Sedari kuasa kita!
Pengikut
23 Oktober, 2009
Bajet 2010: UMNO nak menfaraid harta negara!
Mulai 3 ptg sampai 6 ptg tadi aku mendengar dengan teliti bajet oleh Najibtuya. Pada aku kebanyakannya biasa-biasa aje. Tak lebih tak kurang seolah-olah macam memberi gula-gula kepada 'pengundi fuck-off hal politik' sebagai persediaan nak menghadapi pilihanraya umum pada 2010 seperti jangkaan kebanyakan blogger.
Yang paling aku terkesan dan seperti yang aku jangkakan ialah rancangan Najibtuya untuk mengswastakan syarikat berkaitan kerajaan yang berdaya maju. Adalah dijangkakan tujuan ini adalah serampang 2 mata.
1. Memberi punca kewangan kepada kroni dalam keadaan kelembapan ekonomi.
2. Sebagai persediaan sekiranya kerajaan persekutuan diambilalih oleh Pakatan Rakyat selepas PRU-13.
Penutup pembentangan bajet najibtuya bermegah dengan kemenangan UMNO di Bagan Pinang kononnya pengundi telah kembali kepada BN. Gerak-geri mempamerkan seribu kata-kata. Senyuman Najib di akhir pembentangan itu seolah-olah dia sendiri tidak yakin dengan dengan apa yang diperkatakannya.
P/S: Susulan cadangan Nik Aziz untuk EGM PAS, sila perhatikan gerak-geri puak UG! Yang pasti sekarang mungkin Nasha sedang merancang strategy dengan Kumpulan Task Forcenya!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan