Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

21 Mei, 2014

Tarikh pemilihan PKR cabang tertangguh.


Tarikh2 Pemilihan Semula:

Sabtu, 31 Mei 2014: Sabak Bernam, PJS, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Pengerang

Ahad, 1 Jun 2014: Kota Raja, Tenggara, Nibong Tebal, Bukit Katil, Sg Petani

Sabtu, 7 Jun 2014: H.Langat, Kelana Jaya, Jerantut, Paya Besar, Pasir Puteh, Silam, Papar

Ahad, 8 Jun 2014: Selayang, Kapar, Btg Sadong, Kapit, Julau, Sarikei

Sabtu, 14 Jun 2014: Subang, Sg Besar

Ahad, 15 Jun 2014: Klang, Shah Alam (Penambahan masa)

Sabtu, 21 Jun 2014: K.Sgor, H.Sgor

Ahad, 22 Jun 2014: Tenom, Keningau, Pensiangan, Tawau

16 Mei, 2014

Zaharudin Muhammad/Din Ayam makin besar kepala?



Berpunca dari sini



Kemudian memberi alasan ini


Berakhir (setakat ini) dengan ini
 Cerita penuh

Kemelut Umno di Terengganu mungkin sudah selesai, bagaimanapun kini giliran PAS pula terjebak selepas kritikan "very stupid" menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad (gambar) kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menulis komen melalui laman sosial Facebook dengan menyelitkan bersama-sama artikel komen Nizar di satu portal berita.
Nizar dalam artikel tersebut menyeru pimpinan PAS berhati-hati dengan Barisan Nasional (BN) semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu baru-baru ini.

"Menantu Hadi (Zaharuddin) menafikan, sebab dia kata bukan tujukan kepada saya.
"Dia kata kenyataan 'very stupid' itu tidak semestinya ditujukan kepada Datuk Seri Nizar. Kalau bukan kepada saya, tidak tahu kepada siapa dia tujukan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja.
"Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa.
"Tanya dia, apa niat dia," soal beliau.
Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar.
"Sekarang ini, dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar.
Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu.
"Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi.
Zaharudin sebelum ini semasa pemilihan PAS tahun lepas juga mencetuskan kontroversi, didakwa memainkan peranan besar dalam gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional yang digelar "Erdogan" dalam PAS.
 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sekadar memberi ingatan kepada PAS Terengganu tidak terjebak dengan peristiwa yang pernah dilaluinya. – Gambar fail The Malaysia Insider, 16 Mei, 2014.Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sekadar memberi ingatan kepada PAS Terengganu tidak terjebak dengan peristiwa yang pernah dilaluinya. – Gambar fail The Malaysia Insider, 16 Mei, 2014.Nama tersebut diambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Menurut Nizar, nasihat tersebut bertujuan untuk mengelakkan krisis pada 2009 berulang di mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak tumbang susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lompat parti.
Baru-baru ini, episod di Perak berulang apabila tiga Adun di Terengganu dikepalai bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar parti dan mengumumkan menjadi wakil Bebas.
Terdapat khabar angin mengatakan akan ada usaha mewujudkan kerajaan campuran di Terengganu, tetapi perkara tersebut dinafikan oleh PAS Terengganu.
Nizar menggesa agar pemimpin negeri Terengganu supaya berhati-hati.
Bagaimanapun situasi tersebut berubah apabila ketiga-tiga Adun tersebut kembali ke pangkuan Umno.
"Sebab pengalaman masa di Perak, Umno buat macam itu dahulu, bila tersepit mereka cari kawan lain.
"Jadi pengalaman itu saya cuba sampaikan supaya tidak termakan," kata Nizar.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga senada dengan Nizar, menyifatkan Umno dan BN sebagai tidak boleh dipercayai.
"Kita sedia maklum sejarah panjang PAS dan Umno.
"Kekalahan pada 2004 pun BN menang dengan tidak adil," kata Satiful kepada The Malaysian Insider.
Satiful berkata PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno atau BN, bahkan mengganggap Ahmad sebagai tidak berkredibiliti serta "flip-flop".
"Mereka tidak pernah berubah dengan sikap diskriminasi dan tidak adil.
"Umno tidak pernah menunjukkan keikhlasan sikap, jadi macam mana nak perintah bersama...Ahmad Said ini kita pun tahu dia flip flop," katanya.
Satiful juga mengungkit kembali layanan yang diberikan oleh Ahmad kepada PAS sepanjang memerintah Terengganu dan berkata mustahil untuk bekerja dengan individu berperwatakan sedemikian.
Di Terengganu, BN memiliki 17 kerusi DUN manakala PR pula 15 daripada 32 kerusi keseluruhan, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya salah seorang daripada Adun Umno keluar parti menjadi wakil Bebas.
PAS juga mengintai peluang untuk memerintah di Terengganu, malah awal-awal lagi memberi isyarat akan mengusulkan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kemelut politik dalaman Umno tidak berakhir. – 16 Mei, 2014. (Malaysia Insider)

11 Mei, 2014

Ini sebab musabab Azmin tuntut kerusi MB?

Benarkah tuduhan ini? Jika benar, memang dasyat!


Azmin Ali ada buat berniaga dengan Danny Tan. Saya tak tahu siapa Danny Tan. Azmin ada jual tanah murah kemudian tuduh Tan Seri Khalid Ibrahim jual tanah dekat Tropicana. kenapa Azmin Ali ini nak sangat jadi MB Selangor. Ini kerana sebelum pilihan raya dulu Azmin ada ambil duit dari Syarikat Gapurna. Azmin janji projek PKNS dekat Petaling Jaya akan diberi pada Gapurna. Semua akan selesai kalau Azmin jadi Menteri Besar. Tuan Gapurna ini ada pergi jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim lepas pilihan raya selesai. Tuan syarikat ini terpaksa mengadu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang duit down payment yang telah diambil oleh Azmin Ali. Tuan punya syarikat terpaksa berterus terang kerana tak ada pilihan. Yang menjadi Menteri Besar bukan Azmin Ali tetapi Tan Seri Khalid Ibrahim. Cerita Azmin Ali ambil duit dari projek PKNS sebelum pilihan raya ini rupanya bukan citer baru.di prk kajang kata budget nak buat banyak bilik gerakan tak cukup. Ini sebab Azmin Ali dah ambil 200 juta ringgit duit sumbangan dari peniaga Cina yang menyokong Datuk Seri Anwar. Duit ini diberikan untuk PRU13. Bila sekali lagi minta sumbangan kerana Dr Wan Azizah nak bertanding di Kajang, cerita duit 200 juta ini terkantoi. bersyukurlah. inilah hikmah sebab adanya pilihan raya kecil Kajang. saya curiga bila dengar kisah Azmin Ali ini. Dari dulu lagi kawan -kawan selalu ingatkan yang Azmin Ali ini tak boleh dipercayai.ada cerita macam mana Azmin Ali dah porak perandakan pemilihan PKR. Azmin Ali main duit beli undi dekat Sabah dengan Sarawak. pemilihan PKR kali ini dah jadi macam pemilihan UMNO. Azmin Ali bawa budaya politik wang dalam PKR. Wassalam
Sumber Tukar Tiub

10 Mei, 2014

Pemilihan PKR. Sebar cerita bohong pulak dah!


Di bawah adalah cerita bohong yang tersebar merata!

Dengar perkhabaran Dr. Syed Husin Ali bertemu Dato' Saifudin Nasution hari ini. Agenda perbincangan menggesa Saifudin Nasution menarik diri saat akhir dan beri laluan kepada Tan Sri Khalid. Gesaan agar Saifudin tarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden terpaksa dibuat setelah rundingan dengan Khalid Ibrahim gagal semalam di rumah DSAI di Bukit Segambut. Dikatakan Anwar Ibrahim sendiri yang menyuruh Khalid Ibrahim tarik diri semalam dengan memberi jaminan bahawa PKR akan memastikan Tan Sri Khalid memegang jawatan MB Selangor sehingga habis tempoh. Rundingan semalam turut dihadiri Wan Azizah, Dr. Syed Husin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua dan Sivarasa Rasiah. Tidak dapat dipastikan apakah hasil rundingan antara Dr. Syed Husin Ali dan Saifudin Nasution.


Aduih! macam2 la pulak! Agak2 siapa yang beruntung dengan penyebaran cerita ni?

09 Mei, 2014

Kantoi! Muhamed Nabi ahli UMNO!

Seorang ahli PAS, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.



Seorang ahli PAS, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.

Mohamed Nabi, 63, seorang ahli perniagaan yang telah bersara, merupakan orang kedua mengumumkan hari ini hasrat untuk bertanding di Bukit Gelugor selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan melancarkan pusat operasinya di Air Itam hari ini.

Bagaimanapun, pemimpin PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim
(kanan) terkejut dengan tindakan Mohamed Nabi itu, dengan berkata bahawa parti itu akan melancarkan jentera dan pusat operasi untuk menyokong DAP di Bukit Gelugor.

DAP akan menamakan calonnya esok, manakala MCA masih membisu sama ada akan bertanding di kerusi tersebut, di mana calonnya Teh Beng Yeam kalah kepada mendiang Karpal Singh dengan majoriti 41,778 undi dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.

Mohamed Nabi berkata beliau mahu menyertai pertandingan itu
berdasarkan polisi PAS dan prinsip-prinsip Islam, dan bahawa beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Beliau juga merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertanding di kerusi tersebut yang menjadi kosong selepas kematian Karpal dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika tidak, saya akan bertanding sebagai calon bebas. Saya tidak akan keluar PAS dan akan kekal dalam parti itu dan berjuang untuk Islam," kata Mohamed Nabi dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau menggesa pengundi di Bukit Gelugor menyokongnya, yang mengikutnya, bermakna menyokong hudud juga, kerana beliau akan terus berjuang untuk Islam di Pulau Pinang.

Beliau juga mempersoalkan mengapa negeri seperti Pulau Pinang dan Terengganu tidak merancang untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam apabila Kelantan telah memutuskan untuk berbuat demikian.

"Brunei juga telah mula melaksanakan hudud. Seperti yang saya tahu, ia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan tiada siapa yang menentangnya," kata Mohamed Nabi.

Ditanya sama ada beliau bimbang mungkin dipecat oleh PAS, Mohamed Nabi berkata beliau tidak fikir itu akan berlaku.

"Saya tak fikir begitu dan saya juga tidak fikir Hadi akan menghalang saya daripada bertanding," katanya.

Mohamed Nabi berkata PAS cawangan Kampung Banjir di Batu Caves, tetapi pada masa ini menjadi ahli biasa dalam bahagian Gombak.

Akhirnya kebenaran diketahui!

KEH KEH KEH!

Saifudin Nasution wajar tarik diri!

Keputusan terkini setelah keputusan cabang Tambunan, Tawas, Ranau dibatalkan.

Dengan pemilihan masih lagi berbaki 3 negeri, alangkah molek seiranya Saifudin Nasution menarik diri.

Atau Saifudin Nasution lebih rela dianggap sebagai macai Azmin Ali untuk menyekat kebangkitan Khalid Ibrahim?

Tepuk dada, tanya selera. 

Tq.

04 Mei, 2014

Perak dan Penang wajar sokong TSKI!

Kepada yang anti AA. Secara taktikal kita 

wajar sokong calon yang berjaya rapat 

dengan AA!

Berdasarkan petunjuk awal yang telah 


diperolehi di bawah!

CABANG LABUAN
101 - TSKI
004 - AA

CABANG BALING
147  - TSKI
010 - AA
 


Untuk senarai calon, lihat SINI! Tq!