Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 September, 2010

UMNO akan buat pemilihan pimpinan cara PKR!

"UMNO akan buat pemilihan cara PKR untuk membuktikan UMNO adalah sebuah parti yang matang dan tidak haru biru serta tidak matang sebagaimana yang ditunjukan oleh PKR dalam pemilihan kepimpinan mereka baru-baru ini" Aku tunggu ayat di atas keluar dari mulut pimpinan UMNO tapi sampai kesudah, taraaaakkkk! Cehh! buang karan aku tunggu depan TV! Jadi di sini, di blog aku yang tak femes nih! aku mencabar UMNO menjalankan pemilihan pimpinan parti sebagaimana yang telah dilakukan oleh PKR. Agak tuan-tuan, UMNO berani atau tak berani? Mestilah berani kan!? Kumpulan yang cium keris takkan tak berani plak! Tungguuuuuuuuuu........!

26 September, 2010

Kak Waty! Hang biaq betoi!?

Sumber memaklumkan hari ini dalam mesyuarat wanita Keadilan Perak, Puan Fathmawaty Salim Ketua Wanita Keadilan Perak telah menyeru ahli wanita untuk memberikan sokongan kepada Azmin. Beliau juga dimaklumkan memberitahu semua Ketua Wanita yang hadir bahawa langkah memberi sokongan kepada Azmin sangat perlu kerana Zaid Ibrahim selaku lawan Azmin telah memberikan dana berjumlah RM5.000 ke setiap cabang untuk mendapatkan sokongan pencalonan. ZAID BAGI RM5,000 ? AKU SEKUPANG PUN TAK DAPAT! HANG BIAQ BETOI KAK WATY OII! MANA HANG DAPAT CEGHITA NI? KALAU NAK SOKONG AZMIN HANG SOKONG AJA LAH! TAK PAYAHLAH NAK FITNAH HABAQ ZAID BAGI DUIT! P/S: Dengar cerita semalam, susulan daripada kekalahan Mustafa Kamil Ayob dalam perebutan Ketua Cabang di Pasir Salak beliau mengarahkan semua ahli ABIM dalam PKR memberikan sokongan kepada Zaid Ibrahim. Pulak!? Haiya... finin la ini macam!

25 September, 2010

Azmin dan Zuraida sila jawab!

Aku copy dari sini. Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu. “Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami,” kata Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini. “Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada)n minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau lagi. The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa. Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan. Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan. Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan. “Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang,” kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing. “Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini,” kata beliau. Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain. Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN. “Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa,” tegas beliau. Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka. “Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003,” katanya. “Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami. “Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan,” katanya. Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya {KR berbanding isu-isu lain yang lebih penting. “Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya,” katanya. Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan. “Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian. “Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini,” kata Dr Rafick. Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd. Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya. Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang. Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat. Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan. P/S: Ambik hang. Nak sangat! Kawasan sendiri tak boleh setel berangan nak conquer PKR.

23 September, 2010

PKR semakin cantik

Kalau 2 orang ni berada dalam saf kepimpinan. Yang di atas dah ada anak sorang. Yang di bawah anak dara. Kena ada 2 orang ni untuk mengimbangi yang botak, yang boroi dan yang beruban. P/S: hih hih hih!

Zaid peroleh 1/3 undi keseluruhan undi timbalan presiden?

Sifir mudah. 1/3 dari ahli PKR adalah berjiwa pemberontak dan berprinsip kukuh seperti Zaid. Selebih 2/3 undi lagi akan dikongsi bersama oleh Zaid, Mus dan Tian Chua (Azmin mungkin akan dapat nisbah lebih). Sebab, aku yang bermulut laser macam Zaid cuma berjaya memperoleh 33 undi dari keseluruhan 91 undi dalam pemilihan 15 AJK di sebuah cabang PKR baru-baru ini (kalah dan terkeluar - padan muka). P/S: Aku takkan lari dari memegang idealism yg aku anuti semata-mata ingin memenangi hati majoriti ahli ex-UMNO dalam PKR. Kalah atau menang mampuih pi! Aku harap Zaid akan berjaya walau dia adalah ex-umno.

19 September, 2010

Pencalonan peringkat tinggi parti hanya keputusan ketua cabang !!

Maka terdengar di sana sini sesungguhnya pencalonan jawatan peringkat pusat PKR hanyalah keputusan ketua cabang bersendirian setelah mendapat izin ahli. Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, langkah ini terpaksa diambil untuk mengelakkan hubungan ketua cabang dan pengerusi negeri (sekiranya pengerusi negeri menawarkan diri menjadi calon) menjadi keruh. Oleh itu, kepada calon-calon yang mendapat pencalonan tinggi janganlah cepat perasan, ok! Ntah-ntah calon yang dapat pencalonan tertinggi dapat undi paling ciput! Calon-calon yang bertanding disarankan menilai diri sendiri. Sekira tak mampu menunaikan tanggungjawab, otomatiklah untuk menarik diri. Janganlah menganggap jawatan dalam parti sebagai satu tiket untuk menjawat jawatan menteri bila PR berkuasa nanti (Itupun kalau diizinkan Allah s.w.t.). SELIPAR ADIDAS, SELIPAR JEPUN, DIGUNA UNTUK KE TANDAS ATAU MANDI, KJ YG MENANG JADI KETUA PEMUDA UMNO PUN, KENA CANTAS TAK DAPAT JADI MENTERI! Sendiri mau ingat la oiii! P/S: Orang politik ni kadang-kadang nampak macam tak percaya pada qadak dan qadar. Salah satu dari rukun iman tu!

08 September, 2010

Pemilihan PKR: Jangan Pening, Mudah!

Merujuk kepada tajuk. N3 ni sebenarnya kepada ahli PKR. Bukan PKR boleh baca tapi jangan ambik pot. Cenggini, Bila anda baca blog ni dan ni (Kedua2 blog ni mewakli golongan rebel dalam PKR), semenjak 2 menjak ni heboh diperkatakan tentang keinginan Azmin Ali untuk menduduki kerusi no. 2 PKR. Maka habislah dikeluarkan si Azmin ilmu beliau semasa dalam UMNO untuk menduduki kerusi tersebut. Jika sebelum ni majoriti ahli telah beranggapan si Azmin dah kikis abih UMNO beliau tetapi dalam keadaan terdesak ini barulah disedari, rupa-rupanya masih lagi membawa perangai UMNO beliau (sikitpun tak luak!) Percaturan untuk ahli2 memilih penjawat jawatan no 2 (Timbalan Presiden) ni mudah sangat! Majoriti ahli dah tau, kebanyakan kerusi Pengerusi PKR negeri adalah percaturan Azmin. Ada yang bagus, ada yang kurang bagus, ada yang hampeh! 1. Kalau anda rasa Pengerusi PKR negeri anda bagus/mantap/telah meningkatkan prestasi ahli-ahli di negeri = PILIHLAH AZMIN. 2. Kalau anda rasa Pengerusi PKR negeri anda hancai boncai/telah mencantas tokoh lain yang lebih disukai/buat kerja ntahapapantah = JANGAN PILIH AZMIN! (Bila Azmin kalah automatis Pengerusi anda akan kena tendang sama) Mudahkan! GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI PENGUNDI YANG AKAN MENENTUKAN HALA TUJU PARTI. KALAU PARTI BERTAMBAH CEMERLANG SELEPAS PEMILIHAN INI = ANDA BERJASA BESAR! KALAU PARTI JADI TUNGGANG LANGGANG ATAS KESILAPAN ANDA = TANGGUNG SENDIRI! P/S: aku masih berfikir siapa yang patut diundi.

04 September, 2010

Reformis Otai dah berbunyi!

Jangan sempitkan makna Gerakan Reformasi Oleh : Norazimah Mohamad Nor Saya (gambar sebelah) membaca penuh khusyuk biografi ringkas ala kempen yang di buat oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang hari ini adalah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat dan juga Ahi Dewan Undangan Negeri Seri Setia untuk calon AMK Rafizi Ramli. Apa yang jelas, penulisan itu hanya mahu memberitahu kepada umum bahawa Rafizi Ramli juga seorang reformis dan hadir seawal minit pertama gerakan reformasi 1998. Mengapa perlu diperkenalkan Rafizi Ramli, sekiranya beliau memang hebat dalam gerakan reformasi. Sememangnya beliau akan di kenali tetapi ini adalah sebaliknya. Langkah Nik Nazmi kemudiannya disusuli untuk memberitahu umum bahawa gerakan reformasi dengan demonstrasi jalanan tidak akan berjaya membawa kita ke Putera Jaya. Pandangan sempit inilah yang sebenarnya membuat saya rasa tercabar untuk mematahkannya. Pergerakan Reformasi BUKAN sekadar demonstrasi jalanan. Gerakan Reformasi yang hadir pada tahun 1998 adalah pencetus, melibatkan gerakan dalam alam siber, perencanaan dan juga mengambil langkah menyuarakan pendapat melalui semua medium termasuk demonstrasi. Kesilapan utama adalah meletakan gerakan itu menjadi sempit dengan pandangan yang sempit. Sebenarnya Nik Nazmi kena sedar bahawa membawa imej konon-kononnya keintelektualan sahaja yang mampu mengadakan perubahan adalah satu sinopsis sempit. Sesempit beliau melabel gerakan reformasi itu sebagai demonstrasi jalanan. Perlu diingat reformis melakukan lebih dari itu – perjuangan yang perlukan komitmen tinggi, keberanian dan seterusnya melakukan perencanaan bagi merealisasikan agenda reformasi. Gerakan Reformasi turut menjelajah ke seluruh pelosok negara dengan bahan-bahan tulisan, risalah dan bukan setakat menulis di Suara Mahasiswa. Yang paling penting adalah gerakan Reformasi bukan dangkal kepada nilai keintelektualan. Kalau dikatakan Generasi Reformasi buktikan partisipasi dalam mengadakan gerakan reformasi dari membaca, menulis, memahami dan kemudian bertindak untuk suara didengari. Perlu diingatkan juga gerakan ini disertai oleh seluruh peringkat – baik mereka yang pernah berjawatan baik, mempunyai kedudukan kewangan kukuh sehingga melarat dalam memperjuangkan agenda. Kita tidak perlu anak muda yang belum tahu apa makna perjuangan dengan semangat keberanian mengatakan kami lebih tahu mahu membuka jalan ke Putera Jaya. Satu kenyataan yang angkuh dan amat sombong. Kalau benar mahu mengadakan Generasi Reformasi – sumbanglah dengan komitmen yang tinggi dan sanggup berkorban masa dari alih-alih mahu jadi Ketua AMK. Saya melihat sendiri,memahami makna perjuangan. Saya semakin faham setelah terpaksa menuntut di Universiti Jalan Raya – mengenai sakit dan pedih perjuangan dan faham apa maksud pelaksanaan kata-kata sebagai hakikat perjuangan. Perjuangan itu menyeluruh dan saya tidak menyempitkan jalan ke Putera Jaya hanya mampu dilakukan oleh Rafizi dan kebolehan intelek semata-mata. Saya lihat apa yang disampaikan oleh Saudara Nik Nazmi adalah sehelai kertas putih – menceritakan keindahan kerjaya tetapi tidak faham makna perjuangan. Ingat Anwar Ibrahim terkurung sewaktu itu dan gerakan reformasi bangkit dengan tujuan utama menuntut perubahan – menyedarkan rakyat akan kepincangan – membuka mata rakyat serta memupuk kesedaran politik dan mendidik mereka untuk melihat perjuangan bukan terhad kepada sepak terajang politik semata-mata. Itulah dia gerakan Reformasi – melihat dan mengkaji kepincangan yang ada, membuat analisa mengenai apa yang perlu dilakukan untuk perubahan dan akhirnya menekan agar perubahan itu dilaksanakan. Jangan sombong dan bongkak dalam mengatakan bahawa kamu — Rafizi Ramli dan angkatan yang mencela reformasi sahaja yang mampu menunjukkan jalan ke Putera Jaya. Ingat Anwar Ibrahim juga seorang reformis tetapi tidak perlu di hiaskan dengan kata-kata seperti mana rakan Rafizi — Nik Nazmi perlu untuk menunjukkan kebolehan. Saya petik kata-kata ilmuwan yang saya pelajari setelah 10 tahun sebagai aktivis reformasi; “ Tidak ada pencetakan yang bisa mencetak pemimpin. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dari kalangan rakan seangkatannya lalu diterima dan di dokong oleh umat” — Almarhum Bapak Mohamad Natsir Maka kita perlu lebih bijak dalam memilih. Mereka yang tidak kenal makna perjuangan dalam gerakan reformasi akan hanya menutup sejarah dengan perjuangan yang mereka lakukan di tepi-tepi meja dan sudut-sudut komputer. Maka nilai kemerdekaan yang kita kecapi akan terhakis seperti mana akan berlaku terhadap perjuangan reformasi sekiranya kaum yang mengaku mereka pandai hanya memandai dalam mengaku bahawa jalan ke Putera Jaya mampu dibuka oleh mereka P/S: Setuju!