Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

05 September, 2013

Kenaikan harga minyak langsung tiada kaitan kenaikan harga minyak dunia!


Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.


  • 11 tahun dalam hutangSumber: www.tradingeconomics.com I Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia
 1 / 1 
[Dikemaskini] RAMAI orang meluahkan rasa geram, mengapa kerajaan perlu kurangkan subsidi petrol dan diesel sedangkan harga minyak dunia tidak meningkat mendadak, dan Malaysia pula adalah negara pengeluar minyak.

Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.

Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Itu adalah tahap yang dianggap agak membimbangkan oleh pakar ekonomi dan pelabur luar, menyebabkan Fitch Ratings pada Julai lalu menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada stabil kepada negatif.

Mengikut pakar ekonomi Barclays Plc di Singapura, Rahul Bajoria, pengurangan subsidi petrol dan diesel adalah langkah positif dan tanda pentadbiran Najib mula mengakui terdapat masalah berhubung kedudukan kewangan Malaysia.

“Mereka mula bergerak ke arah yang betul. Lebih banyak perlu dilakukan,” menurut Bajoria seperti dilaporkan Bloomberg, kelmarin.

Menurut majalah perniagaan Forbes pula, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan.

Jika dilihat kepada statistik, Malaysia mencatatkan defisit bajet secara berterusan sejak 11 tahun lalu.

Graf defisit bajet kerajaan Malaysia di laman web Index Mundi, iaitu laman web yang mengumpul data ekonomi dan sosial daripada agensi bertanggungjawab di negara seluruh dunia, menunjukkan sejak 1988, bajet kerajaan mencatat purata defisit 2.89 peratus daripada KDNK dengan 2009 mencatatkan rekod terburuk, iaitu defisit 6.70 peratus daripada KDNK.

Berbeza dengan orang biasa yang akan dikejar bank atau ah long, jika hutang tidak dibayar dalam tempoh minimum yang diberikan, kerajaan sesebuah negara boleh beroperasi dengan defisit sederhana buat beberapa tahun kerana pemberi pinjaman tahu kemungkinan untuk sesebuah kerajaan tidak membayar hutang adalah rendah.

Tetapi, sama seperti perbelanjaan harian orang biasa yang berhutang kad kredit atau rumah, jika dibiarkan terlalu lama, hutang yang bertambah itu akan hanya menyumbang kepada lebih banyak defisit; bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar kadar faedah bagi hutang asal hingga menyebabkan kelembapan ekonomi.

Mengapa subsidi minyak perlu dikurangkan? Bandingkan dengan orang biasa yang perlu mengurangkan perbelanjaan harian dalam beberapa aspek hidup untuk mendapat lebih wang bagi membayar semula hutang.

Cuma bezanya, bila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, kesannya dirasai oleh rakyat.

04 September, 2013

Benarkah ustaz lepasan Al-Azhar cuma begini?




oleh:   Aduka Taruna

Sudut gagal Universiti Al Azhar.

(1)
Terlalu banyak kejayaan Universiti Al Azhar ini. Tetapi gua dokumentasikan sudut gagal untuk tujuan bahasan perubahan. Maklumat fokus sudut gagal ini adalah dari rakan yang berada di sana.

(2)
Sistem peperiksaan 100%. Universiti barat memiliki sistem 'carry mark'. Ianya membina jati diri kepada pelajar.

Universiti Al Azhar 100% berdasarkan kertas periksa. Ini bermakna pelajar tidak perlu dilatih perkara luaran lain. Mudah katanya, tidak hadir kuliah, tidak ambil aktiviti sepanjang semester pun tidak mengapa. Asalkan belajar sendiri dan lulus dalam peperiksaan.

(3)
Setiap semester mempunyai 3 peluang untuk lulus sebelum naik semester seterusnya. Jika gagal, akan tukar bidang.

Di Al Azhar juga ramai pengajar tidak rasmi. Di luar silibus peperiksaan.

Ramai pelajar terutama Melayu yang gagal walau bertukar kos dan pulang sebagai 'kelulusan' Al Azhar. Mengajar di surau2 Malaysia dengan ilmu tidak rasmi (tadahan kitab pinggiran universiti) dan ilmu rasmi yang tidak lulus peperiksaan. Tidak salah. Cuma menjelaskan situasi.

(4)
Antara natijah sistem kuno sebegini melahirkan kebanyakan pelajar Melayu lepasan Al Azhar sangat naive dalam cabaran dunia sebenar.

Jika masuk politik, akan jadi pemimpin terkebelakang. Mudah dimanipulasi media, ditertawakan dan sebagainya.
Jika tak masuk politik, kebanyakkannya terpaksa beratur mengisi dan meminta kouta pekerja kerajaan.

(5)
Kehadiran Al Azhar di Mesir gagal membentuk budaya bersih rakyatnya. Seperti kehadiran lambakan pondok di Kelantan gagal membentuk budaya bersih di Kelantan. Tidak seperti pendidikan barat dan Jepun yang membentuk budaya kebersihan rakyatnya.

Antara sebab kebangkitan rakyat Mesir terhadap Morsi ialah janji kebersihan bandar. Juga kegagalan Morsi campur tangan empangan luar Mesir yang mengganggu sungai Nil.

Rakyat Mesir mempunyai sentimen terhadap sungai Nil. Sungguh pun begitu, lihat sungai2 mereka. Kotor menyamai pantai2 Kelantan.

Sekian dulu. Wallahualam


Nak komen pegi SINI

Bayar minyak sendiri harus dimulakan kerajaan PR.

Kata Nazri Aziz!

Saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media dalam majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam ini.


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) bersetuju dengan rakan Kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk memulakan cadangan di pihak mereka terlebih dahulu bagi mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk peruntukan wang petrol.
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, oleh kerana cadangan itu datang dari pihak PR maka mereka yang harus melaksanakannya terlebih dahulu.
Mohamed Nazri turut menyelar Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli kerana cadangannya meminta menteri dan timbalan menteri melaksanakan perkara tersebut sebagai satu cadangan bodoh.
"Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah. 
"Kita tidak cadang itu. Perkara itu datang dari mereka, jadi merekalah yang buat, saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media dalam majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam ini.
Rafizi awal hari ini mendesak menteri dan timbalan menteri membayar wang petrol sendiri ekoran menyifatkan langkah Putrajaya menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter sebagai menghukum rakyat yang sudah sedia bergelut dengan kesempitan kewangan.- 3 September, 2013.

P/S: Jika kerajaan PR buat, Nazri Aziz akan kata apa? jeng jeng jeng!

03 September, 2013

Bersedia menerima kenaikan harga barangan!



Syed Shahir Syed Mohamud
SHAH ALAM 3 SEPT: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu menjangka kenaikan harga barang berleluasa dalam masa kurang sebulan berikutan peningkat kos pengangkutan.
Setiausaha Eksekutif kesatuan itu, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kenaikan itu berlaku apabila kos petroleum melibatkan banyak peringkat dalam pengeluaran sesuatu barang.
“Rakyat kena bersedia, tak berapa lama sahaja lagi, mungkin kurang sebulan akan menyebabkan kenaikan harga barang lain sebab petroleum melibatkan banyak peringkat,” katanya.
Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa hari ini sudah dijangka Pakatan Rakyat.
Hal ini tidak akan berlaku jika Pakatan yang menawarkan penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja membentuk kerajaan jika menang PRU 13.
Bagaimanapun, BN yang pernah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak jika menang, mungkir janji kurang lima bulan selepas mencatat kemenangan tipis.
“Kita memang jangka minyak akan naik jika BN menang. Kita nasihati pengundi jangan tersalah pilih tetapi ada pengundi ‘memilih’ untuk (harga) minyak naik,” kata Senator Dewan Negara itu kepada TV Selangor.

SUMBER

Pandangan di atas juga turut mendapat ulasan senada dari FOMCA;

KUALA LUMPUR: Kesan berganda ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, hari ini memang tidak dapat dielakkan apabila kebanyakan sektor perkhidmatan berhubung kait antara satu sama lain.

Bukan sahaja perkhidmatan berkaitan petrol seperti tambang bas akan meningkat naik, segala perkhidmatan lain turut terkesan dengan kenaikan ini, tegas Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Sha'ani berkata industri petroleum dan diesel merupakan satu sumber yang berkait rapat dengan setiap rangkaian perkhidmatan.

"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan," tegas beliau.

Namun, katanya kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan pengguna.

Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan pengguna, sedangkan pengguna yang terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.

Sebaliknya, kata Sha'ani kerajaan boleh mewujudkan situasi menang-menang, sama ada kepada pengusaha dan pengguna.

Kerajaan juga, katanya boleh memberi penjimatan yang berterusan dalam urusan tadbir negara, sebelum meminta rakyat melakukan penjimatan.

"Apa guna kita bercakap tiada peruntukan mencukupi untuk biasiswa, tetapi dalam masa sama kita bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka. Jika mahu rakyat berjimat, kerajaan perlu tunjukkan contoh terlebih dahulu," tegas beliau.

SUMBER

Fuiyo! RON95 lebih mahal dari RON 97!


Harga terkini minyak RON95 RM2.10 seliter kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap liter.

Harga minyak yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter, tiada subsidi kerajaan.

Dengan kata lain Harga RON97, RM2.70
Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?

Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter? 

Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap liter?

RON95 lebih mahal berbanding RON97, kegilaan apakah ini?


Setia kepada negara, YA. Setia kepada BN, TIDAK!



Setia kepada negara bukanlah setia kepada kerajaan .....

Kolar Putih


Usaha halus kerajaan melalui pelbagai medium propaganda dalam cubaan mengelirukan rakyat Malaysia supaya mempercayai mitos yang dibawa oleh mereka, iaitu 'setia kepada negara' adalah sama dengan 'setia kepada kerajaan' ternyata berjaya.
 Buktinya, pada hari ini masih terdapat minoriti (baca sebagai 47 peratus) rakyat Malaysia yang tidak dapat membezakan antara kedua-dua perkara ini, walhal secara jelas definisi 'negara' dan 'kerajaan' adalah berbeza.
Secara umumnya, definisi 'negara'  adalah merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Manakala, 'kerajaan' pula ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.
Oleh itu, majoriti rakyat Malaysia (baca sebagai 52 peratus) yang celik akal sama sekali tidak akan terpedaya dengan tipu helah dan 'silap mata' Kerajaan untuk mempercayai dakyah dan propaganda songsang dan sesat iaitu 'setia kepada negara adalah setia kepada kerajaan'.
Bagi rakyat yang 'setia kepada negara', pastinya golongan ini akan menentang rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan ketirisan ekonomi negara. Bagi yang 'setia kepada Kerajaan' pula, rasuah tidak mengapa asalkan kerajaan yang sedia ada kekal memerintah.
Lazimnya, mereka yang 'setia kepada negara' adalah mempunyai pemikiran dan pandangan yang berasaskan isu atau pun issues based iaitu lebih kritis dan analitikal. Pemikiran golongan ini dilihat lebih taktikal, stategik dan sistematik.
Berbanding dengan golongan yang 'setia kepada kerajaan', golongan ini berkiblatkan mutiara kata 'syukurlah Malaysia masih aman'. Ini bermakna, walaupun hutang negara mencecah 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan dengan RM547 billion, golongan 'setia kepada Kerajaan' ini akan terus menyokong dan setia kepada kerajaan secara membuta-tuli.
Contoh paling jelas mengenai golongan 'setia kepada kerajaan' ini adalah apabila Kerajaan Persekutuan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter, suara-suara seperti  'Alah, 20 sen je pun..'  dan  'cuba banding dengan negara lain macam Singapura' adalah suara yang berasalkan daripada golongan ini. Ini adalah contoh terbaik bagi golongan 'setia kepada kerajaan'. Bagi mereka yang 'setia kepada negara' pula pastinya memikirkan kesan jangka masa panjang dan kesan domino yang bakal berlaku akibat kenaikan harga petrol ini.
Oleh itu, golongan 'setia kepada kerajaan' ini adalah golongan yang berfikiran jumud kerana tidak berasaskan isu. Semua keputusan kerajaan akan disokongnya, seolah-olah menjadikan kerajaan itu adalah entiti yang maksum. Keputusan kerajaan tidak semestinya harus disokong, jika hendak menyokong pun ia perlu melalui prosek 'semak dan imbang' yang telus terlebih dahulu.
Kesimpulannya, 'setia kepada negara' bukanlah dan tidak sama sekali 'setia kepada kerajaan'. Saya mohon supaya rakyat Malaysia khususnya golongan minoriti supaya tidak terus keliru dan beranggapan 'setia kepada negera bermakna setia kepada kerajaan'. Kalian diwajibkan 'setia kepada negara' tetapi tidak 'setia kepada kerajaan'.
Kedudukan negara adalah lebih tinggi daripada kerajaan. Ketua Negara ialah DYMM SBP Yang di-Pertuan Agong (YDPA) manakala Ketua Kerajaan pula adalah Perdana Menteri yang arif lagi bijaksana. Berbeza bukan?

SUMBER

P/S: Pakatan Rakyat akan menerima nasib serupa jika meneruskan budaya yang sama!

Perpaduan. Akhirnya Hj Hadi "tak sengaja" mengaku!


Hahaha! dalam dok nafi sana-sini, kerana tak mahu ketinggalan akhirnya Hj Hadi secara tak sengaja mengaku PAS (baca Hj Hadi) dah lama buat kerja berunding dengan UMNO!

KUALA LUMPUR: Menyertai dialog isu-isu kebangsaan dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan, bukan perkara baru bagi PAS, tegas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya menurut Tuan Guru, PAS telah terlibat dengan rundingan kebangsaan ini sejak zaman bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak lagi.

"PAS sudah buat lama. Bukan sahaja dengan parti-parti politik malah juga dengan pertubuhan NGO dalam pelbagai isu.

"Kita berdialog dengan kerajaan dalam isu ekonomi, kita juga menyertai dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapem)," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Harakah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.

Cadangan tersebut dilontar Anwar melalui perutusan sempena Hari Kemerdekaan ke-56 Sabtu lalu.

Antara isu nasional yang dicadang untuk dibincangkan dalam dialog itu termasuk isu agama yang sering dimanipulasi, isu rasuah, isu-isu ekonomi dan juga jenayah yang dilihat memerlukan penyelesaian konkrit dan kerjasama semua pihak.

Mengakui belum sempat membaca kenyataan Anwar itu kerana jadualnya yang padat sejak kebelakangan ini, Tuan Guru berkata beliau akan menelitinya dahulu sebelum membuat sebarang ulasan lanjut.

"Saya sibuk dengan jadual yang padat beberapa hari ini, masih belum sempat baca kenyataan itu. Nanti InsyaAllah saya akan baca," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Untuk rekod, pada tahun 1989, PAS menghantar dua wakilnya menyertai Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapem).

Ketika itu, PAS diwakili AJK PAS Pusat iaitu Datuk Mustafa Ali dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.

Sumber

P/S: Jumpa "kepala" dah! kih kih kih


02 September, 2013

Menteri nafi RON95 naik 20 sen!



KUALA LUMPUR - Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut.

“Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?”


“Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan,” katanya.


Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95.



SILA AMBIL PERHATIAN...KENYATAAN MENTERI BERKENAAN DALAM BEBERAPA AKHBAR PERDANA TELAH DITARIK BALIK SECEPAT KILAT






SOALANYA...'KENAPA DITARIK BALIK..?'


TAKUT PADA SIAPA..?


KENAPA TAKUT SAMPAI TERPAKSA TARIK BALIK..?


SEBAB 'MENIPU' LAA woit !


KALAU PERANGAI SUKA MENIPU...MACAM MANA BOLEH JADI SEORANG MENTERI?


KALAU TAK TAHU LEBIH BAIK DIAM...JANGAN NAFI !!


KALAU NAK NAIK HARGA MINYAK NAIK LAH...KAMI RAKYAT MALAYSIA TAK HERAN


SEBAB KAMI ADA OTAK..HATI..DENDAM


4 TAHUN BUKANNYA LAMA


2017 ATAU 2018...KAMI AKAN TUNJUKAN OTAK HATI DAN DENDAM KAMI ITU PADA NAJIB DAN UMNO MENIPU !


JOM RAMAI-RAMAI PANGKAH BN woit...kah kah kah


LEPAS NI LETRIK PULA AKAN NAIK


kah kah kah


MELAYU YANG SOKONG UMNO/BN...MELAYU YANG BANGANG TAK ADA UBAT


NANTI BILA RAMAI MELAYU AKAN SOKONG 'PAS, PKR, DAP'..


..HARAP UMNO JANGAN MARAH !


..HARAP UMNO JANGAN KATA MELAYU LUPA SEJARAH !


..HARAP UMNO JANGAN KATA MELAYU SANGGUP GADAI NEGARA !


HARGA MINYAK DI NEGARA YANG TIDAK MENGELUARKAN MINYAK..HARGANYA LEBIH MURAH DARI MALAYSIA YANG MERUPAKAN NEGARA PENGELUAR MINYAK..?


APA NIE woit..??



Nazri Aziz pertikai Najib benarkan kenaikan harga bahanapi?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

Kongkek la Najib!

Muktamar PAS. Semua jawatan terbuka dipertandingkan!



PENCALONAN PEMUDA PAS PUSAT!!! Pemuda PAS Parit Buntar serah kepada perwakilan , Ust. Nasharudin dan Ku Is terpilih


PARIT BUNTAR, 1 Sept. : Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar hari ini menyaksikan perwakilan pemuda PAS Cawangan diberi ruang mencalonkan pemegang jawatan utama dalam parti itu termasuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Timbalan Ketuanya, Hairul Nizam Ishak berkata, perwakilan pemuda PAS cawangan diberi ruang mengundi untuk mencalonkan pemimpin utama pemuda PAS peringkat negeri dan pusat.

“ Jika sebelum ini perwakilan menyerahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan untuk mencalonkan semua jawatan pemuda PAS negeri dan pusat.

“ Namun, mesyuarat agung hari ini memutuskan perwakilan pemuda mengundi memilih calon bagi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua pemuda . Jawatan lain diserahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan” katanya

Hairul Nizam berkata, ruang demokrasi sebenar terbuka dalam pencalonan kepimpinan parti, namun tidak digunakan sebaliknya diserahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan.

“ Ust. Nasharudin Tantawi, Dr. Raja Ahmad Iskandar dan Ust Ridhuan Mat Nor dicalonkan bagi jawatan Ketua , Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

“ Manakala, Ust. Zawawi Abu Hasan, Mohd Nazri Din dan Ust. Hafez Sabri dicalonkan bagi jawatan Ketua , Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak” katanya

Katanya, perwakilan PAS dari cawangan sebenarnya mempunyai hak memilih kepimpinan bukan sahaja peringkat pemuda pusat malah pemimpin PAS Pusat.

" Ramai yang mendakwa PAS tidak membuka ruang demokrasi kepada pemimpin akar umbi sedangkan ruang telah diberi kepada perwakilan PAS dari cawangan tapi tidak digunakan.


" Perwakilan PAS Cawangan sebenarnya ada hak mencalon pemimpin PAS Pusat termasuk Presiden PAS melalui ruang yang diberi dalam mesyuarat agung PAS Kawasan masing-masing" katanya

Sementara itu, Dr. Mahyudin Ibrahim, Hairul Nizam Ishak dan Sharin Daud kekal memegang jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Parit Buntar apabila memenangi jawatan tanpa bertanding.

Lapan Ahli Jawatankuasa yang terpilih ialah Ashraf Abdullah, Ridhuan Osman, Zainuddin Osman, Nasharudin Rashidi, Nizam Sarif, Johari Jaafar, Firdaus Ahmad dan Ust, Malik Hashimi

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong ini dirasmikan Exco Pemuda PAS Perak Ust. Hafez Sabri.

Turut Hadir Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong, Ust. Abu Bakar Husain



P/S: Salute kepada PAS Parit Buntar!

TPPA. Bom Jangka!



ULASAN Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 "isu tidak selesai". 

Antara penentang utama FTA ialah menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan. 

Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan ‘langkah mayat saya dahulu.' 

Khairy Jamaludin, yang ketika itu turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik. 

Jadi mengapakah kerajaan beriya-iya kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.

Kenapa Trans-Pasifik?


Kita boleh membuat andaian bahawa TPPA dikenali sebagai Trans-Pasifik kerana faktor lokasi geografi kedudukan negara-negara yang terlibat dalam rundingan. 

TPPA unik kerana ia adalah perjanjian terbuka. Semua negara yang berminat boleh menyertainya selagi mana mereka bersetuju dengan apa yang telah dirundingkan pada waktu kemasukan itu, dan negara-negara lain bersetuju dengan penyertaan negara tersebut.

Negara-negara yang menyertai TPPA, kebanyakkannya sudah mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika kecuali Jepun, New Zealand, Malaysia dan Brunei. 

Jepun dan New Zealand merupakan negara maju yang mempunyai antara jaringan hubungan perdagangan yang terbesar di dunia, manakala Brunei ialah sebuah negara yang sangat kaya sumber, walaupun perdagangan yang kecil. 

Hal ini menjadikan Malaysia, sebagai sebuah negara yang paling terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika ini.

Bagi negara yang sudah pun mempunyai perjanjian dua-hala sedia ada FTA dengan Amerika, TPPA mungkin hanya melibatkan perubahan kecil kepada status perjanjian sedia ada. Tetapi untuk sebuah negara yang skala ekonominya kecil, TPPA bakal meninggalkan kesan yang lebih besar.

Rundingan pertama TPPA diadakan pada Mac 2010 melibatkan lapan buah negara, Malaysia menyertainya pada Disember 2010, di ikuti oleh Mexico dan Kanada pada Disember 2012. Baru-baru ini, Jepun menyertai rundingan pusingan di Kota Kinabalu.

Perjanjian FTA antara Amerika dan Singapura, Korea Selatan dan Chile boleh disandarkan sebagai panduan untuk kita melihat apa yang boleh diharapkan daripada TPPA. 

FTA ini juga tidak banyak berbeza antara satu sama lain, dengan perbezaan kurang daripada 5 peratus secara puratanya. 

