Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

12 Jun, 2013

Terbaik! Selangor, Penang, Kelantan lantik speaker individu luar parti!

Begitulah yang sepatutnya jika dirujuk kepada artikel di bawah ni. Aku harap PR tunjukkan contoh! 



Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Dato’ Haji Abdul Kadir bin Sulaiman sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi ParlimenKetigaBelas.

PR bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.

Dato’ Abdul Kadir memenuhi semua criteria yang selayaknya sebagai Yang di-Pertua. Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai Jabatan, Kementerian, Negeri, Suruhanjaya, Kehakiman dan Majlis DiRaja Negeri.

PR berkeyakinan penuh bahawa pemilihan Dato’ Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap institusi Parlimen dan melonjakkan kewibawaannya di persada antarabangsa. 

sumber

Tiada ulasan: