Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 September, 2013

Setia kepada negara, YA. Setia kepada BN, TIDAK!



Setia kepada negara bukanlah setia kepada kerajaan .....

Kolar Putih


Usaha halus kerajaan melalui pelbagai medium propaganda dalam cubaan mengelirukan rakyat Malaysia supaya mempercayai mitos yang dibawa oleh mereka, iaitu 'setia kepada negara' adalah sama dengan 'setia kepada kerajaan' ternyata berjaya.
 Buktinya, pada hari ini masih terdapat minoriti (baca sebagai 47 peratus) rakyat Malaysia yang tidak dapat membezakan antara kedua-dua perkara ini, walhal secara jelas definisi 'negara' dan 'kerajaan' adalah berbeza.
Secara umumnya, definisi 'negara'  adalah merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Manakala, 'kerajaan' pula ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.
Oleh itu, majoriti rakyat Malaysia (baca sebagai 52 peratus) yang celik akal sama sekali tidak akan terpedaya dengan tipu helah dan 'silap mata' Kerajaan untuk mempercayai dakyah dan propaganda songsang dan sesat iaitu 'setia kepada negara adalah setia kepada kerajaan'.
Bagi rakyat yang 'setia kepada negara', pastinya golongan ini akan menentang rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan ketirisan ekonomi negara. Bagi yang 'setia kepada Kerajaan' pula, rasuah tidak mengapa asalkan kerajaan yang sedia ada kekal memerintah.
Lazimnya, mereka yang 'setia kepada negara' adalah mempunyai pemikiran dan pandangan yang berasaskan isu atau pun issues based iaitu lebih kritis dan analitikal. Pemikiran golongan ini dilihat lebih taktikal, stategik dan sistematik.
Berbanding dengan golongan yang 'setia kepada kerajaan', golongan ini berkiblatkan mutiara kata 'syukurlah Malaysia masih aman'. Ini bermakna, walaupun hutang negara mencecah 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan dengan RM547 billion, golongan 'setia kepada Kerajaan' ini akan terus menyokong dan setia kepada kerajaan secara membuta-tuli.
Contoh paling jelas mengenai golongan 'setia kepada kerajaan' ini adalah apabila Kerajaan Persekutuan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter, suara-suara seperti  'Alah, 20 sen je pun..'  dan  'cuba banding dengan negara lain macam Singapura' adalah suara yang berasalkan daripada golongan ini. Ini adalah contoh terbaik bagi golongan 'setia kepada kerajaan'. Bagi mereka yang 'setia kepada negara' pula pastinya memikirkan kesan jangka masa panjang dan kesan domino yang bakal berlaku akibat kenaikan harga petrol ini.
Oleh itu, golongan 'setia kepada kerajaan' ini adalah golongan yang berfikiran jumud kerana tidak berasaskan isu. Semua keputusan kerajaan akan disokongnya, seolah-olah menjadikan kerajaan itu adalah entiti yang maksum. Keputusan kerajaan tidak semestinya harus disokong, jika hendak menyokong pun ia perlu melalui prosek 'semak dan imbang' yang telus terlebih dahulu.
Kesimpulannya, 'setia kepada negara' bukanlah dan tidak sama sekali 'setia kepada kerajaan'. Saya mohon supaya rakyat Malaysia khususnya golongan minoriti supaya tidak terus keliru dan beranggapan 'setia kepada negera bermakna setia kepada kerajaan'. Kalian diwajibkan 'setia kepada negara' tetapi tidak 'setia kepada kerajaan'.
Kedudukan negara adalah lebih tinggi daripada kerajaan. Ketua Negara ialah DYMM SBP Yang di-Pertuan Agong (YDPA) manakala Ketua Kerajaan pula adalah Perdana Menteri yang arif lagi bijaksana. Berbeza bukan?

SUMBER

P/S: Pakatan Rakyat akan menerima nasib serupa jika meneruskan budaya yang sama!

Tiada ulasan: