Sempena cuti kemerdekaan, pagi tadi aku pergi ke Ipoh bersama isteri. Tempat arah tujuan yang pertama aku ke rumah aku yang disewakan di Simpang Pulai kemudian macam biasa singgah di gedung kain Riamoda di persimpangan Simpang Pulai, Lahat, Ipoh dan Cameron Highlands. Sambil-sambil isteri aku pergi membeli kain ela, aku layan anak lelaki aku yang berumur 2 tahun ke kedai 2 ringgit yang berhampiran. Hampir sejam setengah selepas itu isteri aku selesai membeli belah terus kami menuju ke Ipoh. Mulai dari Simpang Gopeng melalui flyover menuju ke Ipoh memang tak ada langsung tanda-tanda menyambut merdeka.
Tiada bendera dipasang di kedai-kedai! Tiada aktiviti di Padang Ipoh! Aku tertanya-tanya tentang kelesuan sambutan kemerdekaan ini. Mungkin kedatangan bulan Ramadhan dan wabak H1N1 yang melanda? Sehinggalah apabila aku sampai ke persimpangan jalan stesen keretapi, barulah aku temui jawapannya dan sebab-musababnya yang menyebabkan warga Ipoh hilang semangat untuk sambut kemerdekaan!
Cisss... ! Potong Stim! Banner mamat 2 ekor ni yang tersengih-sengih di tengah-tengah Bandaraya Ipoh telah berjaya mematikan semangat warga Ipoh untuk menyambut kemerdekaan.
(gambar kurang memuaskan kerana pakai kamera handset)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan