Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

08 Jun, 2013

Tiada pertandingan Presiden dan timbalan. PAS dan PKR tidak ikut jejak UMNO!


KOTA KINABALU, 8 Jun — Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno sewajarnya tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini Beliau berkata justifikasinya adalah demi memelihara keutuhan perpaduan di kalangan anggota Umno, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN). 



Katanya kejayaan kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kerajaan BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan kemenangan selesa mengikut standard semasa iaitu 133 daripada 222 kerusi Parlimen merupakan petanda bahawa kepimpinannya dan timbalan presiden parti masih mantap dan mendapat kepercayaan rakyat. 

"Ini mengambil kira suasana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sistem demokrasi "westminster" yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga mewujudkan "hung" parlimen . 

"Kesimpulannya pertandingan terbuka jawatan utama Umno sudah tentu akan mewujudkan "kem kem" dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan politik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti," katanya. 

Abdul Rahim berkata suasana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membolehkan Umno dan BN mampu menghadapi PRU14 yang akan datang dengan lebih mantap. — Bernama


UMNO:  justifikasinya adalah demi memelihara keutuhan perpaduan di kalangan anggota Umno, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN). 


PAS dan PKR:  Tak utuh. Wajib ada pertandingan!

UMNO: kepimpinannya dan timbalan presiden parti masih mantap dan mendapat kepercayaan rakyat. 

PAS dan PKR:  Makin mundur ke belakang. PAS wajib tukar presiden. PKR wajib buang timbalan presiden!

UMNO: "Kesimpulannya pertandingan terbuka jawatan utama Umno sudah tentu akan mewujudkan "kem kem" dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan politik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti,"

PAS dan PKR: Mamat 2 orang kat bawah ni mengutamakan kroni. Calon-calon kebanyakannya dari kem depa. Kalah. Hambekkkkkkk! Padan muka!




P/S: Kalau 2 orang ni kekal, PRU14 gerenti bungkus! Silap2 PAS hilang Kelantan, PKR hilang Selangor!

Tiada ulasan: