“Inilah akibatnya bila raja yang bodoh dan rakus diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara.” Rasyid terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?”Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Rasyid juga pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” Rasyid menambah seraya bermadah pula. Madah berhelah agaknya... “Hendak kata dia menyesal pun tidak pasti kerana dalam pelarian itulah Sultan Mahmud sempat membunuh anak kandungnya sendiri, Raja Ahmad!” Selanjutnya SINI
P/S: Aku kerapkali tertanya-tanya kenapa Indonesia yang luas tiada raja sedangkan Tanah Melayu yang lebih kecil rajanya bersepah?
Sedari kuasa kita!
Pengikut
28 Oktober, 2011
27 Oktober, 2011
Bantuan Malaysia untuk Pilihanraya Libya?
Tripoli 1 Nov 2011.
Pihak TNC Libya akan meminta bantuan Malaysia mengendalikan pilihanraya pertama
selepas kejatuhan Muammar Gadaffi. Ketika ditanya oleh saudara Ngan Chok Wak seorang pemberita dari agensi berita fakap seorang pimpinan TNC menjawab "Kami amat mempercayai pihak berkuasa Malaysia dalam memastikan kemenangan pihak kami dalam pilihanraya yang akan diadakan nanti"
KAH KAH KAH!

12 Oktober, 2011
Pengundi dah maju, Pemimpin PR masih dok takuk lama.
Dari pencacai-semalaysia.blogspot.com/
Oleh: Azman Ariffin
PAKATAN RAKYAT tidak harus terus dibuai mimpi bahawa bajet yang berdasarkan Buku Jingga akan membantu kemenangan dalam PRU yang akan datang. Sebaiknya seluruh tenaga yang ada perlu difokuskan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tidak salah jika PR belajar dari BN dalam hal ini memandangkan BN mempunyai rekod ‘tanpa kalah’ dalam pilihanraya walaupun bukan semua yang dijanjikan mereka mampu ditunaikan.
Sedarkah kita, bahawa Bajet 2012 adalah bersifat ‘jangkaan’ atau ‘perancangan’ masa depan sedangkan rakyat lebih mudah tersentuh dengan apa yang dilihat dan dirasai mereka pada masa ini. Masa depan itu belum tentu, tetapi masa kini sudah pasti.
Apa yang lebih penting bagi PR ialah memastikan bajet dan janji-janji di negeri-negeri pemerintahan PR dilaksanakan dengan sebaiknya, dan bukannya cuba memimik kerajaan persekutuan. Prestasi PR dinilai melalui negeri-negeri yang diterajui dan bukannya melalui perancangan dan janji. Jika prestasi hari ini juga sudah gagal menyerlah, bagaimana kita mengharapkan keyakinan rakyat untuk menyokong PR bagi menggantikan BN?
BN menambat hati rakyat dengan cara memberi imbuhan terus kepada rakyat sama ada dari segi kewangan, barangan atau perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah dan daif. Perkara ini dilakukan secara berterusan dan diperhebatkan lagi di musim-musim pilihanraya. Kita boleh menuduh bahawa itu semua adalah gimik pilihanraya, namun gimik atau tidak, rakyat telah merasai nikmatnya. Nikmat yang dirasai itulah yang memberikan undi kepada BN dalam setiap pilihanraya.
Amatlah malang kerana PR, sehingga hari ini masih lagi berpendapat yang sokongan boleh diraih melalui ceramah, isu-isu berbangkit, risalah-risalah dan akhbar yang mensensasikan isu, membela pemimpin PR yang diserang serta menyerang pemimpin BN. Kini, PR cuba lagi meraih sokongan melalui pembentangan bajet.
Namun, pernahkah pemimpin PR berhenti dan berfikir tentan apa ertinya semua itu kepada rakyat?
Ertinya, seluruh jentera PR sebenarnya sedang sibuk berpolitik dan tiada siapa pun yang bekerja untuk rakyat. Akhirnya, rakyat hanya akan melihat BNlah yang bertungkus lumus menjaga kebajikan mereka sementara PR hanya mampu menanam angan-angan sebagai kerajaan di masa depan.
Hari ini, BN cukup yakin akan menang besar dan merampas kembali kerusi-kerusi di kawasan hitam iaitu yang dikuasai PR, dalam PRU yang akan datang. Ini bermakna tidak mustahil PR akan kalah teruk andainya keyakinan BN benar-benar berasas.
Lebih buruk, di ketika BN ‘memberi’, PR pula ‘mengambil’ sambil berjanji hanya akan ‘memberi’ jika berjaya menjadi kerajaan suatu hari nanti. Ini kerana terdapat beberapa pemimpin PR yang ke hulu ke hilir menghulur tin meminta derma dari rakyat untuk menampung kos pilihanraya. Sedangkan, di masa yang sama, pemimpin-pemimpin PR hidup mewah, ke hulu ke hilir berkempen sehingga ke luar negara juga.
PR bukan lagi parti kampung sepertimana imej PAS suatu ketika dahulu di mana pemimpin-pemimpin PAS mengutip derma dalam ceramah-ceramah untuk ‘berjihad’. PR kini cuba menonjolkan imej sebagai parti sofistikated, terbuka dan jauh lebih ke hadapan berbanding BN. Namun, tindakan mengutip derma dari rakyat amatlah tidak konsisten dengan imej baru ini.
Bagaimana parti yang gah menjanjikan bulan, bintang da matahari tetapi tidak mampu pun untuk menyediakan secubit beras atau sebuku roti yang mudah didapati di bumi?
Inilah yang pemimpin-pemimpin PR harus fikirkan berkali-kali sebelum membuka mulut untuk berceramah dan berkempen. Jika tidak, adalah lebih baik PR tidak perlu bertanding langsung dalam PRU-13 kerana nampaknya seolah-olah PR tidak begitu serius untuk bekerja, tetapi hanya berpolitik untuk mengisi masa lapang sementara menunggu hari tua.
P/S: Ada bekas calon Parlimen PKR di Perak bawak pimpinan negeri dan anak buah ke Danok Thailand untuk memastikan beliau terus dicalonkan dalam PRU13. Chiittt! macam stail UMNO tahun 70-an!

10 Oktober, 2011
Jom ajar puak-puak yang bertelagah dalam PKR
Semenjak 2 menjak kononnya Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya, perebutan puak dalam PKR semakin kronik.
Puak2 terdiri dari,
1. Ex-UMNGOK
2. ABIM
3. JIM
Objektif utama: Mendapat kuasa dalam PKR kemudian mengambil puak masing2 dalam pentadbiran.
Kebolehan utama: mengkudakan ahli di luar puak untuk mendapatkan kuasa. Setelah mendapat kuasa individu yang banyak menolong akan disingkirkan untuk mengelakkan persaingan.
Err.. Di Perak, salah satu daripada puak ini telah mengugut keluar parti sekiranya puak mereka tiada dalam senarai pencalonan.
Dalam PRU13 nanti aku akan publish nama puak-puak ni untuk peringatan.
Reformis? ha ha! kebanyakan dah blah pasal dah menyampah!
Untuk memajukan negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat, perkara nombor wahid ialah jangan bagi undi tuan-tuan kepada puak2 nih! bukan saja 2x5 UMNO tapi lagi teruk dari UMNO! Niamakahai!

Langgan:
Catatan (Atom)