Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 Jun, 2013

PRU14. Bersediakah pimpinan lama menangani hal ini?





PRU14 Boomers 20%, Gen X 40%, Gen Y 40%. Sudah bersediakah anda?


Boomers -  Millenial Generation, Generation Next, Net Generation, Echo Boomers– tiada kesepakatan tentang tahun kelahiran, selalunya merujuk kepada mereka yang lahir pada 1983 hingga awal 2000.

– lahir selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1946 hingga 1964. Dinamakan begitu kerana pada masa ini menyaksikan pertambahan kadar kelahiran yang tinggi. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat. Dilihat sebagai generasi yang “mewah” kerana lahir di dalam keadaan ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya.

Sikap
- Boomers adalah golongan yang tunduk kepada undang-undang…biar pun undang-undang itu berat sebelah. Berapa ramai dikalangan Boomers yang turun kejalan raya? Nak edar risalah pun takut. Yang depa berani hanya bercakap dipentas ceramah. Itu pun depa pastikan mesti ada permit. Kalau tak ada permit, semua cabut.
Dan jangan cakap la pasai internet atau blog. Nak jemput depa, mesti ada surat rasmi..siap dengan kepala surat. Ramai AJK Kawasan yang tak datang mesyuarat kalau tak ada surat. Takat panggil dengan SMS, depa tak layan. Kalau datang pun, perkara pertama depa akan tanya..”pasai apa tak hantar surat?”
Tapi satu yang bagus, depa prihatin kat keluarga. Yang tak bagusnya…bila depa ada ramai bini. Masa untuk rakyat terlalu sikit….sebab masa habis melayan bini.




Gen X
- juga dikenali dengan 13th Generation dan Baby Busters. Mereka yang dilahirkan di 1965 hinggalah awal 1980 an (tidak lebih dari 1982).

Sikap
- Gen X lebih terbuka dalam pemikiran. Mampuih pi la dengan undang-undang. Lebih-lebih lagi dengan undang-undang yang mencengkam…tetapi mereka bukan melanggar undang-undang!!Majoriti Gen X tidak peduli lagi sama ada seseorang itu Melayu, Cina atau India. Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Melayu salah pun dia hentam. Cina salah pun dia lawan. India salah pun dia tentang.Satu perkara penting, Gen X adalah generasi yang mula-mula menggunakan internet, walaupun jumlah yang sikit. Tapi mereka menjadi peneroka alam siber yang kemudiannya di eksploit sepenuhnya oleh Gen Y.Satu lagi budaya baru yang dibawa oleh Gen X ialah mereka tidak lagi merasakan keluarga sebagai sesuatu yang wajib diberi tumpuan. Ini mungkin kerana saiz keluarga yang besar, (Boomers lebih pentingkan anak yang ramai). Gen X kurang mendapat perhatian dari ibu bapa dan ini menjadikan mereka rebellious dan menjadikan mereka survivors.Mungkin itu sebabnya, mengapa tagline menentang kronisme dan nepotisme mendapat sambutan dikalangan Gen X.






Gen Y - Lahir mulai 1983

Sikap
Teknologi telah mengubah sikap Gen Y. Kalau dikalangan Boomers, sebarang salah laku boleh ditutup dibawah karpet. Tetapi dengan bantuan teknologi, semuanya terbongkar di internet.

Bukan saja salah laku Umno yang terbongkar, malah salah laku Pakatan Rakyat juga terbongkar. Tak ada yang boleh ditutup lagi. Gen Y menerima siapa saja sebagai kawan, tak kira dari Melayu, Cina atau India. Kebanyakannya hanya mengenali nama maya, tanpa mengenali peribadi seseorang itu. What the heck!!
Gen Y sangat kreatif, dan tidak akan mampu dikongkong oleh Boomers. Sikap mereka…”mampuih pi la”!! Selagi mereka memikirkan bahawa apa yang mereka buat adalah betul, mereka akan buat.
Dan dengan bantuan internet, Gen Y akan menjadi penggerak kepada perubahan yang dinantikan.
Tapi nanti dulu…perubahan yang akan berlaku bukan bermakna Pakatan akan berjaya. Sekiranya Pakatan juga tidak berubah seiring dengan kehendak mereka, Pakatan juga akan lingkup.

Sekian. Aku dah kabo. Jangan kata aku tak kabo.hahaha


P/S:  Harap jangan diulang perangai berebut DUN dan perangai PAS kutuk PKR. PKR kutuk PAS. Ulang lagi, bungkuih! Usahkan Gen Y, aku 1st generation gen X pun getik!



Tiada ulasan: