Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Oktober, 2014

Hakikat ekonomi semasa



Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan : 

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.

Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST 

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara. 

Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan. 

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.

Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN 
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.

Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia. 

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.

Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya. 

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion. 

Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%. 

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.

Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com

, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama. 

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.

18 Oktober, 2014

Siapa yang telan 64 sen duit jual minyak?

Gua mo minta tunjuk ajar dari kengkawan untuk gua duduki periksa... Dan Otak kiri gua sedang cuba mengulangkaji matapelajaran ilmu hisab ..
1) 1UsD = Rm3.10 (pasaran kini)
harga minyak dunia kini adalah USD 84.80..
Dikali dengan RM3.10 bersamaan RM262.88.
I barrel minyak = 159 liter.
Berapakah harga seliter????
Ada kengkawan boleh bantu???? 


262.88 / 159 = 1.65333333. Average 1.66. Rm2.30 - 1.66 = 0.64

Siapa yg telan 64 sen selirer ni? Subsidi datang dari mana?

09 Oktober, 2014

Subsidi. Ni dia hakikat sebenar!

Hakikat Sebenar 'SUBSIDI' di negara ini...

duit subsidi?
Apakah sebenarnya pemberian 'Subsidi' oleh kerajaan Bn adalah sesuatu yang benar dan telus...
Pada hari minggu ini, mari kita memahami keadaan sebenar yang
sedang berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan ‘Subsidi’ yang kononnya diberi oleh kerajaan Bn :

....... Seorang lelaki yang dipanggil Maha memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari.

Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan. Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan.

Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.

Meningkatkan Kualiti Ladang

Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Najib, datang untuk meneruskan operasi ladang.

Dia berkata kepada para pekerja: "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan. Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang”.

Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang.

Seperti biasa, Najib menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40. Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja. Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.

Penswastaan

Sekarang .... dengan kenaikan harga barang, Najib menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu. Najib mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana
dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari.

Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Sharizat.

Sharizat berkata : “Harga tembikai naik, peningkatan kos ladang juga naik”.

Jadi, peningkatan kos ladang dinaikkan dari RM25 kepada RM50. Pada hakikatnya, peningkatan kos hanyalah RM30. Jadi lebihan RM20, Najib dan Sharizat berkongsi sama rata yang dikenali sebagai komisyen.

Mari kira berapa banyak Najib dapat setiap hari :

keuntungan bersih jualan - RM20
untung dari peningkatan kos ladang - RM10
jualan tembikai kepada pekerja - RM5

Secara keseluruhan, Najib mendapat RM35 sehari berbanding RM10 pada mulanya apabila beliau mengambil alih ladang dari Maha. Keuntungannya bertambah RM25 dan pekerja masih mendapat gaji RM1.00 sehari.

Subsidi

Atas desakan isterinya, Najib menjadi tamak tidak mahu berhenti di sini :

Satu hari, dia berkata kepada pekerja-pekerja yang lain : “Anda lihat, harga pasaran semasa untuk satu tembikai adalah RM20 dan anda hanya membayar RM1”.

“Lihatlah betapa bertuahnya anda! Saya telah memberi SUBSIDI RM19.00 bagi setiap biji tembikai anda beli. Secara keseluruhan, saya beri SUBSIDI RM95.00 untuk tembikai yang anda beli”.

“Ini amat membebankan ladang dan kita mungkin menjadi muflis jika kita terus seperti ini”.

“Untuk mengelakkan kebankrapan, saya perlu tingkatkan harga tembikai yang anda beli dari RM1.00 kepada RM1.50 , dan saya akan tanggung RM18.50 baki sebiji tembikai sebagai subsidi saya kepada anda semua”.

Jadi, dengan pengurangan subsidi, Najib menambah RM2.50 dari pekerja dan keuntungan menjadi RM37.50 .......

Apa Rakyat Perlu Buat

Selepas anda membaca cerita ini, saya pasti anda telah memahami makna 'SUBSIDI' yang diberikan oleh kerajaan.

Pertama sekali , subsidi RM95 TIDAK PERNAH WUJUD dan begitu juga dengan subsidi RM52 bilion petrol dan barangan lain yang kononnya bermurah hati 'diberikan' oleh kerajaan.

Pemotongan subsidi minyak sebenarnya hanya DIREKA-REKA dan alasan untuk mencu
ri wang dari poket Rakyat sendiri …

Sekarang anda faham mengenai subsidi ! . . .

Nota : HUTANG NEGARA HARI INI 2014 berjumlah lebih RM700 BILION !!!

07 Oktober, 2014

Ibadah Haji kian tercemar?

  • Orang Melayu naik haji

  • Faisal Tehrani | 5:43PM Oct 6, 2014

  • Jika kita merujuk karya sastera lama, sebetulnya ritual haji telah pun dilaksanakan oleh orang Melayu dengan penuh keterujaan sejak lama lagi. Jika benar Hang Tuah itu ada, maka beliau antara contoh yang sempat dicungkil dan menjadi bukti haji telah menjadi dambaan orang Melayu sekian lama. Dalam Hikayat Hang Tuah, Laksamana Hang Tuah dan Maharaja Setia menunaikan haji seperti digambarkan dalam perenggan ini:

    "Setelah sudah maka datanglah pada sembilan haribulan Zulhijjah. Maka berhimpunlah berjalan sekalian orang Mekah itu pergi dengan Syarif Ahmad itu masing-masing dengan takhta kebesarannya, beberapa ratus tunggul panji-panji daripada sakhlat, dewangga, beledu dan kimkha berkibaran seperti kota cemara, pergi Haji ke Bukit Arafah. Maka Laksamana dan Maharaja Setia pun pergilah bersama-sama dengan orang Mekah sekalian itu mengerjakan seperti rukun haji itu. Setelah sudah habislah dikerjakannya lalu turun ke Mina pula melontar batu yang bernama Jamratul Aqabah dan Jamratul Wusta dan Jamratul Ula itu. Setelah sudah, lalu mengorban, maka Laksamana dan Maharaja Setia pun bercukurlah. Maka habislah rata seperti syarat perintah Haji, Ziarah dan Haji Umrah semuanya dikerjakan. Maka Laksamana dan Maharaja Setia pun kembalilah ke Mekah dengan sekalian orang banyak itu lalu ziarah pula pada Maqam Ibrahim. Maka sampai pada sepuluh haribulan, tirai Ka'abatul Lah pun disalin oranglah. Maka Laksamana pun membelilah tirai itu barang sedapatnya. Setelah keesokan harinya maka Laksamana pun masuklah ke dalam Ka'batul Lah, sembahyang lalu mencium batu yang bernama Hajarul Aswad itu. Setelah sudah lalu keluar bersama-sama dengan orang banyak lalu Tawaf pula ia akan Tawaf rukun. Telah selesailah habis dikerjakan maka Laksamana dan Maharaja Setia pun mengambil air pada telaga zamzam itu lalu berjalan ke Madinah bersam-sama dengan qafilah yang banyak itu." (Hikayat Hang Tuah, 1959)

    Meskipun ada acara haji dalam manasik haji Hang Tuah ini dilangkau pencatatnya, seperti bermalam di Mudzalifah, dan acara sa'ei; tetapi tertib haji yang kemas tergambar serba sedikit padanya.

    Menurut aku, Arab Saudi telah keletihan menganjurkan acara haji. Mereka, sebagai tuan rumah juga gagal memahami, dan menghayati falsafah ibadah haji sehingga ibadah yang sepatutnya menjadi kongres tahunan umat Islam itu terasa kering-kontang dari segi semangat. Bahkan, di Masjidil Haram pada 11 dan 12 Zulhijjah, pihak berkuasa wahabi sebagai penakluk Mekah menghantar askar untuk mengawal keadaan. Mereka berkasut di dalam masjid. Ada banyak kesalahan yang dilakukan oleh jemaah haji tidak dibantu dan dibetulkan. Pada hos ini, yang penting mereka dapat menyelesaikan tugas harian dengan menghalau jemaah haji yang menyesakkan jalanan atau ruang (dan itu dilakukan seperti polis Israel). Ke mana hujjaj dihalau sehingga kesesatan dan terkeluar dari padang Arafah misalnya bukanlah tugas mereka. Begitulah halnya jika urusan haji kita, diserahkan kepada orang-orang yang tidak ikhlas (mukhlisin) Belum lagi kita bicarakan soal sains perbandaran seperti bagaimana sewajarnya pelupusan sampah, sistem perkumuhan, lalu lintas trafik, pembangunan sewenang-wenang; dan segala macam pencemaran yang dapat mengancam mata air agung zamzam dan Kaabah yang mulia. Itu semua tidak diperhatikan sehingga persekitaran Mekah yang suci menjadi amat tidak sihat.

    Pembangunan Mekah dan Madinah juga menghampiri komersialisme di mana ia sangat bertentangan dengan falsafah pemilihan Mekah sebagai kota suci yang disengajakan berada di lembah gersang. Hari ini Burj al Zam-Zam yang tersergam indah di samping Masjidil Haram menyesakkan pandangan. Bukan itu sahaja pusat membeli belah dan apartmen mewah tersebut mengisi sekian banyak jenama untuk diperagakan dan diperdagangkan di kota suci. Sesungguhnya hal ini amat menakutkan kerana jika Abrahah digagalkan dari menakluk Mekah dan merubahnya menjadi kota dagang yang penuh keuntungan; maka hari ini, kita membiarkan tanpa rasa bersalah Mekah dan Madinah dijual atas nama wakaf.

    Sesungguhnya Mekah dan Madinah bukan milik penjajah wahabi dari Bani Saud ini, ia harus dipulangkan kepada umat Islam, dalam konteks hari ini ialah negara di bawah keanggotaan OIC. Wahabi telah melakukan banyak kerosakan kepada kota suci ini, dan ini termasuklah ibadah haji.

    Dokumen sejarah mengenai urusan haji seperti yang tercatat dalam The Conduct of the Haj From Malaya and the First Malaya Pilgrimage Officer misalnya melaporkan, pada Ogos tahun 1924 setelah selesai musim Haji, Ibnu Suud telah menawan Taif, beliau mengganas di sana dan kemudian masuk ke kota Mekah pada tahun 1925 lalu mengusir Syarif Ali. Orang Melayu yang berada di tanah suci baik sebagai pelajar agama, atau jemaah haji melarikan diri ketakutan sehingga pada tahun 1925 itu, Kerajaan Negeri-negeri Selat menangguhkan pengutusan Haji Abdul Majid bin Zainuddin (menurut Royal Asiatic Society Journal Malayan Branch tahun 1926, beliau ialah Pesuruhjaya Haji pertama ke tanah suci) ke Hijaz, ekoran keadaan yang tidak aman tersebut. Tatkala wahabi masuk ke kota Rasulullah SAW Madinah Munawwarah pada 10 Syawal tahun tersebut, mereka malah meruntuhkan pemakaman suci di Baqe, dan melancarkan kempen agresif anti bid'ah. Terjadilah satu gerakan reformasi agama yang paling ganas dicatat dalam sejarah umat Islam di zaman moden.

    Hari ini roh keganasan yang disangka reformasi suci ini dihembus kembali oleh juak-juak Ibnu Suud seperti ISIS, dan disahut oleh anak-anak Nusantara seperti Amrozi, Imam Samudera dan lain-lain militan yang berbangga kononnya mereka berjihad. Di negara kita tidak terkecuali, anak-anak muda yang darahnya menggelegak keseronokan mengkafir, menyesat dan membid'ahkan acara, tokoh dan amalan tertentu mendapat motivasi baharu. Ia dibolehkan oleh ulama dan mufti tertentu, di mana mereka mengagungkan Ibnu Taimiyyah yang ditolak oleh ulama mazhab ahlus sunnah wal jamaah tradisional.

    Adapun, peraturan demi peraturan sulit yang terlaksana hari ini untuk mengerjakan haji malah telah dicatat lama dahulu oleh pegawai khas James Brooke, David Chale yang baharu memeluk Islam. Beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah seperti visa, dan pengesahan sudah menganut Islam; bahkan beliau turut mencatat kekacauan yang timbul ekoran undang-undang yang sulit sehingga menyebabkan ada pergaduhan antara hujjaj Afghanistan dan pihak berkuasa Saudi yang mengakibatkan pertumpahan darah (lihat Triumphant Pilgrimage: An English Muslim's Journey from Sarawak to Mekah).

    Ibadah haji dan umrah kebiasaannya dilengkapkan dengan ibadah ziarah di Madinah. Sebelum ke Madinah, jemaah haji digalakkan berselawat. Dalam selawat yang dilafaz dalam solat kita iaitu Allahumma Shollia ala Muhammad wa ali Muhammad, kama shollaita ala Ibrahim wa ali Ibrahim terdapat inti pati kandungan yang perlu diperhatikan dan dititikberatkan. Bahawa perhatian dan tuntutan selawat tersebut adalah kepada Nabi Muhammad dan ali Muhammad atau keluarga Rasulullah SAW.

    Sudah tiba masanya umat Islam kembali kepada siratal Mustaqim yang sebenar, menghayati ajaran mereka, memahami dan mendalami sunnah mereka seperti tuntutan selawat dalam solat kita. Hanya dengan itu (yakni kembali kepada ali Muhammad) secara akar umbinya (bukan penyelesaian sementara seperti gencatan senjata demi gencatan senjata, atau rundingan demi rundingan) masalah segenting Palestina misalnya, dapat diatasi. Dan musuh sejahat serakus dan selaknat Zionis dapat dilempari seperti mana jemaah haji melempar syaitan di jamarat Aqabah.

    Adalah wajar kita kembali kepada falsafah haji yang kian memudar. Umat Islam dituntut menunaikan haji sebagai menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar di tanah gersang, memahami resah dan munajat Rasulullah memanjat bukit dan gunung menanti wahyu Ilahi, memahami pengorbanan Siti Hajar mencari air sehingga diingati sebagai saei, memahami pengorbanan Ismail yang sanggup disembelih sehingga dikenang dan dirai sebagai hari raya korban, memahami pengampunan dan harapan Adam dan Siti Hawa kerana meninggalkan keutamaan yang diperintah Allah, memahami pengorbanan bapa saudara dan sahabat Nabi Muhammad saw di Uhud, memahami pengorbanan keturunan Rasulullah SAW yang dilanyak ribuan tahun lamanya; hanya dengan memahami semua itu, bahawa pengorbanan, air mata dan darah telah menegakkan agama ini, baharulah jemaah haji dapat ditanggapi pulang membawa haji yang mabrur.

    Orang Melayu naik haji hari ini dengan pengisian seperti perlumbaan membeli tamar, sejadah, tasbih dan sekian jubah. Falsafah haji mereka terpadam, dan malang, penguasa di tanah suci itu sendiri adalah antara sebab yang menjadikan ibadah suci ini semakin hilang sengat dan manisnya.

03 Oktober, 2014

Keluhan veteran PAS

Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini...
Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.
Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.
Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?
Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.
Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.
Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.
Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).
Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.
Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.
Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor....
Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..
Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.
Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal....... Hanya kpd Allah .
"Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.
Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.
Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar.....
Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.
Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.
Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2.
Masa tu
rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2
Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.
Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima.
Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.
Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.
Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah.
Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.
Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.

02 Oktober, 2014

Tanah tepian tasek untuk dijual.


90k

90k

Lot2 di sekitar kawasan ini.
Tasek Chenderoh, Sauk, Perak.
Tanah Cantik.
Tanaman sedia ada - pokok getah tua
Keadaan tanah, rata
Bagus untuk pembinaan chalet, kebun buahan, penternakan ikan atau udang dalam sangkar.
Ada jalan masuk menggunakan 4x4 atau motorsikal.
Sila hubungi atau sms  Encik Azhar 019-5721584 untuk maklumat lanjut.

01 Oktober, 2014

Minyak naik harga. Celaka apakah ini?




Sebelum ni kita dimaklumkan harga petrol akan floating mengikut harga minyak pasaran dunia. Alih2 minyak dunia harga turun minyak Malaysia naik harga.

PRU14. Nasrudin Tontowi bakal kalah parlimen Temerloh.



Temerloh. Melayu 64 peratus, Cina 24 peratus dan India 9 peratus

Jika dikira dari sokongan melayu 38%, cina 90% dan india 40% maka undi yg diperolehi nasarudin di Temerloh adalah dari melayu 24.32%, cina 21.6% dan india 3.6% menjadikan undi yang diterima sebanyak 49.52%.


Dalam PRU13 Nasrudin memperoleh 50.1% undi manakala calon umno memperoleh 48.2% undi manakala 1.7% adalah undi rosak. 

Sekiranya undi cina merosot ke 60% dalam PRU14,
Maka peratusan undi yg akan diterima Nasrudin adalah melayu 24.32%, cina 12.9% dan india 3.6% bersamaan 40.82%.

P/S: macam biasa komen yang akan diterima ialah "biar kita kalah di dunia asalkan menang di akhirat". Kompom.