Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 Jun, 2013

Dakwat tak kekal arahan Kementerian Kesihatan pulak dah!



Abdul Aziz Mohd Yusof


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menuntut pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengemukakan surat yang didakwa dihantar oleh Kementerian Kesihatan untuk membuktikan dakwaan mengenai kandungan logam berbahaya dalam dakwat kekal.

Lim berkata, Aziz harus meletak jawatan sebagai pengerusi SPR sekiranya gagal berbuat demikian, katanya.

Lim merujuk kepada dakwaan Aziz bahawa Kementerian Kesihatan mengeluarkan laporan keselamatan yang memberi amaran mengenai risiko kesihatan yang timbul daripada kandungan lebih satu peratus argentum nitrat dalam dakwat kekal.

Kandungan sebatian itu membolehkan dakwat tersebut kekal apabila digunakan ke atas satu permukaan.

Ketua menteri Pulau Pinang tersebut berkata SPR secara tidak langsung menyalahkan Kementerian Kesiahatan kerana menyebabkan kerugian RM6 juta daripada penggunaan dakwat berkenaan, yang dapat ditanggalkan dengan mudah.

"Jika Kementerian Kesihatan tidak boleh percayakan SPR, bagaimana orang mahu percaya bahawa SPR bersih, adil dan bebas semasa mengendalikan pilihan raya. MK

Tiada ulasan: