Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Julai, 2010

Member kamceng harussani!

Cerita di sini P/S: sebagai orang Perak, aku bangga orang Islam negeri lain mintak nasihat dari mursyidul am oppssss.... Mufti Perak!

16 Julai, 2010

Jemputan untuk Blogger Pakatan Rakyat

PROGRAM SANTAI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BERSAMA BLOGGER Tarikh: 18 Julai 2010 Masa: 8 am hingga 6 pm Tempat: Riverview, Tanjung Malim

08 Julai, 2010

Ahli biasa lebih baik dari MPP!

Itulah andaian bagi perlawanan Spain VS German pagi tadi. Gol tunggal ditanduk (tu baru buah tanduk, kalau buah penendang lagi ganas!) oleh Puyol pemain pertahanan Spain yang juga pemain pertahanan MU (kalau tak salah aku). Tapi yang peliknya dalam PES 2010 mamat ni main macam sial. Perghhhh........! (Sam webmaster UREKA.Asia utang aku kopi O KK Klasik)

30 Jun, 2010

PPN lain bila pulak?

Bila Azmin mengambilalih jawatan Pengerusi PKR Negeri dari TS Khalid ramai blogger keliru. Aku? aku langsung tak keliru. Jawatan MB adalah untuk mentadbir negeri manakala jawatan PPN adalah untuk mentadbir parti. Sepatuuuuuttttttnya (panjang punya sepatut) ramai lagi PPN yang patut ditukar kerana tidak dapat mentadbir parti ke arah yang sepatutnya. Kebanyakan PPN yang ada hanya mempertahankan jawatan PPN dengan harapan untuk menjadi MB bila PR (dibaca PKR) kembali menguasai negeri tapi bab memperkukuhkan parti, hancuuusssss.....! Cuba anda bayangkan negeri yang dikuasai parti dengan ahlinya yang ntahapapakebenda? lagi teruk dari APNO beb! Maka sekiranya diizinkan Tuhan PR menguasai negara maka kemungkinan besar untuk menguasai hanya sepenggal adalah cerah! Tetapi oleh kerana DSWA boleh termakan bodek, PPN-PPN bangkai ini akan terus mengetuai PKR negeri. P/S: DS Nizar MB tapi PJ negeri orang lain. Sampai sekarang aku tak dapat jawapan.

13 Jun, 2010

Tau atau buat-buat tak tau?

2,3 hari ni aku ada rasa meluat sikit. Sebab: 1. Bila PKR berkongres, depa kata sokongan kepada PKR meningkat. 2. Bila PAS bermuktamar, depa pun kata sokongan kepada PAS meningkat. Hekeleh... angkat bakul masuk sendiri nampak! Setahu aku, 68 hingga 70% pengundi tak berparti. Pengundi-pengundi ni mengundi PKR, PAS dan DAP sebab depa adalah rakyat yang meluat (macam aku jugak) kat BN(dibaca UMNO). Jadi, sebelum pengundi-pengundi nih meluat kat hangpa (ingat parti hangpa baguih sangat ka?), lebih baik keluarkan kenyataan "SOKONGAN PENGUNDI KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT!" Ingat tuh! PAKATAN RAKYAT! bukannya PKR, PAS atau DAP! P/S: Belum berkuasa lagi dah pandai pusing2 cakap! apparaaaaa!

03 Jun, 2010

Pandangan penyokong Pakatan Rakyat terhadap PKR

Copypaste dengan izin Oleh: Topeng Perak 4 hari menempel diri dalam Konvensyen Nasional PKR di KTC dan jugak Perdana Resort, Pengkalan Chepa. walaupun "punch card" aku tak penuh, tapi Alhamdulillah masih dapat hadir untuk 2 hari terakhir. sempat hadir untuk perasmian Konvensyen AMK dan Wanita pada 25hb. Mei, 2010 dan 2 hari penuh pada 28 dan 29hb. Mei, 2010. Pandangan aku... Jujur aku cakap, kebanyakan perwakilan dalam Konvensyen kali ni, sangat-sangat aggresif. kalau kena pada caranya, memang cita-cita untuk kita lihat perubahan politik dalam Negara tercinta Malaysia akan tercapai dalam masa terdekat. tu kalau kita tengok dari sudut "aggresif" dalam ucapan. praktikal tak tau lagi macam mana. Yang tak bagusnya, kebanyakan perwakilan yang berucap, membentang dan jugak membebel, boleh kata 60% tak berkualiti. banyak yang sekadar membuang masa. idea-idea yang dilontar hampir kesemuanya idea yang akan "membunuh" Parti KeADILan Rakyat dalam arena politik Malaysia. "Reformis' Takziah untuk geng-geng "Reformis"... aku tengok kebanyakan korang tak de beza dengan ahli UMNO... banyak yang seronok "membantai" Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang sentiasa "cool" walau dibantai secukup-cukupnya oleh korang. bukan setakat "bantai", tapi semacam ada usaha untuk menjatuhkan YAB Menteri Besar Selangor di kalangan ahli Parti sendiri. Perwakilan dari Melaka - suara sampai serak-serak membantai Tan Sri Khalid, idea yang dilontar buat aku dan kengkawan blogger dan para wartawan pro Pakatan Rakyat menggeleng kepala sesama sendiri. sinis kami berbisik, ni Konvensyen PKR ke Perhimpunan Agung UMNO..? Antara yang dikritik ialah Pemerintahan MB Selangor yang tidak menguntungkan para "Reformis". jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Selangor dan anak Syarikat tidak diberi kepada para "Reformis" sebagai menghargai jasa mereka... Ptuih..! Bila sebut pasal perjuangan, semuanya sembang cakap "ikhlas"... kami tak harap apa-apa balasan. tu cakap-cakap, praktikal..? Kerajaan Negeri Selangor baru 2 tahun lebih ditawan Pakatan Rakyat, korang dah kecoh pasal tak dapat jawatan dalam Kerajaan..? banyak la kau punya ikhlas... Ada jugak dianjurkan supaya Kerajaan Negeri atau PKR sendiri mengadakan 1 tabung untuk anak muda, "kununnya" tabung ini bagi memudahkan para "reformis" bergerak dan berjuang dalam politik. membantu parti la "kununnya"... Beb... Parti PAS dah lebih dari 50 tahun umurnya, Parti DAP pun umurnya dah jauh "banyak" dari PKR... cuba ngko tanya aktivis-aktivis dalam PAS dan DAP, pernah tak anak-anak muda yang menyokong dan bersama dalam perjuangan PAS dan DAP dibantu dengan "tabung" sedemikian selama ini..? Korang tanya budak-budak Unit Amal yang tiap kali diadakan demonstrasi akan berada di barisan hadapan sekali mengawal keselamatan korang, berapa imbuhan atau bantuan yang dorang dapat selama ni..? aku kenal ramai budak-budak Unit Amal dan aku tau, semuanya ditanggung oleh diri sendiri atas nama "Perjuangan". Uniform bayar sendiri, kasut bayar sendiri, talipinggang bayar sendiri, beret bayar sendiri, seluar bayar sendiri... kalau adapun sumbangan, semuanya dilakukan secara peribadi oleh para penyumbang tanpa melalui 'Tabung Unit Amal" atau "tabung Anak Muda". Malu la sikit dekat budak-budak Unit Amal ni geng... Jangan bawak "Budaya UMNO" dalam PKR kalau korang sayang dekat Parti korang. Secara Peribadi, aku hilang respek pada kebanyakan Perwakilan Cabang AMK. sangat-sangat memalukan. perjuangan ikhlas, tak harap balasan, tapi bising bila tak dapat jawatan dan jugak imbuhan (bantuan). apa ni beb..? tak de kederat untuk usaha sendiri ke..? Wanita Dan Srikandi Kalangan perwakilan dari sayap Wanita dan Srikandi bagi aku sangat-sangat bagus, mantap dan membina. banyak kritikan yang dilontar bakal memantapkan lagi parti... Sayap Wanita sangat konsisten, tegas dan mantap... Thunbs Up untuk korang. Srikandi pun boleh tahan... ucapan yang mantap, tegas dan kritikan yang sangat-sangat membina diutarakan lebih-lebih lagi pada AMK. Cuma aku harap untuk Konvensyen akan datang, Srikandi dapat menyiapkan teks ucapan yang dikarang sendiri dan bukannya hasil dari orang lain. Srikandi kena bina kekuatan sendiri, jangan jadi lembik macam Puteri UMNO. setakat ni aku tengok kekuatan Srikandi masih ditahap 20/100. kuat berjalan, tapi tak berapa kuat bekerja. kena organize lebih banyak program untuk tarik anak-anak dara yang sebaya supaya mereka ni berminat menyokong Pakatan Rakyat. Srikandi sepatutnya nak kena rangka program-program untuk dekati anak-anak muda. buatlah aktiviti sukan, bola jaring ke, bowling ke, paint ball ke, sukaneka ke, go-kart ke, futsal wanita ke apa-apa lah... janji dapat tarik anak muda. Korang bukan tak de tarikan, masing-masing ada tarikan dan kelebihan, tapi masih tak reti nak gunakan kelebihan yang ada tu untuk tarik anak muda. cuba dekati anak-anak muda dengan program-program anak muda... kalau ada program, aku pun minat nak ikut... banyak "objek" tuuu...!!! hahaha... Tak kiralah apa kata korang, tapi kena ingat, untuk menang PRU-13, Pakatan Rakyat dan BN bergantung sepenuhnya kepada undi dari pengundi-pengundi baru. siapa cepat, dia dapat... jangan salahkan anak muda kalau mereka tak sokong Pakatan Rakyat sedangkan kamu tak pernah berusaha untuk mendekati mereka. AMK Sucked..! AMK tak payah cerita... kalau tegur pun macam buang masa... Sam tu bukan makhluk yang boleh ditegur. "Dont tell me how to do and what to do..! i know what i'm doing... don't teach me ok..?" AMK boleh pergi jauh, tapi tidak dengan Ketua AMK yang cuma pandai "buat report polis sahaja". practically, aku tak nampak report polis tu boleh tarik pengundi untuk undi parti. polis lagiii la makin menyampah. bila ada isu ngko kutuk-kutuk polis, lepas ngko kutuk ngko pergi menyusahkan polis dengan report-report ngko yang bertambun. Pada masa ni pemuda UMNO berada pada tahap 50% lebih teruk prestasinya dari sebelum ni, tapi dalam masa yang sama, prestasi AMK berada 50% lebih teruk dari Pemuda UMNO. korang kira sendiri la dekat tahap mana AMK berada. Geng-geng AMK kalau terbaca post aku ni, aku mintak mahap banyak-banyak. terus-terang aku cakap, AMK sucked..! Pada masa ni, AMK amat-amat bernasib baik sebab Khairy Jamaluddin TIDAK DITERIMA oleh majoriti Pemuda UMNO. kalau Khairy Jamaluddin diterima oleh majoriti Pemuda UMNO, alamatnya tahap prestasi AMK akan berada dibawah paras 2% dari prestasi Pemuda UMNO. Beb... Pemuda UMNO yang tengah lembik pun korang gagal nak lawan... macam mana nak tawan Putrajaya ni beb..? Sam, lu dengar sini... lu tak boleh nak tarik pengundi muda dengan berguni-guni report polis yang lu dah buat tu, anak muda tak minat dengan report polis... anak muda era "Perubahan" ni, lu sebut "polis" pun diorang dah menyampah. Anak muda yang tak bergiat dalam politik sekarang dahagakan program-program membina untuk mereka, diorang nak tempat dalam masyarakat, ikut lu buat report polis tak meletakkan diorang dalam mana-mana level dalam masyarakat Malaysia beb... tu tahap "pencacai" je bagi aku. Atas tahap kepala otak lu yang bergelar "Lawyer", tak leh ke lu pikir idea-idea yang menarik untuk anak-anak muda tempatkan diri dalam 1 level yang masyarakat "pandang" tinggi anak-anak muda ni..? Beb... tak kan lu tak tau anak-anak muda yang ada dekat Malaysia ni semuanya nak jadi "somebody" dalam Negara ni beb... ada yang nak jadi "programmer" yang tersohor, ada yang nak jadi "pelumba motorsikal" yang hebat, ada yang nak jadi "stunner" yang brutal, ada yang nak jadi "Beckham" walaupun tak hensem dan kaki bangku dan macam-macam lagi. Kepala otak lu bantut sangat ke (macam lu) sampai tak leh nak pikir idea-idea macam tu..? sekarang bila lu pegang jawatan Ketua AMK Pusat, lu nak orang bantu diri lu sendiri ke lu nak nak bantu orang lain sebagai tanggungjawab lu..? Kalau lu nak orang lain bantu lu dengan jawatan lu, baik lu belah cepat-cepat lepas tu pergi daftar masuk Akademi Fantasia, Raja Lawak, Malaysia Idol atau lain-lain rancangan "realiti Tivi"... gua serius ni... lu nak marah, lu marah la... 1 kenyataan yang lu kena terima ialah, "kalau" lah Khairy Jamaluddin ditakdirkan tergerak hati dia untuk Insaf terima perjuangan Pakatan Rakyat dan dia masuk pulak PKR, terus-terang gua cakap la... kalau Khairy Jamaluddin masuk PKR, Sam dan lain-lain pimpinan PKR yag muda-muda akan terlingkup terus... kalau ada pun pencabar terdekat Khairy Jamaluddin setakat yang aku tengok cuma Chegu Bard sorang je. yang lain semua hampeh. Dah la... nak terima teguran, terima... kalau rasa hebat sangat tak leh nak terima teguran, lu punya suka la... gua tak de kepentingan dalam AMK. dalam DAP dengan PAS pun gua tak de kepentingan. Terengganu Dan Orang Asal Membanggakan..! Lain-lain Perwakilan terutama dari Terengganu sangat-sangat membina bagi aku, dalam korang-korang dok membantai Tan Sri Khalid pasal tak bagi jawatan dan tak reject orang-orang bukan Pro Pakatan Rakyat di Selangor, Perwakilan dari terengganu tampil mengingatkan para pemerhati supaya renung balik apa yang berlaku di Terengganu akibat dari tindakan Kerajaan PAS Terengganu dulu. Apa yang PAS Terengganu lakukan dulu masa dapat ambik alih Terengganu, sama macam apa yang kebanyakan perwakilan minta Tan Sri Khalid buat. reject yang bukan Pro Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Selangor, serah semua Jawatan-Jawatan penting pada ahli parti dan bla bla bla... Diakhirnya apa yang berlaku di Terengganu..? 4 Negeri yang kita tak sangka boleh menang akhirnya menang dengan bergaya sementara Terengganu menaggung malu akibat perbuatan bodoh. Yang ni nak kena ingat... kalau korang nak Negeri selangor jadi macam Terengganu, sila teruskan dengan idea-idea BANGANG korang tu. para "Reformis" ni kadang-kadang aku tengok bengong lebih sikit dari orang UMNO... jarang pikir panjang... nak cakap belum akil-baligh, tak mungkin la... tapi... Sepanjang Konvensyen PKR tu aku cukup-cukup kagum dengan Perwakilan bukan MeLAYU... paling hebat antara semuanya ialah Wakil Orang Asal, Ramli Logan... kalau semua Perwakilan terutamanay geng-geng "Reformis" berfikiran macam Ramli Logan, PRU-13 aku boleh confirm - Putrajaya dalam genggaman. tapi aku tak rasa geng-geng "Reformis" ni berfikiran macam Ramli Logan. Tan Sri Khalid Ibrahim - Mutiara Dalam Kaca Tan Sri Khalid bagi aku sorang MB yang sangat-sangat bagus yang telah dilahirkan oleh PKR. apa yang dilakukan oleh MB Khalid setakat hari ni bagi aku akan menjamin sokongan Rakyat Selangor pada Pakatan Rakyat. Tempoh 1 penggal bukan masa untuk kita mengaut hasil yang ada pada bumi bertuah yang kita kuasai, tempoh 50 tahun juga bukan masa untuk kita melakukan perkara yang sama, rakyat memilih Pakatan Rakyat bukan sebab Pakatan Rakyat "hebat" sebaliknya rakyat memilih Pakatan Rakyat sebab Rakyat "benci" pada pemerintahan terdahulu. Jadi ambiklah masa singkat yang ada ni untuk buktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh mentadbir dengan baik. ada baiknya kita semua bantu MB Khalid mentadbir, baiki segala kelemahan yang ada dan bukannya mengharap pada jawatan atau apa-apa yang hanya menguntungkan diri sendiri. Geng... kalau MB Khalid bagi jawatan-jawatan penting dekat para "Reformis", kontrak-kontrak pada "Reformis", PRU-13 nanti korang nak jawab apa kalau UMNO/BN naikkan isu "Kronisme, Nepotisme"..? Nak jawab dengan "report Polis"..? ngko ingat rakyat nak terima ke..? Peeegidah...!!!

30 Mei, 2010

BN bukan, Pakatan Rakyat pun bukan!

"Chor! ke mana negak aje tu!? idak ke nak nyembang?" tegur Pak Long kat kedai kopi. Aku memang nak leraih tapi dengan Pak Long aku kalah badi. "Awok sajer je! tadi sajer je nak nengok Pak Long. Peghasan ke idok awok lalu!" aku bagi alasan mantap terus duduk sebelah dia. "aku lama benor idak nyembang dengan kamu, minum kopi pun udah ghaser tak sempeghoner. Ater, ceghiter baghu tak mandang ke?" Tanya Pak Long sambil nyeghongen! "Awok udah penin ler Pak Long, aktif parti salah, tak aktif ghaser tak betanggongjawab pulak!" aku kabo Pak Long. "Apa keheinya pulok? apa yang kamu penin? err.. cer kamu duduk jauh sikit, sakit tengkok aku nyembang dengan kamu! ghaser nyembang dengan galah!" tionaseng! galah katanya aku! "Macam ni, awok peghati dalam umno budaya bodek, cantas, besor diri, cakap sendiri je semua yang betoi, nunjuk rete dan berbagai lagi dah wujud dalam PKR dengan PAS. Penyudahnya yang awok nampak, kalu berkuasa nanti penyudahnyer awok ghiso Pakatan Rakyat jadi macam umno jugak! tanda-tanda tu dah ada!" jelas aku pada Pak Long. "Huh! aku ingat aku aje yang perasan, ghopernyer kamu pun perasan jugak. Ajenyer benor, aku banyak kali terpikior, mungkin satu ari nanti akan wujud parti ke 3 untuk pengundi yang tak puashati dengan BN dan Pakatan Rakyat! Masa tu baru deme nak sedor tapi dah terlambat! Penyudahnyer, umno mampuih, PAS dengan PKR tumpor! baghu ada akai!" Jelas Pak Long panjang lebar. "Betul tu Pak Long! tapi sementara tu kita tengok dulu ke mana laranyer PAS dengan PKR nih! kalau makin menjadi-jadi, kita on terus Parti ke 3 tu. Amacam Pak Long!?" aku mintak pandangan Pak Long. Pak Long kabo "jadiiiikkkkkkkkk!"

17 Mei, 2010

Pekebun kecil getah tertipu!

Dalam PRK biasanya orang melayu di luar bandar menjadi penyokong tegar apco-umno. Tapi depa tak sedar duit yang apco-umno beri adalah duit depa jugak. umno-apco memberi alasan kononnya penurunan harga getah adalah disebabkan kurangnya permintaan Di bawah aku paparkan harga getah sebelum dan sesudah PRK. Harga getah di Perak sebagai contoh. 1. Sebelum PRK Hulu Selangor 13 April 2010 - RM4.62 2. Sesudah PRK Hulu Selangor 26 April 2010 - RM4.58 3. Sebelum PRK Sibu 7 Mei 2010 - RM4.40 4. Sesudah PRK Sibu 17 Mei 2010 - RM3.76 Lebih lanjut check sendiri kat sini. P/S: Patutlah penoreh getah la ni gelak pun tak beghapa nak dengaq dah!

Tarikh pasti PRU-13

Congakan mudah: Bolasepak Piala Dunia 11 Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. Hasil Pertaruhan Judi Bola: 1.7 billion x 30 = 51 billion! Kasi apco-umno 1 hari 1 billion x 30= 30 billion! KONPOM! tarikh PRU-13 akan diumumkan selepas Bolasepak Piala Dunia berakhir! P/S: masa PRU-13 semua pengundi akan diberi cheque RM500 yang akan boleh ditunaikan hanya selepas keputusan pilihanraya diumumkan.

14 Mei, 2010

Tanda daftar pemilih dah barai!

Maka Zulkfli Nordin pun jolok MB Kedah agar membubarkan DUN. Cerita selanjutnya di sini. Eloklah kerajaan Kedah semak semula daftar pemilih yang baru sebelum tindakan selanjutnya. P/S: Kalau DS Nizar ikut nasihat Mat Saman Kati bubar DUN Perak tempohari agak-agak Jamaludin, Osman dgn Hee tersepuk kat sekarang ni? Tapi bak kata Mat Saman Kati "siapalah aku". Iye ler, takkan engineer nak dengar nasihat peraih garam bukit! sori MSK.

29 April, 2010

Pemimpin PKR: N3 yang patut dibaca

Assalammualaikum, Tamatlah sudah PRK Hulu Selangor P094.....pemenangnya seperti kita tau...UBN menang dengan majoriti 1725 undi. Apalah sangat undi yang diperolehi sebanyak itu kalau nak dibandingkan dengan lebih RM150 juta yang telah ditabur dan dihambur sebagai janji pilihanraya yang juga disebut rasuah pilihanraya. Tetapi ketua gerombolan UBN menafikan ianya adalah rasuah tapi menyatakan ianya ada tanggung jawab kerajaan untuk dilaksanakan kepada rakyat. Piiraaah...kenapa sebelun ini tidak dilaksanakan tanggung jawab tersebut. Setiap kali ada PRK maka setiap kali lah berbagai janji dengan pembangunan dibuat. Oleh kerana itu rakyat la ni ramai yang mendoakan lebih ramai YB2 meninggal. Lebih kerap PRK maka lagi cepat kawasan yang akan diadakan PRK tersebut membangun secara mendadak atau projek macam mee segera. Tapi malangnya terlalu rapatnya masa PRK banyak janji yang tidak tertunai dan terlaksana. Akhirnya rakyat yakni pengundi kawasan tersebut tersebut tertipu dengan janji2 yang dibuat. Seperti yang telah berlaku di Dun Bagan Pinang, Manek Urai dan lain2 tempat. Tetapi sekurang kurangnya rakyat mendapat hak mereka setelah dinafikan sebelum ini. Walau pun Dato' Zaid Ibrahim tewas tapi PKR jelas mendapat pertambahan undi dan sokongan Rakyat. Kita menang disatu Dun dan pasti menang sekiranya 13,868 pengundi tidak di kucar kacirkan tempat pengundian mereka dan hampir 1,200 orang telah dipindahkan oleh SPR ke Tg Malim Perak dan Rawang Selangor malah ada seorang mak cik telah dipindahkan namanya ke Langkawi walau pun seumur hidupnya tidak pernah kesana. Bagi pengamatan saya sebagai rakyat marhaen juga terbabit dengan PRK P094 di Dun Hulu Bernam ingin menulis dan menyatakan beberapa perkara yang dilalui melalui pengalaman tersebut. Yang nyata mungkin akan menyinggung perasaan beberapa individu dan Pimpinan Parti. Walau pun pahit tetapi perkara ini perlu didedah dan diatasi segera olek pimpinan atasan parti terutamanya DSAI yang telah mencetuskan kesedaran kepada rakyat tetapi oleh kerana mungkin dek jawatan ada yang sanggup membiarkan atau seolah olah mahukan PKR kalah dalam PRK kali ini. Dengan kekalahan ini seolah olah ingin memberi satu isyarat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Tapi paling ketara dalam peperangan di Hulu selangor ini adalah peperangan Pilihanraya yang amat berat sebelah. PKR bertanding kalau dalam bahasa kasarnya menggunakan air liur kalau nak dibandingkan dengan gerombolan UBN. PKR berperang dengan ibarat hanya menggunakan senapang patah. Tapi gerombolan UBN menggunakan senjata canggih automatik, M16 siap pelancar bom tangan. Dibantu oleh pasukan berkereta kebal...xcukup dengan itu dibantu pula oleh pasukan alteleri dengan mengebom medan peperangan bertalu talu sambil dibantu oleh tentera diudara dengan helicopter jenis apache yang melancarkan roket dari udara...mana mungkin dalam peperangan sebegini pasukan yang hanya bersenjatakan senapang patah boleh menang dalam pertempuran ini kecuali jika ada keajaipan atau pertolongan dari langit. Walau pun semangat juang membara tetapi oleh kerana kecanggihan dan kelengkapan peperangan pastilah dapat mengalahkan pasukan yang lemah persenjataannya. Begitulah dengan PRK kali ini, gerombolan UBN dibantu oleh setiap komponennya iaitu SPR,polis dan seluruh jabatan yang ada seperti JHEOA, Jabatan Penerangan serta seluruh jentera dan instrumen kerajaan yang ada. Cuma yang pihak gerombolan lupa adalah KEBANGKITAN dan KESEDARAN RAKYAT..... Berbalik kepada cerita diatas dari pengamatan saya dan rakan2 punca utama yang menyebabkan kekalahan adalah faktor dalaman PKR sendiri. Jentera di Hulu Bernam tidak menjalankan gerak kerja dengan berkesan. Saya tidak mahu menghuraikan di 2 Dun yang lain kerana ketiadaan fakta untuk menjelaskan perkara tersebut. Apa yang saya nampak melalui mata dan pengalaman sendiri di Hulu Bernam adalah jelas. Perkara ini amat mendukacitakan seolah olah ada kerja2 mensabotaj agar kekalahan yang diinginkan. Bilik Gerakan Penyelaras Dun Hulu Bernam tidak berfungsi malah 3 khemah yang terletak di Cangkat Asa(2 khemah) dan Taman Nakhoda tidak digunakan lansung sehingga 20hb. walau pun telah dipasang seminggu sebelum itu. Selama 3hari selepas penamaan calun semua perbelanjaan dibilik gerakan penyelaras Dun Hulu Bernam menggunakan wang sendiri termasuk pembelian peta kawasan PRK. Lansung tiada sokongan logistik dari negeri. Penyelaras dun pula bukan orang Hulu Bernam dan datang hanya cerita duit pilihanraya tak ada, barang tak ada dan asyik menyalahkan bilik gerakan negeri dan pengarah pilihanraya. Jawatan kuasa hanya ujud pada nama sahaja dan begitu juga disemua JDM. Tiada statistik dan memang tiada jawatankuasa. Hanya 4 JDM dari 15 yang ada dilihat ada jawatankuasa dan mampu merancang serta menghidupkan bilik gerakan. Tiada aktiviti dibuat sehinggalah hari ke 5 selepas penamaan calun.selepas diambil alih oleh sukarelawan Pasir Salak dari Kampar,Perak. Bilik gerakan diubah ke Kabin di Cangkat Asa.Team inilah mula mengambil alih terus dan memulakan kerja tanpa sokongan dari penyelaras malah disabotaj supaya program gagal. Barulah ada ceramah politik untuk menjelaskan isu semasa kepada pengundi dikawasan tersebut. Kegagalan ketara adalah apabila calun sampai untuk bertemu pengundi pada pagi jumaat tetapi tiada seorang pun pengundi dan penduduk sekitar yang hadir untuk bertemu calun PKR. Alangkah malang dan malunya apabila keadaan ini berlaku yang akhirnya calun terpaksa kekedai makan berhadapan bilik gerakan Dun Hulu Bernam untuk minum bagi memenohi program yang tidak menjadi. Boleh dikatakan tiada lansung pimpinan tempatan dalam bilik gerakan Dun Hulu Bernam. Kalau ada pun seorang dua yang juga sibuk di JDM sendiri atau mungkin sudah dibeli....Jadi bagaimana petugas dan sukarelawan dari luar dapat menyampaikan maklumat dan menifesto parti kepada pengundi. Gerak kerja dirancang dan dilaksanakan oleh orang luar malah semua program ceramah dibantu oleh Tim YDP Kelana Jaya yang menyediakan alat siar raya atau pa sistem bagi progrem ceramah dibuat sambil membantu mencari penceramah. Sekalung tahniah kepada Tim YDP Kelana Jaya bersama petugasnya bekerja sepenuh hati tanpa upah dan habuan. Begitulah lemahnya organisasi dibilik gerakan Dun Hulu Bernam. Saya tidak tahu kenapa dalam PRK yang sebegini penting boleh berlaku. Penyaluran maklumat kepada para pengundi dikeseluruhan kawasan mengundi tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Akhirnya oleh kerana tiada maklumat yang diberikan terutamanya dikawasan Felda dan kawasan pendalaman yang lain yang majoritinya pengundi melayu tiada pilihan selain mengundi calun gerombolan UBN. Saya yang datang dari luar Selangor tidak faham adakah ini kesilapan dan kelemahan PKR Selangor atau hal ini saja dibuat untuk mensabotaj PRK Hulu Selangor ini dengan tujuan untuk memalukan Pimpinan Negeri. Mana mungkin maklumat dan menifesto dapat disalurkan kepada pengundi jika tiada bantuan dari pimpinan tempatan yang lebih arif tentang persekitaran. Pimpinan tempatan kabarnya bercelaru dan berkelahi sesama sendiri. Aku ada dia tak ada...dia ada aku tak ada. Tak boleh bertentang muka jadi yang hancur PKR sendiri seolah 1 kapal 2 nakhoda. Kapal pun boleh tenggelam. Mana mungkin boleh bertempur dengan gerombolan jika bersituasi begini. Walau kita tahu Dun Hulu Bernam adalah kubu kuat Umngok tapi jika gerak kerja pilihanraya dijalankan dengan efektif dan sempurna PR boleh merobohkan kubu tersebut. Bagi pimpinan PKR Pusat dan Negeri yang lain juga lebih menumpukan di 2 Dun yang lain dan mengabaikan Dun Hulu Bernam. Maklumlah DSAI banyak memberi tumpuan disana. Sepatutnya mereka perlu kerap turun dan memberi tumpuan di Hulu Bernam kerana disinilah Umngok kuat meneburkan propoganda mereka sehinggakan orang melayu yang majoritinya penduduk disini benar2 percaya apa yang dimomokkan oleh Umngok seperti Dato' Zaid adalah kaki botol malahan kaki perempuan juga. Mana mungkin PAS dapat menangkis propoganda tersebut kesaorangan tanpa bantuan dari PKR. Begitu juga dengan kekurangan bahan2 kempen seperti poster dan flyers untuk edaran kepada pengundi dan hanya ada dan sampai si saat2 akhir kempen. Juga kekurangan dana yang cukup ketara lalu perkara ini ditohmahkan bahawa Selangor negeri yang kaya dan diperintah PR tetapi dana untuk pekerja parti dan sukarelawan tidak dibantu dan kalau ada hanyalah ala kadar sahaja....yang bercakap ni orang kuat PKR negeri dabilik gerakan utama. Kadang2 terfikir betul juga.....mana mungkin dalam keadaan sekarang bertempur dengan gerombolan UBN hanya menggunakan semangat,air liur dan keikhlasan tanpa bantuan dana secukupnya. Saya sempat berbual dengan golongan muda penduduk tempatan. Mereka ini adalah penyokong PR sebenarnya, tetapi oleh kerana peringkat cabang sendiri bercelaru dan setiap JDM dibantu oleh orang luar Hulu Bernam mereka berasa segan dan malu untuk membantu jentera kempen PR. Semangat mereka kuat dan membara tetapi punah akibat perebutan jawatan yang tak seberapa. Mereka juga faham PR tidak membayar upah lumayan untuk kerja pilihanraya tapi sekurang kurangnya memberi mereka semangat dan saguhati berupa barangan parti seperti kemeja t dan topi adalah mencukupi tetapi hampas semuanya tak ada, Kalau ada pun hanyalah barangan lama lebihan dari PRK ditempat lain. Kemeja t bergambarkan calun bertanding pun tidak kelihatan. Adakah hal sebegini sengaja atau dibiarkan tidak diadakan???...amatlah malang bagi PKR tidak menggunakan tenaga anak2 muda ini dan membiarkan mereka menjadi pemerhatu dari jauh sahaja...mana dia Ketua Pemuda PKR yang sepatutnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan program untuk anak2 muda yang bersemangat ini agar sama2 mengembeling tenaga untuk berhadapan dengan gerombolan UBN. Malahan boleh dikatakan jentera AMK pusat dab Negeri kaku dan layu di Hulu Bernam. Cukup banyak kelemahan jentera PKR kalau hendak disenaraikan. Cukuplah apa yang dituliskan kerana lagi banyak ditulis lagi banyak pekung dan aib akan keluar dan terdedah. Dan yang nyatanya terdapat unsur2 kurang sihat dari beberapa kerat individu yang tidak menjalankan amanah yang diberikan dengan berkesan. Mereka juga dikelilingi balaci dan kaki bodek dan menyebabkan keberkesanan tumpuan menjadi terbantut. Mereka ini menjadikan PRK tempat mencari tambahan duit poket untuk memenuhi tembolok sendiri....... Kesimpulannya walau pun jentera PKR ada dan kekuatan jentera PAS lebih menonjol tetapi pos mortem atau bedah siasat perlu dibuat oleh Pimpinan atasan PKR untuk menyiasat adakah perkara mensabotaj parti ini benar2 berlaku kerana dalam pengamatan saya yang marhaen iniperkara tersebut memang ujud walau mungkin tidak disedari oleh mereka. Jentera pilihanraya dibiarkan menjadi lemah sehingga kesaat saat akhir dihari pengundian. Makan minum pekerja parti hanyalah ala kadar sahaja hinggakan mendapat rungutan..aduuuuss....fikir2kan lah wahai Pemimpin atasan PKR!!!. Kalau lah takdir Allah ada lagi PRK selepas ini mungkin ada yang telah serik untuk membantu lagi. Pastikan lah pemimpin yang akan dilantik untuk mengetuai jentera PRK nanti adalah yang betul2 bersemangat dan tidak berkepentingan.....bagi pemimpin Cabang mungkin telah dibeli oleh Umngok tetapi pimpinan negeri yang lain juga perlu disiasat oleh Pimpinan PKR samaada perkara ini banar2 belaku. Kerana ada yang ketawa gembira bila Dato' Zaid di istiharkan kalah dalam pertarungan tersebut malah ada mesej yang dihantar keputusan ini khas untuk Tan Sri Khalid yang mereka panggil Sahak..... Saya dan rakan2 berpendapat bahawa PRK Hulu Selangor ini telah digunakan oleh orang tertentu dalam PKR Selangor untuk menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Rangkaian mereka kuat tetapi mood dan kebangkitan rakyat juga semakin kuat. Andainya jentera pilihanraya kuat saya rasa Dato' Zaid pasti memnangi PRK Hulu Selangor ini. Pengalaman PRK Hulu selangor juga mengajar saya dan rakan2 beserta dengan Ketua Y team kami menjadi pejuang tulen yang bekesan. Terima kasih atas sokongan perbadi Naib Presiden Sdr. Mustafa Kamil Ayub, YB Suhaimi dan Zakaria dan Yahya Sahri disepanjang saya dan rakan2 melaksanakan tugas sukarelawan PRK....walau pun kami tahu selepas ini dah ada orang yang bersedia untuk menjadi MB Selangor. Juga PR Selangor juga wajiblah bersedia untuk PRU umum yang ke 13 kerana pihak Gerombolan telah sedia untuk mengambil alih Selangor dari Pakatan Rakyat dengan bantuan SPR...Lebih 300ribu pengundi baru akan didaftarkan untuk kerja kerja tersebut....TAK PERCAYA????....Tunggulah PROJEK TAWAN SELANGOR mereka!!! Wallahualam Lawan Tetap Lawan Jin Brabus

28 April, 2010

Reti ke tak reti?

Kekalaham PR kepada BN di Hulu Selangor keran 13,000 pengundi telah dipindahkan, kata Fauziah Salleh. Setuju. Selain daripada SPR, PDRM dan segala mak datok bekerja untuk BN ada lagi sebab musabab yang menyebabkab kekalahan itu. Antaranya: 1. Cabang PKR Hulu Selangor benak nak mampuih! 2. Ketua Biro Latihan sibuk promote diri sendiri sampaikan kepala hotak AJK Cabang PKR masih di takuk lama. 3. Banyak sangat ahli umno kena tendang duduk pegang jawatan di cabang-cabang. (Kena tendang sebab bengap tapi laparkan jawatan!) 4. Ketua Daerah Mengundi tak kenal ahli tempat sendiri. (Sebab tu keje tak jalan!) P/S: 4 dah ler. Err... siapa Ketua Biro Latihan PKR? Kalau tak sanggup kasi ler jawatan tu kat orang lain!

21 April, 2010

sms umno-upco dah takde?

Dah 2 hari umno-upco tak menghantar sms kepada pengundi Hulu Selangor. Apahal pulak? Kata rakyat didahulukan. Antar ler lagi bebanyak!

19 April, 2010

Zaid: Gambar sebenar dan gambar superimpose APCO-UMNO

Gambar Sebenar Gambar oleh UMNO-UPCO

2. SMS UPCO-UMNO di Hulu Selangor

Salam 1 Malaysia, Najib Razak, Muhyidin Yasin turun padang. Kotakan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Model Ekonomi Baru untuk semua. Bawah BN rakyat miskin turun 60% tahun 1957 kepada 3 % tahun 2010.. Mereka tumpu kepada Negara dan rakyat bukan tabur caci, fitnah dendam kerana dibuang dari kerajaan. Sayangi Selangor, yakini BN. Ulasan aku, Tionasing!nak compare tahun 1957 dengan 2010 apahal? Awat tak compare pencapaian negeri under PR dengan negeri under APCO-umno? Hangpa buang Zaid dari kerajaan pasai apa? Bukan sebab Zaid tak setuju dengan penerusan akta drakonian ISA? P/S: errr... duit bawak turun dari heli kat atas bukit dulu berapa beg? untuk rakyat ke?

18 April, 2010

SMS APCO-UMNO di Hulu Selangor!

Kini bertebaran sms BN/Umno-UPCO kepada pengundi Hulu Selangor berbunyi: 'Salam 1 Malaysia! PKR cacar marba! Sudah 6 YB keluar parti untuk keluar dari politik kotor. YB Tan Wei Shu bilang "Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka 2 dan lidah bercabang. Adakah anda mahu parti begini mentadbir? Sayangi Selangor, Yakini BN" Chit! poorrraaah! Bini Bik Mama tak bayar abis lagi kot? Sat ni kat TV 3 suku Mat Sembab mengeluarkan kenyataan dalam nada yang sama! mmm... macam ada kena mengena jer!

15 April, 2010

Biodata calon PKR Hulu Selangor

Nama: Mohd. Zaid Ibrahim Umur: Lahir pada tahun 1951 di Kelantan Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974) Barrister at Law Inner Temple 1975 Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang) Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/ Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim Facebook: Datuk Zaid Ibrahim Sejarah pembabitan dalam politik Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990. 2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu. 2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO. 2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990. 2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008. Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman). Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia. Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA. Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat. Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008. Keadilan untuk Semua Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman. Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman. Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan. Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal. Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik. Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat. Kerja-kerja kebajikan & penerbitan Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998. Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008. Buku Dari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009 Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan. Latarbelakang Keluarga & Pendidikan Awal Datuk Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuahkeluarga kampung biasa di kawasan pedalaman. memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu. Semasa berada dalam darjah lima, beliau menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran beliau dan kesulitan kewangan keluarganya, “saat paling menggembirakan dalam hidup saya” kerana tanpa bantuan tersebut, beliau berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya. Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di perpustakaan awam di Kota Bharu, Datuk Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail. Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Datuk Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu. Walaupun latarbelakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya, Datuk Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris. Selepas di Johor Bharu, Datuk Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis. Pendidikan Tinggi Datuk Zaid akhirnya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, Datuk Zaid meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar. Selepas menerima ijazah beliau tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung. Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar. Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan. Kerjaya Guaman Selepas pulang ke tanah air, Dato Zaid memulakan latihan chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain. Pada tahun 1987, Datuk Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara. Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO. Politik Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Dato Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990. Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003. Kerana dilihat telah mempersoalkan kuasa pemimpin UMNO, pada tahun 2005, beliau digantung dari jawatan Ketua Cawangan Kota Bharu. Namun, beliau masih terpilih menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu dari 2004-2008. Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO sejurus selepas Mar 8, 2008, Datuk Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”. Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Datuk Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO. Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip. Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008. Pada bulan Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman. Datuk Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat. Kerja-kerja Kebajikan dan Sosial Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat biasa. Seawal tahun 1998, Dato Zaid dan isterinya telah menubuhkan Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) di Pengkalan Chepa untuk memberikan perkhidmatan kepada terutamanya warga emas yang kurang upaya seperti melibatkan mereka dalam kegiatan riadah dan berkebun. Kini YOKUK menawarkan khidmat kebajikan dan pemulihan percuma kepada lebih 2,500 warga kurang upaya tanpa mengira kaum, usia ataupun jenis ketidak upayaan mereka. Antara khidmat yang diberikan YOKUK termasuklah pelbagai jenis terapi dan perkhidmatan pengangkutan. YOKUK juga merancang untuk menyediakan/memperbaiki 500 rumah warga kurang upaya yang memerlukan bantuan di Kelantan. Pada tahun 2008, beliau menubuhkan MyFuture Foundation, sebuah yayasan yang bergiat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia. Beliau juga telah menulis dua buah buku, Dari Hati yang Ikhlas dan Saya pun Melayu, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan milik keluarganya, yang ditubuhkan untuk menggalakkan budaya penerbitan tempatan. Selain daripada itu, Dato Zaid Ibrahim juga aktif dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan kerana beliau percaya kebudayaan warisan turun-temurunlah yang dapat memberi pengisian terhadap jatidiri anak bangsa. Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook. Menyumbangkan Tenaga dan Khidmat untuk Rakyat Matlamat Datuk Zaid Ibrahim ke Parlimen adalah untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada negara yang kita cintai dan melihara kepentingan rakyat dan demokrasi di mana “rakyat dapat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi”. Beliau mahu membantu memastikan yang undang-undang negara mesti berteraskan keadilan dan tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi kepentingan elit di negara kita yang sudah merugikan rakyat berbilion-billion ringgit selama ini. Penyelewangan kuasa dan rasuah dan penggubalan dasar-dasar yang tidak adil Kerajaan BN telah banyak merugikan dan memiskinkan rakyat, yang dapat dilihat dari masalah tanah yang tidak selesai ke persoalan perumahan dan pendidikan sehinggalah ke pengurusan Petronas yang tidak telus. Beliau yakin rakyat Malaysia tiada sebab untuk tidak dapat hidup dengan selesa dengan limpah kurnia kekayaan negara ini melainkan disebabkan pilihan-pilihan politik yang buruk dan kerakusan pemimpin memperkayakan diri dan kroni-kroni mereka. Datuk Zaid amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang terpinggir, samada disebabkan oleh kemiskinan, masalah kurang upaya ataupun penindasan sistematik yang meminggirkan kaum petani, buruh ladang dan Orang Asal yang masih berleluasa di negara kita. Datuk Zaid Ibrahim sudah sering mengutarakan bahawa politik di Malaysia sudah lama ‘sakit’ dan harus diangkat mertabatnya. Kita harus berpindah dari kata nista dan serangan berbentuk pribadi, atau tindakan-tindakan yang berbaur perkauman yang melambangkan percaturan politik yang dangkal pemerintah BN, kepada perdebatan tentang dasar dan halatuju negara kita. Tanpa dasar-dasar yang baik, rakyat tidak kira kaum dan budaya akan merasa terpinggir di negara sendiri. Keadilan dan Kebajikan untuk Semua Penglibatan aktif Datuk Zaid Ibrahim dalam kerja-kerja kebajikan, keterbukaannya dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan BN yang tidak adil walau ketika beliau masih lagi bersama BN, keberaniannya sebagai Menteri yang mengusulkan proses meminta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat oleh kerajaan pada tahun 1988 dan Menteri yang meletakkan jawatan atas dasar prinsip menentang konsep penahanan tanpa bicara menunjukkan ketulusan beliau untuk menjaga proses demokrasi, keadilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya. Malah, Datuk Zaid Ibrahim telah memaklumkan dengan jelas bahawa beliau telah menerima tawaran menjadi Menteri undang-undang atas prinsip mahu membantu Kerajaan BN untuk berubah, menghentikan penyalahgunaan kuasa perundangan dan memperbaiki ketelusan dalam proses kehakiman negara. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut sambil meminta maaf dengan rendah hati kepada rakyat atas “kegagalan merubah BN”.

11 April, 2010

Bangkitlah kaum Tamil kasta bawahan!

Kalau MIC (BN) memenangi PRK Hulu Selangor, Kaum India kasta tinggi akan bersorak gembira! Kaum India kasta bawahan? err... akan terus jadi buruh kasar, kuli buat jalan dll kerja-kerja pencacai! MIC menyediakan biasiswa melanjutkan pelajaran untuk kaum Tamil? Ciittt... poorrraaahhh! Biasiswa hanya untuk kaum India kasta tinggi! Untuk memastikan kaum India Kasta rendah tak boleh meningkatkan taraf hidup mereka maka kaum India kasta tinggi mewujudkan kedai todi supaya kaum kasta rendah terus mamai dan jadi kuli batak selamanya. Atas kesedaran inilah maka kaum India kasta bawahan menolak Samy no value di Sungai Siput Utara! Di Hulu Selangor bagaimana? Adakah kaum India bawahan bersedia menolak proksi Samy Velu? AYUH! HAPUSKAN PENGUASAAN KAUM TAMIL KASTA TINGGI!

Sibu: PKR tak yah nyibuk!

Pada PRU 12 3 parti bertanding. DAP, PKR, BN (SUPP .. not sure) DAP - belas ribu BN (SUPP) - belas ribu tp lebih sikit dari DAP PKR - alahai.. ratus jer! Aku nak check detail tak dapat sebab broadband lembab tak dapat berak di Hulu Selangor! Kepada warlord2 PKR di Sibu khasnya, kasilah kerusi tu kat DAP. Sekali-sekala hentikanlah berpikir macam ahli politik. Pikir macam aku sekolah tak tinggi ni untuk kemenangan PR di Sibu. Ingat tu! fokus kepada perpaduan PR menjelang pilihanraya DUN di Sarawak yang bakal menjelang! Jangan dok pikir hang Iban, Dayak, Dusun. Kita semua cicit Nabi Adam!

06 April, 2010

Calon terbaik untuk Hulu Selangor

Zaid Ibrahim - Ok, ada pendirian. Mustafa Kamil Ayob - Ok, banyak pikul jawatan dalam parti tapi tak bergerak. Siti Aishah/Ketua srikandi - Ok, kalau pengundi below 45 tahun melebihi 60%, Pakatan Rakyat gerenti menang! Tapi dalam banyak2 ada satu nama besar tapi badan kecik yang depa lupa nak sebut - Ahmad Afandi! Nama memang tak glamer tapi muka glamer beb! Kalau banding dengan Mus, Mus duduk belakang 10 tiang! Tapi dalam empat2 ni, Siti Aishah calon terbaik. Makanan peberet dia keow teow goreng jer!