Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan berkata partinya "tidak melukut" untuk menyertai Pakatan Rakyat sekalipun memohon untuk menyertai gabungan itu sebelum pilihan raya.

Katanya, kongres parti itu selepas pilihan raya umum 2008 memutuskan supaya PSM mengadakan kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang kemudiannya, beberapa pemimpin gabungan itu "meminta, mengalu-alu dan mengajak" mereka menyertai Pakatan Rakyat.

PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 1Sehinggakan, katanya, timbul persoalan di kalangan akar umbi 
Pakatan mengenai keikhlasan PSM dan ada yang melihat parti itu seolah-olah "terlalu angkuh" untuk menyertai pakatan itu.

"Bila kita bincang balik dalam kongres (selepas itu), banyak pandangan. Pandangan umum ahli-ahli PSM, adalah bahawa kita dengar sentimen rakyat. Kalau sentimen parti mungkin lain.

"Sentimen rakyat, mereka mahu lihat satu pasukan lawan Barisan Nasional. Dan mereka mahu PSM bersama Pakatan Rakyat.

"Sebab itu dalam surat kita kepada Pakatan Rakyat, kita dengan jelas menyatakan supaya Pakatan menilai opsyen-opsyen ini. Kita sedia mendengar tetapi pada masa yang sama kita hendak bincang masak-masak," katanya dalam wawancara Malaysiakini kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai tanggapan pelbagai pihaknya yang mendakwa PSM "terhegeh-hegeh" untuk menyertai Pakatan Rakyat.

'Kita parti berprinsip'

Menurut Arutchelvan pihaknya menyerah kepada Pakatan untuk membuat keputusan dan parti itu "ok" sama ada menyertai atau membuat kerjasama dengan gabungan pembangkang itu.

"Jadi persoalan itu (terhegeh-hegeh) tidak wujud. Maksud kami, kami tidak melukut untuk meminta untuk menyertai Pakatan. Kita sebuah parti berprinsip dan kita buat banyak perkata pun dengan kekuatan kita sendiri," katanya.

Menyifatkan status permohonan menyertai Pakatan "masih kabur-kabur" ekoran perbezaan pandangan pemimpinnya, Arutchelvan berkata PSM akan berbincang semula mengenai perkara itu dalam kongres parti itu akhir bulan ini.

Beliau juga menggesa Pakatan supaya bertanggungjawab untuk meredakan "kekeliruan" yang ditimbulkan oleh pemimpin mereka berhubung status permohonan PSM menyertai Pakatan.

"Andai kata Pakatan ada membincangkan isu ini, ia harus diberitahu kepada kita. Bagi kita, persoalan sama ada kita nak mohon semula (atau tidak) terpulang pada ahli-ahli PSM.

"Kita (pemimpin PSM) hanya boleh respon selepas kita tahu tentang apa sebenarnya status (permohonan yang kini) masih kabur," katanya.

'Mood akar umbi PSM'
Mengulas lanjut, Arutchelvan berkata mood akar umbi PSM yang berjumlah 14,000 orang terbahagi kepada dua sama ada terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat atau membina kuasa ketiga seperti kumpulan-kumpulan yang lain.

Sehubungan itu, tegasnya, perkara itu juga akan dibangkitkan dalam kongres PSM yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun ini di Cameron Highlands.

NONEArutchelvan juga berkata sebelum ini, parti itu mengadakan  kerjasama strategik dengan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan 
isu yang melibatkan kepentingan bersama seperti kempen anti-ISA tetapi mungkin ada perbezaan dalam beberapa isu yang lain.

Bagaimanapun, pihaknya gembira kerana beberapa isu seperti pendidikan percuma, akta gaji minimum dan GST yang pertama kali "dikempen dan dipopularkan" oleh PSM, telah diterima oleh Pakatan.
 
"Kita bukan terikut dengan program mereka. Kita punyai program kita yang sendiri. Kita melihat kempen pendidikan percuma.

"Kali pertama isu pendidikan percuma yang dilontarkan oleh PSM, lima tahun yang lalu. Hari ini menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan," katanya.

MK