Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

17 Disember, 2012

Inovasi (3)

Oleh: MSK
Sejak 4-5 tahun kebelakangan ini, perkataan “rakyat” menjadi satu perkataan yang paling popular bagi ahli politik. Macam-macam slogan yang menggunakan perkataan “rakyat” digunakan.

Diantaranya ialah,

Ketuanan Rakyat
Kembalikan Hak Rakyat
Demi Rakyat
Kerajaan Rakyat

Ada sapa-sapa boleh terangkan maksud slogan-slogan diatas?

Ada Ahli Parlimen yang bila ditanya apa itu “Ketuanan Rakyat”, dia jawab..”Kita menjadi Tuan kepada rakyat.”

Ada ADUN yang bila ditanya apakah maksud Kembalikan Hak Rakyat bila Perak jatuh dirampas BN dulu menjawab, “hak rakyat ialah mengundi”.

Aku tak tau apa maksud “Demi Rakyat” yang dipopularkan oleh PKR. Jauh sekali memahami apakah yang dikatakan Kerajaan Rakyat.

Bagi aku, slogan-slogan diatas hanyalah untuk memancing undi supaya rakyat merasakan bahawa kerajaan yang akan diurus selepas BN tumbang nanti adalah milik rakyat. Dan bagi aku, ini hanyalah mitos.

Slogan “Ketuanan Rakyat” ini popular sebelum 2008. Lepas PRU 12, slogan ini tidak dipakai lagi. Sebabnya, bila dah merasa kemenangan menang dilima buah negeri, parti-parti PR merasakan peluang-peluang untuk buat duit dan menggunakan kekuasaan yang diperolehi semasa PRU 12, tak cukup besar untuk dikongsi dengan seluruh rakyat.

Kalau sebelum menang, ahli-ahli parti merasakan mereka setaraf dengan semua rakyat, termasuk yang tidak berparti…tapi bila dah menang, mereka merasakan mereka sudah naik setakuk menjadi pemimpin. Pemimpin perlu datang dari ahli parti..manakala yang tidak berparti hanya layak menjadi “rakyat”. Bila ada program untuk orang kampung, mereka pun memasang banner…”pemimpin bersama rakyat.”

Jawatan-jawatan politik hanya untuk orang parti..sapa yang tak berparti hanya layak jadi penonton. Itu sebab, yang berebut jawatan MB, jawatan EXCO, Ahli Majlis sampai Ketua Kampung pun…yang berebut ialah ahli parti. Yang tak berparti hanya menjadi penonton.

Masa itu, kedengaran orang-orang parti menepuk dada, “kita berjaya menumpaskan BN.” “Kejayaan ini adalah kejayaan Pakatan rakyat!”..walaupun sebelum PRU 12..Pakatan Rakyat belum wujud.

Maka lahirlah Kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri…mengapa tak sebut “Kerajaan Rakyat?”
Bila Perak jatuh ketangan BN..timbullah slogan “Kembalikan Hak Rakyat.” Tapi apa yang berlaku? Yang turun berdemo dan yang turun memprotes hanyalah ahli-ahli parti. Yang bukan ahli parti hanya menjadi penonton. Mengapa mereka tidak sama berdemo dan memprotes rampasan kuasa Perak? Sebab semasa memerintah selama 11 bulan, mereka hanya menjadi penonton. Mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah sebahagian dari kerajaan yang baru memerintah.

SELANJUTNYA



1 ulasan:

C++ berkata...

Bhai Chor Sniper...

Takder aper yang gua nak tambah... melainkan TERBAEK jer.... best... mantop MSK punya analisis...... hahaha