PRU-13: Najib kemuka 7 prinsip untuk penilaian rakyat
2012/05/11
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengemukakan tujuh prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO berjasa kepada negara.
"Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN)dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!"
Penilaian:
- Harga minyak janji ikut pasaran dunia. Harga minyak dunia turun pasal apa harga minyak Malaysia tak turun?
- Apa jadi dengan Islam Hadhari? Apa jadi dengan konsep wassatiyah?
- Apa jadi dengan konsep 1 Malaysia? Mengapa masih wujud parti politik yang berasaskan kaum?
"Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri... sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.
Penilaian:
- Kembalikan pentadbiran air kepada kerajaan negeri. SYABAS bubar! Ada berani?
"Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.
Penilaian:
- PAKATAN RAKYAT pernah berkuasa di peringkat persekutuan ke? Mengapa tak compare pentadbiran Malaysia dengan Singapura? Piirah!
Persoalan Najib itu seterusnya disambut dengan sorakan hangat kira-kira 100,000 ahli UMNO yang hadir untuk menyaksikan perhimpunan penuh bersejarah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu itu.
Seterusnya, Najib berkata rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini.
Penilaian:
- Keluhuran Perlembagaan? Apa jadi kes rampasan kuasa di Perak? Lantikan pengerusi SPR dari kalangan ahli UMNO ikut perlembagaan?
- Ahli Parlimen yang menikah kat Siam pasal apa masih kekal sebagai Ahli Parlimen?
Prinsip keempat, katanya, adalah rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan.
Penilaian:
- Hutang negara sampai 257.2 billion tu tanda BN pandai menguruskan ekonomi ke?
Penilaian:
1. Harmoni ke kalau harga barang2 semakin meningkat? Perubahan? Setakat ni yang berubah pimpinan UMNO je. Rakyat tetap macam biasa.
Prinsip terakhir, kata Perdana Menteri, adalah rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Penilaian:
1. Rakyat dah mampu berfikir sendiri. Tak payah nak ajar.
Berikutan "demam" pilihan raya mula melanda rakyat, Najib secara berseloroh berkata beliau mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.
"Oleh kerana bahang-bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudahpun kena demam pilihan raya...saya lihat malam ini hebat...rasa-rasanya esok saya nak menghadap Agong. Kita sudah sedia? Boleh menang?" soal Najib yang sekali lagi menerima sorakan semangat yang hebat daripada ahli UMNO yang hadir.
Najib berkata, perhimpunan malam ini menjadi bukti sokongan dan dukungan kaum Melayu yang semakin meningkat kepada UMNO dan BN.
"Di malam yang bertuah dan bersejarah ini biarlah stadium ini jadi saksi kita semua umat Melayu berkumpul dengan penuh semangat dan keyakinan. Siapa kata sokongan dan dukungan Melayu pada UMNO sudah menurun?
"Hari ini kita saksikan sokongan kita yang semakin meningkat. Saya nak tanya kalau kedudukan Perlembagaan orang Melayu, apabila Islam diasak, institusi negara diperlekeh...siapa ke depan pertahankan kalau bukan UMNO?" katanya.
Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memelihara kemakmuran yang dibawa ke seluruh pelosok tanah air dan tidak sesekali membiarkannya dibinasakan di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.
"Ayuhlah! Jangankan germimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.
"Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti Umno, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup UMNO, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun UMNO," katanya. - BERNAMA
P/S: Terbuka kepada sesiapa untuk tambah. Akan di edit dari masa ke masa.