Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 Januari, 2010

Zambry 4, Nizar 1?

Lepaih nongkat motor aku nuju ke pintu mesjid untuk sembahyang jumaat. Tetiba, "syhh syyh!". Ngelewor aku musing mencaghi sapa pulak yang mengesyhh aku. Aku ternampak Pak Long tengah joghin moncongnya nak nyambung mengesyhh lagi tapi tak jadi sebab aku dah nengok dia. Bughok bebenor ghopernya bila mengesyhh tak jadi. "Assalamualaikum Pak Long, apa kehei?" aku nanya. Pak Long ngamit aku sughoh datang dekat dia. "Mike tau pasei keputusan 4-1 Nizar lawan Zambry tuh?" intro Pak Long. "Tau ler sesikit, tu yang deme tengah kalut buat persiapan standby kekalau DUN bubar" aku jolok set induksi. Sambung Pak Long "Anak aku yang bekoje di Kolumpo telipon aku bekabo tadi. Katanya kengkawan dia yang koje kat tempat power di Kolumpo maklumkan memang ler keputusannya 4-1 tapi 4 untuk Zambry 1 untuk Nizar!" "Hah?" Tetiba azan berkumandang. "Kaghang kita sambung balik" kata aku sambil nuju pintu masjid.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aper citer terus nya yopp !!!komer kena sambung ler teman...mike bagi teman suspen nya