Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 Jun, 2013

PRU14. Bersediakah pimpinan lama menangani hal ini?





PRU14 Boomers 20%, Gen X 40%, Gen Y 40%. Sudah bersediakah anda?


Boomers -  Millenial Generation, Generation Next, Net Generation, Echo Boomers– tiada kesepakatan tentang tahun kelahiran, selalunya merujuk kepada mereka yang lahir pada 1983 hingga awal 2000.

– lahir selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1946 hingga 1964. Dinamakan begitu kerana pada masa ini menyaksikan pertambahan kadar kelahiran yang tinggi. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat. Dilihat sebagai generasi yang “mewah” kerana lahir di dalam keadaan ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya.

Sikap
- Boomers adalah golongan yang tunduk kepada undang-undang…biar pun undang-undang itu berat sebelah. Berapa ramai dikalangan Boomers yang turun kejalan raya? Nak edar risalah pun takut. Yang depa berani hanya bercakap dipentas ceramah. Itu pun depa pastikan mesti ada permit. Kalau tak ada permit, semua cabut.
Dan jangan cakap la pasai internet atau blog. Nak jemput depa, mesti ada surat rasmi..siap dengan kepala surat. Ramai AJK Kawasan yang tak datang mesyuarat kalau tak ada surat. Takat panggil dengan SMS, depa tak layan. Kalau datang pun, perkara pertama depa akan tanya..”pasai apa tak hantar surat?”
Tapi satu yang bagus, depa prihatin kat keluarga. Yang tak bagusnya…bila depa ada ramai bini. Masa untuk rakyat terlalu sikit….sebab masa habis melayan bini.




Gen X
- juga dikenali dengan 13th Generation dan Baby Busters. Mereka yang dilahirkan di 1965 hinggalah awal 1980 an (tidak lebih dari 1982).

Sikap
- Gen X lebih terbuka dalam pemikiran. Mampuih pi la dengan undang-undang. Lebih-lebih lagi dengan undang-undang yang mencengkam…tetapi mereka bukan melanggar undang-undang!!Majoriti Gen X tidak peduli lagi sama ada seseorang itu Melayu, Cina atau India. Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Melayu salah pun dia hentam. Cina salah pun dia lawan. India salah pun dia tentang.Satu perkara penting, Gen X adalah generasi yang mula-mula menggunakan internet, walaupun jumlah yang sikit. Tapi mereka menjadi peneroka alam siber yang kemudiannya di eksploit sepenuhnya oleh Gen Y.Satu lagi budaya baru yang dibawa oleh Gen X ialah mereka tidak lagi merasakan keluarga sebagai sesuatu yang wajib diberi tumpuan. Ini mungkin kerana saiz keluarga yang besar, (Boomers lebih pentingkan anak yang ramai). Gen X kurang mendapat perhatian dari ibu bapa dan ini menjadikan mereka rebellious dan menjadikan mereka survivors.Mungkin itu sebabnya, mengapa tagline menentang kronisme dan nepotisme mendapat sambutan dikalangan Gen X.






Gen Y - Lahir mulai 1983

Sikap
Teknologi telah mengubah sikap Gen Y. Kalau dikalangan Boomers, sebarang salah laku boleh ditutup dibawah karpet. Tetapi dengan bantuan teknologi, semuanya terbongkar di internet.

Bukan saja salah laku Umno yang terbongkar, malah salah laku Pakatan Rakyat juga terbongkar. Tak ada yang boleh ditutup lagi. Gen Y menerima siapa saja sebagai kawan, tak kira dari Melayu, Cina atau India. Kebanyakannya hanya mengenali nama maya, tanpa mengenali peribadi seseorang itu. What the heck!!
Gen Y sangat kreatif, dan tidak akan mampu dikongkong oleh Boomers. Sikap mereka…”mampuih pi la”!! Selagi mereka memikirkan bahawa apa yang mereka buat adalah betul, mereka akan buat.
Dan dengan bantuan internet, Gen Y akan menjadi penggerak kepada perubahan yang dinantikan.
Tapi nanti dulu…perubahan yang akan berlaku bukan bermakna Pakatan akan berjaya. Sekiranya Pakatan juga tidak berubah seiring dengan kehendak mereka, Pakatan juga akan lingkup.

Sekian. Aku dah kabo. Jangan kata aku tak kabo.hahaha


P/S:  Harap jangan diulang perangai berebut DUN dan perangai PAS kutuk PKR. PKR kutuk PAS. Ulang lagi, bungkuih! Usahkan Gen Y, aku 1st generation gen X pun getik!



Azmin semakin dipinggirkan. Cantekkkkk!



Azmin dan para pengampu beliau.

Baca:

Post Pic
orang Azmin!

SHAH ALAM: PKR Selangor mendakwa tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik negeri.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) mengenai tindakan melantik Saifuddin sebagai perantara politik antara parti dan kerajaaan negeri.

“MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” lapor akhbar Sinar Harian.
Shuhaimi mendakwa saranan MPN Selangor pada Kongres Nasional PKR ke-9 bulan lalu untuk meletakkan wakil politik dalam pentadbiran negeri, ditolak.

“PKR Selangor bertegas saranan pemantapan organisasi melibatkan ahli Pakatan Rakyat berkelayakan perlu dilakukan dan menyokong apa juga usaha pemantapan secara menyeluruh perlu segera dilaksanakan bermula di pejabat MB, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pihak berkuasa tempat (PBT) dan seterusnya GLC lain,” katanya.

Pada kongres lalu ADUN Seri Muda itu dalam perbahasannya mencadangkan agar ahli parti diserapkan ke dalam pentadbiran negeri termasuk GLC dan pihak berkuasa tempat (PBT) di Selangor.

Namun tiada sebarang kata putus dari pentadbiran Khalid mengenai cadangan itu.

Pada kongres yang sama Khalid mengumumkan penubuhan bahagian perhubungan politik untuk memperbaiki kelemahan dalam aspek politik dalam pentadbiran Selangor.

Khalid berkata individu berkenaan akan mengendalikan hal ehwal politik dalam negeri dan Saifuddin diumumkan sebagai pegawai berkenaan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhubung dengan pengumuman Abdul Khalid itu, media melaporkan PAS juga mahukan pimpinan pusat mereka turut dilantik di jawatan sama kerana Selangor bukanlah negeri PKR semata-mata.

Dalam Pilihan Raya 2013, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.



P/S: Nampaknya Anwar Ibrahim pun dah tak larat nak menjaga si Azmin. GLC2 di Selangor pun dengar khabar orang2 Azmin langsung tak dibagi muka! Cantekkkkk! Nampak gayanya selepas ni Azmin akan terkontang-kanting sorang2. Hambekkkkk!


Apa2 pun, tahniah kepada MB Khalid Ibrahim yang mengutamakan kemakmuran rakyat Selangor!




Pinjam jap lagu ni. hahaha




Dah dengar lagu baca pulak komen macam gampang dari sahabat aku si Cipan Tapir Tenuk. Hahaha

Ahli Semua Tak Tanya Pun

Bhai.... Hahahaha... seperti yang gua dah agak awal pagi tadi... biler isu nih mula keluar dalam Sinar Harian..

hahaha...  ayat cover-up kaki-kaki yang nakkan laba dan untung mula kedengaran.... 

menggunakan ayat kononnya semua ahli PKR dan PR tertanya-tanya..... hahaha...

Walhal... takder saper pon yang tertanya-tanya... ahli semua tak tanya pun.... hahaha.. 

Even ahli PKR pon tak tanya.... malah ahli Pakatan Rakyat, pengundi dan penyokong serta pendokong pon
 tak tanya...

Yang tanya hanyalah Shuhaimi Shafiei.... kini Azmin Ali... dan kalu kita rajin nak dengar... 

by malam nanti mulalah Zuraidah akan mula melalak samer... hahaha...

Diorang nih jer yang tertanya-tanya... kenapa ader perlantikan Pegawai Perhubungan Politik....... hahaha..... 

Biasa la... yang akan kecoh nih aderlah orang-orang yang jenis kelapaq harta ghanimah.... 

harta rampasan perang... hahaha... nakkan jawatan CEO la... aper la.... 

nak dapat semua kuasa dan wang ringgit.... hahahaha....

Kalu macam nih la perangai... gua harap la pada pemilihan PKR yang akan datang... tolong aaaa... 

tolong humban jauh-jauh mangkuk-mangkuk nih..... mangkuk-mangkuk jenis mahukan laba dan untung.... 

Wei... jangan ingat dalam UMNO jer ader macam nih... dalam DAP, PKR dan PAS pon ader... 

kalu dalam PAS tue... siap berjubah berserban lagi.... hahahaha....

Aper nak jadi aaaa..... ini bukan wakil kepada rakyat... ini wakil diri sendiri jer....  

Ahli semua tak tanya pun lar..... hahaha... memandai jer guna nama ahli.... aper daaa.....

KAH KAH KAH!


Kenapa Ustaz2 PAS susah nak diterima pengundi?



Kecuali Tg Nik Aziz.

Yang lain, bagi Terengganu bungkus, bagi Kedah lingkup!

Kalau la 2 negeri ni kedua2 ostad ni berjaya urustadbir dengan baik, naik saham semua ostad2!

Kalau profesional, turut mendalami bidang agama kerana ilmu agama wajib kepada umat Islam.

Ostad2? kenapa tidak mendalami bidang pentadbiran? tak wajib?

Kalau dapat jadi MB ada kuasa nak mengarah je?

Kalau yang diarah menyeleweng macamana?

Pasal banyak mengarahlah semua jadi lingkup! Hambek!




CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN ISLAM

Bagi memastikan pemimpin yang dilantik berupaya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik serta mencapai matlamat kerajaan Islam yang diterajuinya, maka hendaklah dipastikan agar calon-calon pemimpin ini memenuhi ciri-ciri yang telah digariskan oleh Fuqahak Islam[1];
1. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman atau yakin dengan prinsip-prinsip tanggungjawab yang terangkum dalam pengertian Khilafah kerana tanggungjawab mentadbir atau mengurus mana-mana sistem atau peraturan tidak boleh dipikulkan ke atas bahu orang-orang yang menentang prinsip-prinsip dan asasnya.
Firman Allah S.W.T.;
يَآ أيــُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَاْ تــَتــَّخِذُوْا بــِطَاْنــَةً مِنْ دُوْنـِكُمْ (النساء : 59)
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai)”.
2. Mereka tidak terdiri daripada orang-orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah. Sebaliknya mereka hendaklah terdiri dari orang-orang yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh.
وَ لَاْ تــُطِعْ مَنْ أغْفَلْنَاْ قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنــَاْ وَاتــَّبَعَ هَوَاْهُ وَ كَاْنَ أمْرُهُ فُرُطًا (الكهف : 28)
“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran”.
3. Mereka bukanlah dari kalangan orang-orang yang jahil dan tidak mempunyai kecerdikan (sufaha’) sebaliknya hendaklah terdiri daripada ulama’ atau ilmuan yang berakal sempurna, yang memiliki kefahaman dan basirah serta mempunyai kelayakan dari segi intelek dan fizikal untuk mentadbir urusan-urusan khilafah.
وَ لَاْ تــُؤْتــُوْا السُّفَهَاْءَ أمْوَاْلَكُمُ الَّتِيْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَاْمًا (النساء : 5)
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna aqalnya akan harta kamu yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”.
قُلْ هَلْ يَسْتــَوِي الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَ الَّذِيْنَ لَاْ يَعْلَمُوْنَ (الزمر : 9)
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”.
4. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan kepercayaan dan tanpa keraguan.
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تــُؤَدُّوْا الْأَمَاْنَاْتِ اِلَى أهْلِهَاْ (النساء : 58)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)[2]”.
Mana-mana orang Islam yang diberi kuasa atau peluang untuk melantik pemimpin atau menentukan pimpinan di kalangan umat Islam, maka mereka hendaklah melihat dan mengambil kira ciri-ciri di atas dalam menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi pemimpin mereka. Mengabaikan ciri-ciri di atas dalam pemilihan pemimpin akan memberi satu kesan yang buruk kepada masa depan Islam dan juga umat Islam. Melantik pemimpin-pemimpin yang tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai khalifah atau bersifat fasiq, zalim dan fujur atau tidak memiliki kelayakan ilmu, intelektual dan fizikal untuk memerintah bererti mendedahkan umat Islam kepada pelbagai kerosakan dan penyelewengan dalam kehidupan duniawi dan agama mereka.
[1] Al-Khilafatu Wal-Muulku, Abul A’la Al-Maududi, m.s 22-24, cet. Darul-Qalam Kuwait (1978).
[2] Termasuk dalam pengertian “menyerahkan amanah kepada ahlinya” dalam ayat ini ialah menyerahkan jawatan-jawatan kepada orang-orang yang selayaknya. (Tafsir Ruhul-Ma’ani, Imam Alisu). - sumber

P/S: sekian luahan hati  dari aku.


02 Jun, 2013

Kota Damansara. Penjelasan dari Khalid Samad


Oleh Khalid Samad 



BEBERAPA hari yang lalu telah saya bahas dari sudut ijtihad atau keputusan strategi. Hari ini saya ingin bahas dari sudut yang lebih berat iaitu akhlak jamaah Islam.

Untuk membahas dari sudut akhlak jamaah Islam, satu persoalan utama perlu dijawab terlebih dahulu. Persoalan ini ialah samada wakil rasmi PASdalam mesyuarat perundingan kerusi di peringkat PR Pusat telah memberi persetujuan untuk menerima Dr. Nasir sekiranya beliau diturunkan sebagai calon PKR atau sebaliknya? Sekiranya persetujuan telah diberi olehwakil rasmi PAS di mesyuarat tersebut, maka walau apa pun alasan yang diberi oleh kawasan dan cawangan-cawangan, tindakan PAS bertanding adalah salah dari segi akhlak jamaah Islam.

Sekiranya ianya tidak dibincang dan wakil PAS di mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat telah dengan jelas menyatakan bahawa walau apa pun, calon PSM tidak boleh diterima, maka tindakan PKR meletak Dr. Nasir sememangnya menempah masalah.

Bukan untuk Kota Damansara sahaja tetapi untuk semua kerusi yang ditandingi. Setiap kerusi dibincang dan diagihkan di antara parti yang terlibat berdasarkan maklumat dari Negeri yang telah Sememangnya setiap kerusi dibincang dan diputuskan di mesyuarat PR Pusat. diambil dari kawasan. Oleh kerana PAS tiada pertindihan kerusi dengan DAP maka biasanya PAS akan berunding dengan PKR sambil 
PKR pula akan berunding dengan DAP berhubung kerusi majoriti bukan Melayu.

Dalam soal KD ianya telah ditandingi oleh PKR pada tahun 2008 dan Dr. Nasir jugalah calon yang diturunkan oleh PKR. PKR menurunkan Dr. Nasir sebagai calonnya di Kota Damansara pada 2008 dengan persetujuan mesyuarat PR dan beliau telah menang. Semua yang terlibat dengan mesyuarat PR mengetahui bahawa Dr. Nasir adalah dari parti PSRM pada asalnya tetapi keluar PSRM apabila PSRM disatukan dengan PKR. Dr. Nasir dan beberapa rakannya kemudiannya berusaha untuk mendaftarkan ‘PSM’ sejak sebelum 2008 lagi. Tanpa adanya parti sendiri maka mereka bersetuju untuk bertanding dengan menggunakan lambang PKR. PKR pun bersetuju untuk mengelak berlakunya 3 penjuru dan mesyuarat PR meluluskannya.
Pada 2013 PSM telah didaftarkan. Maka pada ketika itu mereka ingin bertanding atas lambang PSM. Perkara ini, sefaham saya, telah dibawa ke mesyuarat PR. Keputusan mesyuarat PR pada ketika itu ialah sekiranya mereka bertanding atas lambang PKR maka status quo akan kekal dan mereka akan diterima sebagai calon PKR dan dengan itu calon PR. Dan ini dipersetujui oleh wakil PAS di dalam mesyuarat tersebut yang turut menegaskan supaya elak pertandingan 3 penjuru.
Sebaliknya, sekiranya mereka bertanding atas lambang PSM maka mereka tidak mewakili PR. Dalam keadaan itu PKR akan bertanding juga walaupun berlaku 3 penjuru! Yang akan bertanding melawan PSM pada ketika itu adalah PKR bukan PAS!PAS tiada kena-mengena dengan kerusi tersebut kerana ianya kerusi PKR. Itu yang dipersetujui oleh wakil rasmi PAS. 
Berbekalkan keputusan ini maka PKR berusaha memujuk ahli PSM untuk bertanding atas lambang PKR seperti pada 2008. Ini adalah untuk mengelak dari berlakunya 3 penjuru yang mungkin akan menyebabkan PKR dan PR kehilangan kerusi berkenaan. Calon PSM untuk DUN Semenyih yang bertanding atas lambang PKR pada tahun 2008 telah menolak tawaran tersebut. Maka PSM turun sebagai calon PSM dan oleh itu berlakulah 3 penjuru di antara PKR, PSM dan BN di Semenyih. PKR bertanding walaupun 3 penjuru adalahsepertimana yang diputuskan dan dipersetujui dalam mesyuarat PR. Hasilnya BN menang di Semenyih dan PSM dianggap membantu BN untuk mencapai kemenangan.
Di Kota Damansara, PKR berjaya memujuk Dr. Nasir untuk bertanding dengan lambang PKR. PKR mengarahkan bakal calon PKR sendiri, iaitu Sdr Razlan Jalaluddin seorang peguam untuk menarik diri dan beri laluan kepada Dr. Nasir. Sdr Razlan akur dengan keputusan tersebut dan menarik diri. Dr. Nasir seterusnya diturunkan sebagai calon PKR. PKR yakin keadaan 3 penjuru telah dielak dan terkejut apabila didapati PAS menurunkan calonnya untuk Kota Damansara pada pagi penamaan calon! Pada ketika itu, dan biarlah kita bercakap ikhlas dalam soal ini, jangan berputar-belit macam Yahudi, PAS turunkan calon menentang calon PKR bukan calon PSM!

Wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR Pusat telah dihubungi. Beliau berada di Sabah dan tidak ketahuan apa dan mengapa perkara tersebut berlaku. Setelah dimaklumkan, beberapa hari kemudian, beliau telah turun dari Sabah ke Kota Damansara untuk mengisytiharkan Dr. Nasir sebagai calon rasmi PR! Malangnya ahli PAS Kota Damansara menolak pendirian beliau sedangkan beliau adalah wakil rasmi PAS dalam soal perundingan kerusi!

Apa yang ditulis di atas adalah apa yang saya dimaklumkan oleh wakil rasmi PAS ke mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat, iaitu Setiausaha Agung PAS, Dato Mustaffa Ali. Sekiranya apa yang diceritakan adalah benar, maka amat jelas PAS telah mungkiri janji.
Sekiranya begitu maka amat sangat malanglah keadaannya, lebih lebih lagi sekiranya PAS ingin terus menafikan bahawa PAS telah melakukan kesalahan dengan melanggar apa yang telah dipersetujui bersama. Soal perjanjian dan berpegang kepadanya adalah sesuatu yang amat dipentingkan oleh Islam. Oleh itu tindakan melanggar janji adalah satu tindakan yang tidak boleh dibenarkan dan didiamkan. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

“Dan janganlah kamu jadikan perjanjian yang kamu sertai di antara kamu (sebagai bahan mainan). Akan tergelincir kaki setelah berdiri teguh. Dan akan kamu dilemparkan dengan kehinaan kerana kamu menjadi penghalang kepada jalan Allah (dengan perangai buruk kamu) dan di akhirat akan kamu menerima azab yang dahsyat.”(An-Nahl 94)


Tindakan langgar perjanjian di dalam ayat ini di samakan Allah dengan tindakan menghalang manusia dari jalan Allah! Kerana dilihat oleh mereka bahawa orang Islam tidak berpegang pada janji. Maka mereka memandang hina terhadap orang Islam dan dengan itu menjadi punca mereka menjauhkan diri dari jalan Allah. Fikir-fikirkanlah. Tindakan tersebut sebagai sebuah ‘Parti Islam’ mempunyai implikasi luas dan terus terhadap tanggapan manusia mengenai Islam itu sendiri.


Untuk makluman, di peringkat Negeri Selangor, soal PAS bertanding di kerusi Kota Damansara tidak pernah timbul walau dalam apa-apa perbincangan. PAS Negeri dan Kawasan telah bersetuju bahawa kerusi itu adalah milik PKR dan PAS tidak akan bertanding di situ! PAS Kawasan Subang, iaitu kawasan di mana terdapat DUN Kota Damansara, bertemu berkali-kali dengan PAS Negeri tetapi hanya untuk berbincang persoalan calon Paya Jaras SAHAJA! Pendirian Negeri inilah yang diulangi di peringkat Pusat.


Adalah merupakan kebiasaan bahawa janji dan persetujuan yang dibuat olehwakil rasmi sesebuah pertubuhan adalah merupakan janji dan persetujuan pertubuhan tersebut. Sekiranya PAS mempunyai tanggapan berbeza, di mana janji dan persetujuan wakil rasmi yang diberi mandat untuk mewakili PAS di dalam sesuatu perbincangan tidak mengikat PAS, maka perlu diberitahu pada semua dari awal. Dalam ertikata lain, PAS perlu beritahu bahawa wakil PAS boleh berjanji tetapi janji dan persetujuan itu boleh dibatalkan dan dilanggar pada bila-bila masa mengikut keseuaian tempat dan keadaan semasa.


Saya minta pendirian jelas dikeluarkan yang mengatakan begitu sekiranya benar itulah sikap PAS terhadap janji dan persetujuan yang diberi. TETAPI ketahuilah, sekiranya itulah sikap PAS maka tiada siapa akan membuat perjanjian dengan PAS kerana janji tersebut tidak bermakna!
Dalam soal ini hujjah ‘ijtihad pemimpin’ tidak boleh diguna-pakai. Kerana pemimpin tidak boleh berijtihad untuk melanggar perjanjian dan persetujuan yang telah dicapai sebelumnya dengan begitu sahaja. Untuk makluman di antara matlamat utama PR ialah untuk menentukan satu lawan satu menentang BN. PAS telah beri komitmennya untuk mengukuhkan PR. Tindakan bertanding di Kota Damansara bercanggah dengan apa yang dijanji dan dipersetujui.


عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :
" إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالأَمِيرِ خَيْراً ، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ ، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ "
[ رواه أبو داود والنسائي ] .

Dari Ayesyah (RA): Telah berkata Rasulullah (SAW):-
Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi seseorang pemimpin, akan diadakan untuknya wazir yang bersifat benar. Sekiranya dia lupa akan diingatkannya dan sekiranya dia ingat akan dibantunya. Sekiranya diinginkan Allah sebaliknya, maka diadakan untuknya wazir yang jahat. Sekiranya dia lupa tidak diingatkannya dan sekiranya dia ingat, tidak dibantunya.(Riwayat Abu Daud dan An-Nasaii)


Biarlah ahli PAS menjadi sebagai wazir yang Siddiq yang membantu kearah pengukuhan PR sepertimana yang diinginkan PAS. Maka apabila pimpinan lupa, sama-sama kita ingatkan dan apabila pimpinan ingat dan berusaha keras untuknya, sama-sama kita bantu.


Maka sekali lagi saya nyatakan, sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR bahawa PAS tidak akan bertanding di Kota Damansara apabila PKR menurunkan calon, walaupun calon itu adalah Dr. Nasir, maka tindakan PAS bertanding di Kota Damansara adalah salah, bercanggah dengan akhlak jamaah Islam dan menjatuhkan imej PAS dan Islam dikhalayak ramai.
Saksikan ya Allah bahawa saya telah tunaikan tanggung jawab saya kepada pimpinan saya!


WaLlahu 'Alam 


KHALID SAMAD

P/S: Hj Hadi bila pulak nak beri penjelasan? 

TG Nik Aziz. UG hanya hasrat 3,4 orang yang dipaksa kepada parti!


oleh: Al-Husseyn

Berikut adalah transkrip ucapan Tuan Guru Nik Aziz dari videoklip yang telah dinaikan di Youtube (di bawah) pada 17 Jun 2009. Sila perhatikan:

[Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Isu kerajaan Perpaduan bukan cadangan PAS mahupun Pakatan Rakyat , tetapi hanyalah cadangan peribadi orang tertentu. Bercakap kepada media selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau berkata , tidak betul jika Perdana Menteri menganggap PAS bersetuju sedangkan parti tidak pernah bermesyuarat mahu pun membuat keputusan rasmi berhubung perkara itu.]

 (0:36) ~ “Isu perpaduan ini bukannya datang daripada PAS, tetapi lontaran drp peribadi tertentu. Bukan daripada PAS. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut PAS setuju, itu tak betul! Itu lontaran daripada peribadi ; dan juga tidak masuk dalam kertas agenda parti sendiri.

 “Parti PAS sendiri tiada agenda mesyuarat ; dan juga tak masuk dalam agenda mesyuarat Pakatan. Jadi dengan sebab itu, Pakatan pun tak tau, Pas sendiri pun tidak rasmi, maka bagaimana , apa nama …nak sebut PAS ? Tak boleh… Lontaran peribadi orang tertentu! “ ~(1:09)

[Mengulangi mewujudkan Kerajaan Perpaduan ialah kerja Boneka Umno, beliau juga berkata , sebarang cadangan perlu dibincang diperingkat parti dan Pakatan Rakyat sebelum diperbesarkan.]

(1:21) ~ “Benda dalam mesyuarat parti, yang keduanya Pakatan … Kalau PAS setuju, Pakatan setuju lainlah masalahnya…

“Tapi PAS pun tak dibincang, Pakatan pun tak dibincang, mana boleh kita nak besar-besarkan benda nih! Sebab itu saya kata ini kerja ini kerja boneka Umno! Saya ulangi lagi, ini kerja Boneka Umno!

