Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

21 November, 2010

PKR ciptaan siapa?

oleh: Marhaentua Manusia pandai merancang tetapi dia mesti ingat bahawa kuasa veto tetap berada di tangan Allah. Demikianlah perjalanan PKR sekarang ini. Semasa ditubuhkan dahulu Anwar Ibrahim berada dalam penjara. Azmin pun tidak berapa kelihatan wajahnya dan namanya, selain kisah affidavit mengatakan dia pun turut terliwat dan anaknya dengan Shamsidar Tahrin itu adalah hasil perkongsian antara Anwar dengan Shamsidar. Semasa ramai pengikut setia Anwar ketika itu meringkok dalam penjara, hanya Azmin satu-satunya yang tidak kena padah itu. Affidavit yang dibuatnya pun ditarik-balik dan satu kenyataan akhbar dibuat bahawa hasil siasatan DNA, anak yang dilahirkan oleh Shamsidar adalah anak Azmin juga. Tiada kena-mengena dengan Anwar Ibrahim. Jika demikian, apa sudah jadi dengan PKR selepas Anwar keluar penjara? Ezam Mohd Nor yang merupakan ayam sabung Anwar kini sudah menjadi Senatak Ezam pilihan UMNO, Ruslan Kassim pun sudah meninggalkan PKR melompat parti lagi. Ustaz Nasharuddin yang satu ketika dahulu adalah pembodek Anwar sudah pun menjadi Naib Presiden PAS. Begitu juga Kamaruddin Jaafar, kini menjadi Setiausaha Agung PAS. Chandra Muzaffar yang pernah kalah bertanding atas tiket PKR kini sudah menjadi ahli bebas dan kerap bersuara lantang memfitnah Anwar. Kalau diteliti baik-baik fenomena ini kita dapat buat rumusan bahawa ramai anggota muda parti telah keluar masuk parti lain kerana mereka ini merasa susah bergerak dalam PKR. Azmin Ali sentiasa sabotaj mereka yang memandai-mandai Azmin Ali fikir adalah lebih baik buat tindakan tegas mencantas mereka di peringkat awal sebelum mereka membesar dan menjadi saingan kepada peluang beliau menjadi Presiden parti. Itu sebabnya semasa memilih calon menjadi wakil rakyat dahulu, Azmin pilih mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. Kerana dia sedar kalau ahli politik yang ada ijazah ataupun mempunyai pengalaman mentadbir negara, ketokohan beliau akan mudah tercabar. Lantas terpilih beberapa orang posmen yang setelah menang pilihan raya tidak pun tahu membalas jasa orang yang memilih mereka Sesungguhnya PKR telah naik mendadak kerana keadaan politik semasa. Ramai pengundi yang memangkah PKR kerana kecewa dengan perjuangan UMNO dan BN. Kaum India merasa hampa dengan tindak-tanduk Samy Vellu sehingga tercetuslah gerakan Hindraf yang membuatkan ramai kaum India masuk menganggotai PKR. Di Selangor misalannya, sebilangan besar anggota PKR adalah kaum India. Tidak mustahil satu ketika nanti sebahagian besar ahli Jawatankuasa cabang adalah daripada kaum India, sehinggakan di cabang pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri pun fenomena ini sudah amat ketara. Dengan kedudukan Azmin Ali dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden parti sudah nyata semakin kukuh, bermakna Azmin Ali berkemungkinan besar akan menjadi Presiden PKR. Saya menjangkakan dalam satu masa yang terdekat Wan Azizah sendiri akan melepaskan jawatannya dan memberi laluan kepada Azmin Ali. Apa yang jadi seterusnya? Kira-kira dua bulan lalu saya ada menulis satu artikel pendek dan telah dimuat turun dalam bentuk SMS. Artikel itu berjudul "Anwar Ibrahim harus bertaubat sebelum terlambat”. Selepas itu barulah muncul memorandum yang ditandatangani beramai-ramai oleh kumpulan tertentu diikuti pula oleh saranan bekas Mufti Perlis yang mengatakan perkara yang sama. Semasa saya menulis artikel itu dahulu, perkataan ‘taubat’ yang saya maksudkan bukanlah perbuatannya meliwat orang. Saya sendiri tidak yakin Anwar berperangai begitu. Yang saya maksudkan ialah agar Anwar berhenti meniru gaya kepimpinan Mahathir yang suka menuduh orang lain tidak betul. Memang begitu sikap Mahathir dahulu. Orang lain semua tak betul, kerana dia sahaja yang betul. Cuba kita teliti perjalanan PKR semasa Anwar menjadi Ketua Umum, dan perjalanan UMNO semasa Mahathir menjadi Presiden UMNO dan BN. Mahathir yang satu ketika semasa menjadi pelajar di Singapura tidak mengaku yang dia orang Melayu (dia mendaftar sebagai Mahathir s/o Iskandar Kutty dan berbangsa India Muslim), telah buat pusingan 'U' berlagak sebagai anak Melayu tulen. Dialah yang menukarkan perkataan ‘s/o’ ditukar kepada bin dan ‘d/o’ ditukarkan kepada binti. Sekali gus semua anak-anak kelahiran mamak tongkang menjadi berbangsa Melayu. Dengan lain perkataan, sentimen keMelayuan itu menjadi satu tunggak untuk Mahathir mengembangkan pengaruh politiknya di peringkat akar umbi orang-orang Melayu. Tetapi, cuba kita lihat sekarang, berapa ramaikah orang Melayu yang hidup papa kedana berbanding kaum lain? Kenapakah selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri dia tidak dapat basmi kemiskinan tegar di kalangan orang-orang Melayu? Dia tahu, kalau kemiskinan tegar dibasmikan di kalangan orang-orang Melayu, UMNO akan kehilangan penyokong dan pengundi waktu pilihan raya nanti. Sentimen perkauman itulah yang menjadi satu alat yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dan juga Azmin dalam PKR. Sesiapa yang berani bersuara lantang mengkritik kepimpinan parti akan dilabel sebagai orang upahan dan ‘Trojan horse’ dalam PKR. Apabila Gobalakrishnan bersuara lantang mengkritik Azmin Ali, adakah Anwar Ibrahim memanggil Gobalakrishnan dan berbincang secara senyap-senyap mengenai isu yang dibangkitkannya. Begitulah juga semasa Datuk Zaid Ibrahim bersuara lantang membangkitkan isu JPP yang menyebelahi Azmin Ali adakah Anwar Ibrahim memanggil Zaid Ibrahim untuk sama-sama bersarapan pagi dan menyelesaikan kekusutan yang muncul. Seperti dengan gelagat Mahathir, Anwar tidak mahu berkompromi secara halus dan mendengar rintihan orang lain. Dia telah dibisikkan oleh Azmin Ali untuk terus mencantas sesiapa sahaja yang bersuara lantang mengkritiknya. Keadaan dalam PKR menjadi lebih kalut kerana Setiausaha Agung Parti, Saifuddin Nasution tidak tahu menjalankan tugas sebagai seorang ‘pacifier’ atau pakar mententeramkan keadaan. Saifuddin hari ini adalah bukan sama dengan Saifuddin yang mula menang kerusi di Lunas dahulu. Saifuddin hari ini sudah kaya kerana sebagai Setiausaha Agung sahaja dia dikatakan menerima elaun bulanan sebanyak RM35,000. Kerana itu dia mesti akur kepada arahan Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali. Kalaulah Saifuddin Nasution tahu menjalankan peranan sebagai yang sepatutnya perkara bantahan tidak meledak begitu banyak. Tentu dia sudah berjaya berunding dengan Dr. Molly Cheah agar mengambil jalan tengah dan ditubuhkan satu Jawatankuasa khas mengkaji semula segala rintihan akar umbi. Tentu sekali dia dapat berunding dengan Anwar Ibrahim dan Azmin agar ditangguhkan dahulu pengundian menantikan selesai siasatan oleh sebuah panel bebas. Tetapi, oleh kerana Saifuddin pun turut tamakkan kuasa dan pentingkan tembolok sendiri, perkara semacam ini boleh bernanah dan meledak sebagai bisul di merata cabang. Kita harus sedar, kemelut yang melanda PKR sekarang ini sentiasa dipantau oleh Mahathir. Sekali sekala dia akan mengeluarkan kenyataan bahawa PKR bermasalah kerana ada “orang tertentu yang gilakan kuasa mahu menjadi Perdana Menteri.” Dia tidak pernah sebut nama “orang” itu. Sekali sekala juga dia akan buat komen tentang pemerintahan Najib dan berkata rakyat perlu sabar kerana Najib telah mewarisi sebuah pemerintahan yang tidak cekap. Apa yang dia lupa sebut bahawa pemerintahan yang tidak cekap dahulu menjadi tidak cekap kerana mewarisi satu pemerintahan 22 tahun yang diperintah oleh seorang diktator. Kenapakah Mahathir selalu mengkritik Anwar? Bukankah Anwar satu ketika dahulu seorang anak emasnya? Kenapakah Mahathir sentiasa mahu rakyat bersabar dengan pemerintahan Najib? Mahathir tidak mahu Anwar naik menjadi Perdana Menteri Kalau Anwar menjadi Perdana Menteri, akan tertubuh sebuah jabatan khas yang mengorek segala rahsia pembaziran wang di zaman Mahathir. Akan dikorek ke mana perginya wang royalti minyak Terengganu dan wang royalti minyak Kelantan. Mahathir seolah-olah memuji Najib kerana dia tahu dengan mengurangkan tekanan terhadap Najib, akan ada peluang anaknya Mukhriz naik dalam hirarki kepimpinan UMNO. Kalau boleh dia mahu lihat anaknya diberikan teraju sebuah kementerian kanan seperti Menteri Pelajaran ataupun Pertahanan. Kalau boleh biarlah anaknya menjadi Menteri Kewangan. Seperti yang saya katakan tadi, manusia boleh merancang apa sahaja. Kuasa veto adalah di tangan Allah juga. Setelah membawa artikel ini, siapakah yang saudara fikirkan mencipta PKR? Anwar ataupun Azmin Ali? Masih ingatkah kita semasa ditubuhkan KeADILan dahulu, ramai anak-anak muda yang bersuara lantang keluar UMNO untuk menganggotai KeADILan, Ini memberi ruang kepada anak-anak veteran UMNO naik ke atas. Lantas naiklah Mukhriz anak Mahathir, anak Mohamad Rahmat dan sebagainya. Kini, ramai anak-anak muda ketika itu sudahpun keluar daripada PKR dan masuk kembali menganggotai UMNO. Senioriti mereka dalam UMNO terjejas dan mereka dianggap sebagai kucing kurap sahaja. Semua ini sudah lama dilihat ataupun diteka oleh Mahathir. Kerana itu siapakah yang mencipta PKR sebenarnya kalau bukan Mahathir Mohammad?

1 ulasan:

Unknown berkata...

mm.. nice thought. Mungkin juga ya PKR mainan UMNO mainly Tun M.. if this is true, hell with him!