Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 September, 2013

Khalid Samad. PAS bukan untuk satu kumpulan eksklusif


Khalid mahu memberikan peluang kepada tokoh-tokoh lain untuk memimpin PAS di kawasan bandar itu ketika mengambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan itu.
"Sudah lama saya sebagai YDP Shah Alam ini. Biarlah saya beri peluang kepada yang lain. Kalau saya tidak berundur, sampai bila yang lain akan naik.
“Jadi, awal-awal lagi saya sudah umum untuk tidak pertahankan, walaupun masih ada cawangan yang mencalonkan saya," kata beliau dipetik dari Harakahdaily.
Beliau turut mengharapkan PAS Shah Alam tidak dijadikan sebagai kumpulan eksklusif, sebaliknya satu kumpulan pelbagai latar belakang.


Selepas 16 tahun memimpin PAS kawasan Shah Alam, ahli Parlimen PAS yang vokal, Khalid Abdul Samad (gambar) melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) kawasan itu dalam mesyuarat agungnya baru-baru ini.
Khalid mula memegang jawatan itu pada tahun 1997, ketika usianya 40 tahun. Beliau tidak mempertahankan jawatannya untuk sesi kali ini untuk memberi laluan kepada yang lain.
Khalid yang kini Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor juga membayangkan tidak lagi akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang sudah dua penggal dimenanginya.
"Jika diberikan keizinan oleh parti saya bercadang untuk bertanding di Johor pula selepas ini," kata adik kepada anggota Parlimen Johor Bahru dari Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau yakin, boleh memberikan sumbangan yang lebih besar kepada PAS jika boleh membantu parti itu menawan Johor bersama Pakatan Rakyat (PR).
Perkara ini dinyatakan beliau beberapa bulan lalu.
Ketika itu, tidak berbangkit lagi beliau akan melepaskan kerusi YDP PAS Shah Alam sebagaimana yang berlaku dalam mesyuarat PAS kawasan Shah Alam pada 8 September lalu.
Azli Yusof yang dahulunya Timbalan YDP telah menang dalam pertandingan merebut jawatan YDP dalam mesyuarat itu.
Turut menang adalah Zulkifli Mohd Nani sebagai TYDP dan Jamil Abd Rahim sebagai Naib YDP PAS Shah Alam. 
Khalid mahu memberikan peluang kepada tokoh-tokoh lain untuk memimpin PAS di kawasan bandar itu ketika mengambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan itu.
"Sudah lama saya sebagai YDP Shah Alam ini. Biarlah saya beri peluang kepada yang lain. Kalau saya tidak berundur, sampai bila yang lain akan naik.
“Jadi, awal-awal lagi saya sudah umum untuk tidak pertahankan, walaupun masih ada cawangan yang mencalonkan saya," kata beliau dipetik dari Harakahdaily.
Beliau turut mengharapkan PAS Shah Alam tidak dijadikan sebagai kumpulan eksklusif, sebaliknya satu kumpulan pelbagai latar belakang.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga mengingatkan agar kesemua ahli memberikan sokongan tidak berbelah bagi bagi mengukuhkan PAS kawasan itu berhadapan dengan musuh politik.
"PAS Shah Alam juga perlu mengekalkan hubungan baik PAS dengan parti rakan komponen lain dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR. Malah, lebih baik jika ia dikukuhkan lagi," katanya.
Khalid antara tokoh penting yang banyak mencorakkan hala tuju PAS di negara ini.
Selaku wakil PAS Selangor yang berunding dengan rakan-rakan PR dalam menentukan kerusi pilihan raya di negeri ini, Khalid terpaksa bertembung dengan banyak pihak.
Yang paling ketara beliau terpaksa bertembung dengan PAS kawasan Subang yang mahu meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara yang sepatutnya ditandingi PKR.
Beliau juga terpaksa bertembung dengan seorang ahli Majlis Syura PAS kerana mempertahankan keputusan bersama PR.
PR kehilangan kerusi Kota Damansara kepada BN.
Ekoran itu, Khalid paling teruk diserang oleh rakan-rakannya dalam PR kerana gagal melaksanakan keputusan yang telah dibuat bersama itu.
Di peringkat PAS pula, Khalid diserang kerana seolah-olah menyerahkan kerusi itu ditandingi oleh Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Mohamad Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.
Dalam keadaan itulah Khalid melepaskan jawatannya di peringkat kawasan ini.
"Tak adalah. Aku bukan berhenti kerana bertembung dengan siapa-siapa. Aku memang dah sentiasa bertembung sejak dulu lagi, buat apa berhenti sekarang," kata Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sebelum ini, Khalid bertembung dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Akibatnya kedua-dua mereka disiasat Jawatankuasa Disiplin PAS yang berakhir dengan Khalid digantung keahlian selama enam bulan dan Hassan Ali diberikan amaran.
Namun hingga kini Khalid kekal sebagai ahli dan pemimpin PAS sedangkan Hassan Ali selepas itu dipecat parti itu menubuhkan sebuah NGO Melayu bernama Jalur Tiga (Jati).
Khalid berkata, beliau memimpin PAS Shah Alam ketika Umno dipuncak kuasa 16 tahun lalu.
Beliau mula bertanding di Shah Alam pada pilihan raya umum tahun 2004 tetapi kalah.
Beliau mula menang dalam pilihan raya 2008 dan pilihan raya umum ke 13 (PRU13) baru-baru ini.
"Lagipun, sebagai ahli Parlimen, saya masih boleh memantau PAS kawasan lagi," katanya. 
Mesyuarat agung kawasan ini dirasmikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada 8 September lalu.
PAS Shah Alam bakal menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini yang akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan Selangor terpilih sebagai tuan rumah.
Manakala bagi muktamar dewan-dewan pula akan bermula pada 20 dan 21 Nov.
Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015. – 10 September, 2013.

(sumber)

Tiada ulasan: