Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

23 Jun, 2013

Jerebu. 8 syarikat Malaysia terlibat!

8 syarikat Malaysia yang terlibat: 

PT Multi Gambut Industri, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Mustika Agro Lestari, PT Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation dan PT Langgam Inti Hiberida.

Siapa di belakang syarikat2 ini?


Sebelum

Sime Darby Plantation


KUALA LUMPUR – Sime Darby Plantation hari ini menegaskan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia, dan telah mematuhi sepenuhnya dasar sifar pembakaran dalam operasinya.
“Laporan semasa mengenai titik panas di Riau adalah termasuk dalam kawasan konsesi PT Tunggal Mitra Plantation’s (PT MTP)(anak syarikat PT Minamas Gemilang, satu daripada syarikatnya),” katanya dalam kenyataan tiga perenggan di sini hari ini. selanjutnya

Berita dari Indonesia

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.
Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.
Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari. 
“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.
Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times, June 23, 2013.


Tiada ulasan: