Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

26 Jun, 2014

HQ PKR blackout malam tadi. Angkara siapa?


Malam tadi!


setelah dirujuk pada TNB mengenai kejadian BLACKOUT di Merchant Square yg dihebohkan malam tadi..

Pihak TNB menyatakan tidak menerima sebarang LAPORAN kejadian BLACKOUT dikawasan terbabit..

''PROJEK'' KERTAS UNDI KC SEWAKTU BLACKOUT OLEH JPP ?

Kertas undi rosak untuk TP lebih kurang 400.
Dari 400 ini hampir 300 kosong bermaksud orang buta huruf tetapi mengapa kertas undi rosak KC cuma 100 lebih ?
Mengapa tidak sama ?

Apakah ada 200 undi rosak (yang tidak bertanda) untuk KC telah di''PROJEK''kan ketika blackOUT dgn hantuRAYA yang menandanya ?

Telahan MH370 di Diego Garcia adalah benar? Panas!



Terkini MH370:

Sekali lagi maklumat bocor. Setelah pesawat MH370 telah disahkan selamat mendarat di Diego Garcia pada 08/03/2014, kesemua penumpang telah dipindahkan ke negara India ke suatu lokasi rahsia yg tidak boleh didedahkan agar landasan Amerika laknatullah tidak disuspek sebagai tempat dimana pesawat MH370 dilandingkan. Maklumat sekali lagi bocor yg mana salah seorang pegawai tertinggi India mengeluarkan kenyataan bahawa radar mereka telah mengesan pesawat MH370 melalui ruang udaranya pada pagi kejadian tersebut tetapi mereka terpaksa menafikan stmnt tersebut kerana desakan dan tekanan dari US. Susulan pendedahan tersebut sekali lagi kesemua penumpang dan anak-anak kapal telah dibawa melalui pesawat khas milik Amerika utk diterbangkan ke suatu lokasi rahsia. Penyiasat menjangkakan kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 kini berada di negara Turkmenistan ataupun Kazakhstan 

11 Jun, 2014

Pemilihan PKR tertangguh. tukar lagi!


Semua Cabang yg akan diadakan pemilihan semula telah ditetapkan, tempatnya terutama di Selangor (dewan-dewan milik kerajaan negeri). Tarikh-tarikh pemilihan semula:
15 Jun 2014 - Klang, Sabak Bernam, Kapar, Shah Alam, Kota Raja PJ Selatan.
21 Jun 2014 - Kuala Selangor, Kuala Langat, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tambun, Rembau.
22 Jun 2014 - Hulu Selangor, Subang, Hulu Langat, Selayang, Nibong Tebal.
28 Jun 2014 - Sungai Besar, Kelana Jaya, Tenom, Keningau, Batu Sapi, Tawau, Silam, Semporna, Tuaran, Papar, Batang Sadong, Kapit, Julau & Sarikei.

10 Jun, 2014

Kisah jadual pemilihan PKR yg penuh tandatanya!


Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 JUN: Jadual pemilihan semula PKR didapati bocor sebelum Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkan secara rasmi perkembangan terbaru ini.

Keadaan itu memberi kelebihan kepada pihak tertentu yang memiliki jadual itu mengatur strategi dan persediaan awal bagi menghadapi pemilihan di cabang yang dibatal.

Pemilihan 2014Jadual pemilihan itu dikatakan dibocorkan oleh individu dari Cabang Sungai Petani.

Menurut satu sumber, individu sebelum ini dikaitkan dengan salah satu pasukan yang bertanding dalam Pemilihan PKR 2014.

“Bila saya tunjukkan jadual ini kepada beberapa orang atasan, mereka terkejut dan kata benda ni jangan main-main.

“Mereka kata JPP tak umumkan pun lagi, sidang media juga belum buat. Macam mana dia boleh ada jadual ini,” kata sumber itu kepada Selangor Kini.

Menurut sumber itu lagi, individu itu juga ada memberitahu beliau akan bertugas dalam pemilihan semula di Nibong Tebal pada 22 Jun nanti.

Mengikut jadual pemilihan semula yang dihantar kepada Selangor Kini, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Petaling Jaya Selatan akan mengadakan pemilihan semula pada 14 Jun.

Pada 15 Jun pula, Cabang Klang, Kota Raja dan Subang dan manakala pada 21 Jun melibatkan Cabang Tenom, Keningau, Pensiangan, Tawau dan Papar.

Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Nibong Tebal pula akan mengadakan pemilihan semula pada 22 Jun.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Selangor Kini difahamkan satu sumber lain pemilihan semula bagi sesebuah cabang tidak akan diteruskan sehingga semua aduan dan siasatan berkaitan cabang terbabit tidak selesai.



Jadi kerana dah bocor, jom bocorkan terus!

09 Jun, 2014

Kisah penipuan pemilihan PKR di Marang

Sumber SINI

Aku ulangi demi pengetahuan semua
Di marang terengganu mcm mana.....
Kehadiran 56 orang pengundi..
Tski dpt 50 undi
Azmin dpt 5 undi
Undi rosok 1
Bila keluar keputusan jpp
Tski dpt 50
Azmin dpt 36
Saif dpt 3
Mari mana azmin dpt 31 lebihan itu...
Harap buat siasatan semula di marang mungkin haturaya yg undi
SEBELUM KITA SALAHKAN SPR MENIPU
HARAP PKR CERMIN DIRI DAHULU ADAKAH JPP PKR TIDAK MENIPU DAN BERTINDAK BERSIH DALAM PER5MILIHAN PKR
PKR am nya dan PR khasnya..
pemimpin jangan sok sendiri yang mengatakan pru 14 PR menang... permilihan parti kerja nya menipu untuk pegang jawatan dalam parti....
selagi pemilihan dalam parti tidak dapat di bersih sepenuhnya..........  jangan mimpi PR nak menang...
sebab jika menang PR lagi busuk drp BN
cantas sana sini.... berdedam tidak habis2........
bermusuh berpanjangan drp atas hingga ke bawah...
di hasut untuk bermusuh.......
ini kah parti masa depan yang rakyat nak harapkan atau pun parti masa hadapan untuk pemimpin mencari harta untuk diri sendiri...... harap semua fikir demi kebaikan......
dan ubah cara demi kekuatan.......
Beberapa kali aku ulangi untuk menyedarkan pihak atasan dan ahli.
Berani kerana benar penipuan akhirnya di ketahui juga umno menipu rakyat akhirnya jatuh juga ingat lah........
APAKAH YANG DI KATAKAN REFOMASI SEBENAR BILA SUDAH MEMERINTAH NEGERI ATAU NEGARA...
ADAKAH NAK KE JALAN RAYA ATAU PERTADBIRAN UNTUK RAKYAT..
ADAKAH ACUAN UMNO BOLIH DI PAKAI ATAU ACUAN TAN SRI KHALID IBRAHIM UNTUK DI LAKSANAKAN UNTUK RAKYAT...
ADAKAH AHLI DAN PEMIMPIN PKR BETUL2 NAK REFOMASI ATAU PUN REFOMASI UNTUK DIRI....
FIKIR2 SEMUA AHLI PKR JANGAN KAMU DI PERBODOHKAN DENGAN BUDAYA UMNO...

Jangan cakap tentang refomasi.. jangan cakap korapsi..... kroni... jangan cakap tentang SPR dan jangan cakap tentang penyelewanan najib atau menteri serta kerajaan.... jika parti pkr tidak bolih laksanakan pemilihan yang baik untuk tunjuk pada rakyat...
berani kerana benar takut kerana salah....
al tatuya tidak tahu pembunuh sebenarnya....
macam itu juga pemilihan pkr sama saja....
Tok dalang di selindongkan... mungkin orang lain di kambing hitamkan...
kalau memerintah tak tahu lah macam mana....
cabang di gatung tetapi dalang semua kejadian di bebaskan..... mungkin ada yang di kambing hitam tetapi dalang tetap bebas sebebasnya.......
Bila kita nak buat baik dan pembaharuan politik apa apa  kesalahan kita tetap menyerang demi kebaikan sebab pkr tak nk jadi macam umno...
tak bolih di tegor buat salah walau pun sikit... takut lama2 jadi bukit...
kita kena lantang memyuarakan kebenaran walau pun pahit itu lah refomasi sebenar..
yang salah tetap di keluarkan drp pertandingan jangan kebal di sebalik JPP... sejarah 2001 hingga 2010 tak nak di ulangi lagi fitnah dan penipuan....
Kalau ahli dan pemimpin jujur dalam perjuangan kalah atau menang tidak lari dalam perjuangan
jika permilihan bersih drp semua segi.....  itu lah perjuangan rakyat dan negara yang sebenar.
 Saya tetap buang azmin drp jawatan no dua  tertinggi sebab saya tahu tembelang dia...
anak didikan mahadir... tidak pernah di penjarakan walau pun lantang...
pemimpin yg terdahulu semuanya kedalam.....dan banyak pemimpin lari keluar di sebabkan cara beliau buat fitnah dan penipuan.......
Jika saya menegur JPP..di fb ini..... JPP hendak buang ahli saya silakan.... saya tidak heren sedikit pun..
sebab tegoran saya hendak menghapus penipuan  dalam parti.... drp tahun 1999 saya ikuti refomasi tidak keadilan kerajaan malaysia... sampai masa pemilihan parti.... pemimpin menipu ahli untuk memduduki jawatan yang kedua tertinggi.....
kalau sekarang saya tidak menengor..... apabila sudah menang pemimpin ini akan menipu ahli dan rakyat.....  kroni di buat lebih pada umno......
selamat berjuang pada yang menegak kebenar dalam parti walau pun pahit di telan... ini lah perjuangan sebenar yang perlu kita sama2 bangkit..... dan bersihkan....... demi menegak keadilan...
keadilan tidak bagi kami makan..... tetapi kami bagi keadilan makan........ berapa banyak sudah duit kami habis dalam perjuangan...
kami sangup hidup susah kerana menegak keadilan dalam malaysia...... tetapi pemimpin saorang dua mengambil kesempatan di atas kami...
akan kami tegakan demi kebaikan ahli... rakyat dan negara drp pemimpin hantu raya....
Mengunakan kami untuk kedudukan... mereka yang memusnakan semagat juang pemimpin dengan fitnah dan duit drp 2001 hingga sekarang..... ramai pemimpin keluar kerananya....
Hati-hati permainan politik hanturaya lempar batu sorok tangan......
Ada agenda tersendiri tanpa di sedari....
Daripada dulu hingga sekarang.. Semua ini pemainan hantu raya... nak suruh ahli tidak sabar.....
Bila Dsai marah dia jadi busuk... hantu raya lah dpt hasilnya....... yang selama ini mereka menyerang Dsai...

Sepanjang 6 tahun Khalid menjadi budak belasahan sebagai bodoh politik, tidak peduli politik dll; Dia tidak peduli semua itu sebaliknya terus fokas kepada pembinaan sebuah negeri yang sentiasa hendak dirampas oleh BN. Khalid berjaya mengintepretasi "Selangor as The Launch Pad to Putrajaya".

Dengan kekangan peruntukan oleh pusat biarpun Selangor adalah penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia, Khalid mampu dan membuktikan bahawa kekangan itu hanyalah perkara yang boleh diatasi.

Agak ironis sekali Khalid turut di asak oleh sekutu dalam PR bila dia keras dengan memisahkan politik dari kerajaan.

Kejayaan di Selangor layak menjadi SAMPLING ATAU PERCONTOHAN yang melayakkan PR menduduki Putrajaya.

Sekali lagi saya tekan kan, ini zaman Rakyat Menguasai Kerajaan, bukan politik atau parti menguasai kerajaan.

Psikologi di sebalik TSKI bertanding TP... Ini satu pertandingan yang dia sendiri buat keputusan.

Bermakna, sebagai orang yang bijak dalam kira kita, Khalid sudah bikin kira kira. Dia sudah lihat dimana keperluan, di mana kelemahan yang perlu di perbaiki. 6 tahun dia tumpu pada negeri dan berjaya.

6 tahun juga PKR Selangor terbiar tanpa kemajuan.

Bila Khalid melangkah kekancah politik kepartian, bermakna dia sudah sedia. Manusia seperti Khalid bila sudah bersedia, sudah buat kira kira kita akan lihat impak yang sangat besar.

Reformasi itu yang sudah ujud sekian lama dan hampir hilang rohnya perlu dilaungkan dengan nada yang lebih bermakna, lebih menyeluruh, dari jalan, menular ke pentadbiran serta urus tadbir politik yang mapan.

MRT adalah jalan yang lebih jelas untuk ke Putra Jaya. Kombinasi dengan Datin Seri Dr Wan Azizah dan

Calun Tim.Presiden Tan Sri Khalid Ibrahim No 3
dengan pelapis teruji seperti

Calun Naib Presiden
Nurul Izzah,
Mustaffa Kamil Ayub No 11
Tian chua

pilihan satu lagi naib presiden yang tuan dan puan suka.... untuk cukup 4 orang calun naib presiden MPP

Dalam kapal perang kita tak mampu untuk melihat Kapten dan Vice captain yang berlainan misi. Gabungkan kedua2 cantik.........

Ingat kata2 saya ini..... dan kita sama2 tengok permainan hanturaya... di mana penghujungnya....

02 Jun, 2014

Kisah terbaru MH370!



Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum ramadhan ?

Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370:

Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.

Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup.

Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian ” sulit ” dipersetujui. Sambungan cerita MH370 ini anda semua boleh baca di bawah wall ini.


kaptenzahari

Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu……….. Oleh kerana penumpang yg teramai adalah dari negara China, negara China mungkin akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking number satu di dunia.

Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku ” Hijacked ” ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.




Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!

Okey ini ada maklumat terbaru yg diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan ” dihijacked ” dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked….

Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum… !!!!

Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat … sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan… Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar… Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !!!!!

- Sharifah Sofia Syed Rashid
http://beritaterkinimalaysian.blogspot.com/2014/06/penumpang-mh370-akan-dibebaskan-sebelum.html