“Kalau semua , semua setuju, Pakatan setuju, PAS setuju, maka semua jadi ..apa nama ni.. anggota kerajaan. DAP akan menjadi Menteri, PKR akan jadi Menteri , PAS akan jadi Menteri , Umno terima, baru benar-benar perpaduan.

“Ini bukan perpaduan, ini pemecahan.Umno sekarang berpesta , pesta bahawa PAS dah masuk perangkap! PAS sama PAS dah kalut, PAS dengan Pakatan kalut… jadi sama PAS dah berpecah … apa ... celarulah bukan pecah, dok, celaru!

“Dan PAS dgn Pakatan dah jadi celaru. Jadi ini, Umno sudah berjaya … berjaya memecah belahkan orang PAS. Alhamdulillah dapat dibendungkan melalui kenyataan saya baru…(tidak jelas). “Tak boleh terima, ini orang Boneka Umno, sudah! “ ~ (2:22)

[Ujarnya juga, jika benar Nasharudin Mat Isa bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan, Timbalan Presiden PAS itu wajar menyertai Umno dan meninggalkan PAS.]

(2:33) ~ “Kalau… kalau benar , Timbalan, apa nama ni… Nasharudin, kalau benar Nasharudin nak setuju, lebih baik dia masuk Umno! Terus terang saya sebut, lebih baik dia masuk Umno! Terang!

“Dia letak jawatan ni.. apa ni.. jawatan dia di Bachok, dia bertanding ... apa dia buat sampah nih? Nyusahkan orang!

“Dia tak tahu, bagaimana susahnya saya , datang telipon, datang apa nama ni… jumpa sendiri nangis-nangis, sebak-sebak orang Kelantan… dua Kelantan, jumpa saya sebak … tengah orang tu datang tak boleh nak cakap depan saya , sebak, tak boleh nak kata apa! … Apa cerita nih!

“Dia masuk Umno, senanglah! Daripada duduk dalam PAS nak menenggek dalam PAS, tak boleh! “Tadak moral! Kita panggil.” ~ (3:13)

[Terdahulu Nik Aziz membidas Utusan kerana melaporkan berita palsu kononnya beliau memaksa pemimpin PAS mendengar nasihatnya berhubung isu Kerajaan Perpaduan. Ekoran itu tindakan saman telah difailkan terhadap akhbar berkenaan.]


Tetapi kenyataan TGHA yang dibuat di sini sebelum itu iaitu pada Apr 19, 2009,telah menyatakan bahawa kononnya :

 (2:30) ~ "Yang sebenarnya, Unity Government kita bincang dalam ... dalam err...  dialog politik dikalangan kepimpinan PAS.Kita telah membincang semua aspek ...errr..aspek Barisan Nasional, espek kerajaan campuran, termasuklah Unity Goverment. Ini juga menjadi perbincangan.Termasuklah espek Undi Tidak Percaya.

 "Unity  Government yang saya kemukakan masa err... Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, ini disokong oleh PKR, disokong oleh DAP .... dan err... DAP dan PKR bersetuju! ~ (2:59)

Dua Soalan Cepu Emas untuk Geng UG

1. Kalaulah benar seperti akuan TGHA bahawa ianya pernah dibincangkan di kalangan pimpinan PAS, kenapa pimpinan PAS yang lain terutamanya Nik Aziz sendiri tidak tahu menahu mengenainya?

2. Kalau benar DAP dan PKR bersetuju, apasal Lim Kit Siang menafikan mengenainya dengan kenytaan berikut :

Firstly, that the question of unity talk to form a Pakatan Rakyat-Barisan Nasional government never arose or discussed at any Pakatan Rakyat leadership meeting.
(Pertamanya, persoalan mengenai cakap-cakap uniti untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat-Barisan Nasional tidak pernah timbul atau dibincangkan di mana-mana mesyuarat pimpinan.)

Secondly, on the so-called unity talks to form Umno-Pas government, it is something I read in the media. The subject was never discussed or raised in any PR leadership meeting.
(Keduanya, mengenai apa yg dinamakan cakap-cakap uniti bagi menubuhkan kerajan Umno-PAS, ia adalah perkara yang saya baca di media. Perkara tersebut tidak pernah dibincang atau dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat/perjumpaan pemimpin PR) Sila baca di sini

Aku tidaklah nak kata Haji Hadi tu pembohong.Tak tergamak aku nak kata gitu kat seorang ulama pewaris anbia' sepertinya.Terpulanglah kepada korang. Aku takut kalau-kalau tak dapat cium bau syurga nanti....

Sejahat-jahat aku pun, taklah merosakan orang ramai sebagaimana sabda Rasul saw yang maksudnya : Ada 2 golongan di kalangan manusia, kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia, iaitu para ulama dan pemimpin.

Kita berdoa agar Allah selamatkan kita semua dari dua golongan yang jahat tersebut.

Hmmm... rasa macam tak cukup pulak. Di bawah adalah nasi tambah dari Malaysiawaves:


Penerangan Beberapa Kalimah Biasa Yg Diguna Puak UG Dalam PAS

Mari kita lihat propaganda2 puak UG dalam PAS:

1) Dedah rahsia parti = Dedah pengkhianatan dalam PAS i.e. jumpa UMNO dalam gelap, lantik Ku Li sebagai PM, fitnah parasit etc. Hakikatnya, segala pengkhinatan2 ini tidak pernah menjadi keputusan parti ataupun pendirian PAS. Jumpa UMNO dalam gelap selepas 2008 lepas pun tidak pernah mendapat persetujuan mana2 pihak dalam PAS

2) Tidak mengikut disiplin jemaah = mendedahkan pengkhianatan dalam PAS oleh pengkhianat parti seperti Nasa dan Hasan Ali

3) Memberi wala' kepada Anwar Ibrahim = menolak agenda kerjasama dengan UMNO yang dicadangkan oleh kumpulan ustaz dalam PAS, menyokong perjanjian dalam Pakatan Rakyat

4) Tidak wala' kepada ulama = tidak menyokong ustaz2 yang mahukan kerjasama dengan UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat.

5) Bukan budaya dalam PAS = jangan persoal tindakan2 pengkhianat parti seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa

6) Parasit = tidak menyokong usaha menubuhkan kerajaan perpaduan, pemimpin2 yang menentang pengkhianat2 dalam parti. Misalnya Harakah mengecam NAsaruddin Mat Isa. Kemudian kecaman tersebut telah dijawab oleh Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda dengan marah sekali. Tak lama lepas tu, Dewan Pemuda mengusulkan supaya sidang editor Harakah dirombak.

Kesimpulan: apabila orang macam saya menentang para pengkhianat parti seperti Hasan Ali dan Nasa, maka puak2 UG inilah yang datang menentang saya.

Mereka2 ini giat memfitnah orang mcm Dr Dzul dan Khalid Samad dengan memanggil gelaran seperti parasit, tapi mereka diam membisu pasal Nasa dan Hasan Ali

Akhirnya tak hairanlah Allah SWT menarik kemenangan dari Parlimen Titiwangsa sedangkan Allah SWT memberi kemenangan kepada Nurul Izzah.

Puak2 UG ni lebih rela jadi pendokong pengkhianat2 dalam parti terutamanya puak2 Pemuda PAS.


Haa! baru ler cukup asam garamnya! hahaha

Cara terbaik untuk dapat gelaran Tan Sri



Rata rata memuji ustaz azizan iaitu pemimpin PAS pertama dlm sejarah PAS mendapat anugerah tertinggi yg membawa gelaran Tan Sri Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.... Aku ucapkan jutaan tahniah pd ustaz azizan...Tp moral isi kandungan disini ialah........ Blh Gelaran Tan Sri tp kehilangan empayar PAS dan PR di Kedah....so aku mencadangkan mana pemimpin PAS,DAP,PKR yg teringin sgt gelaran dan pangkat,,,hilangkan negeri yg kita tawan........

Sumber

gambar kenangan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah



01 Jun, 2013

DAP tolak sertai BN satu kesilapan!



Tawaran!


Penolakan



Kompom yang ni terkedu!




Yang ni terus jadi bisu!




P/S: Masing2 nak tunjuk power sangat!



Pil Kuda. Jawapan yang kena tuduh.






Ahmad Nazri bin Mohd Yusof

Kelulusan Ijazah Sains Farmasi

Universiti Sains Malaysia

No Pendaftaran :Ahli Farmasi :159024000 

Chukai Kemaman


TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA


Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.

Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya “KLINIK NABILA” yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.


Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.


Sekian pernafian saya


Yang benar.
(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)I/C:660421-11-5003