Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

26 September, 2014

Kale Kubur. Akhirnya PAS kalah lebih teruk.


KEPUTUSAN AWAL PRK
N.01 PENGKALAN KUBOR

PENGKALAN KUBOR :  
BN: 1,033 (67.03%)
PAS: 476 (30.89%)
BEBAS : 5 (0.32%)
MAJ : 557

KG KETIL :  
BN: 1,015 (49.25%)
PAS: 1,012 (49.10%)
BEBAS: 4 (0.19%)
MAJ : 3

KG TEBING :
BN: 502 (44.11%)
PAS: 609 (53.51%)
BEBAS: 2 (0.18%)
MAJ : -107

KG GETING :  
BN: 1,019 (40.66%)
PAS: 1,327 (52.95%)
BEBAS : 3 (0.12%)
MAJ : -308

SIMPANGAN :
BN: 878 (76.48%)
PAS: 263 (22.91%)
BEBAS : 6 (0.52%)
MAJ : 615

TUJOH :
BN: 1,081 (51.57%)
PAS: 971 (46.33%)
BEBAS : 6 (0.29%)
MAJ : 110

KG TELAGA BATA:
BN: 722 (53.92%)
PAS: 607 (45.33%)
BEBAS: 0
MAJ : 115

KG BUNOHAN :
BN : 783 (70.35%)
PAS: 315 (28.30%)
BEBAS: 3 (0.27%)
MAJ : 468

JUBAKAR DARAT :
BN : 754 (89.87%)
PAS: 77 (9.18%)
BEBAS: 1 (0.12%)
MAJ : 677

BENDANG PAK YONG :
BN : 1,108 (54.93%)
PAS: 878 (43.49%)
BEBAS: 5 (0.25%)
MAJ : 231

TELUK JERING :
BN : 424 (79.55%)
PAS : 107 (20.26%)
BEBAS : 1 (0.19%)
MAJ : 316

KEDAI GETING :  
BN : 532 (43.01%)
PAS: 671 (54.24%)
BEBAS: 2 (0.16%)
MAJ: -139

UNDI AWAL/POS
BN: 96 (91.43%)
PAS: 8 (7.62%)
BEBAS: 0
UNDI ROSAK: 1
MAJ: 88

Jumlah pengundi : 24,039
Turn out : 17,674 (73.52%)
Undi BN :  9,948 (56.28%)
Undi PAS:  7,322 (41.43%)
Undi BEBAS:  38 (0.21%)
MAJORITI : 2,626 (14.86%)


11 September, 2014

MB. Sanggupkah azmin menolak?

Harap Azmin berhenti melobi di belakang dan hantar surat ke Istana malum sokong Wan Azizah

Catatan Pagi

11 September 2014
  1. sila baca tulisan ini dengan latar kejadian permulaan dimana pemecatan DSAI dari TPM secara hina oleh Dr. Mahathir kerana konspirasi melibatkan keluarga kakitangan yang sangat rapat denganya.
  2. PKR kelihatan seperti parti yang anggota bawahnya tidak ada disiplin kerana bebas menggunakan media menyerang parti. Selain inilah cabaran yang harus diterima sebagai parti muda di era internet dimana maklumat tersebar segera dan semua boleh memberikan input secara bebas. Namun ia harus diteliti puncanya juga.
  3. Ia ialah kesalahan Jawatankuasa Disiplin Parti, Presiden termasuk Ketua Umum sendiri apabila membiarkan orang bertaraf Timbalan Presiden Parti sendiri terlibat menggunakan media secara terbuka menyerang Presiden dan keluarga. Malah serangan tersebut kelihatan secara tersusun dibuat sehingga melibatkan penyokong penyokong Timbalan Presiden menyerang keluarga Preisden dan Ketua Umum. Istilah seperti Isana Segambut, Keputusan dalam Kelambu, Wan Azizah pemimpin 'remote' semuanya bukan dimulakan oleh Umno sebaliknya dimulakan oleh musuh dalam selimut yang ditunjangi Timbalan Presiden sendiri.
  4. Pada Mei 2013 Azmin Ali telah menggunakan bukan sahaja TV3 malah Utusan dan banyak lagi media menyerang Presiden parti dengan mengatakan Presiden amalkan nepotisma dan perbagai konotasi negatif. Aduan rasmi dibuat namun tidak ada tindakan.
  5. Penggunaan media termasuk media sosial menyerang Ketua Umum, malah mempertikaikan keputusan parti oleh Azmin bermula awal lagi. Iaitu sejak dia mengatakan kepada ramai bahawa Ketua Umum tipu sebab tak lantik dia jadi MB Selangor walaupun sudah dijanjikan sebelum itu.
  6. Ketika keputusan parti malah dipersetujui PR untuk menggerakkan rakyat selepas PRU 13 dalam kempen Blackout 505, Azmin dengan sengaja menggerakkan penyokong dan pengikutnya menggagalkan Blackout 505. Budak - budak sekolah politik IKD dibawah Khalid Jaafar menyebarkan propaganda tak perlu turun kempen Blackout 505 hanya sia sia, terima sahaja kekalahan. Malah Azmin sendiri dalam akaun twitternya menyerang Ketua Umum sebagai menggunakan rakyat demi kepentingan peribadi. Percaya ini berlaku kerana dia tak dilantik MB.
  7. Bermula 2010 lagi penipuan dalam pemilihan sudah berlaku teruk. 2014, sekali lagi pemilihan PKR banyak terdapat penipuan sehinggalah melibatkan cubaan rasuah kepada anggota JPP, namun semua tidak disiasat. Hampir semua operasi penipuan berlatar belakangkan pasukan Keadilanraya yang diketuai Azmin Ali, begitu juga hampir semua aduan tidak ada tindakan. Aduan dan surat che'GuBard berkenaan pemilihan semuanya tidak berjawab. sila klik Aduan Rasuah kait Azmin Ali
  8. Sama seperti 2010 mereka memaklumkan kepada Ketua Umum sudah dibalas surat dan aduan cheGuBard tetapi saya tidak dapat apa pun, begitu juga sekarang ini saya pasti mereka dah maklum kepada DSAI bahawa mereka sudah balas tetapi tidak wujud balasan itu.
  9. Cuma mahu memberikan jawapan kenapa kita mahu mempersalah anggota bawahan menggunakan media menyerang parti sedangkan Timbalan Presiden sendiri guna media termasuk Utusan dan TV3 serang bukan sahaja parti tetapi menyerang peribadi Ketua Umum dan keluarga.
  10. Satu lagi ialah kegagalan badan displin parti ambil tindakan kepada pembocor maklumat biro politik parti menyebabkan bukan sahaja banyak lagi maklumat bocor malah maklumat tipu konon sumber dalaman terus dipermainkan di media. Contohnya Awani dan beberapa media sering menyatakan maklumat seperti Azmin turut tersenarai sebagai calon MB dan seumpamanya. Ianya maklumat palsu yang menjadi psywar rekaan pasukan tertentu yang menjadikan parti ini bahan tertawa. sila klik PKR gagal tangani pembocor maklumat
  11. Lobi Azmin yang nak jadi MB tak sudah - sudah akhirnya membawa ke episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. Namun jelas PKR pada peringkat ini seperti hilang kawalan dan seolah tidak dihormatikawan pun. Kenapa ini berlaku ? Jawapanya muda PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan /tidak dihormati bukan sahaja oleh musuh, oleh Istana malah oleh sahabat sendiri. Ini berlaku kerana konon kita solid untuk hantar satu nama tetapi ada yang buat lobi belakanguntuk dirinya. Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui perbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri mengadap DSAI konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia. Ini antara punca meretakkan lagi hubungan PR.
  12. Di depan umum khususnya media Azmin kelihatan begitu suci, dia bercakap ke media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong Wan Azizah tetapi dibelakang ia terus melobi termasuk melobi ke Istana. Masihingat selepas PRU 13 bagaimana PR bersetuju menghantar nama Khalid Ibrahim seorang tetapi dia dan kuncu - kuncunya dalam PKR Selangor menghantar satu lagi nama konon mendapat sokongan ramai yang perlu dipertimbang Sultan yang akhirnya dia kecewa kerana gagal mendapat sokongan parti peringkat Pusat. Itu sebab selepas itu ia menyerang Anwar dan keluarga.
  13. Persoalanya sudah - sudahlah itu Azmin, tidakkahkamu melihat petaka akibat ketamakan itu. Bukan sahaja Selangor malah PKR juga PR sedang berada dihujung tanduk. Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat ke Istana nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar menghormati kebijaksanaan Sultan agar menolak sebarang khabar bahawa PKRitu tidak 'solid' keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi. Jangan hanay di media sahaja tetapi hantar signal berbeza di Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu ialah plan B nya.

09 September, 2014

Kesemua penumpang MH370 berada di Tel Aviv?

TERKINI: Kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 disahkan berada di Tel Aviv sebuah negara haram dunia iaitu ISRAEL LAKNATULLAH !!!

Sekali lagi Edward Snowden melaporkan bahawa seorang ajen perisikan CIA yang telah pun berpaling tadah dan membocorkan maklumat kedudukan terkini penumpang dan pesawat MH 370 yang pasti menggegarkan dunia.

Ikuti laporan EKSKLUSIF di bawah ini yang dilaporkan oleh Sharifah Sofia Syed Rashid


 Pada 08hb Mac 2014 (Sabtu) Pesawat MH 370 yang membawa 239 penumpang dan anak-anak kapal dari KLIA ke Beijing, China tiba-tiba hilang dari radar setelah Amerika dan Yahudi laknatullah mengarahkan syarikat Boeing untuk mengawal pesawat MH 370 menggunakan alat kawalan jauh dan kesemua sistem di dlm pesawat tersebut termasuk transponder termati dengan sendirinya. Dan diwaktu inilah dikatakan pesawat MH 370 telah berpatih balik secara " Autopilot ". Sebelum pesawat MH 370 berpatah balik dengan sendirinya, Kapten Zaharie yang sangat berpengalaman dlm dunia penerbangan sempat mengaktifkan " Kod Tango " yang bermaksud pesawat dirampas dan berada di dalam keadaan bahaya !!! Ianya telah disahkan.

Pada 26/08/2014, Genjatan senjata di GAZA dikuatkuasakan sepenuhnya antara Palestin dan ISRAEL Laknatullah !!! Di dalam laporan terbaru Edward Snowden melaporkan susulan banyak lapangan terbang di ISRAEL diserang dgn roket-roket Hamas maka ISRAEL terpaksa menyerah kalah lebih awal lagi dan peperangan harus diberhentikan secepat yang mungkin bagi memberi laluan kepada kapal terbang di luar sana untuk masuk ke dlm negara Israel juga susulan kejayaan demi kejayaan yang telah dibuat oleh tentera Hamas melalui sayap kanan utamanya iaitu Briged Al Qassam. Ini kerana Amerika mendapat tahu bahawa agen perisikan Rusia dan China sudah pun sampai ke negara Uzbekistan, Kazakhtan, Afghanistan, India dan Pakistan bagi menjejaki kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 yang dikatakan telah disembunyikan di situ. Bagi mengelakkan maklumat sulit bocor Amerika dan Yahudi dikatakan sempat menerbangkan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 ke Tel Aviv pada 27/08/2014. Maklumat ini telah pun disahkan dan dibocorkan sendiri oleh seorang lagi ajen risikan CIA yang namanya dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dan akan didedahkan oleh Edward Snowden nanti.

Di bawah ini disertakan sebab yang kukuh mengapa Amerika dan Yahudi tidak suka kepada Malaysia dan akan menghancurkan Malaysia dlm siri dajjalnya nanti : 

(1) Bahagian depan Passport Malaysia ada mengatakan Pasport ini sah digunakan untuk semua negara
 kecuali ISRAEL " laknatullah !!!
(2) Kelantangan Bekas PM Malaysia Tun Mahathir yang lantang menghentam ISREAL secara terang-terangan dan mengatakan syarikat Boieng termasuk ajen CIA harus bertanggungjawab dlm kes kehilangan pesawat MH 370. Baru-baru ini akhbar washington post ada melaporkan kritikan terbuka Tun Mahathir terhadap pencerobohan Israel terhadap Gaza dan kritikan Tun Mahathir dlm segmen khas " MH 370 di Tv3 " terhadap syarikat Boeing dan ajen CIA yang telah dikritik hebat oleh Barack Obama cumanya tidak dikeluarkan di media-media tanah air bagi menjaga hubungan diplomatik antara malaysia dan Amerika !!! 
(3) Susulan lantikan YAB Tuan Guru Dato Hj Abdul Hadi Awang sebagai Naib Presiden kesatuan ulama dunia yang akan membuatkan negara Malaysia akan lebih dihormati dunia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati. 
(4) Kesungguhan dan kekerapan negara Malaysia yang sering menghantar bantuan kemanusian di Gaza setiap kali Gaza diserang oleh rejim zionis laknatullah !!!
(5) Amerika tidak berjaya untuk mendirikan markas tenteranya di Malaysia bagi tujuan kononnya " KEAMANAN DUNIA "

* Rakyat Malaysia harus bersatu padu tanpa mengira fahaman ideologi politik dari anasir luar yang jahat yang datangnya dari Amerika dan Yahudi laknatullah demi mempertahankan bumi Malaysia dari dicerobohi !!!


TERKINI: Edward snowden mendedahkan kenapa sebuah pesawat ISRAEL menyerupai pesawat MH 370 milik syrkt MAS itu. Ini kerana Amerika dan Yahudi laknatullah hanya menunggu masa jika diakhir rundingan nanti gagal maka pesawat yang menyerupai MH 370 akan diterbangkan ke lautan hindi dan akan diletupkan. Manakala kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan dibunuh di Tel Aviv. Walaubagaimanapun beliau menjangkakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan dibebaskan juga di suatu hari nanti dan tidak dibunuh dan satu perjanjian sulit akan ditermeterai secara rahsia dan tertutup akan dibuat diakhir episod akhir nanti. Ingatlah... mereka boleh merancang dengan apa jua dgn perancangan jahat mereka, tetapi doa umat Islam di dunia kepada Allah s.w.t akan mengatasi perancangan jahat mereka.. kerana sesungguhnya perancangan Allah itu lagi hebat dan tepat. 

: Kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 yang telah disahkan berada di negara Israel masih hidup dan selamat serta berada di dlm tahanan Yahudi laknatullah. laporan terbaru oleh Edward Snowden kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan muncul sebelum penghujung tahun 2014. Sama-samalah kita berdoa agar mereka semua selamat ... Mereka merancang.... Allah juga merancang.... tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya