Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Jun, 2014

Kisah jadual pemilihan PKR yg penuh tandatanya!


Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 JUN: Jadual pemilihan semula PKR didapati bocor sebelum Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkan secara rasmi perkembangan terbaru ini.

Keadaan itu memberi kelebihan kepada pihak tertentu yang memiliki jadual itu mengatur strategi dan persediaan awal bagi menghadapi pemilihan di cabang yang dibatal.

Pemilihan 2014Jadual pemilihan itu dikatakan dibocorkan oleh individu dari Cabang Sungai Petani.

Menurut satu sumber, individu sebelum ini dikaitkan dengan salah satu pasukan yang bertanding dalam Pemilihan PKR 2014.

“Bila saya tunjukkan jadual ini kepada beberapa orang atasan, mereka terkejut dan kata benda ni jangan main-main.

“Mereka kata JPP tak umumkan pun lagi, sidang media juga belum buat. Macam mana dia boleh ada jadual ini,” kata sumber itu kepada Selangor Kini.

Menurut sumber itu lagi, individu itu juga ada memberitahu beliau akan bertugas dalam pemilihan semula di Nibong Tebal pada 22 Jun nanti.

Mengikut jadual pemilihan semula yang dihantar kepada Selangor Kini, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Petaling Jaya Selatan akan mengadakan pemilihan semula pada 14 Jun.

Pada 15 Jun pula, Cabang Klang, Kota Raja dan Subang dan manakala pada 21 Jun melibatkan Cabang Tenom, Keningau, Pensiangan, Tawau dan Papar.

Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Nibong Tebal pula akan mengadakan pemilihan semula pada 22 Jun.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Selangor Kini difahamkan satu sumber lain pemilihan semula bagi sesebuah cabang tidak akan diteruskan sehingga semua aduan dan siasatan berkaitan cabang terbabit tidak selesai.



Jadi kerana dah bocor, jom bocorkan terus!

Tiada ulasan: