter sikit pasei Al-Fatihah!!?" "Ish kamu ni, takkan Al-Fatihah pun tak tau!!? kata dia. "Idak, maksud teman penerangan dalam Al-Fatihah tu!, kan Al-Fatihah tu ada tujuh ayat, cer terangkan pada saya satu satu". "Idak ler aku tau sampei ke situ, yang aku tau kalu takde Fatihah sembahyang tak sah!! Maleh ler aku nak nanya lebih-lebih!!... Tanya lebih kaghang kecik ati pulak dia.. "Mmm.... patut ler sembahyang bertahun-tahun sampei dahi hitam tapi mengater oghang kuat juger!!" kata aku dalam ati!.....

20 April, 2009

Titah ucapan Sultan Perak. Ulasan Timbalan Presiden GPMS, UlasanKetua Umum BBPM, Ulasan Oghang Kampong Teman.

Pagi tadi macam biasa aku pekena ghoti canei kat kedei makan kampong aku. Sambil ngonyah ghoti canei, macam-macam dilabun deme pasei titah ucapan seghotan. Pasei hormat dan kasihkan seghotan masih tebal macam dulu-dulu idak ler deme nak ngulas apa pun titah ucapan seghotan. Deme ulas ucapan Timbalan Presiden GPMS dengan Ketua Umum BBPM aje. Ini butiran ulasan oghang kampung aku oghang peghak untuk Syed Anuar dengan Osman yang ntah daghi negheghi mana tu. Pasei aku maleh nak nuleh bebanyak aku buboh ulasan oghang kampong aku sebagai UOKg aje dan tulisannya aku buboh kaler merah. Boleh ler, iyer kome!!? KUALA LUMPUR 19 April - Titah ucapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena penganugerahan darjah kebesaran hari ini merupakan mesej jelas daripada baginda bahawa perbuatan menghasut rakyat oleh kumpulan politik tertentu adalah tindakan liar dan biadab. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, selain itu, ia juga merupakan luahan seorang sultan terhadap tingkah laku sekumpulan pengikut yang sanggup mencemuh institusi raja demi mencapai agenda politik parti masing-masing. UOKg: Ater! Kalu pasei kene tang kiter bukan main lagi deme ngulasnya iyer!!? Cer kena ateih batang idung deme. Aper gamaknyer kata deme pulok!!? Justeru, katanya, GPMS mahu apa yang disuarakan oleh Sultan Perak itu perlu dijadikan iktibar khususnya orang Melayu mengenai pentingnya menjaga institusi raja daripada dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. UOKg: Huh!! seghotan peghak, oghang peghak ler menjaganyer! Cer deme interbiu aku!!, keluor ke gamaknyer dalam sughat abor ni!!? "Dari segi politik, baginda berkecuali, tetapi dalam perkara ini, GPMS yakin baginda terpaksa bersuara kerana tindakan yang dilakukan oleh kumpulan politik berkenaan sudah keterlaluan. UOKg: Peh!! yakin deme ajer! Yakin keme oghang peghak ni macamana pulok!!? Aku yakin ateih daie dia baghu tau!! "Baginda berhak menegur dan memberi peringatan kerana perbuatan seumpama itu jika tidak dibendung boleh menyebabkan negara kita menjadi huru hara. Adakah keadaan seperti ini yang kita mahukan?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. UOKg: Ater!! bila ler gamaknya kiter dapat dengor depan-depan titah seghotan ni!!? Aku cicah sebelah kaki kat gate istana pun udah dipeghambat di deme jaga pintu tu!! Beliau mengulas titah Sultan Perak bahawa tindakan kumpulan tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru hara selain mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan 'menyala api dalam sekam' UOKg: Pihak tertentu mana pulok!!? Cer sebut bebenor! Mencemar maner ghoper pulok!!? Ater, deme ngubah perlembagaan dulu tu mencemar tahap mana pulok!!? Titah Sultan Azlan Shah lagi, perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya, tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara. Syed Anuar berkata, institusi raja merupakan lambang kekuatan bagi orang Melayu di negara ini dan perbuatan mencemar nama baik institusi itu tidak harus berlaku. UOKg: eee... ini lagi satu!!.. Oghang melayu ler lambang kekuatan seghotan!! Takde oghang melayu takde ler seghotan melayu. Tolo benor Syed nih! Syed mana asei nih!!? Jawang ke semat!!? ''Cuba lihat apa yang berlaku di Thailand. Disebabkan tamakkan kuasa, rusuhan berlaku di sana-sini. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat. Mereka menjadi mangsa akibat kerakusan pihak tertentu,'' katanya. UOKg: Ih Ih Ih!! Nak bandin dengan siam buat peghonjang apa!!? Siam tak peghonah kena jajah. Bukan macam negheghi melayu ni, lepaih Portugis, Belanda, lepaih Belanda oghang puteh, lepaih oghang puteh, Jepun, lepaih Jepun oghang puteh semola!! Yang melawan penjajah dulu tu saper!!? Idak datok-datok, moyang-moyang kiter juger!! Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu mesej yang disampaikan oleh Sultan Perak itu diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak khususnya parti pembangkang. UOKg: Pembangkang!!? Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang ameno ler pembangkang!! Deme ngater ameno ke ni yob!!? Beliau percaya Sultan Perak kurang senang dengan kejadian yang berlaku sebelum ini dan mahu keadaan tersebut tidak lagi berulang pada masa akan datang. UOKg: Memang ler koghang senang!.. Sikit-sikit ngadu seghotan. Sikit-sikit ngadu seghotan. Seghotan ndak berehat pun susoh!!.. Bubar DUN kan senang!!.. Sapa yang menang meghentah ler!.. itu pun tak gheti!!.. "Baginda memberi peringatan agar jangan ada pihak yang bertindak liar kerana perbuatan seperti itu hanya akan menyebabkan negara menjadi huru hara. Perbuatan ini juga tidak akan memberi manfaat khususnya kepada rakyat. "Saya amat berharap segala ingatan baginda ini diambil berat terutama seruan baginda supaya institusi raja dipelihara sepenuhnya. Institusi ini merupakan lambang orang Melayu dan ia harus dijaga dengan sebaik-baiknya," katanya. UOKg: Ehh!!?? dia ni bila pulok dilantik jadi penasihat oghang peghak nih!!? teman tak peghonah dengor pun perlantikannyer!!?.. Mike peghonah dengor ke Yob!!?.. Ntah!!? aku udah maleh nak hajap benda-benda ni!.. kata aku! (tang penamat aje aku becakap, yang lain semua oghang kampong aku!!.. kome jangan ngater aku macam-macam pulok!!.. aku tukang nyampeikan aje!!)

Luahan hati rakyat Negeri Perak ! ! ! ! !

Wahai pencacai Mahajib yang berjaya merampas kuasa! Dengarlah luahan hati rakyat yang menunggu masa nak meletop!!! by: Pawang Menilai. Bila bapa kenduri anak anak semua hendaklah dipanggil dan anak anak hendaklah tahu.Kebahagiaan bapa atas permuafakatan anak anak .Pilih kasih dan menyisihkan anak yang tidak disukai akan membatalkan kuasa bapa kepada anak ,ia umpama layang layang putus tali dan akan menuju arah angin bertiup .Bapa hanya untuk melahirkan aku kedunia.Adakah kerana nafsu atau kerana Allah Taala ? Jika niat itu baik berkatlah anak itu.Kami adalah manusia mempunyai harapan dan aspirasi yang sama untuk keadilan.Permainan ini bukannya permainan wrestling, walaupun teruk dibelasah ’last minute pinned down” dikira pemenang.Aku suami....... aku menteri..... aku Panglima .... siapa engkau.Masa berubah keadaan berubah dan dipersetujui kalau berdiri tak setapak tak sama yang dinampak.

19 April, 2009

Bahana dato' meghelit! Pueh le ati kome!

Pagi ni aku bawak anak aku ke klinik di kuale. Anak aku yang second sakit perut. Ntah apa benda yang dimakannya semalam aku pun tak tau. Semalam aku bagi pil chi kit teck aun satu sachet ada le kurang sikit sakit perutnya. Selesai rawatan, lecturer aku (bini aku) ngajak ke lembah. “nak beli barang sikit” katanya. Musin-musin di lembah cari parking tenampak pulak kat tebing sungai perak macam ada temasya. Ada le lima enam puluh orang yang berdiri di tebing sungai tu. “Apa kehei tu? Aku tanya bini aku. “Abang tak tau ke ari ni ari jadi seghotan?”. “Ntah, abang tak ambik pot pun” kata aku. Sambil mencari parking tenampak pulak Berita Hairan tergantung dengan tajuk besor ‘UMNO MUNGKIN TIDAK BERTANDING DI PENANTI’. Hmmm.. lantak le kome nak kabo apa pun. Aku nengok penguatkuasa kulu-kelo nyaman kete tak pamer kupon parking. Ari jadi seghotan pun nak nyaman jugak. Mesra rakyat le sekali-sekala. Stret la konon. Buat keje tak pakai otak langsung! Udah sesak bebenor gamaknya majlis daerah nih! Balik ke rumah kat tepi jalan tejumpa kawan aku. “Kome tak nengok aghi jadi seghotan ke?” aku saje nanya. Kawan aku sambil juihkan muncungnya jawab “lantak le ari jadi ke, anak seghotan kawin ke, apa kebendake, maleh aku nak campor, buat keghojer aku lagi baguih!” Otomatik aku teringat ayat ni yang aku ambik dari Laman Marhaen, "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980. Ntah le apa nak jadi dengan negeri aku ni, aku pun tak dapat nak agak dah! Pueh le ati kome yang buat hal ari tu. Seghonok le kome. Dapat Dato’ Seri ari ni iye! Kalau dapat Dato’ Meghelit lagi baguih!

18 April, 2009

Keputusan Mahkamah Persekutuan – Kisah Sebenar!

oleh : Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 17, 09 10:14:14 pm MYT ( sumber harakah daily) Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut. Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan. Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan. Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar. Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut. Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut: 1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang. 3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang. 5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya. 6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak. 7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009. 8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan. Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka. Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya. Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak. Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang. Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker. Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini. Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_ Posted by WARUNG PAK KATIB at 8:57 AM

17 April, 2009

Tersurat dan Tersirat - Ketepikan masalah individu - Utusan online 17April2009

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Penegak Kebenaran,

Yang tersirat adalah nukilan aku sendiri. Walau bagaimanapun hasil pengamatan aku selama bertahun-tahun, biasanya apa yang selalu terjadi adalah dari apa yang tersirat di hati kita tatkala kita membaca media pro gerombolan. Sila tambah yang tersirat mengikut turutan nombor agar kita sentiasa mendapat gambaran awal dan dapat bersiapsedia menghadapi ancaman gerombolan!
BUTTERWORTH 17 April – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menyeru ahli UMNO di negeri ini supaya merapatkan barisan dan mengenepikan segala masalah individu demi kebaikan parti.
1. Tersirat: merapatkan barisan agar tidak menerima malu yang ke 4 selepas Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang

Tegasnya, sebelum tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), adalah wajar ahli UMNO di sini bergerak dan melakukan kerja masing-masing.
2. Tersirat: Adalah wajar memulakan perang poster dan melakukan culaan undi serta mengenalpasti pengundi atas pagar yang boleh dibeli.

Menurutnya, semua pihak harus bekerja kuat dan bertindak sebagai satu pasukan untuk menggempur 'kubu' parti lawan di Penanti yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.
3. Tersirat: Harus mula menakut-nakutkan pengundi dan mencari tajuk-tajuk geraksaraf yang mantap agar tidak dapat ditangkis oleh Pakatan Rakyat.

"Kerjasama semua ahli UMNO amat diperlukan kerana inilah caranya untuk kita meyakinkan rakyat bahawa parti ini boleh diharap membawa perubahan dan pembangunan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
4. Tersirat: Errr.. Pembangunan dah tak boleh jalan dah! Nak bagi alasan apa pulak nih?

Nota: Pemimpin dan Penyokong Pakatan Rakyat harus bersedia! Mereka telah memulakan peperangan! Cukup sudah majlis makan-makan meraikan kemenangan Bukit Selambau dan Bukit Gantang!

Najib : Belum lawan dah banyak alasan!

Oleh Matkeri Jadi, secara tiba2 pilihanraya menyusahkan rakyat? Laki si Rosmah dan seluruh menteri2 kabinet Ikea hari ni secara bersatu hati mengatakan bahawa pilihanraya menyusahkan rakyat dan membuang masa. Sekali dengaq macam orang takut pun ada. Kenapa laki si Rosmah ni kata pilihanraya menyusahkan dan membuang masa? Apa pulak kaitan pilihanraya dan buat kerja urus ekonomi negara? Yang nak bertanding nanti bukannya Negara, bukannya Parlimen. Yang nak mengundi nanti cuma rakyat kat satu ADUN saja. Apa yang nak kalut sangat? Ekonomi? Hang dok la pejabat PM nanti buat kerja. Dok kalut turun kempen buat apa? Bukan tempat Mat Yakob yang nak bertanding ni. Bukan Zeti yang nak jadi calon. Bukannya duit kempen mai dari MARA ataupun kerajaan. Buat la kerja urus ekonomi. Pasaipa nak gelabah marah2 tuduh pilihanraya ni berunsur politik? Lagipun dengan adanya pilihanraya kecik ni secara tak langsung menggalakkan pelancongan domestik. Merancakkan ekonomi setempat. Dan dapat mempromosikan kawasan2 terpencil kepada dunia luar. Nah, apa yang nak dirisaukan dengan ekonomi? Menyusahkan rakyat? Sapa yang suruh buat pilihanraya pada masa orang bekerja? Buatla hari cuti. Nak lagi senang, buat 1 Mei nanti - hari pekerja. Sapa pun tak susah nak lari keluaq pejabat pi mengundi. Kalau kata sesak lalulintas sebab dok buat ceramah, bagi la semua parti masuk tivi. Buat debat dalam tu. Bagi permit penyiaran untuk ceramah time tu. Bagi masuk radio. Bagi ruang dalam paper. Kurang la ceramah. Lapang la jalan. Apa masalahnya? Membazir duit? Kurangkanlah lori dan trak FRU yang mai dok bagi gempaq orang kampung. Lagipun ni cuma ADUN, bukannya Parlimen. Tempat pun besaq kelemboi saja. Bazir banyak mana sangat? So, apa masalahnya sekarang? Aku tak nampak masalah pun. Yang nampak ialah alasan. Dan orang penakut memang banyak cari alasan untuk tamau lawan. Penakut ka? Sudah pasti. Sebab kalau berani, takkan mudah2 boleh jadi Perdana Menteri? Hehehe

Elemen yang diabaikan – PANAS BARAN mengenalpasti, mengawal,menangani.

Selain daripada teknik komunikasi, mengawal tingkahlaku panas baran juga merupakan salah satu daripada elemen penting yang perlu diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin dan kengkawan dari Pakatan Rakyat demi merealisasikan kejayaan 2013. Kadangkala, malahan kerap berlaku, pengidap panas baran merasa bangga apabila kengkawan sekeliling menikus bila mereka mengamok, walhal orang di sekeliling menikus disebabkan malas nak melayan atau mengelak keadaan menjadi bertambah buruk. Di bawah ini teman perturunkan 2 artikel yang menyentuh tentang perilaku panas baran. Baca, belajar dan cuba mengawal tingkahlaku anda sahabat-sahabatku penghidap penyakit panas baran! Artikel 1 Adakah semua orang memiliki sifat panas baran? Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing. Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi? Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah. Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan? Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah. Apakah yang mendorong sifat panas baranKeadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran. Kesan buruk panas baran Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.Langkah terbaik menangani sifat panas baran kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan. Nasihat kepada kawan-kawan yang mudah memberontak dan mudah marah Saya berpendapat, penghidap Panas Baran perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri. Punca Panas Baran Perilaku agresif Gejala sosial Emosi Masalah kewangan/ keluarga Ego Tekanan perasaan Faktor didikan Bebanan kerja Faktor persekitaran 10 Risiko Individu Panas Baran Dipulaukan masyarakat sekeliling Jiwa kosong (murung) Hilang pekerjaan/jawatan Perceraian Kemalangan Pergaduhan Kesalahan jenayah Melakukan penderaan Tekanan perasaan Penyakit kronik (darah tinggi, migrain) Artikel 2 Di akui panas baran adalah tingkah laku manusia yang normal. Namun ia sebenarnya tidak baik malah akan memberi banyak kesan buruk pada kehidupan kita. Jadi sesiapa yang merasakan dirinya mewarisi sifat panas baran ini, sebaiknya cari jalan untuk berubah terutama insan bernama lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan mempunyai sifat panas baran yang agak terlampau. Sehingga ada kalanya boleh mencederakan orang lain. Kalau tidak tahu cara untuk berubah ikuti panduan berikut: Jangan terlalu ikut perasaan marah Ambik tindakan yang segera untuk memperbaiki situasi sekiranya kamu rasa tergangu. Contohnya bincang secara baik dengan pelayan jika kamu merasakan tidak senang dengan makanan kamu. Begitu juga dengan kekasih. Elakkan berkasar dan bincang kan setiap masalah yang berlaku dengan tenang. Jangan melepaskan kemarahan Kamu mungkin merasa lebih baik, tetapi orang yang dimarahi, pastinya akan berasa tidak selesa dengan kamu. Gunakan cara lain untuk melepaskan kemarahan, Seperti menulis dalam diari atau menulis surat marah yang tidak dirancang untuk dikirimkan pada sesiapa. Ianya hanya untuk meluahkan rasa sakit hati dan rasa marah dalam diri kamu. Proaktif Jangan mengharapkan orang lain membaca fikiran kamu atau mengetahui apa yang kamu inginkan. Beritahu pada diri untuk belajar jujur pada diri sendiri dan orang lain tentang apa yang kamu inginkan dan perlukan dalam kehidupan seharian kamu. Lupakan Ketepikan beberapa saat untuk memikirkan tentang orang yang menjadi sasaran kemarahan kamu. Ini kerana kadang kala kamu melahirkan kemarahan ketika kamu rasa sakit hati dan tidak puas hati dengan seseorang. Oleh kerana itulah elakkan daripada mengingatinya. -Sekian-

16 April, 2009

April (2) - TERSURAT, TERSIRAT!

Yang tersurat dan yang tersirat! pengunjung boleh tambah yang tersirat gaya bebas ikut turutan nombor (jangan lebih-lebih sangat arr! Nanti aku kantoi plak! mencarut di haramkan!) Sumber - http://Pinkturtle2.wordpress.com PASCA BUKIT GANTANG: Ucapan Tidak Cerdik TPM Kabinet Najib Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Mohd Yassin semalam tatkala menghuraikan faktor kekalahan Barisan Nasional di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menyatakan masih belum kelihatan satu perubahan yang ketara berhubung sikap pengundi terhadap BN. 1. Tersirat: Hantu betul! Kantoi! Tugasan pertama pulak tu! Kalau menang boleh lah tunjuk lagak sikit! cis cis cis! “Kalau ikut formula di situ pengundi majoritinya Melayu dan kalau ikut formula biasa majoriti Melayu kita menang tapi sekarang majoriti Melayu tidak boleh pastikan kemenangan kita kerana Melayu sudah berpecah. 2. Tersirat: Beskal dah bagi, Mesin Jait Jack dah bagi, Jalan tar dah buat. Semua tak jalan. Peh ni kalau ada PRK lagi nak try kasi kete sorang sebijik pulak! “Dan kita pada waktu kempen mengharapkan mudah-mudahan undi dari kaum bukan Melayu akan berubah dan bertambah tetapi bila undi Melayu telah berpecah, undi dari bukan Melayu tidak berubah malah makin berkurang dan akhirnya kita kalah. 3. Tersirat: Cis siksa sungguh nak cipta ayat ni, bebelit-belit. Nasib baik dah biasa membelit, bolehlah tepis sikit-sikit! (Pantun 3 Kerat). KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH !

15 April, 2009

Yang tersirat di sebalik yang tersurat! ulasan media ameno - April (1)

Yang tersurat dan yang tersirat! pengunjung boleh tambah yang tersirat gaya bebas ikut turutan nombor (jangan lebih-lebih sangat arr! Nanti aku kantoi plak! mencarut di haramkan!) Bangkitlah Melayu KUALA LUMPUR- Utusanonline 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan. 1. Yang tersirat: Bangkit tu nombor 2, bersatu tu nombor satu. Manalah tau kot2 depa sokong umno semula. Ni saja test market je. Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu. 2. Yang tersirat: Fuhh! Dulu masa PRU12 kat Bukit Gantang depa menang majority 1,500, La ni dah 2,500 lebih! Peningkatan kat depa 1,000. Masa PRU12 kebanyakan kemenangan BN tak sampai 1000. Kalau mengundi lagi, bungkuih abih! Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka. 3. Yang tersirat: Kalau taktik ni tak menjadi lepas ni nak pakai taktik apa pulak arr? Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka. 4. Yang tersirat: Mintak2 bodek yang ni menjadiklah! Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini. 5. Yang tersirat: Aku dulu menang sebab pakai lambang PAS, syhh jange ghoyat kat ogher! Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu. 6. Yang tersirat: Tok kei buoh hok ni pung dok laku. Bilo UMNO nok mmine ambo nih? ‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi UMNO kena fokus orang Melayu. Jadi UMNO tak perlu takut kerana saya lihat bila UMNO itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 7. Yang tersirat: Ambo nih Ahli Palimen bebas, bakpo melalut mace ogher UMNO pulok? Mapuh gi lah!. Beliau mengulas pandangan mengenai situasi politik semasa yang menyaksikan kedudukan politik Melayu seakan terancam dengan tuntutan bukan Melayu pada masa kini. Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, parti pemerintah ketika ini tidak boleh merasa bimbang untuk membuat apa sahaja keputusan yang dilihat perlu untuk membantu orang Melayu. “UMNO kalau kita tengok Fasal 3 perlembagaannya ialah memperjuangkan hak Melayu. 8. Yang tersirat: Selagi UMNO pegang kuasa, selagi tu lah ada chance nak buat duit. Kalau UMNO hilang kuasa, takkan nak balik kampong menoreh pulak? Eii! satu kejatuhan tu! “Pada masa sama orang Melayu pun kenalah sedar, asyik bercakaran sesama sendiri, tak untung Melayu sedangkan kita main politik untuk apa kalau tidak untuk membela Melayu. 9. Yang tersirat: Kalau kata untuk agama nanti diorang ingat aku nak lompat masuk PAS pulak! “Jadi UMNO dan Pas kena duduk, tak kan dalam berbeza tak ada persamaan. Atas persamaan ini kita duduklah semeja dulu,” jelasnya. 10. Yang tersirat: Kalau PAS termakan yang nih, tak lah susah nak control diorang, he he! Pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, dalam soal wakil Kabinet misalnya, semua pihak harus menerima pilihan Perdana Menteri kerana ia bidang kuasa beliau. “Saya fikir kalau dilayan, Najib tak akan ada kerja lain. 11. Yang tersirat: Aku ni senior, cakap kena eksyen sikit! Nasib baik aku terpilih! Fuhh! lega! “Apa pun ini akan mengajar UMNO supaya terus kuat. Bila kuat, orang segan, kalau lemah orang kucar kacirkan,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu. !12. Yang tersirat: Janji UMNO kuat, PAS mampuih takpa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, hak orang Melayu tidak harus dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhi kehendak masyarakat pelbagai kaum. “Biar wujud situasi menang-menang. Kita tidak boleh biar sebelah pihak sahaja menang. Kalau kita nak penuhi apa yang mereka nak, jangan pula kita lepaskan apa yang jadi hak kita,’’ katanya. 13. Yang tersirat: Menyesal aku aku bertanding DUN je, kalu aku bertanding parlimen sekali tu ari, ada chance jugak jadi menteri. Padan muka nko KJ! Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, walaupun kerajaan mahu menekankan konsep Satu Malaysia yang menyatukan rakyat pelbagai kaum, langkah juga perlu dilakukan bagi mengembalikan keharmonian di kalangan orang Melayu sendiri. “Dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan banyak cabaran semasa dan kita perlu mencari cara untuk memastikan kaum itu tidak berpecah-belah,” katanya. Katanya, UMNO dan Pas tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi untuk bekerjasama dalam memajukan orang Melayu. 14. Yang tersirat: PRU 13 nanti aku gerenti jadi calon BN. Mintak-mintak menjadi le ndaknyer. Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar yang sependapat dengan GPMS berkata, cadangan yang baik seperti itu perlu dilaksanakan secepat mungkin. Katanya, kerjasama antara dua parti politik itu bukan sahaja akan memberi faedah kepada orang Melayu sahaja tetapi juga kaum lain. Tambahnya, penyatuan UMNO dan Pas perlu menjadi batu loncatan untuk mengeratkan semua rakyat berbilang kaum di negara ini. “Sememangnya usaha ke arah itu akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya kita tidak hanya bercakap atau mencadangkan sahaja,’’ tambahnya. 15. Yang tersirat: Aku tengah takde idea nih, tumpang tui GPMS punya dah ler! KIH KIH KIH KIH KIH KIH KIH!

14 April, 2009

Teknik Komunikasi (2)

