Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

09 Mei, 2014

Kantoi! Muhamed Nabi ahli UMNO!

Seorang ahli PAS, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.



Seorang ahli PAS, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.

Mohamed Nabi, 63, seorang ahli perniagaan yang telah bersara, merupakan orang kedua mengumumkan hari ini hasrat untuk bertanding di Bukit Gelugor selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan melancarkan pusat operasinya di Air Itam hari ini.

Bagaimanapun, pemimpin PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim
(kanan) terkejut dengan tindakan Mohamed Nabi itu, dengan berkata bahawa parti itu akan melancarkan jentera dan pusat operasi untuk menyokong DAP di Bukit Gelugor.

DAP akan menamakan calonnya esok, manakala MCA masih membisu sama ada akan bertanding di kerusi tersebut, di mana calonnya Teh Beng Yeam kalah kepada mendiang Karpal Singh dengan majoriti 41,778 undi dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.

Mohamed Nabi berkata beliau mahu menyertai pertandingan itu
berdasarkan polisi PAS dan prinsip-prinsip Islam, dan bahawa beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Beliau juga merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertanding di kerusi tersebut yang menjadi kosong selepas kematian Karpal dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika tidak, saya akan bertanding sebagai calon bebas. Saya tidak akan keluar PAS dan akan kekal dalam parti itu dan berjuang untuk Islam," kata Mohamed Nabi dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau menggesa pengundi di Bukit Gelugor menyokongnya, yang mengikutnya, bermakna menyokong hudud juga, kerana beliau akan terus berjuang untuk Islam di Pulau Pinang.

Beliau juga mempersoalkan mengapa negeri seperti Pulau Pinang dan Terengganu tidak merancang untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam apabila Kelantan telah memutuskan untuk berbuat demikian.

"Brunei juga telah mula melaksanakan hudud. Seperti yang saya tahu, ia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan tiada siapa yang menentangnya," kata Mohamed Nabi.

Ditanya sama ada beliau bimbang mungkin dipecat oleh PAS, Mohamed Nabi berkata beliau tidak fikir itu akan berlaku.

"Saya tak fikir begitu dan saya juga tidak fikir Hadi akan menghalang saya daripada bertanding," katanya.

Mohamed Nabi berkata PAS cawangan Kampung Banjir di Batu Caves, tetapi pada masa ini menjadi ahli biasa dalam bahagian Gombak.

Akhirnya kebenaran diketahui!

KEH KEH KEH!

6 ulasan:

bat8 berkata...

Bhai

Kahkahkah.....inilah yang dikatakan kepintaran dalam perniagaan terutama dalam keadaan ekonomi yang sedang nazak. Siap sebut ahli perniagaan yang dah bersara. Memanglah bersara kerana umur dan business dah stabil dan dah serah kepada anak2 nak urus. Dia jadi chairman je

Fuh....siap dakwa mimpi yang hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020. Pesal tak tahun lain...kahkah. Baik punya kepala hotak punya bussiness strategy.

Pusing punya pusing....sebijik satu kepala dengan Ali Tinju. Ali punya putar b3lit sampai sekarang guna stail keluar UMNO plak.

TheSniper berkata...

Hehehe

Roslan Alan berkata...

salam....

Tanpa Nama berkata...

Aku dah agak dah anj..g laha..t ni.

Pemerhati berkata...

Macam maklumat SPR. tapi sejak bila SPR buh sekali info pasal parti? mintak jasa baik kasi tau original link untuk gambar ini.

TK.

bat8 berkata...

Itu bukan maklumat SPR. Itu maklumat ahli UMNO yang boleh disemak secara online. Nak tahu camne cara tanya le pakcik google.