Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Januari, 2010

Unsur celaka utama dalam PAS dan PKR

PAS - Perlantikan PJ Negeri PKR - Perlantikan PPN Dalam subjek sains, sesuatu unsur dinamakan mengikut bilangan proton dan neutron. Dalam PAS dan PKR, PJ Negeri dan PPN dinamakan mengikut bilangan pemikiran yang memungkinkan Presiden dan Ketua Umum terus dilihat cerdik! Akibatnya, PAS membiakkan musang berbulu ayam dan PKR membiakkan pengikut Ibrahim Ali. Sepatutnya PJ Negeri dan PPN dilantik oleh ahli negeri. Musang dalam PAS sebab presiden musang pakai serban. Ibrahim Ali dalam PKR sebab ahli tak dapat meneruskan momentum reformasi yang bergelora di dalam hati (Camanapun majoriti yang lompat memang cam sial!). Ini pendapat aku. Pendapat hangpa, hangpa punya pasai! Camanapun, undi aku terpaksa diberi kepada PAS dan PKR sebab kebencian aku pada UMNO terlampau tinggi. Seorang sahabat pernah menasihati aku "Hang patut MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG LEMBU MENGUAK" Jawapan aku " aku akan MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG LEMBU MENGUAK kalau kambing tu spesis tahan kena hujan dan lembu tu dari spesis yang genius! kalau tak, aku tetap aku walau mana kandang aku pegi! MACAM SIAL!

29 Januari, 2010

Zambry 4, Nizar 1?

Lepaih nongkat motor aku nuju ke pintu mesjid untuk sembahyang jumaat. Tetiba, "syhh syyh!". Ngelewor aku musing mencaghi sapa pulak yang mengesyhh aku. Aku ternampak Pak Long tengah joghin moncongnya nak nyambung mengesyhh lagi tapi tak jadi sebab aku dah nengok dia. Bughok bebenor ghopernya bila mengesyhh tak jadi. "Assalamualaikum Pak Long, apa kehei?" aku nanya. Pak Long ngamit aku sughoh datang dekat dia. "Mike tau pasei keputusan 4-1 Nizar lawan Zambry tuh?" intro Pak Long. "Tau ler sesikit, tu yang deme tengah kalut buat persiapan standby kekalau DUN bubar" aku jolok set induksi. Sambung Pak Long "Anak aku yang bekoje di Kolumpo telipon aku bekabo tadi. Katanya kengkawan dia yang koje kat tempat power di Kolumpo maklumkan memang ler keputusannya 4-1 tapi 4 untuk Zambry 1 untuk Nizar!" "Hah?" Tetiba azan berkumandang. "Kaghang kita sambung balik" kata aku sambil nuju pintu masjid.

25 Januari, 2010

Cerdik bebenor!

Ada sebuah parti politik bercadang akan mengadakan mesyuarat agong bila PRU-13 diumumkan. Mungkin cadangan tersebut diajukan bila kedudukan seorang MPT tergugat di peringkat Bahagian. Maka, molek sangatlah korbankan parti agar individu tersebut tidak terkorban.

18 Januari, 2010

Mudah-mudahan masin mulut aku

Allah S.W.T berkuasa atas segala-galanya. Andaikan orang-orang yang disenaraikan di bawah dicabut nyawa serentak oleh Allah S.W.T 1. KPN 2. PAT 3. KSU 4. Ketua Hakim 5. AG Bagilah ubat terbaik segantang sehari pun dengan kuasa Allah depa tetap pergi. Ke mana lagi Umno berharap untuk mengekalkan kuasa? Backup yang ada semua pro Pakatan. Mungkinkah ada yang menghilangkan diri ghaib tiba-tiba? Mudah-mudahan masin mulut aku.

11 Januari, 2010

Melayum - species baru!

Pagi tadi semasa aku sarapan kat kedai kopi peberet aku duduk semeja dengan Pak Long. Tiba-tiba apek kedai basikal yang turut bersarapan bertanya kepada kami, "Haiya! sikalang olang melayu sudah amuk ka? itu geleja sulah lapan mijik kina bakar!?" Tak sempat aku nak jawab Pak Long jawab dulu "Talak la apek. Olang melayu aa, kalu mau amuk talak solok-solok punya, ini bukan melayu punya kilija tapi Melayum!" hih hih Pak Long cakap melayu ajuk slang apek. Apek ternganga "Melayum? talak pilinah dingar ini bangsa? balu mali ka?" Pak Long jawab "Ini melayum pendek punya, dia punya penoh melayumngok!" Apek konpius "Melayumngok? ini apa maciam bangsa? talak pilinah dingar!" Pak Long sambung "Ini melayumngok aa, kalu apek mau kenal kalu dia kentot busuk dia sendiri komplen! itu melayumngok la!" "oooo, itu maciam ka!" apek puas hati dengan jawapan Pak Long.

10 Januari, 2010

Ciss! package tak menjadi!

Agaknya itulah kata Najib dalam hati! Mula-mula isu Allah. Lepas tu demo. Bakar gereja. Suma buat derk! Hari ini dalam Berita Terbasi, Hiburan Terkincit TV3 suku Najib berkata "Kita (ahli umngok), berkuasa kerana sokongan rakyat dalam pilihanraya, oleh itu kita (ahli umngok) mestilah peka dan prihatin kepada masalah rakyat!" hih hih hih! iya ler tu! Sepatutnya ucapan tu mestilah berbunyi "Kita, berkuasa kerana menipu rakyat dalam pilihanraya, oleh itu, kita mestilah peka dan prihatin untuk memikirkan cara lain untuk terus menipu rakyat!" rrrrr..... camtu baru betul! KPI prihatin Najib kepada rakyat: 1. Tendang Dolah ZZZ untuk jadi PM. 2. Perak dirampas. 3. Naik harga petrol. 4. Jalan tol bertambah. 5. Naik harga gula untuk elak rakyat kena kencing manis. 6. Tambah sendiri!

08 Januari, 2010

Isu Allah : what's next?

Fasa 1 : Semua Umngok & Pro umngok bercakap - Tak laku! Fasa 2 : Umngok & umngok pakai serban menyamar PAS berdemo - Tak Laku! Fasa 3 : Molotov Cocktail (biasanya kerja 'cikgu' dan 'pemegang keris telanjang' - tak tau lagi! Fasa 4 : ? ? ? kalau Fasa 3 tak laku mungkin Fasa 4 lebih ganas. INGATAN: Jaga-jaga semua. Jangan terperangkap!

07 Januari, 2010

Umno dah sesak sangat ke?

Dulu-dulu bila umno ada masalah dalam negara, maka bergaduhlah Che Det dengan Singaporelah, dengan Australialah. Kini, anak didik beliau siNajib mungkin meniru taktik sifunya dengan style sedikit berbeza. Mungkin tuntutan penggunaan sebutan Allah oleh majalah katholik "Herald" berdasarkan modus operandi yang sama? Untuk nampak bagi real maka Najib pergi jumpa Agong? Ciri-ciri tu dah ada sebab sepupu beliau si Hisyamudin dah bagi kebenaran demonstrasi untuk isu ni! Harus diingat,penasihat politik umno adalah syarikat yahudi!

02 Januari, 2010

Sistem Pilihanraya Mungkin Ditukar?

Mengikut pemerhatian aku pada PRU 13 mungkin sistem memangkah kertas undi dibatalkan dan diganti dengan sistem demokrasi yang awal iaitu sistem angkat tangan! Ini terjadi kerana ramai di kalangan ahli parti-parti politik di Malaysia ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Satu soalan yang diajukan mendapat jawapan berbunyi begini, Jawapan: "Ater! kalau idak jadi ahli mana ghopernyer nak dapat projek ke, jadi ahli majlis ke. Terpaksa ler yop! kalau daftar pengundi kena bangkit pepagi beghator ghoper bebudak. Aku megholoh lagi baguih! Kan ker hari mengundi tu hari cuti!" Maka atas jawapan yang sedemikian rupa kemungkinan besar sistem mengundi secara mengangkat tangan akan diperkenalkan semula! Hih Hih Hih . . .!