Hal ini membawa kepada kita merumuskan bahawa Amerika melihat TPPA ini sebagai hanya satu daripada perjanjian-perjanjiannya yang menggunakan kerangka ‘standard'. 

Mereka kelihatan tidak akan melayan "kerenah-kerenah" dan kehendak negara-negara yang lebih kecil ini (dikenali sebagai ‘pengecualian') di meja rundingan.

Kandungan teks TPPA juga sulit dan rundingan dijalankan secara tertutup. Hanya lima bab yang ketirisan secara tidak sengaja kepada orang awam iaitu pelaburan, harta intelek, perdagangan dan sekatan, dan garis panduan kawal selia. MITI melaporkan hampir 14 bab daripada 29 bab yang dibincangkan sudah pun dipersetujui dan disimpulkan.

Pelaburan & kedaulatan
Isu ini boleh dikatakan isu terpenting, kerana berkait dengan hampir semua bab yang dibincangkan. Bab ini akan menyekat ruang pembuatan dasar oleh kerajaan melalui klausa ‘Investor-To-State Dispute Settlement (ISDS)' dan ‘State-To-State Dispute Settlement' (SSDS). 

ISDS ialah peruntukan bawah bab pelaburan, yang secara asasnya membenarkan mana-mana syarikat untuk mengheret kerajaan Malaysia ke mahkamah bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi.

TPPA bakal memperkuat "keadilan korporat" merentasi semua negara atas alasan "kesaksamaan dan kesamarataan".

Apakah kesaksamaan dan sama rata yang dimaksudkan di sini? Pendek kata, syarikat multinasional boleh selesa dengan kefahaman bahawa tiada perubahan ke atas undang-undang domestik yang akan melibatkan mereka secara buruk, sebaik sahaja mereka memulakan operasi di negara-negara rakan TPPA mereka. 

Hakikatnya, hal ini menjadi tiket kepada syarikat gergasi multinasional untuk melangkah sistem undang-undang sebuah negara, melalui sebuah tribunal pengadilan antarabangsa yang dianggotai oleh tiga orang hakim; dua orang hakim antarabangsa dan seorang hakim tempatan.

Misalnya, jika Malaysia tiba-tiba mendapati bahawa terdapat kandungan kecil di dalam tembakau yang berbahaya dan membuat keputusan untuk mengharamkan kandungan tersebut, seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat multinasional tembakau, syarikat itu mempunyai hak untuk menyaman kerajaan Malaysia berdasarkan potensi kerugian yang mereka alami sepanjang tempoh permit mereka beroperasi di Malaysia, beeserta faedah. 

Itulah yang terjadi dalam kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang baru tentang pembungkusan rokok. Perkara yang sama boleh terjadi ke atas Malaysia sekiranya negara kita hendak mengenakan undang-undang yang lebih ketat, ke atas pengusaha LYNAS, misalnya.

Malah, tidak melampau jika kita menjangkakan bahawa penggubal undang-undang dan Parlimen akan dibiarkan tidak berfungsi; mereka tidak boleh menggubal undang-undang yang memberi kesan kepada keuntungan syarikat multinasional dan kelangsungan perniagaan! 

Kita masih ingat bagaimana Mexico disaman AS$16 juta kerana tidak membenarkan pembuangan sisa toksik berbahaya ke dalam alam sekitarnya oleh syarikat Amerika.

Satu lagi hal yang diketahui umum ialah negara maju seperti Amerika dan Jepun sedang berusaha untuk melaksanakan ISDS melalui TPPA dan juga apa-apa yang dilihat sebagai kekurangan di bawah perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). 

Walaupun kita hanya boleh mengandaikan klausa ini tidak diratifikasikan kerana potensi kesan negatif, kebimbangan yang wujud ini ada asasnya.

Perolehan k'jaan & pembangunan vendor Petronas
Dalam bahagian ini, semua perolehan kerajaan termasuklah berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas tidak boleh dalam apa jua cara memihak kepada kontraktor tempatan dalam kaedah yang boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada perusahaan asing lain daripada negara-negara rakan TPPA. 

Ada paras lantai dalam peraturan ini; daripada perjanjian-perjanjian lepas FTA Amerika, kita boleh menganggarkan ianya sekitar RM23 juta dan ke atas. 

Jelas hanya kontrak sampingan kepada kontraktor tempatan yang tinggal. Sementara itu, kita melihat saiz perolehan kerajaan Malaysia sebanyak RM130 bilion, atau 25 peratus daripada KDN Malaysia.

Bukti empirikal menunjukkan bahawa 94 peratus daripada perolehan kerajaan Amerika diperolehi oleh syarikat tempatan Amerika (Khor, 2008) dan hanya 6 peratus diberikan kepada 170 syarikat di seluruh dunia. 

Betapa terhadnya potensi yang diperolehi daripada sebuah usaha yang sepatutnya membuka peluang kita di Amerika! Apakah yang akan terjadi kepada kontraktor tempatan kita terutamanya kontraktor minyak dan gas? 

Mampukah walau syarikat besar milik tempatan seperti Sapura Kencana dan MMHE sekalipun, bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju? Apatah lagi nasib pemain-pemain industri kecil sederhana (SME). 

Program Pembangunan Vendor Petronas yang telah banyak membantu membangunkan industri gas dan minyak tempatan juga nampaknya bakal tersingkir daripada persaingan ini.

SME dan pertanian
TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor. 

Kesan langsung ialah tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang.

Mexico ialah contoh terbaik; hasil daripada pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan.

Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian. Bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90 peratus syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME). 

Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat-syarikat gergasi pertanian daripada negara-negara seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan pun subsidi yang besar kepada petani mereka. 

Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45 peratus, kacang soya 32 peratus dan kapas sebanyak 52 peratus. 

Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM1.40kg. Apakah yang akan terjadi kepada BERNAS, dan nasib pengeluar tempatan yang lebih kecil?

Harta intelek, paten perubatan & hak cipta

Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah. 

Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan penyakit kronik lain. 

Sebagai contoh, Herceptin, yang digunakan untuk kanser pada masa kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan. 

Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM44,725 (AS$14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit. 

Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurang, terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi, apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun.

Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat dicadangkan. 

Ini termasuklah ‘digital commons' atau harta umum digital seperti sumber maklumat daripada Internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya daripada 50 kepada 120 tahun. 

Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia akademik diterhadkan, kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi.


ANAS ALAM FAIZLI profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli. Artikel ini bahagian pertama daripada dua bahagian.

sumber

01 September, 2013

Ganja merangsang pertumbuhan neuron otak?

Kebanyakan yang dipanggil penyalahgunaan dadah - seperti alkohol atau kokain - menghalang pertumbuhan neuron baru , menurut Xia Zhang, MD, Ph.D., Universiti Saskatchewan.

"Hanya ganja menggalakkan neurogenesis ," kata Dr Zhang.


Saskatoon, Saskatchewan , 14 Okt - Peguambela untuk ganja perubatan boleh mengambil hati atas penemuan dua pasukan penyelidikan Kanada.

A cannabinoid sintetik - serupa dengan sebatian yang terdapat dalam ganja, tetapi ketara lebih kuat - menyebabkan pertumbuhan neuron baru dan mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, penyelidik di University of Saskatchewan sini dilaporkan.

Dan penyelidik di University of Calgary berkata mereka telah menemui bukti bahawa otak mengandungi apa yang dipanggil CB2 reseptor cannabinoid , yang sebelum ini dilihat dalam tisu imun tetapi difikirkan tidak wujud dalam tisu otak. Penemuan itu , kata mereka , boleh membawa kepada ubat-ubatan baru untuk merawat loya yang dikaitkan dengan kanser atau AIDS.

Kebanyakan yang dipanggil penyalahgunaan dadah - seperti alkohol atau kokain - menghalang pertumbuhan neuron baru , menurut Xia Zhang, MD, Ph.D., Universiti Saskatchewan.

"Hanya ganja menggalakkan neurogenesis ," kata Dr Zhang.

Penemuan - yang dilaporkan dalam isu semasa Jurnal Penyiasatan Klinikal - tidak melibatkan ganja salai atau dimakan, tetapi sebatian sintetik digelar HU -210 , yang kata Dr Zhang adalah 100 kali lebih kuat sebagai tetrahydrocannabinol (THC) , kompaun yang bertanggungjawab bagi paras yang dialami oleh pengguna rekreasi.

Dr Zhang dan rakan-rakan menunjukkan bahawa pentadbiran HU -210 dalam dos yang rendah yang tinggi tetapi tidak, tidak akut tetapi dalam tempoh beberapa minggu , menggalakkan neuron baru dalam hippocampus tikus dengan menyebabkan sel-sel leluhur neuron untuk berkembang .

Neuron baru telah dikaitkan dengan pengurangan dalam tingkah laku biasa kebimbangan dan kemurungan , seperti keengganan untuk makan dalam keadaan yang baru.

Apabila sel-sel leluhur neuron dalam hippocampus telah dimusnahkan oleh sinar-X , bagaimanapun, HU -210 tidak mempunyai kesan , Dr Zhang.

Penemuan ini adalah " menarik" kerana ia menawarkan kemungkinan cara-cara baru untuk merawat keresahan dan kemurungan, kata Lisa Kalynchuk , Ph.D. , juga dari Universiti Saskatchewan. Dr Kalynchuk , seperti Dr Zhang ahli sistem saraf universiti dan kumpulan penyelidikan keplastikan, bukan sebahagian daripada pasukan penyelidikan.

" Ia sudah tentu menunjukkan bahawa dadah yang bertindak ke atas reseptor cannabinoid - dan yang akan termasuk ganja - boleh mempunyai kesan yang baik pada otak dan tingkah laku, " kata beliau.

Di University of Calgary, Keith Sharkey , Ph.D., dan rakan-rakan telah buat kali pertama menunjukkan bahawa CB2 reseptor cannabinoid boleh didapati di batang otak tikus. Apa lagi, mereka dilaporkan dalam Oktober 14 isu Sains, memanipulasi dua reseptor cannabinoid - CB1 dan CB2 - emesis disekat dalam feret.

Jika ia boleh diterjemahkan kepada manusia, dapatan mempunyai implikasi langsung untuk beberapa aspek penjagaan klinikal , Dr Sharkey berkata , termasuk:

Loya dan muntah yang berkait dengan penyakit seperti HIV / AIDS
Tindak balas fisiologi yang biasa, seperti demam pagi
Pengurusan kesakitan yang lebih baik
"Kita akan memikirkan implikasi dapatan kami (as) dapat membangunkan novel terapeutik anti- yg menyebabkan muntah yang akan sasaran sistem ini dan emesis blok tanpa kesan sampingan yang sangat banyak, " katanya.

THC dikenali sebagai berkesan dalam rawatan loya dan muntah-muntah , dan bertindak pada neuron di dalam Otak , Dr Sharkey katanya. Para penyelidik hipotesis bahawa endocannabinoids - sebatian dalaman yang menyerupai bahan aktif dalam ganja - mungkin bertindak pada reseptor CB2 dalam Otak untuk mengurangkan emesis .

Menggunakan morfin untuk merangsang muntah feret - kerana tikus tidak muntah - Dr Sharkey dan rakan-rakan menunjukkan bahawa endocannabinoids yang preferentially sasaran penerima CB2 disekat muntah lebih baik daripada bahan-bahan yang lebih suka reseptor CB1 .

Dr Sharkey berkata penggunaan yang terkenal ganja untuk merawat loya dan muntah mungkin bergantung sekurang-kurangnya sebahagiannya pada mekanisme ini baru ditemui , walaupun orang lain mungkin terlibat.

Dalam jangka panjang , beliau berkata, bahaya yang berkaitan dengan ganja menjadikan ia tidak menarik sebagai terapi . "Ini adalah satu cara untuk menggunakan sistem badan sendiri yang mungkin boleh meningkatkan faedah dan mengurangkan kos yang sedikit, " katanya.

Dapatan "memberikan kita pandangan yang penting dan yang tidak dijangka, " kata Raphael Mechoulam , Ph.D., Universiti Hebrew Jerusalem , yang adalah yang pertama untuk mengasingkan THC dan kemudiannya mendapati endocannabinoid pertama.

Ia " telah mengubah cara kita berfikir tentang aliran maklumat di dalam otak, dan bagaimana otak berkomunikasi dengan bahagian-bahagian badan yang lain ," kata Dr Mechoulam dalam satu kenyataan.

Sumber

Pendedahan Malaysian Maverick!





Buku bertajuk Malaysian Maverick mendedahkan ...

Sebanyak 44 billion dollar US wang rakyat Malaysia lesap di zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Sehingga kini, tiada sepatah pun komen Dr M berkenaan dakwaan negara kehilangan wang berkenaan.

Buku ini diharamkan jualannya di Malaysia. .jika krisis ekonomi dulu Mahathir bermain judi forex dengan wang negara kemudian negara hampir muflis lantas tipu rakyat kononnya G.Soros punya angkara..Mana mustahil wang skandal BMF 52 bilion yg hilang pun beliau bertanggujawab?

Lebih parah lagi..demi mengelakkan BN kalah pru sebab takut rahsia beliau terbongkar..
Dr M sanggup gadai kedaulatan negara dengan memberi IC keoada berjuta pendatang asing!!!

Bagaimanakah petualang negara ini tergamak kita angkat beliau menjadi pemimpin?