Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 November, 2010

Berita mampuih pi!

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah sah dan memutuskan hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris. Dalam keputusannya, mahkamah juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris. Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri. selanjutnya

21 November, 2010

PKR ciptaan siapa?

oleh: Marhaentua Manusia pandai merancang tetapi dia mesti ingat bahawa kuasa veto tetap berada di tangan Allah. Demikianlah perjalanan PKR sekarang ini. Semasa ditubuhkan dahulu Anwar Ibrahim berada dalam penjara. Azmin pun tidak berapa kelihatan wajahnya dan namanya, selain kisah affidavit mengatakan dia pun turut terliwat dan anaknya dengan Shamsidar Tahrin itu adalah hasil perkongsian antara Anwar dengan Shamsidar. Semasa ramai pengikut setia Anwar ketika itu meringkok dalam penjara, hanya Azmin satu-satunya yang tidak kena padah itu. Affidavit yang dibuatnya pun ditarik-balik dan satu kenyataan akhbar dibuat bahawa hasil siasatan DNA, anak yang dilahirkan oleh Shamsidar adalah anak Azmin juga. Tiada kena-mengena dengan Anwar Ibrahim. Jika demikian, apa sudah jadi dengan PKR selepas Anwar keluar penjara? Ezam Mohd Nor yang merupakan ayam sabung Anwar kini sudah menjadi Senatak Ezam pilihan UMNO, Ruslan Kassim pun sudah meninggalkan PKR melompat parti lagi. Ustaz Nasharuddin yang satu ketika dahulu adalah pembodek Anwar sudah pun menjadi Naib Presiden PAS. Begitu juga Kamaruddin Jaafar, kini menjadi Setiausaha Agung PAS. Chandra Muzaffar yang pernah kalah bertanding atas tiket PKR kini sudah menjadi ahli bebas dan kerap bersuara lantang memfitnah Anwar. Kalau diteliti baik-baik fenomena ini kita dapat buat rumusan bahawa ramai anggota muda parti telah keluar masuk parti lain kerana mereka ini merasa susah bergerak dalam PKR. Azmin Ali sentiasa sabotaj mereka yang memandai-mandai Azmin Ali fikir adalah lebih baik buat tindakan tegas mencantas mereka di peringkat awal sebelum mereka membesar dan menjadi saingan kepada peluang beliau menjadi Presiden parti. Itu sebabnya semasa memilih calon menjadi wakil rakyat dahulu, Azmin pilih mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. Kerana dia sedar kalau ahli politik yang ada ijazah ataupun mempunyai pengalaman mentadbir negara, ketokohan beliau akan mudah tercabar. Lantas terpilih beberapa orang posmen yang setelah menang pilihan raya tidak pun tahu membalas jasa orang yang memilih mereka Sesungguhnya PKR telah naik mendadak kerana keadaan politik semasa. Ramai pengundi yang memangkah PKR kerana kecewa dengan perjuangan UMNO dan BN. Kaum India merasa hampa dengan tindak-tanduk Samy Vellu sehingga tercetuslah gerakan Hindraf yang membuatkan ramai kaum India masuk menganggotai PKR. Di Selangor misalannya, sebilangan besar anggota PKR adalah kaum India. Tidak mustahil satu ketika nanti sebahagian besar ahli Jawatankuasa cabang adalah daripada kaum India, sehinggakan di cabang pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri pun fenomena ini sudah amat ketara. Dengan kedudukan Azmin Ali dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden parti sudah nyata semakin kukuh, bermakna Azmin Ali berkemungkinan besar akan menjadi Presiden PKR. Saya menjangkakan dalam satu masa yang terdekat Wan Azizah sendiri akan melepaskan jawatannya dan memberi laluan kepada Azmin Ali. Apa yang jadi seterusnya? Kira-kira dua bulan lalu saya ada menulis satu artikel pendek dan telah dimuat turun dalam bentuk SMS. Artikel itu berjudul "Anwar Ibrahim harus bertaubat sebelum terlambat”. Selepas itu barulah muncul memorandum yang ditandatangani beramai-ramai oleh kumpulan tertentu diikuti pula oleh saranan bekas Mufti Perlis yang mengatakan perkara yang sama. Semasa saya menulis artikel itu dahulu, perkataan ‘taubat’ yang saya maksudkan bukanlah perbuatannya meliwat orang. Saya sendiri tidak yakin Anwar berperangai begitu. Yang saya maksudkan ialah agar Anwar berhenti meniru gaya kepimpinan Mahathir yang suka menuduh orang lain tidak betul. Memang begitu sikap Mahathir dahulu. Orang lain semua tak betul, kerana dia sahaja yang betul. Cuba kita teliti perjalanan PKR semasa Anwar menjadi Ketua Umum, dan perjalanan UMNO semasa Mahathir menjadi Presiden UMNO dan BN. Mahathir yang satu ketika semasa menjadi pelajar di Singapura tidak mengaku yang dia orang Melayu (dia mendaftar sebagai Mahathir s/o Iskandar Kutty dan berbangsa India Muslim), telah buat pusingan 'U' berlagak sebagai anak Melayu tulen. Dialah yang menukarkan perkataan ‘s/o’ ditukar kepada bin dan ‘d/o’ ditukarkan kepada binti. Sekali gus semua anak-anak kelahiran mamak tongkang menjadi berbangsa Melayu. Dengan lain perkataan, sentimen keMelayuan itu menjadi satu tunggak untuk Mahathir mengembangkan pengaruh politiknya di peringkat akar umbi orang-orang Melayu. Tetapi, cuba kita lihat sekarang, berapa ramaikah orang Melayu yang hidup papa kedana berbanding kaum lain? Kenapakah selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri dia tidak dapat basmi kemiskinan tegar di kalangan orang-orang Melayu? Dia tahu, kalau kemiskinan tegar dibasmikan di kalangan orang-orang Melayu, UMNO akan kehilangan penyokong dan pengundi waktu pilihan raya nanti. Sentimen perkauman itulah yang menjadi satu alat yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dan juga Azmin dalam PKR. Sesiapa yang berani bersuara lantang mengkritik kepimpinan parti akan dilabel sebagai orang upahan dan ‘Trojan horse’ dalam PKR. Apabila Gobalakrishnan bersuara lantang mengkritik Azmin Ali, adakah Anwar Ibrahim memanggil Gobalakrishnan dan berbincang secara senyap-senyap mengenai isu yang dibangkitkannya. Begitulah juga semasa Datuk Zaid Ibrahim bersuara lantang membangkitkan isu JPP yang menyebelahi Azmin Ali adakah Anwar Ibrahim memanggil Zaid Ibrahim untuk sama-sama bersarapan pagi dan menyelesaikan kekusutan yang muncul. Seperti dengan gelagat Mahathir, Anwar tidak mahu berkompromi secara halus dan mendengar rintihan orang lain. Dia telah dibisikkan oleh Azmin Ali untuk terus mencantas sesiapa sahaja yang bersuara lantang mengkritiknya. Keadaan dalam PKR menjadi lebih kalut kerana Setiausaha Agung Parti, Saifuddin Nasution tidak tahu menjalankan tugas sebagai seorang ‘pacifier’ atau pakar mententeramkan keadaan. Saifuddin hari ini adalah bukan sama dengan Saifuddin yang mula menang kerusi di Lunas dahulu. Saifuddin hari ini sudah kaya kerana sebagai Setiausaha Agung sahaja dia dikatakan menerima elaun bulanan sebanyak RM35,000. Kerana itu dia mesti akur kepada arahan Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali. Kalaulah Saifuddin Nasution tahu menjalankan peranan sebagai yang sepatutnya perkara bantahan tidak meledak begitu banyak. Tentu dia sudah berjaya berunding dengan Dr. Molly Cheah agar mengambil jalan tengah dan ditubuhkan satu Jawatankuasa khas mengkaji semula segala rintihan akar umbi. Tentu sekali dia dapat berunding dengan Anwar Ibrahim dan Azmin agar ditangguhkan dahulu pengundian menantikan selesai siasatan oleh sebuah panel bebas. Tetapi, oleh kerana Saifuddin pun turut tamakkan kuasa dan pentingkan tembolok sendiri, perkara semacam ini boleh bernanah dan meledak sebagai bisul di merata cabang. Kita harus sedar, kemelut yang melanda PKR sekarang ini sentiasa dipantau oleh Mahathir. Sekali sekala dia akan mengeluarkan kenyataan bahawa PKR bermasalah kerana ada “orang tertentu yang gilakan kuasa mahu menjadi Perdana Menteri.” Dia tidak pernah sebut nama “orang” itu. Sekali sekala juga dia akan buat komen tentang pemerintahan Najib dan berkata rakyat perlu sabar kerana Najib telah mewarisi sebuah pemerintahan yang tidak cekap. Apa yang dia lupa sebut bahawa pemerintahan yang tidak cekap dahulu menjadi tidak cekap kerana mewarisi satu pemerintahan 22 tahun yang diperintah oleh seorang diktator. Kenapakah Mahathir selalu mengkritik Anwar? Bukankah Anwar satu ketika dahulu seorang anak emasnya? Kenapakah Mahathir sentiasa mahu rakyat bersabar dengan pemerintahan Najib? Mahathir tidak mahu Anwar naik menjadi Perdana Menteri Kalau Anwar menjadi Perdana Menteri, akan tertubuh sebuah jabatan khas yang mengorek segala rahsia pembaziran wang di zaman Mahathir. Akan dikorek ke mana perginya wang royalti minyak Terengganu dan wang royalti minyak Kelantan. Mahathir seolah-olah memuji Najib kerana dia tahu dengan mengurangkan tekanan terhadap Najib, akan ada peluang anaknya Mukhriz naik dalam hirarki kepimpinan UMNO. Kalau boleh dia mahu lihat anaknya diberikan teraju sebuah kementerian kanan seperti Menteri Pelajaran ataupun Pertahanan. Kalau boleh biarlah anaknya menjadi Menteri Kewangan. Seperti yang saya katakan tadi, manusia boleh merancang apa sahaja. Kuasa veto adalah di tangan Allah juga. Setelah membawa artikel ini, siapakah yang saudara fikirkan mencipta PKR? Anwar ataupun Azmin Ali? Masih ingatkah kita semasa ditubuhkan KeADILan dahulu, ramai anak-anak muda yang bersuara lantang keluar UMNO untuk menganggotai KeADILan, Ini memberi ruang kepada anak-anak veteran UMNO naik ke atas. Lantas naiklah Mukhriz anak Mahathir, anak Mohamad Rahmat dan sebagainya. Kini, ramai anak-anak muda ketika itu sudahpun keluar daripada PKR dan masuk kembali menganggotai UMNO. Senioriti mereka dalam UMNO terjejas dan mereka dianggap sebagai kucing kurap sahaja. Semua ini sudah lama dilihat ataupun diteka oleh Mahathir. Kerana itu siapakah yang mencipta PKR sebenarnya kalau bukan Mahathir Mohammad?

16 November, 2010

Buang taik ayam, tukar dengan taik kambing!

Spin Anwar yang terbaru berkaitan kecelaruan dalam Pemilihan Tertinggi PKR "...perjuangan menentang UMNO dan BN perlu pengorbanan.." Pengorbanan yg terbaik pada aku ialah menangguhkan Pemilihan dan kekalkan jawatan sedia ada buat sementara waktu. Ahli2 dan pengundi mulai beranggapan PKR sebenarnya dikuasai oleh Azmin sebagaimana anggapan PAS dikuasai oleh Mustapha Ali. Kerosakan dalaman telah mula berlaku. Mengantikan UMNO dgn PR(PKR) kini dilihat mengantikan Taik Ayam dengan Taik Kambing. P/S: Apa sahaja yang diingini oleh Azmin samada baik atau buruk akan direstui oleh Anwar Ibrahim. Apasal aaa?

14 November, 2010

Ciri-ciri lelaki biseksual

Lelaki biseksual (sumber) Lelaki biseksual bukanlah mandul. Cuma naluri dan keinginan seksual mereka luar biasa. Mereka mampu mengadakan hubungan seks dengan wanita dan mampu pula bergelar bapa. Namun, secara semula jadi, mereka lebih puas melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis. Ada yang mengatakan bahawa apabila mereka menjalin hubungan intim bersama isteri, mereka masih membayangkan diri mereka bersama-sama lelaki lain. Fantasi seperti ini dikatakan amat membangkitkan nafsu mereka! Gay biseksual dikatakan lebih berbahaya berbanding gay biasa. Lelaki biseksual tidak akan teragak-agak melakukan apa sahaja terhadap sesiapa yang cuba menggugat hubungan mereka dengan lelaki lain. Sekiranya mereka mendapati hubungan luar tabii mereka terancam, maka mereka akan hilang pertimbangan. Perangai mereka tidak ubah seperti seorang pesakit jiwa. Menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, golongan lelaki biseksual hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil kira perasaan orang lain sama ada ahli keluarga, sanak-saudara atau anak sendiri. Pasangan gay menjadi lebih penting daripada isteri. Hal ini diakui beberapa lelaki biseksual yang ditemui. Mereka juga mengaku bahawa mereka tidak mampu memuaskan isteri masing-masing kerana sebenarnya mereka tidak mempunyai sebarang naluri seksual terhadap isteri. Keinginan yang melimpah-limpah untuk melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis biasanya menutup keinginan mereka untuk berasmara dengan wanita. Biasanya perkahwinan golongan biseksual berakhir dengan penceraian kerana mereka tidak mendapat kepuasan yang diinginkan daripada isteri mereka iaitu seorang wanita. Sebaliknya, mereka akan terus menjalin hubungan dengan pasangan sejenis walaupun undang-undang tidak membenarkan perkahwinan sejenis. P/S: Pehal tajuk ni yang aku sentuh ari ni? Belasah aje lah!

Bosan

Sampai kini tiada parti politik yang benar2 diwujudkan untuk kemakmuran rakyat. Yang terdengar/ternampak cuma kata2 indah politician untuk mendapatkan/mengekalkan kuasa. Arghhhhhhhhhh.........!

13 November, 2010

Mencurah air ke daun keladi di musim banjir?

Enam resolusi yang dikemukakan Rapat Anak Muda PKR merangkumi; 1. Media tidak harus digunakan sebagai medan perdebatan 2. Pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod ke arah memperkasa anggota dan rakyat. 3. Rapat anak muda memperakui bahawa pemilihan parti kali ini mempunyai banyak masalah. 4. Parti mesti dengan segera memberhentikan proses pemilihan yang sedang berlangsung sehingga semua aduan disiasat. 5. Memutuskan agar semua calon dan/atau pemimpin di semua peringkat tidak mengambil tindakan meletakkan jawatan dan/atau menarik diri daripada bertanding berikutan krisis yang melanda. 6. Atas sifatnya sebagai seorang tokoh yang disegani dan tidak bertanding, Rapat Anak Muda bersetuju agar Fauzi menjadi jurucakap dan membawa resolusi ini untuk diserahkan kepada Presiden parti. P/S: Kah Kah Kah! agak-agak berjaya ke resolusi ni lebih-lebih lagi No 4 tu? Puan Presiden mesti rujuk dulu dengan Ketua Umum Poyo dengan Mamat Ferrari sebelum buat keputusan woii! Korang tunggu jelah apa Ketua Umum nak bagi buah spin dia kali ni!

Fuiyo! depa ada ferarri!

P/S: Teringin jugak aku nak pakai. Camana aa? tolong kasi tips!

12 November, 2010

Luahan hati orang lama untuk Anwar Ibrahim

Sepenuhnya di sini Bila orang dalam parti buat kritikan di katakan penghianat, balaci umno, barua umno, malah langsung tiada sesiapa pun pemimpin parti berminat nak dengar atau ambil kisah, semuanya tuduhan , kritikan tak betul tohmahan, fithnah, Tapi bila orang itu keluar dan buat kritikan ,tuduhan kita kata mereka di bayar umno, di beli umno ya yg ini memang kita tahu benar tapi kenapa bila ahli buat kritikan banyak pulak songel. tak mahu dengar. adakah dato seri dan pimpinan nak buat PKR macam umno cabuk tu. sampai bila pimpinan nak buat ahli PKR jadi bodoh . cukup cukup cukup kami tak mahu di perbodohkan seperti kerajaan barisan nasional ,

11 November, 2010

Anwar Spin Doctor?

Menariknya dalam jawapan Anwar bersama Dateline, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kejadian khusus pada 26 Jun 2008 (tarikh Anwar didakwa meliwat Saiful), Anwar mengelak dengan alasan larangan pembantu-pembantunya. Hal ini mengingatkan apabila Anwar dicabar bersumpah, Anwar juga menggunakan hujah yang sama, 'ulama antarabangsa melarangnya bersumpah. Kalau benar, kenapakah Dr Yusof Qaradawi tidak mengulangi kenyataan yang sama di depan rakyat Malaysia, ketika berceramah di Masjid Negeri Shah Alam baru-baru ini ? Kehebatan Anwar adalah spin doctor isu, terutamanya menggunakan nama-nama tokoh terkenal seolah-olah menyokongnya. Nak baca semua kat sini P/S: mmm... sampai bab pemilihan PKR pun nak spin!

Dapat kuasai 4 negeri kerana Anwar dan Azmin?

Desakan Datuk Zaid Ibrahim terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Azmin Ali supaya keluar daripada parti itu adalah 'luar biasa', kata seorang pemimpin PKR Pulau Pinang. Sebaliknya, timbalan pengerusi penerangan PKR negeri, Law Choo Kiang berkata usaha 'gigih' dua pemimpin tersebut, telah membina kekuatan parti dan berjaya merampas empat negeri dalam pilihanraya umum lalu Selanjutnya P/S: Masa aku mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 12 langsung tak terbayang aku wajah mamat 2 orang ni. Yang penting pada aku UMNO wajib dikalahkan. Ada ke sebab 2 mamat nih! Apparaaa...