Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

01 Mei, 2011

Bukti Turki lebih Islamik dari Malaysia!

Yong Moh Kembara

Gomen Turki pimpinan Encik Tayip Erdogan berusaha untuk "menurunkan kadar faedah dan inflasi" dan pada jangka masa panjang bertujuan menurunkan kadar faedah pada paras sifar.

Beliau berucap demikian dalam satu kongres umum anjuran persatuan perdagangan dan industri atau TUMSIAD.

"Kami berusaha menurunkan kadar faedah pada jangka masa panjang supaya rakyat meningkatkan pendapatan mereka melalui kerja keras, bukan melalui untung faedah," kata Erdogan. Gomen beliau pada akhirnya akan cuba menyelaraskan kadar faedah dan kadar inflasi pada paras yg sama.

Bercakap kepada ahli-ahli perniagaan Turki, beliau menjelaskan sejak gomen bawah parti AKP memerintah, Turki mengalami peningkatan ekonomi yg menggalakan. Pada tahun 2002 jualan kereta di pasaran tempatan adalah hanya 96,000 buah. Kini lebih setengah juta kereta dijual. Manakala lebih ramai pelancong datang ke Turki pd suku tahun pertama iaitu 3.6 juta orang pelawat berbanding dengan 2.6 juta orang tahun lepas. Ini kerana kestabilan ekonomi dan politik sejak di bawah pentadbiran AKP, tambah beliau.

Weh...PM negara sekular dah kata jangan makan riba. Tak disebut ianya haram. Nanti jadi fitnah. Silap-silap kena guling!
Err...PM negara Islam kita tak nak ke ajor rakyat jangan makan riba?

Tiada ulasan: