Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 Disember, 2012

Ngeh Koo Ham: Taiko DAP Perak (8)

oleh: MSK

Semalam, Perak Today menyiarkan satu artikel didalam Bahasa Inggeris yang bertajuk “Kelantan Land Issue: PAS Supporters Fail To Understand Between Letter Of Support And Letter To Transfer Land”
Perkara yang sama diulang-ulang walaupun sudah jelas satu pembohongan.
The ‘gift’ given by PAS government to the Perak DAP leader is said so that PAS could put Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin as Perak Chief Minister at the time.
Aku dah bagi tau, perlantikan Nizar sebagai MB dibuat oleh Raja Nazrin. Ada lagi satu perkara yang aku tak pernah cerita.
Perlantikan Menteri Besar selepas PRU 12 sebenarnya menemui jalan buntu. Raja Nazrin meminta SATU nama dari Pakatan Rakyat untuk dilantik menjadi MB tapi setiap parti menghantar calon masing-masing untuk jadi MB. PKR menghantar nama Jamaludin, DAP menghantar nama Ngeh (ada hati juga Ngeh nak jadi MB..he.he), manakala PAS menghantar nama Nizar.
Raja Nazrin memerintahkan ketiga-tiga mereka mengadap dan ketiga-tiga wakil PR ini tidak dapat memberikan persetujuan tentang satu nama yang diminta. Masing-masing nak jadi MB. Akhirnya, ketiga-tiga mereka menyerahkan kepada Raja Nazrin untuk membuat keputusan.
Bila Raja Nazrin memutuskan untuk memilih Nizar, Jamal dan Ngeh cuba membantah tapi dimarahi oleh Raja Nazrin dan kedua-dua mereka terpaksa diam dan menurut perintah. Tapi bila selesai mengadap Raja Nazrin dan bersedia untuk majlis angkat sumpah Nizar, Jamal mengugut untuk keluar parti kalau Nizar di lantik. Ngeh juga menentang perlantikan Nizar.  Itu sebabnya majlis angkat sumpah MB terpaksa ditangguhkan. DAP pula menuntut supaya semua jawatan EXCO diberikan kepada mereka.
Penyelesaian hanya dilakukan dengan campurtangan Anwar, Hj. Hadi dan Kit Siang.
Itu cerita lama..dan tak ada campurtangan Nik Aziz dalam pemilihan Menteri Besar.
Dalam blog Perak Today semalam, mereka menulis…
Based on the search on Companies Commission of Malaysia (SSM), 40% or RM15 million of Upaya Padu Plantation Sdn Bhd is owned by Ngeh Koo Ham, and 51% or RM16 million is owned by a company known as Efektif Kirana. And 99% of the shares in Efektif Kirana is owned by Ngeh Koo Ham as well.
Thus, in a way, Upaya Padu Plantation is almost 100% owned by Ngeh Koo Ham. Ngeh also confirmed that he is the owner of the company even though previously he tried to lie deny everything.
Dari mana Perak Today mendapat maklumat ini? Mungkin dari Peraknews.
Carian SSM yang dibuat Mediaperak menghasilkan maklumat yang cukup berbeza. Apa yang jelas, maklumat yang didedahkan oleh Umno adalah maklumat lama yang mungkin diperolehi dari sumber dalaman Upayapadu sendiri.
Ini adalah sedutan dari artikel yang disiarkan oleh Peraknews.
Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato’ Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato’ Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation  Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus  oleh Ngeh Koo Ham.
Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi  Upaya Padu  yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efaktif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Ko Ham.
Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.
Dan ini pula yang diperolehi oleh Mediaperak hasil carian SSM.


×

Mengapa Umno menggunakan nama Efektif Kirana dan tidak menggunakan nama Abundance Plantation Sdn Bhd. Kalau Kak Midah membuat carian sendiri, sudah pasti dia akan menggunakan nama Abundance Plantation, tapi oleh kerana dia menggunakan maklumat lapuk yang dibekalkan oleh orang dalam Upayapadu, itu sebab dia menggunakan nama Efektif Kirana.
Efektif Kirana telah menukar namanya kepada Abundance Plantation (AP) sejak 25 Mei 2012. Pengarah syarikat AP ialah Ngeh dan isterinya. Tapi yang menarik, pemegang saham syarikat RM2 ini ialah dua orang wanita Melayu yang masing-masing memiliki satu saham. Ngeh pun mengamalkan sistem Ali Baba ka?


×

Maklumat pemegang saham Upayapadu juga tidak betul. Umno mengatakan Ngeh menguasai hampr 100% saham dalam Upayapadu, tapi carian SSM memberikan maklumat berbeza.

Selanjutnya

23 Disember, 2012

Dr M di belakang Deepak?

Deepak hadir Tun M’s 87th Birthday ?


Siapa di belakang Deepak Jaikishen ?

Siapa itu Tun M? Madey? Deepak dijemput ke majlis  Tun M’s 87th Birthday  ?
 
Ingat Deepak kawan baik Rosmah sahaja rupanya kenalan Tun M juga?

Game ini makin menarik dan kita ternanti-nanti kesudahannya.

Penguasa institusi seperti SPRM dan PDRM masih membisu akan pendedahan Deepak.
- Jiwa Merdeka

ULASAN SEMASA UMNO Reform : Adakah benar, broker kuasa dalam UMNO mahu Najib letak jawatan sebelum PRU 13? Ini sudah mula dimainkan sebagai satu isu sensasi politik. Sama seperti gosip artis, sama seperti membuat andaian tetapi isu ini besarkan seumpama ianya benar – ada broker kuasa dalam UMNO yang mahukan Najib letak jawatan.

Selanjutnya






17 Disember, 2012

Inovasi (3)

Oleh: MSK
Sejak 4-5 tahun kebelakangan ini, perkataan “rakyat” menjadi satu perkataan yang paling popular bagi ahli politik. Macam-macam slogan yang menggunakan perkataan “rakyat” digunakan.

Diantaranya ialah,

Ketuanan Rakyat
Kembalikan Hak Rakyat
Demi Rakyat
Kerajaan Rakyat

Ada sapa-sapa boleh terangkan maksud slogan-slogan diatas?

Ada Ahli Parlimen yang bila ditanya apa itu “Ketuanan Rakyat”, dia jawab..”Kita menjadi Tuan kepada rakyat.”

Ada ADUN yang bila ditanya apakah maksud Kembalikan Hak Rakyat bila Perak jatuh dirampas BN dulu menjawab, “hak rakyat ialah mengundi”.

Aku tak tau apa maksud “Demi Rakyat” yang dipopularkan oleh PKR. Jauh sekali memahami apakah yang dikatakan Kerajaan Rakyat.

Bagi aku, slogan-slogan diatas hanyalah untuk memancing undi supaya rakyat merasakan bahawa kerajaan yang akan diurus selepas BN tumbang nanti adalah milik rakyat. Dan bagi aku, ini hanyalah mitos.

Slogan “Ketuanan Rakyat” ini popular sebelum 2008. Lepas PRU 12, slogan ini tidak dipakai lagi. Sebabnya, bila dah merasa kemenangan menang dilima buah negeri, parti-parti PR merasakan peluang-peluang untuk buat duit dan menggunakan kekuasaan yang diperolehi semasa PRU 12, tak cukup besar untuk dikongsi dengan seluruh rakyat.

Kalau sebelum menang, ahli-ahli parti merasakan mereka setaraf dengan semua rakyat, termasuk yang tidak berparti…tapi bila dah menang, mereka merasakan mereka sudah naik setakuk menjadi pemimpin. Pemimpin perlu datang dari ahli parti..manakala yang tidak berparti hanya layak menjadi “rakyat”. Bila ada program untuk orang kampung, mereka pun memasang banner…”pemimpin bersama rakyat.”

Jawatan-jawatan politik hanya untuk orang parti..sapa yang tak berparti hanya layak jadi penonton. Itu sebab, yang berebut jawatan MB, jawatan EXCO, Ahli Majlis sampai Ketua Kampung pun…yang berebut ialah ahli parti. Yang tak berparti hanya menjadi penonton.

Masa itu, kedengaran orang-orang parti menepuk dada, “kita berjaya menumpaskan BN.” “Kejayaan ini adalah kejayaan Pakatan rakyat!”..walaupun sebelum PRU 12..Pakatan Rakyat belum wujud.

Maka lahirlah Kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri…mengapa tak sebut “Kerajaan Rakyat?”
Bila Perak jatuh ketangan BN..timbullah slogan “Kembalikan Hak Rakyat.” Tapi apa yang berlaku? Yang turun berdemo dan yang turun memprotes hanyalah ahli-ahli parti. Yang bukan ahli parti hanya menjadi penonton. Mengapa mereka tidak sama berdemo dan memprotes rampasan kuasa Perak? Sebab semasa memerintah selama 11 bulan, mereka hanya menjadi penonton. Mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah sebahagian dari kerajaan yang baru memerintah.

SELANJUTNYA



22 November, 2012

Alamat baru mediaperak.com


Klik untuk lawati. Harap para blogger linked di blog masing-masing. Terima kasih

http://mediaperak.net/

Menggalas Harapan Rakyat!

09 November, 2012

Soalan untuk YB Idham Lim.


  
(Surat dari pembaca Mediaperak)
Salam untuk YB Drs. Idham Lim,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan YB melancarkan projek Kompleks Pendidikan Darul Anwar (KPDA) lewat tahun lepas. Malah saya turut berbangga apabila majlis pelancaran rasmi yang telah diadakan pada 25 September 2011 berjaya diadakan.
Saya turut bersama berusaha untuk merealisasikan hasrat YB dengan turut sama mengambil bahagian dengan menderma untuk tabung wakaf tersebut. Walaubagamanapun, saya merasa khuatir kalau-kalau hasrat tersebut akan mendatangkan persepsi negatif berikutan kurangnya maklumat dan kemaskini projek.
Oleh kerana projek ini melibatkan dana awam, maka saya berharap YB dapat memberikan maklumat terperinci agar ianya tidak mendatangkan persepsi negatif.
Saya berharap YB dapat menjelaskan beberapa persoalan yang timbul dari beberapa rakan-rakan yang mula bertanya tentang projek KPDA ini.
Status IdhamCare/KPDA
  • Adakah KPDA ini mempunyai entiti berdafar tersendiri atau ia hanyalah sebuah projek dibawah IdhamCare?
  • Adakah IdhamCare sebuah NGO yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan? Sekiranya berdaftar, diharap dapat kiranya YB menyiarkan bukti pendaftaran.
  • Selain daripada YB sendiri yang menjadi Pengerusi IdhamCare dan isteri YB sebagai Timbalan Pengerusi, siapakah Ahli Lembaga Pengarah/Ahli jawatankuasa/Pemegang Amanah yang lain. Diharap dapat YB siarkan senarai pemegang jawatan dalam IdhamCare dan tarikh mereka dilantik kejawatan tersebut.
Pengurusan
  • Berapa ramaikah kakitangan yang digaji untuk mengurus projek yang bernilai RM5 juta ini?
  • Berapakah jumlah kos pengurusan yang terkumpul setakat ini?
  • Minta YB siarkan carta organisasi pengurusan KPDA
Soalan tambahan
  • Permulaan kerja pembinaan diberitakan akan bermula pada 1 Mei 2012, tetapi hingga sekarang, tiada tanda-tanda ianya telah bermula. Apakah yang menyebabkan ianya tertangguh? rujuk http://kpdarulanwar.blogspot.com.au/2011/11/gambaran-keseluruh-kpda.html
  • Berapakah jumlah dana wakaf yang telah terkumpul setakat ini? Apakah ianya masih belum mencukupi?
  • Kami dimaklumkan menerusi risalah bahawa jumlah keluasan tanah yang akan dibangunkan ialah 4 ekar. Walaubagaimanapun, kami diberitahu bahawa jumlah yang telah dibayar kepada tuan tanah hanyalah 2 ekar. Harap YB memberi penjelasan.
  • Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan promosi yang disiarkan dalam blog KPDA seperti dibawah.


×


×
Banner diatas mengatakan “setiap pembelian lot wakaf akan menerima hadiah satu Quran digital.” (untuk Pakej 1).
Manakala dalam banner dibawah, “bagi setiap pembelianQuran digital, pewakaf akan menerima dua lot wakaf.”
Tawaran ini seoalah-olah tidak masuk akal. Dan sekarang timbul pula banner terbaru.


×

  •  Adakah Quran digital yang saya terima apabila membeli lot wakaf itu ditaja oleh pihak lain? Saya mendapat tahu bahawa Quran digital yang dikatakan “hadiah” dalamPakej 1 (tawaran lama) sebenarnya ditolak daripada jumlah yang diwakafkan. Contohnya, apabila saya membeli lot wakaf bernilai RM300, jumlah yang masuk kedalam tabung wakaf ialah RM160.00 manakala RM140.00 adalah untuk kos Quran Digital untuk dihadiahkan balik kepada saya. Apakah ini benar?

  • Terdapat keraguan tentang akaun bank yang digunakan untuk projek ini kerana satu akaun bank digunakan untuk pelbagai tujuan.  Satu untuk tabung wakaf manakala satu lagi untuk Rayuan derma IdhamCare. Gambar bawah diambil dari risalah yang diedarkan.

selanjutnya http://mediaperak.net/2012/11/09/soalan-untuk-yb-idham-lim/

Perak. Jom pilih calon DUN anda!

N01 Pengkalan Hulu
N02 Temengor
N03 Kenering
N04 Kota Tampan
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau
N10 Alor Pongsu
N11 Gunung Semanggol
N12 Selinsing
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau
N21 Lintang
N22 Jalong
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh
N34 Bukit Chandan
N35 Manong
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Belanja
N39 Bota
N40 Malim Nawar
N41 Keranji
N42 Tualang Sekah
N43 Sungai Rapat
N44 Simpang Pulai
N45 Teja
N46 Chenderiang
N47 Air Kuning
N48 Sungai Manik
N49 Kampung Gajah
N50 Sitiawan
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang
N55 Pasir Berdamar
N56 Changkat Jong
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

07 November, 2012

PDRM hanya untuk orang kenamaan?



oleh: Malaysiacrisis
 
Kes penahanan semula Ahmad Abd Jalil atas dakwaan menghina Sultan Johor menarik perhatian penulis, kali ini di bawah Akta Multimedia. Saudara Ahmad hanya pemuda biasa, tidak dikenali langsung sebelum ini, berbeza dengan kes penahanan Uncleseekers yang sememangnya dikenali umum dan datang dari keluarga yang dihormati. Walaupun masih tidak diketahui apa sebenarnya yang ditulis oleh saudara Ahmad di dalam facebook sehingga dikatakan sebagai satu penghinaan, tetapi bagaimana kes ini berjalan begitu menarik perhatian.
1. Ahmad Abd Jalil tidak langsung dikenali umum. Sokongan yang diberikan oleh ahli keluarganya dengan melancarkan kempen “Bebaskan Ahmad” secara besar-besaran melalui facebook, disambut pula dengan sokongan yang diberikan oleh kumpulan facebook lain seperti Kita Semua Uncleseekers dan sebagainya menjadikan kes ini adalah “Kes Besar”. Rakyat ternanti-nanti perkembangan kes Ahmad. Apabila menjadi kes besar, penulis yakin saudara Ahmad tidak akan di-apa-apa kan, baik daripada pasukan Polis Johor mahupun dari dalam Istana. Tetapi perkara sebaliknya mungkin berlaku jika kes ini tidak dihebohkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Laporan Malaysiakini bertarikh 4 November 2012 bertajuk “Facebook hina Sultan Johor – lebih ramai akan ditahan?” memberi gambaran lebih ramai rakyat akan ditahan atas kes menghina Sultan Johor. Jika berlaku lagi tangkapan, dinasihatkan keluarga dan rakan-rakan mangsa untuk mencontohi apa yang dibuat oleh keluarga Ahmad Abd Jalil supaya kes itu menjadi kes besar. Sebarkan juga berita itu ke media antarabangsa untuk mendapat liputan yang lebih besar. Berita penahanan Ahmad tersebar di Channel News Asia, Gulf News, Bangkok Post, Zee News India dan lain-lain media dunia (boleh lihat berita-berita dunia mengenai Ahmad Abd Jalil disini).
2. Portal berita Malaysia Kini hari ini melaporkan Polis Johor telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang menyiarkan berita-berita berkaitan penyiasatan dan penahanan saudara Ahmad Abd Jalil. Jika dilihat kembali laporan-laporan berita yang disiarkan, kebanyakannya adalah laporan daripada peguam Ahmad dan komen daripada ahli keluarganya. Adakah pihak Polis Johor ingin menjadikan kes ini kes terpencil yang tidak diketahui umum? 
Rata-rata rakyat yang membuat komen mengenai isu ini di portal Malaysia Kini mentertawakan apa yang dibuat oleh pihak Polis Johor – buat laporan polis sendiri dan kemudiannya menjalankan siasatan sendiri dan pendakwaan sendiri.
Lebih memelikkan apa sahaja yang berkaitan dengan penghinaan terhadap Sultan Johor, polis akan bertindak dengan begitu cepat sekali! Mungkin kah kerana termakan budi dengan pemberian kereta-kereta mewah dan motorsikal Harley Davidson? Kenyataan media yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham hari ini memberikan contoh-contoh berkaitan Polis Johor, sila lihat di bawah.
3. Adakah dengan penangkapan rakyat yang dikatakan menghina Sultan Johor akan menjadikan rakyat terus takut dan diam? Percaturan Polis Johor dan pihak Istana adalah salah. Kes-kes seperti ini akan menjadikan lebih ramai rakyat bangkit menentang kezaliman.
Kenyataan akhbar hari ini yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham di Dubai mengenai isu penahanan semula Ahmad Abd Jalil menceritakan pengalaman beliau yang pernah bertugas dengan Sultan Johor dan menyuarakan kebimbangan beliau atas campurtangan pihak Istana dalam mengendalikan kes ini.
Bukan itu sahaja, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Malaysian Civil Liberties Movement, Lawyers For Liberty juga telah bersuara. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan media. Candlelight Vigil in Solidarity with Ahmad Abd Jalil juga akan dianjurkan esok hari Rabu 7 November 2012 di Dataran Merdeka.
Petikan daripada Kenyataan Media Peguam Kamal Hisham mengenai kes Ahmad Abd Jalil
 
4. Kebanyakan rakyat sekarang ini bukan bodoh. Bukan setakat rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia melihat bagaimana kes ini berjalan. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan atas kesalahan apa dan apakah kenyataan Ahmad Abd Jalil yang dikatakan satu penghinaan.
Kes ini tidak mendiamkan rakyat. Di media-media elektronik sama ada di facebook, twitter mahu pun di forum-forum, rakyat berbincang secara terbuka menceritakan salah-laku Sultan Johor. Lebih banyak pendedahan dikeluarkan.Adakah rakyat Malaysia takut selepas berlakunya penangkapan Uncleseekers dan saudara Ahmad? Nampaknya tidak, malahan rakyat semakin berani bersuara!Dilampirkan beberapa komen di dalam facebook untuk dikongsi dengan pembaca Malaysian in Crisis. Ini hanya sebahagian kecil sahaja, rakyat semakin berani bersuara! Untuk menghormati tuan empunya post, penulis padam nama-nama facebook mereka. Adakah semuanya bakal ditangkap dan memenuhkan lokap Johor?

28 Oktober, 2012

Perak. kalau nak kalah sila jemput muka2 ni bagi ceramah!


Peringkat Pusat

 








Peringkat Negeri Perak






P/S: pengundi tak berparti kini 60%. kalau tuan2 jemput muka2 di atas otomatik calon tuan2 di cop UG! Walaupun pedih tapi ini adalah kenyataan. Tak percaya? try ler!

22 Oktober, 2012

Mediaperak kembali!

Hebah untuk semua...
Tanggal 20hb oktober yang lalu MEDIAPERAK .COM telah megalami ganguan atau kesulitan untuk dilayari oleh pembaca .
Untuk makluman semua  Mediaperak.com, website  tidak boleh diakses atas sebab SKMM & PDRM mengambil tindakan menyekat domain terbabit.
Kepada pembaca sekalian anda kini boleh melayari media perak di alamat tertera dibawah.
Kepada sahabat dan kawan blogger PR diharap dapat membantu pihak mediaperak 
untuk meneruskan pembongkaran isu-isu panas dengan memasukan link kami ke blog sahabat sekalian.
Segala kesulitan yang timbul adalah asam garam  perjuangan. Terima Kasih segala sokongan anda untuk terus bersama MediaPerak. 
Sekali lagi Mohon kepada kawan2 blogger linkkan ke dalam blog tuan-tuan. 
Kerjasama amat dihargai.

Amno Electronic Sideincome tumbang!

Kamera AES Berharga RM120,000 Tumbang Menyembah Bumi!


Rempuh AES kerana Silau!

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.

Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.

.

Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya.


sumber - Kelab Greenboc

20 Oktober, 2012

UMNO karang khutbah, MCA tukang baca!

Oleh: Lee Copper

Pemimpin UMNO Ajar Pemimpin MCA Kutuk Hudud!!!

Partai Islam Se Malaysia - PAS, aku rasa dah lama tak dok cerita hal HUDUD. Tak dak pun dalam ceramah PAS dok berkisah pasai hudud. Depa dok kata bagi peluang PAS bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk tawan Putrajaya bentuk kerajaan dan kendalikan pemerintahan negara ni.
Tak dakpun dalam ceramah Saudara Mat Sabu Timbalan Presiden PAS dok kata "malam ni kita tubuh kerajaan di Putrajaya, esok pagi kita kerat tangan sapa yang mencuri, kita rejam sapa yang berzina dan kita rotan sapa yang didapati minum samsu!".
Kebelakangan ni, orang yang paling banyak dok bawa isu HUDUD ni ialah presiden sebuah parti kaum dah hilang sokongan dari kaum dia sendiri. Chua Soi Lek yang jadi Presiden MCA yang dok meroyan mengingau tak ketahuan bijik dok cakap pasai hudud. 
Hari ni dia kata sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang kerja jika PAS laksana hudud. Dia kata lagi industri yang terjejas adalah perjudian macam Genting, kedai tikam ekoq dan rumah urut. Yang syoknya maklumat ni dia terima sms dari orang yang tak dikenali.
La......!!! Awat bodo, bangang, bengong sangat di bangsat CSL gampang ni. Tapi nak kutuk dia lebih-lebih pun tak guna. Dia jati sorang yang anti Hudud dan Islam sebab orang yang mengaku Islam yang dok berkawan dok mesyuarat makan minum sekali tak pernah bagi dakwah dan penerangan tentang Islam kat dia kot?
Biasalah dia kawan dengan pemimpin UMNO.  Cina hamput ni dari tahun 1986 lagi dah jadi ADUN di Johor. Kemudian jadi Exco Kerajaan Johor. Tahun 2004 jadi Menteri Kesihatan sampai dia letak jawatan awai tahun 2008 pasai keluaq video dok tutoh amoi. 
Lama tu berkawan dengan UMNO tapi tak faham-faham Islam pasai apa? Jawab dia mudah saja, dia berkawan dengan orang UMNO yang mengaku Islam tapi depa semua Munafiq yang lagi teruk pada kapiaq. Depalah yang dok bagi akai tak betoi kat Cina kapiaq ni. Orang Islam kena kerat lancau,  kongkek amoi kena hukum sula, curi dua kupang lima duit (25 sen) pun kena hukum kerat tangan! 
Jadi, cakap bodoh dan bengong Chua Soi Lek ini membawa maksud Presiden UMNO dulu kini dan selamanya adalah Munafik. Mufti makan gaji buta. Pengarah Jabatan Agama Islam semua negeri baloq dan pemalaih tak buat kerja. Dan yang utamanya semua pemimpin-pemimpin UMNO anut ugama apa pun tak tau lah!

PRU. SPR sedang merancang nak pekena kerajaan PR

SPR siapkan draf kod etika k'jaan sementara


aku memang tak percaya langsung mamat ni!