Artikel ini ditujukan khusus buat pemimpin dan kengkawan yang ingin berjuang tetapi bermasalah untuk berkomunikasi dengan baik Olahan semula dari artikel oleh Sahabat Dakwah Siber Saya sering ditanya oleh beberapa orang rakan, bagaimana caranya memiliki komunikasi yang baik khususnya di hadapan khalayak? Soalan ini sebenarnya memerlukan satu jawapan yang agak fleksibel bergantung kepada keadaan dan minat seseorang dalam mendalami seni komunikasi. Tambahan pula, saya bukanlah orang yang terbaik untuk bercerita tentang teknik komunikasi, namun setidak-tidaknya saya mempunyai pengalaman yang harus dikongsi dengan ikhwah dan akhawat. Bagi saya sendiri, apa yang telah dicapai di dalam hidup saya bukanlah yang terbaik yang boleh dicapai oleh seseorang, anda rasanya mampu mencapai lebih dari ini sekiranya anda mahu! Komunikasi ialah seni Adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi yang baik ialah satu perkara yang perlu ada kepada setiap individu yang ingin muncul sebagai da’ie. Namun, hakikat yang perlu diakui ialah Allah SWT tidak menjadikan semua individu mempunyai kebolehan semulajadi untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea secara spontan di hadapan khalayak.Bagi saya, komunikasi ialah satu seni (art). Sebagaimana seseorang memiliki kemahiran di dalam seni peperangan, melukis, khat malah sukan sekalipun, maka begitulah juga dengan seni komunikasi. Malah kalau boleh saya namakan ia adalah art of speaking. Seni inilah yang perlu di up-date kan dari masa ke semasa sesuai dengan tuntutan zaman.Jika timbul persoalan, kenapa anda perlu menguasai seni ini? Jawapannya, masyarakat umum hanya akan mempercayai maklumat yang anda sampaikan jika ia meyakinkan mereka. Namun, bagaimanakah anda boleh meyakinkan mereka seandainya anda sendiri kelihatan tidak meyakinkan? Lebih dari itu, anda tidak mampu mempersembahkan maklumat dengan cara yang terbaik. Seni komunikasi yang baik ialah kunci kepada persembahan maklumat yang berkesan! Saya umpamakan seperti seseorang yang menjual ubat di jalanan, kaedah dia mempersembahkan produknya itulah kadang-kadang merupakan faktor utama untuk melariskan jualan. Ia berbeza dengan seseorang yang tidak mampu mempromosikan produk dengan baik, sekalipun produknya memang baik, ia tidak mampu dijual dengan laris.Berdasarkan pengalaman dan fakta, saya akan cuba menghuraikan beberapa rahsia asas dan kaedah-kaedah berkomunikasi dengan baik dan memberikan ucapan yang sempurna. Apakah Rahsia Asas Untuk Menguasai Seni Komunikasi Dengan Baik? Pertama : Sekitar 17 tahun yang lampau (1993 : umur saya 13 tahun), ketika saya baru saja menjejakkan kaki ke alam remaja, satu cita-cita terpahat di dalam diri saya, aku mesti menjadi ahli komunikasi yang baik! Cita-cita ini terpahat di dalam diri saya buat beberapa lama sehinggalah saya mempunyai hak milik ke atas duit saku saya sendiri untuk membeli kaset-kaset ceramah dan sebagainya. Waktu itu, saya mempunyai beberapa penceramah yang menjadi idola peribadi saya. Saya mula mengkaji bagaimana penceramah-penceramah ini mengemukakan ideanya dengan cara yang berbeza antara satu sama lain. Lalu, timbul keinginan di dalam hati saya bahawa saya perlu memiliki kemahiran ini. Saya simpulkan, rahsia pertama ialah keinginan! Tanyalah diri sendiri, mahukah anda memiliki komunikasi yang baik. Kalau ya, anda sebenarnya sedang menerokai jalan untuk berjaya, dan anda sudahpun 50% berjaya! Malangnya kalau tidak, rencana ini bukanlah untuk anda! Kedua : Anda perlu mempunyai ‘sesuatu’ untuk dinyatakan. ‘Sesuatu’ yang dimaksudkan bahan. Seorang penceramah yang baik tidak seharusnya hanya mempunyai bahan-bahan yang sama sahaja untuk diulangi di tempat yang sama. Bagaimanakah anda boleh mengumpulkan bahan-bahan seperti ini? Ia sebenarnya tidaklah terlalu payah di zaman teknologi dan maklumat seperti sekarang. Anda boleh bercerita tentang kisah-kisah di dalam Al-Quran dengan membaca kitab-kitab tafsir yang mudah didapati di perpustakaan. Anda juga boleh bercerita tentang isu-isu semasa dengan hanya membelanjakan sedikit wang untuk membeli akhbar-akhbar. Anda juga mungkin boleh membeli kaset-kaset penceramah yang sudah agak terkenal dan mengkaji bagaimanakah metodologi pendekatan mereka mengemukakan sesuatu isu. Pepatah Arab juga ada menyatakan : فاقر الشئ لا يعطى. Namun anda perlu beringat-ingat apabila berbicara tentang agama khususnya kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis. Pastikan apa yang anda sampaikan mempunyai sandaran yang benar-benar kukuh! Jikalau tidak, sekali sahaja anda terlanjur, pendengar akan memandang rendah terhadap anda. Lebih jauh dari itu, anda akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Saya sudah melihat ramai di kalangan penceramah yang baik namun tidak berhati-hati semasa membaca nas-nas daripada Al-Quran mahupun Hadis. Kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan menyebabkan kelemahan tertonjol dengan begitu jelas. Ketiga : Seterusnya, apabila anda mempunyai keinginan dan bahan, kenapakah anda masih gugup untuk berkomunikasi di hadapan khalayak? Jawapannya, anda memerlukan latihan. Biasakan diri anda untuk bercakap di hadapan khalayak. Jangan sesekali melarikan diri apabila dipertangungjawabkan. Tidak perlu menunggu medan-medan yang besar (seperti rapat umum) untuk berucap, mungkin sudah cukup dengan kumpulan-kumpulan usrah, kelas pembelajaran dan sebagainya.Saya masih ingat latihan yang saya terima untuk membiasakan diri dalam menyampaikan ucapan. Saya dilatih untuk memberikan kuliah di madrasah-madrasah ketika saya berumur 15 tahun. Masih saya ingat guru saya, Ustaz Mohd Mansor Haji Daud - sekarang KPP (Pendidikan) YIK – sering membawa saya ke tempat-tempat beliau menyampaikan kuliah. Beliau diundang untuk memberikan pengisian di dalam program mahasiswa, masyarakat kampung dan lain-lain. Semuanya memerlukan pendekatan yang berbeza. Pendekatan-pendekatan seperti inilah yang didedahkan kepada saya di dalam perjalanan pergi dan balik. Seterusnya, beliau sering mengarahkan saya untuk menggantikan tempat beliau menyampaikan kuliah dan ceramah di lokasi-lokasi yang berdekatan. Apa yang merimaskan, beliau sering memberitahu saya untuk berbuat demikian lebih kurang 10-20 minit sebelum program bermula! Namun, itulah yang melatih saya dan membiasakan diri saya untuk memberikan ucapan tanpa persediaan. Sehingga kini, saya sebenarnya berterima kasih kepadanya keana mendera saya sedemikian rupa.Itu hanyalah sekadar pengalaman, saya yakin seandainya kita semua sentiasa mencari peluang untuk melatih diri berkomunikasi di hadapan khalayak, ia mampu untuk menghilangkan gementar dan mengikis gugup. Apa yang menjadi masalah ialah, ramai di kalangan kita sering mengelakkan diri bila ditaklifkan untuk berkomunikasi di hadapan khalayak hatta di dalam kelas sekalipun! Sikap ini ialah sesuatu yang negatif di dalam hidup kita. Untuk berjaya, anda perlu mengikis sikap negatif ini. Ketiga-tiga rahsia asas di atas (keinginan, bahan dan latihan) ialah perkara-perkara yang bagi saya tidak dapat tidak harus dimiliki oleh seseorang yang mahu menguasai seni komunikasi. Semakin lama kita berkecimpung di dalam bidang ini, maka semakin kita masak sebenarnya dengan asam garam komunikasi yang akhirnya menjadikan kita manusia yang berpengalaman. Seterusnya, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak petua-petua yang harus anda amalkan apabila berkomunikasi di hadapan khalayak. Antaranya :1. Mengawal perasaan gemuruh : anda harus cuba untuk memerangi perasaan ini semaksima yang mungkin. Tidak dapat dinafikan, perasaan ini pastinya akan bertandang tambahan pula jika anda bercakap di hadapan orang yang anda segan dan hormati (berdasarkan pengalaman saya, paling sukar ialah berucap di hadapan guru-guru dan pensyarah kita sendiri). Namun ia perlu dikawal. Anggaplah bahawa anda ingin menyampaikan bahan yang masih belum diketahui oleh pendengar. 2. Membuka ucapan dengan pembukaan yang baik : Pembukaan yang baik ialah satu keistimewaan yang mampu menarik pendengar untuk mendengar ucapan seterusnya. Ucapan biasanya dibuka dengan kata-kata aluan selepas sedikit puji-pujian kepada Allah, selawat dan doa. Ia satu pembukaan yang cukup sempurna dan bertepatan dengan sunnah. Seterusnya anda perlu mengambil berat mengenai protokol ucapan mengikut keutamaan pendengar dimulai dengan pengerusi majlis sendiri. Pembukaan dan permulaan ucapan yang baik inilah yang membentuk persepsi awal (first impression) pendengar terhadap anda. Agak istimewa juga jika anda dapat memulakan ucapan dengan serangkap pantun, namun ia juga tidak sesuai jika dilakukan sentiasa.Elakkan sama sekali menyatakan sesuatu yang membuatkan pendengar menjadai tidak tertarik dengan apa yang akan anda sampaikan. Sebagai contoh, anda menyatakan “Maafkan saya kerana tidak bersedia untuk berucap, ini kerana saya baru saja dimaklumkan..” Perkataan-perkataan seperti ini seolah-oalh anda ingin memindahkan kesalahan dan kecacatan ucapan anda kepada orang lain sekalipun anda bukanlah benar-benar bernita demikian. Buatlah sebaik mungkin dan biarlah pendengar yang menghakimi mutu ucapan anda.Jika anda boleh menghafal mana-mana pembukaan ucapan yang biasa diucapkan oleh Rasulullah SAW, itu lebih baik kepada seorang da’ie. 3. Bahasa yang sesuai : Sesuaikan bahasa yang ingin digunakan dengan keadaan pendengar. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang terlalu tinggi dan intelek apabila berbicara dengan masyarakat umum di kampung-kampung. Ia akan menyebabkan anda ditolak dari awal lagi. Begitu juga jangan menggunakan bahsa kampung yan rendah mutunya bila berhadapan dengan golongan yang terpelajar. Ia akan menyebabkan anda dipandang rendah dan apa yang akan anda sampaikan dianggap sebagai tidak bermutu. Gunakan contoh-contoh bidalan yang berkaitan dengan persekitaran pendengar. Sebagai contoh, apabila anda menyampaikan ceramah agama di hadapan pelajar-pelajar jurusan sains, anda oleh mendatangkan contoh-contoh yang berkait rapat dengan sains yang terdapat di dalam Al-Quran. Jika anda mampu untuk melakukan seperti ini, anda sebenarnya memberikan satu keyakinan kepada pendengar dan juga kepada diri anda sendiri!Dalam masa yang sama, anda juga boleh menggunakan sekali-sekala lenggok bahasa yang mempunyai nilai sastera yang tinggi supaya apa yang anda sampaikan benar-benar menyentuh hati dan perasaan. Pembacaan yang banyak boleh membantu anda dalam hal ini. 4. Penutup yang sempurna : Apabila anda ingin menutup ucapan, cuba datangkan kesimpulan yang lengkap terhadap apa yang anda sampaikan secara ringkas. Elakkan dari mengamalkan sindrom ‘susah nak berhenti’. Jangan sesekali mengulangi dengan ulangan yang banyak ungkapan ‘Akhirnya....’ dan sebagainya secara berulang-ulang. Apabila anda menyatakan anda ingin menghentikan ucapan, maka lakukan segera tanpa bertangguh-tangguh dan meleret-leret. Lebih baik anda menghentikan ucapan ketika pendengar masih asyik dengan apa yang anda sampaikan daripada anda berucap panjang lebar dalam keadaan pendengar sudah bosan dan melihat jam berulang kali!Akhir kata, teori-teori yang saya paparkan ini bukanlah merupakan teori mutlak untuk berjaya. Apa yang penting ialah, semangat ingin mencuba dan istiqomah dengan semangat yang ada. Jangan sesekali lari dari tugas dan dan memilih untuk berada di belakang semata-mata kerana tidak mahu berkomunikasi di hadapan khalayak. Percayalah, orang penakut tidak akan berjaya selama-lamanya.

Dilema Seorang Penyokong Pakatan Rakyat Tak Berparti.

Aku ni penyokong Pakatan Rakyat, tapi tak menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Aku masih mengintai-ngintai, menjenguk-jenguk mana-mana parti yang patut aku sertai. Bila aku jumpa ahli parti keadilan yang ok, aku pun tak tau nama penuh dia biasanya aku panggil bang mat je, terpikat rasanya nak join parti keadilan. Bila Osman Jailu dengan Jamaludin buat taik lompat parti, terus kensel nak join keadilan. Teringin nak masuk PAS, join le aku petang-petang kat markaz PAS kat kampong aku. Asyik-asyik sembang depa je yang betul. Esok sembang lagi, camtu jugak. Nak kata Islam aku tak betul, penghayatan Islam aku ikut Al-Quran jugak, di samping baca Al-Quran tulisan arab buku tafsir pun aku baca jugak. Dah 2,3 kali khatam baca buku tafsir tu tapi aku dok ulang jugak kot-kot ada yang tertinggal. PRK kat Bukit Gantang baru-baru ni, disebabkan orang dok cerita pagi petang siang malam. Maka pegi ler aku menyibukkan diri. Cari Pondok Gerakan Keadilan tak jumpa, mungkin aku tak cari betul-betul kot? Pegi ler aku kat Pondok Gerakan PAS, Aku bagi salam depa jawab tapi stail tengok kat aku kerling pakai ekor mata je. Sorang mamat kat sebelah dia tengok aku atas bawah atas bawah. Tau le aku pakai seluaq jeans londeh tapi jangan lah buat aku macam makhluk asing. Dalam hati aku, kalu aku bagi side kick belt biru aku kat tengkok mamat 2 orang ni karang jadi kes polis pulak. Dari situ pegi le aku ke tepin, fuhh! Selamat bebenor rasanya, kiri polis, kanan polis, depan polis, bawah po.. tak ada.. kaki aku je tengah control clutch. Atas? Ada…. Tuu.. heli! Gebe gebe gebe gebe bunyinyer, rendah bebenor. Sapa dahi luas aku nengok semua tutup kepala. Takut heli landing ataih kepala. Ha ha ha. Udah penat perut pun lapor, aku singgah kat restoran Atap Ghembia lepaih Balai Polis Simpang. Gulai resmi Perak abih pulak dah! Gulai kari pun jadi ler.. Udah kenyang aku ngisap rokok sebatang. Aku nengok apa le keheinya kereta kulu kelo kulu kelo. Banyok bebenor. Polis yang jaga traffic tu aku nengok kejap pakai tangan kiri, kejap kanan, eh kiri balik. Pergh..! macam Michael Jackson yob oii…! Pasei show kat situ tak ubah scene langsung, asyik ulang yang itu aje aku pegi ke kete bughok aku nak balik. Dalam perjalanan balik, aku mikio macam-macam. Kejap otak kiri, kejap otak kanan. Penat pakei serebrum, aku pakei sereblum. Macam-macam le aku pikio, ciri-ciri Khulafa Al-Rashidin le, hal zaman poliolitik, mesolitik, neolitik, zaman logam le, Sampei ke keaktifan logam pun aku pikio juger! Aku pikio, Melayu ni nasib baik le beragama Islam, dapat le tumpang tui tamadun Islam tu, kalau idak entah le, tulisan sendiri pun tak ada! Gemilang dan terbilang konon! Phuih! Getik terjeluak ghaser nak muntah ler pulak! Alamak sapa pulak tu? Nampak macam muslimah PAS dengan srikandi PKR. Macam-macam payung ada. Tak berpayung pun ada. Ghosak muka kome oii! Udah bebelang muka esok tak de sapa yang sior! Ater, takde ke payung sponser? Hekeleh! Itu ler ghoper nya. Kalau DSAI, DSWA atau TGHH le ghoper itu, berdulu kendian deme berebut nak mayung! Mengampu le tu. Apa punya turr (pinjam ayat bro Isham). Sampai ke ghomah, Campor, tolak bahagi semua, keputusan akhir, aku pikio buat sementara bior le aku cam gini. Jadi penyokong Pakatan Rakyat tapi tak join mana-mana parti. Senang, aku tak payah mengarah orang, orang tak payah mengarah aku. Jadi ‘TheCybersniper’ lagi bahagia, Pakatan Rakyat silap aku tembak, Bn silap pun aku tembak. Tapi aku selalu tembak BN sebab dalam 10 nak cari 1 betul pun payah bebenor. Camana pun aku ada jugak berkawan dengan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat nih, selain bang mat, sorang tu nama dia adi, sorang lagi aku panggil wak sebab tak tau nama (melantak cukup kuat kome oii, kalau pegi majlis jangan le kongsi meja dengan dia, makan nasik tak belauk le kome! He he) dan sorang lagi aku panggil ustad, pun nama tak tau jugak tapi ustad ni mata dia lebam sikit sebab kuat baca kitab kot? So, aku panggil ustad mata lebam. Ni kalu ustad tu baca mampus aku! Depa ni, bila aku cerita pasal kelemahan parti keadilan atau pun PAS yang patut diperbaiki, jawapan depa sama. Tu yang aku gemor tu! Elok benor pakat nya. Tu pasei digelor Pakatan Rakyat! Ni kalau Yob Kamparin baca mau gulin peghin dia! Pembaca nak tau jawapannya? Jawapannya ialah”Siapalah Aku”. WARGH WARGH WARGH! Moral kepada ceghiter tak ikut skrip aku, Cepatler bertindak kome oii!, 2013 udah dekat! Perbetul ler mana yang patut. Yang ataih terutamanya, yang bawah ngikut aje. Jangan kigher nak nyambut menang ajer. Pagi makan sana, tengahari makan sini, malam makan sinun. Tak abih-abih nyambut menang dengan majlis makan. Buat le nyambut menang dengan acara menjala di sungei peghak ke, main galah panjang ke, jengket kapei teghobang ke, paling lekeh pun buat acara main blue black berpasukan! Baghu ler kerjasama satu kumpulan! Ni idak, kerjasama tang makan aje. Kalau ngajak aku tak per le juger! He he he. Hidup Pakatan Rakyat! Kalau idak nak berubah juger, tukor jadi Hidup Segan Mati Tak Mau pulak!

13 April, 2009

Teknik Komunikasi - Elemen yang diabaikan (1)

Artikel ini ditujukan khusus buat pemimpin dan teman-teman Pakatan Rakyat yang ingin berjuang tetapi bermasalah untuk berkomunikasi dengan baik. Semoga sumbangan yang sedikit ini mampu merealisasikan kejayaan PRU13. Olahan semula dari artikel oleh Betty Alisjahbana Komunikasi adalah penting di dalam kehidupan bermasyarakat. Tanpa ketrampilan berkomunikasi, kita sulit mengemukakan pemikiran, meyakinkan pihak lain atau berbincang dengan baik. Ketrampilan komunikasi memungkinkan kita menguasai perbahasan, sukses dalam mamasarkan sesuatu produk, menerangkan sesuatu pendapat/ilmu, memberikan informasi bahkan membangkitkan inspirasi. Kebanyakan masalah dalam politik hari ini berpunca dari kegagalan komunikasi yang mengakibatkan salah paham dan menimbulkan kecurigaan dan konfrantasi berpanjangan. Komunikasi Dimulai dengan Menjadi Pendengar yang Baik Kegagalan komunikasi umumnya berpunca pada elemen terpenting dalam komunikasi – kesudian mendengar. Apabila anda ingin mempengaruhi pihak lain, yang perlu dilakukan pertama kali adalah memahami bagaimana konsep pemikiran pihak lain tersebut. Mendengarkan dengan baik adalah elemen dasar untuk mengerti konsep fikiran orang lain. Berikut ini adalah cara-cara yang boleh digunakan agar anda boleh menjadi pendengar yang baik dalam waktu singkat: *Fokus secara total pada orang yang sedang berbicara pada anda. Jagalah kontak mata selama berkomunikasi. Jangan hentikan kontak mata ketika giliran anda yang berbicara. Buat lawan bicara anda merasakan bahwa anda telah menumpukan seluruh waktu anda untuk kepentingannya. *Gunakan bahasa tubuh untuk membayangkan bahwa anda mendengarkan dengan tekun. Buat kesimpulan kepada isi pemikiran yang disampaikan kepada anda. Elakkan sikap anda sahaja yang pandai, benar dan betul. *Perhatikan agenda tersembunyi atau emosi yang tidak terucapkan. Gunakan berbagai cara bertanya untuk mendapatkan jawapan yang sebenarnya : * Pertanyaan tertutup untuk mendapat jawapan ya atau tidak. * Pertanyaan terbuka untuk mendapatkan lebih banyak informasi. * Menggali lebih dalam, sebagai pertanyaan lanjutan. * Pertanyaan “bagaimana bila” untuk mengajak berspekulasi. * Pertanyaan mengarahkan, untuk mendapat jawapan tertentu. * Siaplah untuk mengulangi apa yang disampaikan lawan bicara anda. Biasanya jawapan lebih baik akan diperoleh bila pertanyaan dijelaskan dulu dan hentian sejenak untuk membolehkan lawan bicara anda berfikir. Bukan Hanya Apa yang Diucapkan yang Mempengaruhi Komunikasi Cara Anda berbicara membawa pengaruh besar pada kualiti interaksi dengan pihak lain. Intonasi suara, ekpresi wajah ketika berbicara serta bahasa tubuh bisa membolehkan perbualan jadi lebih banyak dibanding dengan apa yang anda ucapkan. Justeru, pelajari cara menggunakan bahasa tubuh dengan baik. Kedudukan duduk yang condong ke depan mendekati lawan bicara memberikan penekanan yang lebih baik. Apabila berdiri, berdirilah dengan tegak. Mata yang terbuka lebar serta gerakan tangan akan menambahkan kesan yang baik. Kekuatan Kata-kata Ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk menambah kekuatan kata-kata yang anda sampaikan. * Berpikir lah sebelum berbicara * Pilih kata-kata dengan baik, hindari perkataan lucah/mencarut. * Gunakan bahasa yang paling sederhana untuk menghindari salah pengertian. * Ekspresikan perasaan anda untuk memperkuat apa yang anda ucapkan. Perundingan Banyak perundingan hal-hal besar dan penting terjadi di waktu yang tidak diduga. Masalah menjaga reputasi dan menyelamatkan muka seringkali jadi halangan. Untuk mengatasi masalah ini, usahakan untuk mengadakan pertemuan informal sebelum perundingan. Pertemuan ini adalah saat yang baik untuk membina hubungan baik, dapat mengagak hal-hal yang mungkin muncul dalam perundingan dan mendapat gambaran hal-hal yang boleh diperjuangkan dalam perundingan rasmi. Di waktu formal perundingan berlangsung, sering kali waktu istirahat yang lebih santai dapat di manfaatkan untuk mencairkan ketegangan. Berikut ini adalah beberapa teknik dasar dalam perundingan : * Asingkan masalah peribadi. Yakinkan semua pihak bahwa perundingan ini adalah usaha dari semua untuk memecahkan masalah, bukan menambah masalah atau cuba mempamerkan ego. * Pentingkan keadilan. * Asingkankan mana yang penting untuk di perjuangkan dan mana yang boleh dikompromikan. * Sediakan saranan untuk menjaga airmuka. Bila wujud pihak yang merasa kalah dalam perundingan sering kali mengancam bertahannya hasil perundingan. Tolak ansur Anda tidak boleh berfikir untuk menang dalam hujah yang anda kemukakan. Anda perlu menentukan apakah anda perlu berhujah, atau sebenarnya ada cara lain untuk meyampaikan pemikiran anda. Apabila anda perlu berhujah, pilihllah waktu dan tempat yang tepat. Usahakan hujah dan perundingan dilakukan di tempat anda atau di tempat yangneutral. Untuk membangunkan hujahan yang logik sehingga dapat menzahirkan pemikiran yang ingin anda sampaikan, sebaiknya lakarkan dulu pemikiran anda di atas kertas. Tuliskan setiap pokok fikiran dan fakta dalam sebuah kotak, lalu gambarkan hubungan antara kotak tersebut. Pastikan semua asas pemikiran dan fakta-fakta ini mendukung kesimpulan yang anda perjuangkan. Ingatlah “peta fikir” ini pada saat anda melakukan perundingan atau menyampaikan hujah. Peta fikir ini akan membantu anda menyampaikan asas-asas pemikiran anda dengan logik dan meyakinkan. Berikut ini adalah beberapa hal yang perlu diterapkan dalam perundingan atau menyampaikan hujah: Buat lah poin-poin sederhana yang disetujui semua pihak.* Gunakan bahasa yang jelas. * Pusatkan perhatian pada masalah yang dibicarakan, bukan pada individu-individu. * Fahami pandangan pihak lain. * Sampaikan dengan jelas bahawa anda memikirkan dan berbicara untuk pihak lain juga. Penggunaan kata “kita” lebih efektif dibanding kata “saya”. Kesimpulan Ada perbezaan yang sangat besar antara perbualan dan dimengerti. Pembicara yang baik tau pentingnya mendengarkan untuk dapat membuat hujahnya lebih kuat dan pada saat yang sama membuat pihak lain selesa menerima hujah yang disampaikan. Komunikasi yang baik bukan tentang membuat apa yang disampaikan terdengar baik, tapi tentang bagaimana pesan yang disampaikan jelas bagi pihak lain.

12 April, 2009

Kekalahan UMNO di Bukit Gantang - Post Mortem UMNO VS Post Mortem aku! - Siri 1

Muqadimah : Al-Quran telah diturunkan selama lebih 14 kurun yang silam tetapi manusia semakin menjauhi nasihat dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. (Sembah Derhaka kepada para ustad!)

Post Mortem UMNO. Status: Belum diketahui (Masih mencari alasan yang muluk-muluk, masih tertanya-tanya mengapa taktik yang digunakan semua tak leh pakai, masih membodek PM baru untuk mendapatkan projek). Post Mortem Aku. ASY SYAMS (Matahari) Mengandungi 15 ayat dan berisi nasihat dan dorongan kepada manusia untuk membersihkan jiwa agar mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat. Allah akan menimpakan azab kepada orang2 yang mengotori jiwanya seperti kaum Tsamud. Ayat ke 8 hingga ke 10 - Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. Pengajaran: Allah s.w.t mengilhamkan jiwa manusia samada memilih jalan yang baik atau yang buruk. Kepada mereka yang memilih jalan yang buruk maka terimalah pembalasan yang akan ditimpakan Allah s.w.t ke atas mereka. Hasilnya; Anak2 berperangai macam setan!, ditimpa penyakit kronik, berbohong menjadi amalan hidup, menggunakan kepala bawah untuk berfikir dsbg. Inilah sebab mengapa UMNO beria-ia mengamalkan pengasingan politik dan agama. Kepada Mej Jen (B) Jamil Khir, selamat menjadi pembaca doa majlis-majlis UMNO! Tuan Jeneral ingat kaedah melipat dan mengoyak bucu kertas setiapkali selesai sesuatu ceramah agama dulu? akulah yang kerap mendapat lubang yang terbanyak!

10 April, 2009

Pakatan Rakyat terlepas pandang?

Pada PRU12, BN berjaya menguasai negara melalui kelebihan kemenangan yang diraih melalui Sabah dan Sarawak. Pakatan Rakyat teruja apabila berjaya menafikan penguasaan 2/3 BN di Dewan Rakyat. Yang terbaru, PRK di Batang Ai menunjukkan BN masih menguasai sokongan apabila meraih kemenangan yang selesa walaupun ada sedikit kegementaran. Di Semenanjung pula, Pakatan Rakyat mendapat pertambahan sokongan pengundi jika dibandingkan majoriti kemenangan pada PRU12 melalui PRK di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Tetapi, cukupkah sokongan pengundi-pengundi dari Semenanjung untuk membolehkan Pakatan Rakyat menerajui negara? Hakikat! (Satu pandangan melalui pengalaman), Majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak menganggap mereka bukan sebahagian dari Malaysia. Malahan, sikap berpuak-puak mewakili keturunan dan daerah masih terlalu tebal dan apa saja yang datang dari semenanjung dilihat sebagai sesuatu yang amat asing! Untuk memujuk rakyat di sana menyertai sektor pekerjaan yang datang dari kerajaan Pusat, pemerintah dari semenanjung terpaksa mewujudkan Elaun Khas yang dipanggil Elaun Sabah/Sarawak . Keadaan ini masih wujud di dalam sektor-sektor pekerjaan seperti tentera, polis, bomba, guru KEMAS dan lain-lain lagi. Bagaimana Pakatan Rakyat boleh memenangi hati penduduk Sabah dan Sarawak? (satu pendapat dari 'siapalah aku') Mulai sekarang, adalah wajar Pakatan Rakyat melalui kerjasama orang tempatan di sana menubuhkan beberapa Parti Politik samada yang cenderung kepada PAS, PKR atau DAP. Parti-parti ini haruslah (malahan wajib), diketuai sendiri oleh rakyat tempatan. Keberuntungan yang bakal diperolehi selain daripada menguasai negara, ialah Pakatan Rakyat dapat memperolehi simbol sendiri (syarat penting melebihi 7 parti) kerana kaum di sana terdiri daripada kaum Dayak, Melanau, Bidayuh, Ilanun dan lain-lain lagi. Insyaallah, jika dimulakan dari sekarang, selepas PRU13 negara akan berperdana Menterikan seorang Ahli Perlimen dari Pakatan Rakyat!