Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

12 Jun, 2013

Salahlaku pengerusi SPR menghina DYMM Agong!

Mula2 baca:


Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda pada hari itu, dan turut menerima respons yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan FBnya.

(artikel penuh SINI)



KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum ke-13.
Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut PerlembagaanPersekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.   

(artikel penuh di SINI)

* Dalam tentera, jika terdapat anggota yang melakukan kesalahan semasa dalam perkhidmatan maka kesalahan tersebut dianggap menghina DYMM Agong.

* Dalam kerajaan, jika terdapat pemegang jawatan termasuk perdana menteri atau pengerusi SPR melakukan salahlaku terhadap rakyat tidakkah ini juga dianggap menghina DYMM Agong? 

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah yang mencadangkan agar Akta Derhaka diwujudkan bagi membendung penularan gejala menghina institusi diraja yang semakin serius kebelakangan ini.


Beliau turut mencadangkan agar hukuman minimum kepada pesalah jenayah menderhaka kepada raja itu nanti mestilah ditetapkan tidak kurang daripada dua tahun penjara. Katanya, undang-undang derhaka kini terletak di bawah cabang Akta Hasutan 1948 sedangkan perbuatan menghasut dan menderhaka adalah dua perkara yang berbeza.


So! kalau kita jumpa salahlaku Najib, pengerusi SPR atau sesiapa sahaja yg berkhidmat mentadbir kerajaan, jom buat report! hadiahkan depa 2 tahun masuk penjara!

Hmmm... mungkin kalau akta tersebut dikuatkuasa, marhaen je yang kena. Depa lepas?



Tiada ulasan: