Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

14 April, 2012

cerita-ceriti politik kampong


Kisah 1
Berlaku semasa aku sedang wiring pasang kipas siling di sebuah rumah kampong.

Tuan Rumah: “Kamu ada dapat duit 5 ghatuh tu yob?”

Aku: “dapat!”

Tuan Rumah: “ater ngundi ni besok kamu nyokong mana?”

Aku: “Tak tau lagi. Tengok ler kut ader calon yang baguih”

Tuan Rumah “Ishh kamu! Kamu kena mangkah calon UMNO ler!. Cer kamu nengok baguihnyer Najib, abih semua dibaginyer duit! Takkan parti macam ni punya baguih kamu taknak mangkah!?”

Aku dah ghaser ghonsin (rungsing): “Akak rajin dak buat sembahyang sunat?”

Tuan Rumah: “Kengkadang kalau ghajin buat ler juga!”

Aku: “agak2, dalam 1 hari beghaper kali akak baca surah Al-Fatihah?”

Tuan Rumah (dok kira dengan jari): “Kalu campor dengan sembahyang fardhu ada ler dalam 21 kali gamaknya. Ngaper kamu nanya?”

Aku: “Idak ler. Dalam Al-Fatihah tu ayat yang pertama sebut puji-pujian hanya kepada Allah yang mencipta sekalian alam. Kalau kita puji manusia berlebih-lebih boleh jatuh syirik kecik kak! Lagi pun dalam ayat ke 4 disebut hanya kepada Allah kita berserah dan hanya kepada Allah kita mohon pertolongan. Maknanya, bila ada manusia berbuat perkara baik benda tu sebenornya datang dari Tuhan dan kalau perkara buruk maknanya datang dari manusia tu sendiri. Jaga kak! Nanti tak pasal-pasal sia2 je sembahyang. Akak pernah dengar cerita tentang neraka untuk manusia yang kuat sembahyang? Haa! Jaga2 kak! Tak pasal2 akak booking tempat!”

Aku nengok akak tuan rumah udah senyap

Aku: “Ok! Siap dah kak!”

Tuan Rumah: “errr… beghaper?”

Aku: “75 udah ler kak. Selalu wiring kipas saya ngambik seghatuih setengah. Akak punya pasal saya potong 50 persen!”

Tuan Rumah: “Uishhh… baguihnyer kamu! Masuk ler parti. Boleh jadi wakil rakyat!”

Aku: “idak ler kak! Politik ni untuk oghang yang pandai ngecek je! Dalam politik takde yang baguih atau yang tak baguih. Yang bersepahnyer yang ngecek banyak dengan ngecek sikit!”

Kisah 2

Dalam dewan orangramai di majlis penyampaian bantuan lima ratus.

ADUN yang pertama menyarankan orangramai membelanjakan duit dengan sewajarnya

ADUN yang ke 2: “Duit ni untuk rakyat yang berpendapatan di bawah 3 ribu! Oghang yang berpendapatan bawah 3 ribu mana ada kena cukai pendapatan? Macamana oghang pembangkang ngabor duit ni duit rakyat? Saya cabar geng2 pembangkang keluor dari dewan ni sekaghang! Duit ni bukan duit komer! Duit ni Najib yang bermurah hati nak bagi!”

Sahabat di sebelah aku merungut: “Aku ni oghang UMNO juger! Apa yang tolo benor YB ni? Cukai baghang, cukai pintu dengan cukai segala maknika dia tak kigher ke? Huhh…tak sior dah aku mangkah UMNO kalau dia ni jadi calon lagi!”

Hih hih hih! Aku diam jer. Lantak komer. Dapat duit aku pegi bayor duit brodben yang udoh 2 bulan sangkut!

- bersambung-

Tiada ulasan: