Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

07 Jun, 2013

Zamry Kadir sedang merancang kemusnahan penyu Segari!






Kepada YAB Menteri Besar Perak,
Pejabat Menteri Besar, Aras 2,
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Assalamu'alaikum WBT & Salam Sejahtera,

YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir,

Saya berasa amat bimbang dan kecewa dengan cadangan YAB Dato' Seri untuk membina loji gas cecair asli dan kilang besi di kawasan seluas 262.35 hektar di Tanjung Hantu, Segari, Perak.

Kawasan Tanjung Hantu dan sekitarnya adalah zon mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 dan 2 (KSAS Tahap 1 / KSAS Tahap 2).

Kawasan Tahap 1 dan 2 ini amat penting untuk dipelihara kerana mempunyai kepentingan dalam sektor pelancongan, penyelidikan dan juga perikanan.

Lokasi cadangan projek pembinaan industri ini juga bercanggah dengan Rancangan Fizikal Negara yang perlu diselaras dan diperinci dengan Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan Daerah.

Mengikut Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2002-2015, lokasi cadangan projek telah dizonkan sebagai Zon Pembangunan Pelancongan Pasir Panjang - Teluk Senangin kerana mempunyai persekitaran yang baik dari segi pantai yang tidak tercemar, hutan bukit pantai, hutan rawa dan kawasan pendaratan penyu. Kawasan ini lebih berpotensi dijadikan kawasan untuk tujuan kajian dan penyelidikan kepelbagaian hayat serta eko-pelancongan impak rendah selaras dengan Visi, Objektif dan Strategi Pembangunan Daerah, Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2002-2015.

Sekiranya projek ini perindustrian ini diteruskan, ia bakal memberi impak negatif kepada industri pelancongan dan juga sektor perikanan di sini.

Dengan ini, saya menggesa dan merayu kepada YAB khususnya membatalkan pemilihan lokasi dua cadangan projek tersebut.


Tiada ulasan: