Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

23 Jun, 2013

Fuh! sayangnya kerajaan Selangor kepada rakyat!


Berikutan keadaan jerebu semakin parah, Kerajaan Selangor akan mula mengedarkan 60,000 topeng kesihatan  kepada orang ramai minggu hadapan.


elizabeth-sidang-dun-blue-01
PETALING JAYA, 23 JUN: Berikutan keadaan jerebu semakin parah, Kerajaan Selangor akan mula mengedarkan 60,000 topeng kesihatan  kepada orang ramai minggu hadapan.
Topeng-topeng kesihatan yang memakan kos keseluruhan sebanyak RM60,000 itu akan diedarkan melalui ketua-ketua kampung, Ahli Majlis dan wakil rakyat itu diagihkan di sekolah-sekolah, hentian toll, kawasan laluan motorsikal dan kepada warga emas.
Menurut Exco Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong hari ini, pengedaran topeng itu dibuat berikutan  tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor dijangka meningkat kepada 200 menjelang petang ini.
Jesteru itu, beliau menjagkakan Kerajaan Negeri akan menambah peruntukkan pembelian topeng ini berdasarkan keadaan semasa.
“Lebih 100 maksudnya ia adalah tahap tidak begitu sihat, tetapi belum sampai ke tahap merbahaya.
“Tetapi  oleh kerana seseorang itu mempunyai tahap tolenrasi yang berbeza antara satu sama lain,  ada yang boleh tahan, ada yang tidak boleh tahan seperti kanak-kanak atau warga emas.
“Jadi mereka perlu perihatin jika lebih dari 100 dan kita jangka boleh mencecah 200 pada petang ini, kita nasihatkan agar semua aktiviti diluar dikurangkan atau dihentikan terus,” kata Elizabeth ketika ditemui TV Selangor di Kelab Golf Seri Selangor di sini sebentar tadi.
Menurut Elizabeth lagi, bacaan IPU di Selangor sehingga jam 11.00 pagi tadi sudah menjangkau lebih 100 dan dijangka terus meningkat disebabkan pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia.
“Kalau kita lihat indikasi tapak-tapak hotspot di Pulau Sumatera Indonesia dan juga arah angin sedang bertiup, saya tidak jangka keadaan jerebu khasnya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia boleh bertambah baik pada masa terdekat ini.
“Jadi lebih baik kalau penduduk-penduduk di Selangor bersiap sedia menghadapi keadaan jerebu yang boleh dikatakan lebih teruk dari tahun-tahun sebelum ini,” kata Elizabeth lagi.
Selain itu menyentuh isu sama, Elizabeth sekali lagi mengulangi pendirian Kerajaan Negeri yang sama sekali tidak akan bertolenrasi terhadap mana-mana pihak yang membuat pembakaran terbuka.
“Kerajaan Negeri mengamalkan sifar tolenrasi terhadap mana-mana pihak yang membuat pembakaran terbuka, kita boleh rampas tanah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan failkan kes di mahkamah.”

Tiada ulasan: