Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

08 Ogos, 2009

Sial Najib jangkit 1 Malaysia!

Petang tadi aku pegi kedai runcit, berselisih denganPak Long. Muka masam mulut muncung. "Apa kehei pulak oghang tua ni!?" kata aku dalam hati. "Pak Long! Assalamualaikum! apa keheinyer masam benor! Maghah kat teman ke!?" aku tanya. "Hampeh betoi ler, malam ni aku nak buat doa selamat, gula boleh beli sekilo aje! mana ghoper aku nak menjamu oghang! err.. waalaikumsalam" jawab Pak Long sambil teghangkat kenin. "Ater ngapenyer tak beli awal2? Udah tau nak buat doa selamat, beli ler 10 haghi sebelum ni haghi-haghi, sedang elok ler haghi ni cukuo 10 kilo!" ciss.. macamana ler aku boleh cakap macam ni. "Tengkoghak kamu! krisis gula ni baghu jadi 5,6 haghi ni aje! kalau aku tau, awal2 aku beli seguni! heeee.... sial betoi ler sejak Najib jadi PM ni! mula2, chikangunya, peh tu selsema babi, sekhang ni pulok gula tak mandang! posa dah dekat! mana ler ghoper oghang pasar ramadhan nak buat koi besok! jawabnya. Kah kah kah! tak pasal2 Najib kena sial! Aku pikir lah, lepas jadi PM ni najib tak mandi susu dengan guruji dia kot? Sebab tu sial dia jangkit abih 1 Malaysia!

Tiada ulasan: