Sedari kuasa kita!
Pengikut
11 November, 2010
Dapat kuasai 4 negeri kerana Anwar dan Azmin?
Desakan Datuk Zaid Ibrahim terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali supaya keluar daripada parti itu adalah 'luar biasa', kata seorang pemimpin PKR Pulau Pinang.
Sebaliknya, timbalan pengerusi penerangan PKR negeri, Law Choo Kiang berkata usaha 'gigih' dua pemimpin tersebut, telah membina kekuatan parti dan berjaya merampas empat negeri dalam pilihanraya umum lalu
Selanjutnya
P/S: Masa aku mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 12 langsung tak terbayang aku wajah mamat 2 orang ni. Yang penting pada aku UMNO wajib dikalahkan. Ada ke sebab 2 mamat nih! Apparaaa...
18 Oktober, 2010
Zaman dengar cakap pemimpin telah berlalu!
Hmmm... Semenjak PKR mengadakan pemilihan kepimpinan ni maka sibuklah calon-calon yang bertanding ke hulu ke hilir cuba menceritakan kebaikan depa untuk menarik undi. Pada aku, zaman grassroot dengar bulat-bulat apa yang keluar dari pemimpin telah lama berlalu.
Di bawah kisah calon berkempen supaya ahli undi depa!
12 tahun sejak gerakan Reformasi, Azmin Ali disifatkan tidak lebih sebagai pengikut setia bosnya, Anwar Ibrahim. Azmin bukan Ezam yang hebat berpidato sehingga membakar emosi orang muda; Azmin tidak terserlah seperti Tian Chua apabila turun ke jalan raya; Azmin tidak memiliki otak Khalid Jaafar yang sarat dengan falsafah; malah Azmin gagal menandingi kepakaran Khalid Ibrahim dalam dunia korporat.
12 tahun Azmin Ali berada dalam gerakan Reformasi, tetapi kemungkinan Azmin Ali untuk berpaling tadah tidak pernah mencecah ke paras sifar. Persepsi terhadap Azmin Ali di media sentiasa negatif.
Beliau dituduh cuba merampas kedudukan Timbalan Presiden daripada Syed Husin Ali; beliau disyaki berkomplot untuk menggulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor; beliau dituduh menghina kaum India; beliau dikatakan tidak disenangi anggota PKR Sabah dan Sarawak...
selanjutnya...
P/S: Kalau cakap depa sama macam apa yang depa dah buat sebelum ni, berikan undi anda!
05 Oktober, 2010
Azmin antara pengasas awal KEADILAN?
Ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa media dan blog kononnya Azmin Ali adalah pengasas Keadilan. Menurut sumber, kenyataan itu dibuat ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti di Kota Kinabalu Sabah pada 16 September lalu. Antara lain kenyataan itu memetik “Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi,” kata Azmin antara pengasas Keadilan dan Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar ketika memegang jawatan kerajaan". Susulan kenyataan tersebut, ramai "pemimpin lama" yang mengasaskan parti keadilan amat terkilan. Selanjutnya di sini.
02 Oktober, 2010
Aisehman! Jeffry cepat sangat bagi klu!
Sumber: Malaysia Today
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Jeffrey Kitingan hari ini berkata parti memerlukan lebih ramai lagi pemimpin berpemikiran reformasi.
"Parti juga memerlukan para pemimpin yang mempunyai pemikiran yang terbuka supaya parti dapat bergerak maju ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kata beliau, "saya fikir semua ahli parti harus mengalu-alukan cadangan-cadangan yang konkrit yang dibuat oleh sesiapa saja bertujuan untuk memperbaiki parti.
Sambil merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Dr Lee Boon Chye semalam, beliau berkata beberapa cadangan Dato’ Zaid (Ibrahim) boleh membantu kita mencapai matlamat kita untuk rakyat.
Beliau berkata, "saya telah membaca kenyataan Dr Lee semalam dan merasakan kenyataan itu dibuat tidak kena pada masanya, terutama ketika parti sedang menghadapi saat-saat getir dalam pemilihan peringkat Cabang hujung minggu ini.
"Saya juga membaca beberapa wawancara dengan Zaid oleh pihak media. Saya rasa ia mengandungi aspirasi parti dan tidak lebih dari itu. Beliau bukan bertindak selaku "mangsa" sepertimana yang diutarakan oleh Dr Lee," katanya.
Beliau menggesa semua pemimpin parti berhenti dari menyerang calon Timbalan Presiden dan juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dato’ Zaid.
P/S: Senak Perut!
29 September, 2010
UMNO akan buat pemilihan pimpinan cara PKR!
"UMNO akan buat pemilihan cara PKR untuk membuktikan UMNO adalah sebuah parti yang matang dan tidak haru biru serta tidak matang sebagaimana yang ditunjukan oleh PKR dalam pemilihan kepimpinan mereka baru-baru ini"
Aku tunggu ayat di atas keluar dari mulut pimpinan UMNO tapi sampai kesudah, taraaaakkkk! Cehh! buang karan aku tunggu depan TV!
Jadi di sini, di blog aku yang tak femes nih! aku mencabar UMNO menjalankan pemilihan pimpinan parti sebagaimana yang telah dilakukan oleh PKR.
Agak tuan-tuan, UMNO berani atau tak berani? Mestilah berani kan!? Kumpulan yang cium keris takkan tak berani plak!
Tungguuuuuuuuuu........!
26 September, 2010
Kak Waty! Hang biaq betoi!?
Sumber memaklumkan hari ini dalam mesyuarat wanita Keadilan Perak, Puan Fathmawaty Salim Ketua Wanita Keadilan Perak telah menyeru ahli wanita untuk memberikan sokongan kepada Azmin. Beliau juga dimaklumkan memberitahu semua Ketua Wanita yang hadir bahawa langkah memberi sokongan kepada Azmin sangat perlu kerana Zaid Ibrahim selaku lawan Azmin telah memberikan dana berjumlah RM5.000 ke setiap cabang untuk mendapatkan sokongan pencalonan.
ZAID BAGI RM5,000 ?
AKU SEKUPANG PUN TAK DAPAT!
HANG BIAQ BETOI KAK WATY OII!
MANA HANG DAPAT CEGHITA NI?
KALAU NAK SOKONG AZMIN HANG SOKONG AJA LAH!
TAK PAYAHLAH NAK FITNAH HABAQ ZAID BAGI DUIT!
P/S: Dengar cerita semalam, susulan daripada kekalahan Mustafa Kamil Ayob dalam perebutan Ketua Cabang di Pasir Salak beliau mengarahkan semua ahli ABIM dalam PKR memberikan sokongan kepada Zaid Ibrahim. Pulak!? Haiya... finin la ini macam!
25 September, 2010
Azmin dan Zuraida sila jawab!
Aku copy dari sini.
Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor.
PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu.
“Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami,” kata
Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini.
“Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada)n minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau lagi.
The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa.
Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan.
Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan.
Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan.
“Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang,” kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing.
“Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini,” kata beliau.
Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain.
Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN.
“Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa,” tegas beliau.
Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka.
“Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003,” katanya.
“Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami.
“Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan,” katanya.
Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya {KR berbanding isu-isu lain yang lebih penting.
“Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya,” katanya.
Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan.
“Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian.
“Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini,” kata Dr Rafick.
Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd.
Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya.
Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang.
Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat.
Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan.
P/S: Ambik hang. Nak sangat! Kawasan sendiri tak boleh setel berangan nak conquer PKR.
23 September, 2010
PKR semakin cantik
Kalau 2 orang ni berada dalam saf kepimpinan.
Yang di atas dah ada anak sorang. Yang di bawah anak dara.
Kena ada 2 orang ni untuk mengimbangi yang botak, yang boroi dan yang beruban.
P/S: hih hih hih!
Yang di atas dah ada anak sorang. Yang di bawah anak dara.
Kena ada 2 orang ni untuk mengimbangi yang botak, yang boroi dan yang beruban.
P/S: hih hih hih!
Zaid peroleh 1/3 undi keseluruhan undi timbalan presiden?
Sifir mudah. 1/3 dari ahli PKR adalah berjiwa pemberontak dan berprinsip kukuh seperti Zaid. Selebih 2/3 undi lagi akan dikongsi bersama oleh Zaid, Mus dan Tian Chua (Azmin mungkin akan dapat nisbah lebih). Sebab, aku yang bermulut laser macam Zaid cuma berjaya memperoleh 33 undi dari keseluruhan 91 undi dalam pemilihan 15 AJK di sebuah cabang PKR baru-baru ini (kalah dan terkeluar - padan muka).
P/S: Aku takkan lari dari memegang idealism yg aku anuti semata-mata ingin memenangi hati majoriti ahli ex-UMNO dalam PKR. Kalah atau menang mampuih pi! Aku harap Zaid akan berjaya walau dia adalah ex-umno.
19 September, 2010
Pencalonan peringkat tinggi parti hanya keputusan ketua cabang !!
Maka terdengar di sana sini sesungguhnya pencalonan jawatan peringkat pusat PKR hanyalah keputusan ketua cabang bersendirian setelah mendapat izin ahli.
Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, langkah ini terpaksa diambil untuk mengelakkan hubungan ketua cabang dan pengerusi negeri (sekiranya pengerusi negeri menawarkan diri menjadi calon) menjadi keruh.
Oleh itu, kepada calon-calon yang mendapat pencalonan tinggi janganlah cepat perasan, ok!
Ntah-ntah calon yang dapat pencalonan tertinggi dapat undi paling ciput!
Calon-calon yang bertanding disarankan menilai diri sendiri. Sekira tak mampu menunaikan tanggungjawab, otomatiklah untuk menarik diri.
Janganlah menganggap jawatan dalam parti sebagai satu tiket untuk menjawat jawatan menteri bila PR berkuasa nanti (Itupun kalau diizinkan Allah s.w.t.).
SELIPAR ADIDAS, SELIPAR JEPUN,
DIGUNA UNTUK KE TANDAS ATAU MANDI,
KJ YG MENANG JADI KETUA PEMUDA UMNO PUN,
KENA CANTAS TAK DAPAT JADI MENTERI!
Sendiri mau ingat la oiii!
P/S: Orang politik ni kadang-kadang nampak macam tak percaya pada qadak dan qadar. Salah satu dari rukun iman tu!
08 September, 2010
Pemilihan PKR: Jangan Pening, Mudah!
Merujuk kepada tajuk. N3 ni sebenarnya kepada ahli PKR.
Bukan PKR boleh baca tapi jangan ambik pot.
Cenggini,
Bila anda baca blog ni dan ni (Kedua2 blog ni mewakli golongan rebel dalam PKR), semenjak 2 menjak ni heboh diperkatakan tentang keinginan Azmin Ali untuk menduduki kerusi no. 2 PKR.
Maka habislah dikeluarkan si Azmin ilmu beliau semasa dalam UMNO untuk menduduki kerusi tersebut.
Jika sebelum ni majoriti ahli telah beranggapan si Azmin dah kikis abih UMNO beliau tetapi dalam keadaan terdesak ini barulah disedari, rupa-rupanya masih lagi membawa perangai UMNO beliau (sikitpun tak luak!)
Percaturan untuk ahli2 memilih penjawat jawatan no 2 (Timbalan Presiden) ni mudah sangat!
Majoriti ahli dah tau, kebanyakan kerusi Pengerusi PKR negeri adalah percaturan Azmin. Ada yang bagus, ada yang kurang bagus, ada yang hampeh!
1. Kalau anda rasa Pengerusi PKR negeri anda bagus/mantap/telah meningkatkan prestasi ahli-ahli di negeri = PILIHLAH AZMIN.
2. Kalau anda rasa Pengerusi PKR negeri anda hancai boncai/telah mencantas tokoh lain yang lebih disukai/buat kerja ntahapapantah = JANGAN PILIH AZMIN! (Bila Azmin kalah automatis Pengerusi anda akan kena tendang sama)
Mudahkan! GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI PENGUNDI YANG AKAN MENENTUKAN HALA TUJU PARTI. KALAU PARTI BERTAMBAH CEMERLANG SELEPAS PEMILIHAN INI = ANDA BERJASA BESAR!
KALAU PARTI JADI TUNGGANG LANGGANG ATAS KESILAPAN ANDA = TANGGUNG SENDIRI!
P/S: aku masih berfikir siapa yang patut diundi.
04 September, 2010
Reformis Otai dah berbunyi!
Jangan sempitkan makna Gerakan Reformasi
Oleh : Norazimah Mohamad Nor
Saya (gambar sebelah) membaca penuh khusyuk biografi ringkas ala kempen yang di buat oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang hari ini adalah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat dan juga Ahi Dewan Undangan Negeri Seri Setia untuk calon AMK Rafizi Ramli.
Apa yang jelas, penulisan itu hanya mahu memberitahu kepada umum bahawa Rafizi Ramli juga seorang reformis dan hadir seawal minit pertama gerakan reformasi 1998. Mengapa perlu diperkenalkan Rafizi Ramli, sekiranya beliau memang hebat dalam gerakan reformasi.
Sememangnya beliau akan di kenali tetapi ini adalah sebaliknya.
Langkah Nik Nazmi kemudiannya disusuli untuk memberitahu umum bahawa gerakan reformasi dengan demonstrasi jalanan tidak akan berjaya membawa kita ke Putera Jaya. Pandangan sempit inilah yang sebenarnya membuat saya rasa tercabar untuk mematahkannya. Pergerakan Reformasi BUKAN sekadar demonstrasi jalanan.
Gerakan Reformasi yang hadir pada tahun 1998 adalah pencetus, melibatkan gerakan dalam alam siber, perencanaan dan juga mengambil langkah menyuarakan pendapat melalui semua medium termasuk demonstrasi. Kesilapan utama adalah meletakan gerakan itu menjadi sempit dengan pandangan yang sempit. Sebenarnya Nik Nazmi kena sedar bahawa membawa imej konon-kononnya keintelektualan sahaja yang mampu mengadakan perubahan adalah satu sinopsis sempit.
Sesempit beliau melabel gerakan reformasi itu sebagai demonstrasi jalanan. Perlu diingat reformis melakukan lebih dari itu – perjuangan yang perlukan komitmen tinggi, keberanian dan seterusnya melakukan perencanaan bagi merealisasikan agenda reformasi. Gerakan Reformasi turut menjelajah ke seluruh pelosok negara dengan bahan-bahan tulisan, risalah dan bukan setakat menulis di Suara Mahasiswa. Yang paling penting adalah gerakan Reformasi bukan dangkal kepada nilai keintelektualan.
Kalau dikatakan Generasi Reformasi buktikan partisipasi dalam mengadakan gerakan reformasi dari membaca, menulis, memahami dan kemudian bertindak untuk suara didengari. Perlu diingatkan juga gerakan ini disertai oleh seluruh peringkat – baik mereka yang pernah berjawatan baik, mempunyai kedudukan kewangan kukuh sehingga melarat dalam memperjuangkan agenda.
Kita tidak perlu anak muda yang belum tahu apa makna perjuangan dengan semangat keberanian mengatakan kami lebih tahu mahu membuka jalan ke Putera Jaya. Satu kenyataan yang angkuh dan amat sombong. Kalau benar mahu mengadakan Generasi Reformasi – sumbanglah dengan komitmen yang tinggi dan sanggup berkorban masa dari alih-alih mahu jadi Ketua AMK.
Saya melihat sendiri,memahami makna perjuangan. Saya semakin faham setelah terpaksa menuntut di Universiti Jalan Raya – mengenai sakit dan pedih perjuangan dan faham apa maksud pelaksanaan kata-kata sebagai hakikat perjuangan. Perjuangan itu menyeluruh dan saya tidak menyempitkan jalan ke Putera Jaya hanya mampu dilakukan oleh Rafizi dan kebolehan intelek semata-mata.
Saya lihat apa yang disampaikan oleh Saudara Nik Nazmi adalah sehelai kertas putih – menceritakan keindahan kerjaya tetapi tidak faham makna perjuangan. Ingat Anwar Ibrahim terkurung sewaktu itu dan gerakan reformasi bangkit dengan tujuan utama menuntut perubahan – menyedarkan rakyat akan kepincangan – membuka mata rakyat serta memupuk kesedaran politik dan mendidik mereka untuk melihat perjuangan bukan terhad kepada sepak terajang politik semata-mata. Itulah dia gerakan Reformasi – melihat dan mengkaji kepincangan yang ada, membuat analisa mengenai apa yang perlu dilakukan untuk perubahan dan akhirnya menekan agar perubahan itu dilaksanakan.
Jangan sombong dan bongkak dalam mengatakan bahawa kamu — Rafizi Ramli dan angkatan yang mencela reformasi sahaja yang mampu menunjukkan jalan ke Putera Jaya. Ingat Anwar Ibrahim juga seorang reformis tetapi tidak perlu di hiaskan dengan kata-kata seperti mana rakan Rafizi — Nik Nazmi perlu untuk menunjukkan kebolehan. Saya petik kata-kata ilmuwan yang saya pelajari setelah 10 tahun sebagai aktivis reformasi;
“ Tidak ada pencetakan yang bisa mencetak pemimpin. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dari kalangan rakan seangkatannya lalu diterima dan di dokong oleh umat” — Almarhum Bapak Mohamad Natsir
Maka kita perlu lebih bijak dalam memilih. Mereka yang tidak kenal makna perjuangan dalam gerakan reformasi akan hanya menutup sejarah dengan perjuangan yang mereka lakukan di tepi-tepi meja dan sudut-sudut komputer.
Maka nilai kemerdekaan yang kita kecapi akan terhakis seperti mana akan berlaku terhadap perjuangan reformasi sekiranya kaum yang mengaku mereka pandai hanya memandai dalam mengaku bahawa jalan ke Putera Jaya mampu dibuka oleh mereka
P/S: Setuju!
26 Ogos, 2010
Isu Hudud: Kenyataan penuh Nik Nazmi.
Berikut adalah kenyataan penuh Nik Nazmi yang dipetik di sini.
Isnin lalu laporan New Straits Times memetik kata-kata saya menyatakan pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah “tidak sesuai”.
Laporan ini kemudian dipetik pula oleh Bernama tanpa menghubungi saya.
Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa saya menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam.
Dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama:
“Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.”
Pendirian Pakatan Rakyat juga adalah jelas. Dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, PAS dan DAP pada Disember 2009 Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.
Pakatan juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
Dalam temubual saya Januari tahun ini dengan laman web the Nutgraph juga saya menegaskan adalah penting untuk semua menghormati mahkamah syariah (serta Perkara 121(1)(a)) dan memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Isu ini telah saya ulas dalam dua bab dalam buku saya, Mendepani Zaman iaitu Meraikan Warisan Wasatiyyah Kita – bagaimana kita boleh mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari dengan tradisi kesederhanaan Islam di Nusantara dan Tiada Paksaan: Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Malaysia – bagaimana mempertahankan muafakat Perlembagaan bahawa Mahkamah Syariah hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam.
Dalam aspek syariah kita harus lihat perlunya mengambilkira fiqh al awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam proses pelaksanaannya.
P/S: Mulai sekarang sementara Pakatan Rakyat belum menguasai Putrajaya, parti2 dalam Pakatan Rakyat harus melantik seorang individu sahaja untuk memberi apa2 kenyataan kepada media2 milik BN. (yang lain boleh diam, jangan kalut nak tunjuk glamer!)
24 Ogos, 2010
Hampeh2 dalam PKR makin terdesak! (2)
Aku ingatkan hampeh2 PKR dalam cabang je yang terdesak, rupa2nya hampeh2 PKR di Pusat lagi terok! Selanjutnya di sini.
23 Ogos, 2010
Jom Ramai-Ramai Jadi AJK Cabang!
Kepada ahli PKR Kuala Kangsar yang ingin membawa parti ke arah jalan yang lurus sebagaimana yang dikehendaki rakyat, jom sama-sama menentukan arahtuju parti dengan menjadi AJK. Tarikh penghantaran pencalonan pada 29 Ogos ini. Sediakan 2 keping gambar ukuran pasport dan isi 3 salinan borang yang mesti ditandatangani calon, dan 2 penyokong. Borang boleh didapati melalui setiausaha cabang atau email saya di alamat nckchor@gmail.com. Anda harus bertindak pantas sebelum parti anda terlungkup oleh orang-orang lama spesis Jamaludin dan Osman. Perhatian anda amat dialu-alukan!
P/S: Saya akan membantu anda untuk mendapatkan 2 tandatangan penyokong yang dikehendaki!
P/S: Saya akan membantu anda untuk mendapatkan 2 tandatangan penyokong yang dikehendaki!
22 Ogos, 2010
Hampeh2 dalam PKR makin terdesak!
Pemilihan jawatan dalam PKR telah semakin hampir. Maka, makin banyak cerita-cerita lawak telah muncul. Selain isu RM20 boleh jadi Ketua Cabang,banyak lagi isu lain yang kalau rajin dikorek akan mendatangkan persepsi bahawa kemungkinan PKR akan jadi macam Umno bila berkuasa.
Kes 1.
Seorang Pengarah Pilihanraya Cabang telah memarahi Ketua Wanita negeri kerana melakukan gerakerja bersama Wanita PKR Cabang tanpa memaklumkan kepada beliau. Menurut sumber dari seorang ahli Wanita Cabang, mereka telah putusasa terhadap Pengarah Pilihanraya Cabang ini kerana suka mengambil kesempatan mempopularkan diri sendiri di atas jerih usaha ahli walhal beliau sendiri tiada langsung idea untuk menjalankan sebarang gerakerja.
Kes 2.
Seorang Naib Ketua Cabang (yang juga merupakan bekas Bendahari Umno yang ditendang) akan claim duit minyak kereta kepada bendahari Cabang setiapkali berpergian melakukan tugas-tugas parti walaupun dalam kawasan.
Kes 3.
Seorang Naib Ketua Cabang (yang dilantik) telah memarahi seorang aktivis parti yang menjalankan usaha untuk mengenalpasti ahli-ahli yang patut diletakkan mengetuai Cabang supaya Cabang akan bergerak dengan lebih lancar di masa akan datang. Naib Ketua cabang ini telah merasa tergugat kerana impiannya untuk menjadi Ahli Majlis sekali lagi apabila Pakatan Rakyat kembali menguasai negeri akan hancur sekiranya beliau tidak lagi memegang jawatan tinggi dalam Cabang.
P/S: Dalam ketiga-tiga Kes, individu yang diperkatakan adalah orang yang sama. wargh wargh wargh! Manakala aktivis itu adalah aku! Aku Takut? Mampuih pi! wargh wargh wargh!
10 Ogos, 2010
Ingatkan PKR tempat aku je yg bangang!
Pengundi bawah 59 Tahun 73%. Pengundi atas 60 Tahun 27%. Masalahnya yg pegang cabang/negeri atas umur 60 tahun (Nak bukak komputer pun tak reti). Maka bangang zaman Labu Labi di bawa ke zaman ini. Maka jadilah macam kat sini. Mentang-mentang pemilihan peringkat tertinggi PKR dah makin dekat, makin terserlah kebangangan group ni! tionaseng!
Kes bazar Ramadhan-Kisah Benar!
Sebelum ni utusan meloya, peh tu malam ni tv 3 suku pulak buat citer pembohong untuk rakyat Malaysia. Tionaseng! Sila baca kisah sebenar di bawah.
KENYATAAN PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC) PADA 9 OGOS 2010 KE ATAS LAPORAN PALSU UTUSAN MALAYSIA BERKENAAN 27 PENIAGA BAZAAR RAMADAN DIHALANG BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN, KOMTAR.
Sekiranya Komtar Merchant Association(KMA) Tidak Bayar Sewa Yang Dikutip Daripada 27 Peniaga Melayu Kepada PDC Dan Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Maka PDC Akan Berurusan Terus Dengan Peniaga Secara Individu.
Merujuk kepada kenyataan akhbar seperti di atas, pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di Bazar Ramada di Komtar adalah tidak benar. Adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Komtar Merchant Association(KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan Bazar Ramadan mengikut peraturan yang telahpun ditetapkan.
Sebenarnya permohonan KOMTAR Merchant Association (KMA) untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan di ruang legar, konkos paras 3, KOMTAR untuk 27 peniaga telah dibincang di dalam Jawatankuasa Induk Pemulihan KOMTAR pada 5 Ogos 2010 bersama-sama dengan wakil KMA. Pada mesyuarat itu, telahpun dibangkitkan perlunya menghadkan jumlah bilangan peniaga Ramadan demi mengatasi masalah kesesakan ekoran terlalu banyak gerai ditempatkan di pusat pentadbiran kerajaan negeri. Masalah kesesakan ini tahun lepas telahpun menyebabkan kesesakan dan kesulitan orang ramai keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Negeri Konkos Paras 3.
Mengambil kira kewujudan 20 gerai yang sedia ada di kawasan yang dipohon dan untuk mengelakkan daripada kesesakan di kawasan tersebut yang merupakan juga pintu masuk utama ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR, maka PDC telah memutuskan untuk hanya membenarkan penyewaan bagi 10 gerai sahaja beroperasi di situ dengan pengenaan sewaan RM50.00 sehari untuk setiap gerai, iaitu harga sama yang dibayar oleh 20 gerai sedia ada. Surat kelulusan tentang penyewaan ini dikeluarkan oleh PDC pada petang 6 Ogos 2010 kepada KMA.
KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa. Di samping itu didapti bukan sahaja KMA mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai.
Daripada penjelasan di atas dapat dilihat bahawa PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos , paras 3, KOMTAR dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosidur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut. Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC.
PDC juga ingin memaklumkan bahawa KMA telah bertindak tanpa pengetahuan PDC dengan berurusan terus dengan 27 peniaga terlibat dan mengutip wang sewaan . Sepatutnya KMA hanya boleh berbuat demikian apabila memperolehi kelulusan dan persetujuan PDC berkenaan penyewaan ruang legar tersebut. Tindakan KMA ini telah menjadikan 27 peniaga tersebut sebagai mangsa yang kemudiannya menuduh PDC sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini. Adalah tidak adil PDC dipersalahkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh KMA.
Dengan surat kelulusan yang PDC keluarkan bertarikh 6 Ogos 2010, pihak KMA boleh meneruskan dengan pemasangan kemudahan gerai yang dirancang tertakluk kepada syarat tidak melebihi 10 gerai dan membayar sewa yang dikutip daripada peniaga. Disamping itu KMA juga perlu memenuhi syarat-syarat yang PDC telah letakkan di dalam surat kelulusan tersebut.
Kini perkara ini telah menjadi satu isu. Sebagai jalan penyelesaian, Pengurus Besar PDC Dato Rosli bersetuju untuk ruang legar konkos paras 3, KOMTAR akan ditambah daripada 10 gerai kepada 17 gerai dengan penggenaan sewaan RM50.00 sehari bagi setiap gerai. Ini adalah untuk mengelak kesesakan, ketidak keselesaan pengunjung serta keselamatan di kawasan tersebut. Sebagai alternatif, baki 10 peniaga lagi dibenarkan untuk ditempatkan di konkos Paras 4, KOMTAR Untuk membantu pihak KMA, 10 peniaga terlibat hanya akan dikenakan sewaan RM25.00 sehari untuk setiap gerai (iaitu selepas diskaun sebanyak 50%).
Surat kelulusan yang baru berkenaan perkara di atas telahpun dikeluarkan oleh PDC pada 9 Ogos 2010. Sekiranya setelah usaha penyelesaian ini dibuat dan KMA gagal mematuhinya, maka PDC dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jafar telahpun mengarahkan sekiranya KMA tidak mahu membayar sewa yang dikutip daripada peniaga kepada PDC dan mematuhi peraturan yang ditetapkan maka PDC akan terus berurusan dengan 27 peniaga secara individu.
Adalah jelas di sini bahawa PDC tidak pernah sekali-kali menghalang peniaga untuk berniaga di situ tetapi apa yang perlu ialah segala urusan hendaklah dibuat dengan mengikut prosidur, pembayaran sewa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin keselesaan, keselamatan para peniaga dan para pengunjung kelak.
MOHD BAZID ABDUL KAHAR
PENGURUS KANAN HARTANAH PDC
P/S: Melayu kena tipu dengan Mamu! wargh wargh wargh! tak sedor-sedor!
27 Julai, 2010
Bila pulak depa ni Melayu?
Banjar
Jawa
DKK ooppsss... K ori!
KAH KAH KAH!
TETIBA SEMUA NGAKU MELAYU!
DULU-DULU MALU NAK NGAKU MELAYU!
TAKDAK PROXI ORI MELAYU KA NAK KELUAR KENYATAAN?
ORANG MELAYU ORI ABIH MASUK PAS DGN PKR! YANG TAK ORI TAPI MASUK PAS DGN PKR TU SEMUA NYAMAR!
WARGH WARGH WARGH!
TAK CAYA GI UMAH DEPA DENGAQ DEPA PAKAI BAHASA APA!
KIH KIH KIH!
P/S: Gambar 1 dan 2 masih boleh dikira Melayu tapi gambar 3 tu setitik melayu pun takde!
26 Julai, 2010
Mufti lebih utama dari rakyat?
Zambry Abd Kadir berkata beliau kesal dan sedih tindakan keterlaluan pihak tertentu yang sanggup menggunakan kata-kata kesat terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
“Salahkah seorang mufti mengajak umat bersatu, tidakkah itu satu tindakan yang wajar sebagai ahli agama membawa saudara sesama Islam ke jalan yang diredai sebagaimana dianjurkan. Selanjutnya di sini
Soalan dari aku!
1. Hang ambik kepimpinan Negeri Perak dari kuasa Rakyat nak di istilah kan apa pulak?
haramjadah? pundek? tionaseng?
2. Kalau hang berani sangat bubarkan DUN sertamerta! Suruh Mursyidul Am UMNO Mufti Harusani keluarkan fatwa "Undi UMNO masuk shurga".
P/S: pap! pap! pigi la lu!
Langgan:
Catatan (Atom)