Satu tindakan yang sah akan mengurangkan undi India dalam PRU14!
SHAH ALAM[DIKEMASKINI] - PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum ini.
Tambahnya, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.
"Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak.
"Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, PSM menggesa PR memberikan jawapan bertulis berhubung permohonan penyertaannya dalam pakatan tersebut bagi meleraikan percanggahan keputusan yang berlaku.
Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, permohonan untuk menyertai PR telah dihantar secara "hitam putih" pada September tahun lalu.
Tambahnya, permohonan itu dilakukan atas sebab permintaan rakyat untuk PSM disatukan dengan PR.
"Sudah terlalu lama, kita harap PR dapat menghantar surat secara bertulis mengenai status permohonan kami.
"Kami keliru keputusan bercanggah...Kami juga tidak mahu rakyat keliru," katanya.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bercanggah dengan keputusan PR berhubung isu permohonan PSM, Saifuddin berkata Karpal tidak hadir mesyuarat itu.
"Keputusan itu dibuat bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Tanyalah mereka," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali turut mengesahkan PR telah menolak PSM untuk menjadi sebahagian daripada parti perikatan itu.
"Memang mesyuarat masa itu, kita tolak PSM.
"...Karpal tidak hadir mesyuarat itu, sebab itu beliau tidak tahu," katanya.

1 ulasan:
Bhai Chor Sniper...
Bukan ajer undi kaum India yang kureng... tapi undi dari golongan macam gua... golongan yang pro-rakyat.... bukannyer golongan Pakatan (tak pakat) Rakyat.... Pakatan Rakyat nih bukan Pro-Rakyat pon.... tumpang sentimen jer... hampeh...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Catat Ulasan