Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

22 November, 2012

Alamat baru mediaperak.com


Klik untuk lawati. Harap para blogger linked di blog masing-masing. Terima kasih

http://mediaperak.net/

Menggalas Harapan Rakyat!

09 November, 2012

Soalan untuk YB Idham Lim.


  
(Surat dari pembaca Mediaperak)
Salam untuk YB Drs. Idham Lim,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan YB melancarkan projek Kompleks Pendidikan Darul Anwar (KPDA) lewat tahun lepas. Malah saya turut berbangga apabila majlis pelancaran rasmi yang telah diadakan pada 25 September 2011 berjaya diadakan.
Saya turut bersama berusaha untuk merealisasikan hasrat YB dengan turut sama mengambil bahagian dengan menderma untuk tabung wakaf tersebut. Walaubagamanapun, saya merasa khuatir kalau-kalau hasrat tersebut akan mendatangkan persepsi negatif berikutan kurangnya maklumat dan kemaskini projek.
Oleh kerana projek ini melibatkan dana awam, maka saya berharap YB dapat memberikan maklumat terperinci agar ianya tidak mendatangkan persepsi negatif.
Saya berharap YB dapat menjelaskan beberapa persoalan yang timbul dari beberapa rakan-rakan yang mula bertanya tentang projek KPDA ini.
Status IdhamCare/KPDA
  • Adakah KPDA ini mempunyai entiti berdafar tersendiri atau ia hanyalah sebuah projek dibawah IdhamCare?
  • Adakah IdhamCare sebuah NGO yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan? Sekiranya berdaftar, diharap dapat kiranya YB menyiarkan bukti pendaftaran.
  • Selain daripada YB sendiri yang menjadi Pengerusi IdhamCare dan isteri YB sebagai Timbalan Pengerusi, siapakah Ahli Lembaga Pengarah/Ahli jawatankuasa/Pemegang Amanah yang lain. Diharap dapat YB siarkan senarai pemegang jawatan dalam IdhamCare dan tarikh mereka dilantik kejawatan tersebut.
Pengurusan
  • Berapa ramaikah kakitangan yang digaji untuk mengurus projek yang bernilai RM5 juta ini?
  • Berapakah jumlah kos pengurusan yang terkumpul setakat ini?
  • Minta YB siarkan carta organisasi pengurusan KPDA
Soalan tambahan
  • Permulaan kerja pembinaan diberitakan akan bermula pada 1 Mei 2012, tetapi hingga sekarang, tiada tanda-tanda ianya telah bermula. Apakah yang menyebabkan ianya tertangguh? rujuk http://kpdarulanwar.blogspot.com.au/2011/11/gambaran-keseluruh-kpda.html
  • Berapakah jumlah dana wakaf yang telah terkumpul setakat ini? Apakah ianya masih belum mencukupi?
  • Kami dimaklumkan menerusi risalah bahawa jumlah keluasan tanah yang akan dibangunkan ialah 4 ekar. Walaubagaimanapun, kami diberitahu bahawa jumlah yang telah dibayar kepada tuan tanah hanyalah 2 ekar. Harap YB memberi penjelasan.
  • Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan promosi yang disiarkan dalam blog KPDA seperti dibawah.


×


×
Banner diatas mengatakan “setiap pembelian lot wakaf akan menerima hadiah satu Quran digital.” (untuk Pakej 1).
Manakala dalam banner dibawah, “bagi setiap pembelianQuran digital, pewakaf akan menerima dua lot wakaf.”
Tawaran ini seoalah-olah tidak masuk akal. Dan sekarang timbul pula banner terbaru.


×

  •  Adakah Quran digital yang saya terima apabila membeli lot wakaf itu ditaja oleh pihak lain? Saya mendapat tahu bahawa Quran digital yang dikatakan “hadiah” dalamPakej 1 (tawaran lama) sebenarnya ditolak daripada jumlah yang diwakafkan. Contohnya, apabila saya membeli lot wakaf bernilai RM300, jumlah yang masuk kedalam tabung wakaf ialah RM160.00 manakala RM140.00 adalah untuk kos Quran Digital untuk dihadiahkan balik kepada saya. Apakah ini benar?

  • Terdapat keraguan tentang akaun bank yang digunakan untuk projek ini kerana satu akaun bank digunakan untuk pelbagai tujuan.  Satu untuk tabung wakaf manakala satu lagi untuk Rayuan derma IdhamCare. Gambar bawah diambil dari risalah yang diedarkan.

selanjutnya http://mediaperak.net/2012/11/09/soalan-untuk-yb-idham-lim/

Perak. Jom pilih calon DUN anda!

N01 Pengkalan Hulu
N02 Temengor
N03 Kenering
N04 Kota Tampan
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau
N10 Alor Pongsu
N11 Gunung Semanggol
N12 Selinsing
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau
N21 Lintang
N22 Jalong
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh
N34 Bukit Chandan
N35 Manong
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Belanja
N39 Bota
N40 Malim Nawar
N41 Keranji
N42 Tualang Sekah
N43 Sungai Rapat
N44 Simpang Pulai
N45 Teja
N46 Chenderiang
N47 Air Kuning
N48 Sungai Manik
N49 Kampung Gajah
N50 Sitiawan
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang
N55 Pasir Berdamar
N56 Changkat Jong
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

07 November, 2012

PDRM hanya untuk orang kenamaan?



oleh: Malaysiacrisis
 
Kes penahanan semula Ahmad Abd Jalil atas dakwaan menghina Sultan Johor menarik perhatian penulis, kali ini di bawah Akta Multimedia. Saudara Ahmad hanya pemuda biasa, tidak dikenali langsung sebelum ini, berbeza dengan kes penahanan Uncleseekers yang sememangnya dikenali umum dan datang dari keluarga yang dihormati. Walaupun masih tidak diketahui apa sebenarnya yang ditulis oleh saudara Ahmad di dalam facebook sehingga dikatakan sebagai satu penghinaan, tetapi bagaimana kes ini berjalan begitu menarik perhatian.
1. Ahmad Abd Jalil tidak langsung dikenali umum. Sokongan yang diberikan oleh ahli keluarganya dengan melancarkan kempen “Bebaskan Ahmad” secara besar-besaran melalui facebook, disambut pula dengan sokongan yang diberikan oleh kumpulan facebook lain seperti Kita Semua Uncleseekers dan sebagainya menjadikan kes ini adalah “Kes Besar”. Rakyat ternanti-nanti perkembangan kes Ahmad. Apabila menjadi kes besar, penulis yakin saudara Ahmad tidak akan di-apa-apa kan, baik daripada pasukan Polis Johor mahupun dari dalam Istana. Tetapi perkara sebaliknya mungkin berlaku jika kes ini tidak dihebohkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Laporan Malaysiakini bertarikh 4 November 2012 bertajuk “Facebook hina Sultan Johor – lebih ramai akan ditahan?” memberi gambaran lebih ramai rakyat akan ditahan atas kes menghina Sultan Johor. Jika berlaku lagi tangkapan, dinasihatkan keluarga dan rakan-rakan mangsa untuk mencontohi apa yang dibuat oleh keluarga Ahmad Abd Jalil supaya kes itu menjadi kes besar. Sebarkan juga berita itu ke media antarabangsa untuk mendapat liputan yang lebih besar. Berita penahanan Ahmad tersebar di Channel News Asia, Gulf News, Bangkok Post, Zee News India dan lain-lain media dunia (boleh lihat berita-berita dunia mengenai Ahmad Abd Jalil disini).
2. Portal berita Malaysia Kini hari ini melaporkan Polis Johor telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang menyiarkan berita-berita berkaitan penyiasatan dan penahanan saudara Ahmad Abd Jalil. Jika dilihat kembali laporan-laporan berita yang disiarkan, kebanyakannya adalah laporan daripada peguam Ahmad dan komen daripada ahli keluarganya. Adakah pihak Polis Johor ingin menjadikan kes ini kes terpencil yang tidak diketahui umum? 
Rata-rata rakyat yang membuat komen mengenai isu ini di portal Malaysia Kini mentertawakan apa yang dibuat oleh pihak Polis Johor – buat laporan polis sendiri dan kemudiannya menjalankan siasatan sendiri dan pendakwaan sendiri.
Lebih memelikkan apa sahaja yang berkaitan dengan penghinaan terhadap Sultan Johor, polis akan bertindak dengan begitu cepat sekali! Mungkin kah kerana termakan budi dengan pemberian kereta-kereta mewah dan motorsikal Harley Davidson? Kenyataan media yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham hari ini memberikan contoh-contoh berkaitan Polis Johor, sila lihat di bawah.
3. Adakah dengan penangkapan rakyat yang dikatakan menghina Sultan Johor akan menjadikan rakyat terus takut dan diam? Percaturan Polis Johor dan pihak Istana adalah salah. Kes-kes seperti ini akan menjadikan lebih ramai rakyat bangkit menentang kezaliman.
Kenyataan akhbar hari ini yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham di Dubai mengenai isu penahanan semula Ahmad Abd Jalil menceritakan pengalaman beliau yang pernah bertugas dengan Sultan Johor dan menyuarakan kebimbangan beliau atas campurtangan pihak Istana dalam mengendalikan kes ini.
Bukan itu sahaja, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Malaysian Civil Liberties Movement, Lawyers For Liberty juga telah bersuara. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan media. Candlelight Vigil in Solidarity with Ahmad Abd Jalil juga akan dianjurkan esok hari Rabu 7 November 2012 di Dataran Merdeka.
Petikan daripada Kenyataan Media Peguam Kamal Hisham mengenai kes Ahmad Abd Jalil
 
4. Kebanyakan rakyat sekarang ini bukan bodoh. Bukan setakat rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia melihat bagaimana kes ini berjalan. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan atas kesalahan apa dan apakah kenyataan Ahmad Abd Jalil yang dikatakan satu penghinaan.
Kes ini tidak mendiamkan rakyat. Di media-media elektronik sama ada di facebook, twitter mahu pun di forum-forum, rakyat berbincang secara terbuka menceritakan salah-laku Sultan Johor. Lebih banyak pendedahan dikeluarkan.Adakah rakyat Malaysia takut selepas berlakunya penangkapan Uncleseekers dan saudara Ahmad? Nampaknya tidak, malahan rakyat semakin berani bersuara!Dilampirkan beberapa komen di dalam facebook untuk dikongsi dengan pembaca Malaysian in Crisis. Ini hanya sebahagian kecil sahaja, rakyat semakin berani bersuara! Untuk menghormati tuan empunya post, penulis padam nama-nama facebook mereka. Adakah semuanya bakal ditangkap dan memenuhkan lokap Johor?