Asalnya artikel ini disiarkan dalam Berita Harian
bertarikh 2 Januari 2013. Setelah dibaca dan diamati, aku berpendapat
artikel ini sangat sesuai dibaca oleh pimpinan, ahli dan penyokong
Pakatan Rakyat. Jangan kerana pokok dah nak tumbang hal2 yang kecil
begini tidak dipedulikan. Harus diingat, Gen X (lahir 1965 hingga 1982)
dan Gen Y (lahir 1983 ke atas) dalam daftar pemilih telah mencapai lebih
60%! Bak kata kawan aku “Bila pokok hampir tumbang kura-kura pun
teringin nak panjat sampai ke pucuk!”. Baca:
Oleh: Johan Jaafar
Saya pernah mendengar ucapan seorang ahli politik di hadapan
sekumpulan anak-anak muda. Beliau bercakap dengan penuh bersemangat
sekali. Banyaklah perkara yang dibangkitkannya, yang penting tentang
perlunya generasi muda mengetahui sejarah. Seperti biasa beliau
menyebutkan tentang sukarnya hidup beliau pada masa kecil.Kumpulan itu
rasanya tidak memberikan banyak perhatian. Mereka bercakap sesama
sendiri atau sibuk menghantar mesej melalui telefon pintar. Saya
bersimpati dengan ahli politik itu. Saya percaya pendekatan itu tidak
lagi berkesan untuk menarik perhatian generasi muda.Kesilapan ‘orang
tua’ yang paling besar hari ini ialah kegagalan memahami aspirasi ‘orang
muda’. Mereka tidak faham ‘bahasa’ anak-anak muda ini. Lebih malang
lagi mereka cuba memaksakan nilai mereka pada generasi muda.Zaman
anak-anak muda perlu ‘diajar’ dan ‘diperingat’ sudah berakhir. Ini waktu
membuat ‘engagement’ cara lain. Anak muda hari ini hidup dalam dunia
yang berbeza daripada ibu bapa mereka. Mereka lebih terdedah pada
teknologi, maklumat dan ilmu. Ini merupakan era segala-galanya boleh
didapatkan hanya melalui jari. Dunia internet dan alam siber mengubah
segala-galanya.
Jangan pandang ringan
Moral ceritanya: Jangan pandang ringan kuasa mengundi di kalangan
generasi muda. Setiap parti politik mengatur strategi bagi menawan hati
dan minda mereka. Dalam pilihan raya akan datang dunia siber mempunyai
pengaruh yang besar. Generasi muda ini hidup dengan Facebook, Twitter
dan khidmat pesanan ringkas (SMS).Pemilik media menyedari bahawa telah
berlaku migrasi dari media tradisional kepada media baru. Hampir kesemua
akhbar mengalami kemerosotan daripada segi jumlah edaran. TV tidak lagi
ditonton melalui kaca TV yang biasa sebaliknya dalam aplikasi yang lain
seperti komputer, iPad dan telefon pintar.Memang maklumat mi segera dan
pasang siap ini belum tentu tepat dan betul, tetapi maklumat datang
tanpa boleh dibendung dan tanpa tapisan. Hari ini prinsip maklumat ialah
‘terima dulu’ baru ‘disahkan’. Malah selalunya kesahihan bukan ukuran.
Maklumat yang diterima itu terus dihantar pada orang lain. Maklumat yang
salah, yang kadang-kala berunsur fitnah dan tohmahan bergerak pantas
tanpa kawalan.Dalam situasi inilah generasi hari ini mencorakkan
alamnya. Sayugia diingat bukan semua yang menerima bulat-bulat apa yang
mereka baca dalam dunia siber. Malah sebahagian besarnya dimatangkan
dengan asakan maklumat yang pelbagai ini, menjadikan mereka lebih
terbuka, mudah membuat perbezaan dan boleh menilai mana kaca dan mana
permata. Kita usah perkecilkan keupayaan generasi muda hari ini.
selanjutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan