Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Mac, 2010

Hulu Selangor, Issyykkkk....

Perkiraan aku, Kalau MIC jadik calon = melayu UMNO boikot! Kalau UMNO jadik calon = ahli MIC boikot! Kalau PERKASA menyibuk kat sana = BN bungkus! sebab bangsa lain tak puashati. Kalau ezam, Zulkifli lebai cover botak, Mohsen, Zahrain bantu BN, Penyokong atas pagar akan undi PR sebab meluat sangat kat depa = BN bungkus! Camana hah? pening jugak nih!

27 Mac, 2010

Ceramah 'Perpaduang' di Kuala Kangsar

Oleh kerana ceramah-ceramah umno semakin lesu di Perak, maka segala tugas meracuni pemikiran orang melayu kini dipertanggungjawabkan kepada Mufti Harussani 'Broker Perpaduang' Zakaria! Malam besok, Sabtu malam Ahad Mufti umno ini akan mengadakan ceramah di Masjid Kg Talang Kuala Kangsar. Sesiapa yang nak nengok muka-muka 'perpaduang' boleh datang! Jangan lupa bawak camera!

21 Mac, 2010

Cakap-Cakap Rakyat - Gerun nak belanja kengkawan

Semalam dalam perjalanan ke Ipoh aku isi minyak di hentian Dataran Kuala Kangsar. Sambil isi minyak, brader staff stesen minyak mengomel sesuatu. "Yob! sekarang ni teman nak belanja kengkawan minum teh pun dah ghaser gerun, barang2 suma dah mahal kalau belanja kawan boleh short belanja nak-anak ke sekolah. Menteri-menteri lain ler, deme ada tauke-tauke yang ngantor barang dapur terus ke rumah. Tak payah bayor pulak tu!" mmm....

13 Mac, 2010

Ahli politik umpama . . .

Aku lama dah nak citer kisah ni pada kalian tapi memandang agak kotor sikit maka maleh ler aku nak citer. Memandangkan kisah ahli politik negara ni lebih kotor dari kisah ni maka aku gagahkan diri untuk tulis jugak kisah ni. Taktik nak buang toyol peliharaan. Alkisah di tahun 70-an dulu ada sorang tua pembela toyol yang nazak tapi payah sangat nak mati selagi tak diserahkan toyol peliharaannya kepada waris keturunannya. Mujurlah orang tua ini ada seorang anak perempuan tunggal. Maka mau tak mau kerana kesiankan bapanya yang susah sangat nak mati maka terpaksalah anak perempuannya itu menerima toyol bapanya. Maka menghembuskan nafas terakhirlah orang tua tu setelah melepaskan toyol peliharaannya itu. Menderitalah kehidupan wanita itu kerana toyol ni cukup time mintak nak ngisap darah ibujari kaki. "Camana aku nak buang toyol ni!? nyusah betoi!" rungut wanita itu di dalam hati. Suatu hari maka berjumpalah wanita itu dengan sorang dukun yang handal untuk mintak nasihat tentang cara-cara nak buang toyol. "Ish! tu senang jer! orang dengan kes yang sama sebelum ni dah berjaya buang toyol dia selepas pakai tektik yang aku ajar" kata dukun tu dengan bongkak ala Ibrahim Ali. "Camana Tok?" tanya wanita tu. "Cengini! engko balik rumah lepas nih terus gorengkan kacang hijau segenggam sampai kuning lepas tu kasi kat toyol engko! arahkan toyol tu jangan balik selagi tak tumbuh tunas kat kacang hijau tu!" kata dukun tu tapi dalam lenggok Zulkifli Nordin. "Boleh ke tok?" tanya wanita tsb. "Gerenti boleh punya! tapi mengkerasnya kena bayar tinggi sikit untuk dapatkan keampuhan taktik yang aku ajar tu!" Kata dukun dalam nada Salehudin Hashim. "Tak kisah tok! janji ampuh!" ujar wanita tu lagi. "Demi kesejahteraan bangsa kita, aku gerenti tektik ni mesti ampuh! siapa lagi nak tolong melayu kalau bukan melayu!" hekeleh macam Nasaruddin Mat Isa la pulak. Maka wanita itu balik ke rumah terus melakukan sebagaimana yang diajarkan oleh dukun tsb. Legalah wanita itu kerana toyol pesakanya tidak menganggu hidupnya lagi. Alkisah maka toyol itu pergilah ke puncak sebuah bukit menjalankan amanah tuannya sebagaimana amanahnya polis, mahkamah, SPRM, SPR menjalankan amanah umno! Ditakdirkan Tuhan, setelah lebih 2 bulan hujan panas hujan panas, siang malam pagi petang tumbuhlah tunas pada sebiji daripada segenggam kacang hijau goreng di tangan toyol tersebut! Maka baliklah toyol tsb dengan gembira ke rumah tuannya! Sampai di rumah (part kotor sikit dah start!) terpacullah toyol tersebut di hadapan tuannya yang kebetulan sedang bukak spender sebab nak pegi mandi. "Opocot!" terkejut berok wanita tersebut sampai terjatuh spender di tangan! "Apasal engko balik? kan aku suruh tunggu sampai tumbuh tunas?" "Dah tumbuh mak! tengok nih!" tunjuk toyol kacang hijau goreng di genggamannya. "Cilaka betoi! apakebenda ler dukun ni! kata ampuh tapi tumbuh jugak! aku tak goreng betul2 kot kacang hijau ni tu ari?" Kata wanita tersebut di dalam hatinya. "Apa akal aku nak suruh toyol ni blah ha?" ujar wanita tu dalam hati mencari akal. Tiba-tiba! terpandanglah wanita itu selai bulu kerinting pada spender yang dibukaknya tadi! "Yol! next job! engko ambik bulu ni pergi semula kat tempat engko bawak kacang hijau ari tu! selagi tak lurus bulu ni engko jangan balik!" ujar wanita tsb kepada toyolnya. "Beres mak! titah mak saya junjung! tapi kasik la saya hisap darah ibu jari kaki dulu! 2 bulan lebih dah tak mentekedarah nih!" ujar toyol dengan tertib. (Subjek sivik dapat A kot?) "Ok, ok hisap cepat!" suruh wanita itu sebab nak suruh toyolnya blah cepat. Maka pergilah toyol ni kepuncak bukit sebelum ni. Sampai atas bukit toyolpun berusahalah bersungguh mengstraightkan bulu anu maknya. Tarik atas "toiinnnggg" bila dilepaskan. tarik bawah "toooiiinnng" tarik kiri "tooiinngg" tarik kanan pun "tooiinng!". Berterusanlah usaha toyol. Entah camana, selepas 12 tahun berusaha sehingga abis badan toyol naik lumut maka straightlah bulu anu maknya. "yeah, yeah! aku boleh balik dah! dah straight dah nih!" ujar toyol dengan gembira. Berjalanlah toyol dengan lemah pulang ke rumah. Sesampainya di rumah kelihatannya rumah sunyi sepi. "Mana pulak peginya mak aku nih? aku dah boleh ngisap darah dah nih! ketagih betul!" ujar toyol sambil melilau bijik mata. Tetiba terdengar bunyi air disimbah di bilik mandi. Pergilah toyal tak sesabor-sabor ke bilik mandi nak jumpa maknya. Sampai di Bilik mandi kelihatan pintu bilik air tertutup rapat. Mengintailah toyol ni dicelah dinding bilik mandi. Intai punya intai terpandanglah toyol bulu yang berserabut dicelah anu maknya. "Alamak! 1 bulu 12 tahun! kalau banyak tu berapa ratus tahun terpaksa aku ambil nak bagi lurus semua? Takpelah! aku blah jelah! nanti kena pelurus semua mampaoih aku!" ujar toyol sambil blah meninggalkan rumah! P/S: Moral kepada cerita. Adakah ahli politik secekal toyol atau ibarat bulu anu yang terpaksa ambil lama untuk diluruskan? he he he. Sekian.

01 Mac, 2010

Iklan Hampeh terbaru!

Maka dalam sebuah iklan TV dipaparkan kisah tiga pelajar yang mendapat tawaran U tetapi seorang daripadanya menghadapi masalah kewangan keluarga. Maka berbondonglah masyarakat 1 Malaysia Najib mengumpulkan duit untuk menyelesaikan masalah kewangan keluarga tersebut. Di akhir iklan dipaparkan "Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul". Iyalah tu! sepatutnya peribahasa yang paling sesuai "Ringan kami sapu, berat baru share dengan rakyat" Ha! tu baru betoi! Piiraahhh!

14 Februari, 2010

Perangai UMNO sejibik macam ayam jantan dengan kambing jantan.

Suatu hari ayam jantan bersembang dengan kambing jantan, Ayam jantan "Kambing! apalah nko, baju nko selekeh betul. Dah tu berbau busuk pulak. Patutlah manusia yang malas mandi diumpamakan macam kambing! Nko tengok aku ni! Baju aku lawa! siap ada jurai-jurai lagi! Inul daratista goyang gerudi tu tiru baju aku la!" Kambing jantan "Piiraaahhhh! Nko tu harap baju je lawa tapi kaki tak berkasut! sebab tu manusia yang tak berkasut digelar berkaki ayam! Nko tengok kaki aku nih! ada kasut complete stoking sekali!" Ayam jantan "Hek eleh! nko tu harapkan pakai stoking dengan kasut je, tapi telor nko selambak! jauh 4 batu pun boleh nampak! Telur nko tu kalu ikutkan masa zaman Nabi Sulaiman dulu patutnya gajah punya tapi engkau pasal datang 2nd last terus ambik gajah punya. Dah lah busuk! Telur selambak! Tamak pulak tu! harapkan ada stoking dengan kasut je! pigidah nko!" P/S: Macam tu lah Malaysia ni. Pasal lama sangat diperintah UMNO. Harapkan baju lawa dengan pakai kasut berstoking je. Tapi berkaki ayam, telur selambak 4 batu boleh nampak! Contohnya macam jet pejuang dengan kapal selam jugak. Jet Pejuang takde misil (Kalau Malaysia kena serang semua jet pejuang terpaksa kena sorok!). Kapal selam pulak tak leh menyelam! Buat menyemak je! apalah malangnya nasib negara kita nih!

13 Februari, 2010

Ekonomi meleset? Jom joint NGO!

Bila baca n3 kawan aku kat sini teringatlah pulak kisah kawan aku yang dah pencen. "Yob! mike buat apa le nih! tanya aku masa jumpa kat kuala. "Aku sekarang dah jadi NGO!" kabor kawan aku. Konpius aku kejap "NGO? buat peghonjang apa jadi NGO. Pencen mike cukup ke buat belanja anak bini?" "Ishh! kalau mike try mike pun mesti nak jadi NGO macam aku. 15 hari dapt juga aku 2 ribu lebih sejak jadi NGO nih" kabor kawan aku lagi. "Bior benor! selalu jadi NGO ni buat peghabih duit, yang ni NGO apakebenda pulok?" aku bertambah konpius. "Itu ler mike, melabun handei benor tapi hapah pun tak tau. Meh sini aku bisik. piss...pisss...piss..pisss... ha!" Ciss meghocek ayor lior dalam lubang telinga aku. "Hih hih hih.... ajenyer gampang. Tapi baguih juga kalau bebudak yang berenti koje jadi NGO macam mike. idakler nyusahkan mak bapak!" sahut aku. Kome nak tau apakebenda NGO yang boleh bagi 2 ribu lebih sebulan? Ni dia! Noreh Getah Orang!

06 Februari, 2010

Ulangtayang temberang lama!

Dalam berita Tv 3 suku pukul 8 tadi aku tergelak sengsorang dan rasa kesian pun ada. Memola, Dipaparkan kisah perbicaraan anwar berahim - nak memburokkan Pakatan Rakyat le tu! Kemudian dipaparkan kisah balak dicuri di Pahang - baik bebenor ler tu! Lepaih tu kisah pergolakan di Penang - Penang dah setel depa saja nak memanjangkan cerita. Wo wo wo cerita bodek pasal Najib nak kasi elaun sepanjang hayat kepada qari dan qariah yang menang baca quran peringkat antarabangsa tapi buat kat Malaysia - Qari dan qariah kena pastikan sumber elaun yang najib nak kasi nih! - ni mesti duit gula, tepung yang dah naik rege nih! Kesimpulan, penasihat najib sedang berusaha giat untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Najib & umno baik, Anwar & Pakatan Rakyat jahat. Piiraahhh! kalau berani bubarkan parlimen untuk PRU 13! P/S: Geng UG senyap nih ada plan baru ke? ADUN & MP PKR yang tak berduit meh menoreh kat kebun getah aku! jualan hangpa 6, aku 4 (6:4)!

31 Januari, 2010

Unsur celaka utama dalam PAS dan PKR

PAS - Perlantikan PJ Negeri PKR - Perlantikan PPN Dalam subjek sains, sesuatu unsur dinamakan mengikut bilangan proton dan neutron. Dalam PAS dan PKR, PJ Negeri dan PPN dinamakan mengikut bilangan pemikiran yang memungkinkan Presiden dan Ketua Umum terus dilihat cerdik! Akibatnya, PAS membiakkan musang berbulu ayam dan PKR membiakkan pengikut Ibrahim Ali. Sepatutnya PJ Negeri dan PPN dilantik oleh ahli negeri. Musang dalam PAS sebab presiden musang pakai serban. Ibrahim Ali dalam PKR sebab ahli tak dapat meneruskan momentum reformasi yang bergelora di dalam hati (Camanapun majoriti yang lompat memang cam sial!). Ini pendapat aku. Pendapat hangpa, hangpa punya pasai! Camanapun, undi aku terpaksa diberi kepada PAS dan PKR sebab kebencian aku pada UMNO terlampau tinggi. Seorang sahabat pernah menasihati aku "Hang patut MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG LEMBU MENGUAK" Jawapan aku " aku akan MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG LEMBU MENGUAK kalau kambing tu spesis tahan kena hujan dan lembu tu dari spesis yang genius! kalau tak, aku tetap aku walau mana kandang aku pegi! MACAM SIAL!

29 Januari, 2010

Zambry 4, Nizar 1?

Lepaih nongkat motor aku nuju ke pintu mesjid untuk sembahyang jumaat. Tetiba, "syhh syyh!". Ngelewor aku musing mencaghi sapa pulak yang mengesyhh aku. Aku ternampak Pak Long tengah joghin moncongnya nak nyambung mengesyhh lagi tapi tak jadi sebab aku dah nengok dia. Bughok bebenor ghopernya bila mengesyhh tak jadi. "Assalamualaikum Pak Long, apa kehei?" aku nanya. Pak Long ngamit aku sughoh datang dekat dia. "Mike tau pasei keputusan 4-1 Nizar lawan Zambry tuh?" intro Pak Long. "Tau ler sesikit, tu yang deme tengah kalut buat persiapan standby kekalau DUN bubar" aku jolok set induksi. Sambung Pak Long "Anak aku yang bekoje di Kolumpo telipon aku bekabo tadi. Katanya kengkawan dia yang koje kat tempat power di Kolumpo maklumkan memang ler keputusannya 4-1 tapi 4 untuk Zambry 1 untuk Nizar!" "Hah?" Tetiba azan berkumandang. "Kaghang kita sambung balik" kata aku sambil nuju pintu masjid.

25 Januari, 2010

Cerdik bebenor!

Ada sebuah parti politik bercadang akan mengadakan mesyuarat agong bila PRU-13 diumumkan. Mungkin cadangan tersebut diajukan bila kedudukan seorang MPT tergugat di peringkat Bahagian. Maka, molek sangatlah korbankan parti agar individu tersebut tidak terkorban.

18 Januari, 2010

Mudah-mudahan masin mulut aku

Allah S.W.T berkuasa atas segala-galanya. Andaikan orang-orang yang disenaraikan di bawah dicabut nyawa serentak oleh Allah S.W.T 1. KPN 2. PAT 3. KSU 4. Ketua Hakim 5. AG Bagilah ubat terbaik segantang sehari pun dengan kuasa Allah depa tetap pergi. Ke mana lagi Umno berharap untuk mengekalkan kuasa? Backup yang ada semua pro Pakatan. Mungkinkah ada yang menghilangkan diri ghaib tiba-tiba? Mudah-mudahan masin mulut aku.

11 Januari, 2010

Melayum - species baru!

Pagi tadi semasa aku sarapan kat kedai kopi peberet aku duduk semeja dengan Pak Long. Tiba-tiba apek kedai basikal yang turut bersarapan bertanya kepada kami, "Haiya! sikalang olang melayu sudah amuk ka? itu geleja sulah lapan mijik kina bakar!?" Tak sempat aku nak jawab Pak Long jawab dulu "Talak la apek. Olang melayu aa, kalu mau amuk talak solok-solok punya, ini bukan melayu punya kilija tapi Melayum!" hih hih Pak Long cakap melayu ajuk slang apek. Apek ternganga "Melayum? talak pilinah dingar ini bangsa? balu mali ka?" Pak Long jawab "Ini melayum pendek punya, dia punya penoh melayumngok!" Apek konpius "Melayumngok? ini apa maciam bangsa? talak pilinah dingar!" Pak Long sambung "Ini melayumngok aa, kalu apek mau kenal kalu dia kentot busuk dia sendiri komplen! itu melayumngok la!" "oooo, itu maciam ka!" apek puas hati dengan jawapan Pak Long.

10 Januari, 2010

Ciss! package tak menjadi!

Agaknya itulah kata Najib dalam hati! Mula-mula isu Allah. Lepas tu demo. Bakar gereja. Suma buat derk! Hari ini dalam Berita Terbasi, Hiburan Terkincit TV3 suku Najib berkata "Kita (ahli umngok), berkuasa kerana sokongan rakyat dalam pilihanraya, oleh itu kita (ahli umngok) mestilah peka dan prihatin kepada masalah rakyat!" hih hih hih! iya ler tu! Sepatutnya ucapan tu mestilah berbunyi "Kita, berkuasa kerana menipu rakyat dalam pilihanraya, oleh itu, kita mestilah peka dan prihatin untuk memikirkan cara lain untuk terus menipu rakyat!" rrrrr..... camtu baru betul! KPI prihatin Najib kepada rakyat: 1. Tendang Dolah ZZZ untuk jadi PM. 2. Perak dirampas. 3. Naik harga petrol. 4. Jalan tol bertambah. 5. Naik harga gula untuk elak rakyat kena kencing manis. 6. Tambah sendiri!

08 Januari, 2010

Isu Allah : what's next?

Fasa 1 : Semua Umngok & Pro umngok bercakap - Tak laku! Fasa 2 : Umngok & umngok pakai serban menyamar PAS berdemo - Tak Laku! Fasa 3 : Molotov Cocktail (biasanya kerja 'cikgu' dan 'pemegang keris telanjang' - tak tau lagi! Fasa 4 : ? ? ? kalau Fasa 3 tak laku mungkin Fasa 4 lebih ganas. INGATAN: Jaga-jaga semua. Jangan terperangkap!

07 Januari, 2010

Umno dah sesak sangat ke?

Dulu-dulu bila umno ada masalah dalam negara, maka bergaduhlah Che Det dengan Singaporelah, dengan Australialah. Kini, anak didik beliau siNajib mungkin meniru taktik sifunya dengan style sedikit berbeza. Mungkin tuntutan penggunaan sebutan Allah oleh majalah katholik "Herald" berdasarkan modus operandi yang sama? Untuk nampak bagi real maka Najib pergi jumpa Agong? Ciri-ciri tu dah ada sebab sepupu beliau si Hisyamudin dah bagi kebenaran demonstrasi untuk isu ni! Harus diingat,penasihat politik umno adalah syarikat yahudi!

02 Januari, 2010

Sistem Pilihanraya Mungkin Ditukar?

Mengikut pemerhatian aku pada PRU 13 mungkin sistem memangkah kertas undi dibatalkan dan diganti dengan sistem demokrasi yang awal iaitu sistem angkat tangan! Ini terjadi kerana ramai di kalangan ahli parti-parti politik di Malaysia ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Satu soalan yang diajukan mendapat jawapan berbunyi begini, Jawapan: "Ater! kalau idak jadi ahli mana ghopernyer nak dapat projek ke, jadi ahli majlis ke. Terpaksa ler yop! kalau daftar pengundi kena bangkit pepagi beghator ghoper bebudak. Aku megholoh lagi baguih! Kan ker hari mengundi tu hari cuti!" Maka atas jawapan yang sedemikian rupa kemungkinan besar sistem mengundi secara mengangkat tangan akan diperkenalkan semula! Hih Hih Hih . . .!

23 Disember, 2009

Reformasi semua Cabang PKR Februari 2010

Untuk semua reformis2 sekalian, pada Februari 2010 akan diadakan pemilihan 1. Ketua Cabang 2. Timbalan Ketua Cabang 3. Naib Ketua Cabang 4. 15 x AJK Sebelum PKR menjadi lingkup, di bawah diperturunkan kategori2 pemikiran yang layak dicalonkan (copypaste dari sini. Tabek tuan!) 1) Mampu menghentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan. 2) Dapat mengemmbalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang. 3) Mampu membangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat 4) Boleh mengembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri. 5) Mempunyai semangat yang kuat untuk menghapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat. 6) Mampu berfikir secara kritis berkenaan dasar untuk menghentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan. 7) Faham dan beriltizam untuk membangunkan agenda keselamatan sosial 8) Mengamalkan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera. 9. Mempunyai pengetahuan yang luas dan mampu menerangkan EMPAT TERAS UTAMA Pakatan Rakyat a. Demokrasi telus dan tulen. b. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil. c. Keadilan sosial dan pembangunan insan. d. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar. P/S: Biar kita kurang ajar dengan manusia yang tak amanah dengan undi rakyat. Kurang ajar lebih baik berbanding manusia tak amanah a.k.a munafiq yang dijanjikan Allah menjadi penghuni neraka!

22 Disember, 2009

SUK Perak naik pangkat!

Di atas kejayaan beliau membuat kerja2 gampang membantu umngok merampas kuasa di Perak maka sebagai membalas jasa Najib telah menaikkan pangkat beliau. Dengar khabar akan bertukar ke kolumpo mungkin menjawat jawatan Setiausaha Negara pulak? Pencen gaji penoh tu! Rakyat Perak yang mengundi Pakatan Rakyat tak menghalalkan duit gaji hang! Mintak-mintak hang termasuk dalam golongan yang pecah perut berkat doa TG Nik Aziz! Ameen.

20 Disember, 2009

Kemelut angkara Puan Presiden!

Setelah membaca kes engine F-5E hilang di Blog Manjung Mari, teringat kisah semasa Kementerian Pertahanan di bawah Menteri yang sama. KES LARAS MERIAM RETAK. Semasa dalam latihan didapati laras Howitzer (meriam jarak jauh) retak. Maka siasatan dijalankan hingga ke Belgium tempat peluru diimport. Dalam siasatan didapati belerang yang digunakan bermutu rendah. Apabila ditanya kepada pihak pengeluar alasan yang diberikan adalah belerang yang murah terpaksa digunakan kerana Datin Sri 5 persen mintak komisyen banyak sangat! Akhirnya kes senyap begitu saja. Ini menyebabkan aku terfikir kes Kapal Selam dan GST yang hangat diperkatakan memang ada hubungkait dengan Datin Sri yang sama! Masalahnya Datin Sri ni dah jadi Presiden Malaysia! Kalau ada siapa-siapa berani usik Datin Sri ni, dengan segala hormatnya dipersilakan!