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya.

Katanya, garis panduan setebal empat muka surat sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan.

"Di Australia, mereka memang menghormati peraturan kerajaan sementara. Tidak menggunakan harta awam, media awam, pejabat awam, kakitangan awam, yang ada awam, awam ini, jangan pakai.

"Mereka menghormatinya. Kerana kita tidak serius perkara ini, rakyat tidak menekan perkara ini, sehingga PSC dan sekarang rakyat sudah menyentuh perkara ini. Dan rakyat telah membuka mata.

"Jadi kita telah menyiapkan garis panduan kerajaan sementara, dan kami mesti duduk berbincang dengan kerajaan satu demi satu," katanya.

Daripada 22 syor PSC, jawantankuasa itu mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan itu dibentangkan menyediakan garis panduan dan kod etika tata laku (code of conduct) berhubung kerajaan sementara.

Bercakap dalam forum di Petaling Jaya hari ini, Wan Ahmad berkata pihaknya juga akan berbincang semua kerajaan negeri di seluruh negara termasuk di negeri Pakatan berhubung garis panduan tersebut.

Lambat untuk elak spekulasi

Wan Ahmad berkata tujuan suruhanjaya bertemu dengan semua kerajaan negeri disebabkan semua pihak berkuasa tempatan berada bawah kawalan kerajaan negeri

Beliau juga menolak tanggapan bahawa mereka "berdiam diri" tentang perkara itu kerana "mahu memilih masa yang sesuai" untuk bertemu dengan semua pihak yang terlibat.

"Kalau kami buat awal, (dilihat) parlimen akan dibubarkan, nanti ada spekulasi sebegitu..." katanya.

Garis panduan itu turut mengambil kira pandangan dan bantahan daripada pembangkang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini, katanya.

Wan Ahmad berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan terlebih dahulu sebelum mencapai persetujuan pada tahap tertentu dan sebelum diumumkan.

"Kami juga mengambil kira pandangan parti pembangkang. Kalau kami berbincang dengan mereka, mereka akan bercakap perkara yang sama.

"Pembangkang mengadu mengenai salah guna kemudahan kerajaan, kemudahaan awam, balai raya, kakitangan dan jabatan awam dan sebagainya... Semua orang tahu consent rakyat dalam negara ini," katanya.

Wan Ahmad juga berkata beliau akan mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengajak beberapa NGO untuk yang terpilih terlibat sama dalam penyediaan garis panduan tersebut.

"Kami bertemu dengan rakyat (NGO), ini garis panduannya, apa pandangan kamu... Harap ada penambahbaikan," katanya.
 
P/S: Pakatan Rakyat wajib mengusahakan menjemput wakil2 dari Pertubuhan Bangsa2  Bersatu untuk memantau pematuhan garis panduan dan kod etika tata laku oleh SPR ini!

17 Oktober, 2012

Jom pilih calon Parlimen Negeri Perak!



Bila kita letak nama calon untuk dinilai  populariti depa, ia mencetuskan huru hara. Tambahan pula bila Calon yang di war-warkan oleh kepimpinan tidak mendapat sambutan. Jadi, kali ini kita bubuh nama calon pilihan kita sendiri tanpa menunggu senarai dari Pakatan Rakyat.
Berikut adalah parlimen yang mampu dimenangi mengikut turutan ranking yang dipaparkan.
Yang diambilkira berdasarkan undi Melayu 36% (Lelaki 45%, Wanita 18%), Cina 80% (seimbang), India 40% (seimbang). Undi Orang Asal dan Undi Pos tidak diambilkira berdasarkan mudah dimanipulasi SPR demi menjamin kemenangan BN.



Analisa oleh Mediaperak.


Faktor-faktor kemenangan Pakatan Rakyat adalah:
a. Kemampuan calon diterima semua kaum, jantina dan semua peringkat umur.
b. Kerjasama utuh parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Parlimen setempat.
Selamat memilih calon yang mampu menggalas harapan kita

P54 Gerik
P55 Lenggong
P56  Larut
P57 Parit Buntar
P58 Bagan Serai
P59  Bukit Gantang
P60 Taiping
P61 Padang Rengas
P62. Sungai Siput
P63 Tambun
P64 Ipoh Timor
P65  Ipoh Barat
P66 Batu Gajah
P67 Kuala Kangsar
P68 Beruas
P69 Parit
P70 Kampar
P71 Gopeng
P72 Tapah
P73 PasirSalak
P74 Lumut
P75 Bagan Datok
P76 Teluk Intan
P77 Tanjong Malim

06 Oktober, 2012

28 September, 2012

Konsert BERSIH. Pemuda PAS akan buat bantahan?

Aci konsert je, perkara pertama yang menerjah dalam fikiran aku muka mamat nih!

Harap2 penganjur konsert BERSIH tak buat gila jemput kumpulan K-POP dari Korea!

Err... Najib jemput K-POP pemuda PAS tak bising pun! kih kih kih

Baca:

Bersih anjurkan konsert desak lapan tuntutan ditunaikan

- themalaysianinsider.com

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Gabungan Pilihan Raya Adil Dan Bersih (Bersih) hari ini mengumumkan akan mengadakan konsert Bersih 8T pada 13 Oktober ini yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya.
Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, mereka menganjurkan konsert itu selepas kerajaan enggan untuk melaksanakan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut.

“Kerajaan masih enggan untuk mendengar suara rakyat, lapan tuntutan dari Bersih dan 22 cadangan dari Jawatankuasa Parlimen masih lagi belum ditunaikan, maka kami anjurkan konsert Bersih 8T ini sebagai tanda ingatan kepada suruhanjaya pilihan raya (SPR) tentang lapan tuntutan yang masih belum dilaksanakan.

“Berbulan selepas Bersih 3.0, kerajaan hanya menfokuskan untuk menahan mereka yang terlibat dengan perhimpunan, bukan untuk membersihkan daftar pemilih pilihan raya,” kata dalam kenyataan media itu lagi.

Menurut kenyataan media itu lagi, Bersih 2.0 telah terus menerus untuk menyedarkan orang ramai tentang penipuan pilihan raya.

“Setakat ini kami mendapat sokongan orang ramai dan menerima bantuan orang ramai yang menderma,” katanya lagi.

Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors (pemenang Pesta Lagu Jalanan), Republic of Brickfields, kumpulan punk Dum Dum Tak, kumpulan Canto rock Hui Se De Dai and Ray Cheong. Sasterawan Negara, A Samad Said akan membaca puisi pada malam tersebut.

“Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih,” katanya lagi.

26 September, 2012

Panas! Kisah raja-raja celup di Malaysia!


oleh: Malaysiacrisis

Raja celup

Nama terlalu penting. Mempunyai nama gelaran di pangkal nama lagi penting! Mungkin ada antara kita yang akan bertanya, “Apa ada pada nama gelaran?”
Nama gelaran dengan pangkal nama Raja, Tengku, Tunku, Syed, Nik, Wan, Tun dan sebagainya menunjukkan keturunan seseorang dan merupakan sesuatu yang penting bagi sesetengah pihak. Baru-baru ini seorang penulis dengan nama Kerabat D’Raja Kelantan menulis di ruangan forum Utusan Malaysia mempertikaikan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melarang penggunaan nama gelaran “Nik” bagi anak-anak kepada pasangan wanita berketurunan raja yang berkahwin dengan bukan berketurunan raja (rujuk Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 dengan artikel bertajuk JPN tidak faham salasilah gelaran ‘Nik’).
Bangsa Cina juga boleh ‘membeli’ untuk menjadi kerabat diraja
Bukan mereka yang berketurunan raja sahaja yang cuba mempertahankan hak menggunakan nama gelaran kerabat diraja. Yang bukan berdarah raja pun cuba mencari helah untuk meletakkan nama gelaran di pangkal nama! Ini yang dinamakan Raja Celup!
Lebih memelikkan apabila mereka yang berbangsa Cina pun berminat untuk menjadi keturunan Raja-raja Melayu, semuanya boleh dibuat jika mempunyai wang ringgit. Itu yang didedahkan beberapa orang mangsa sindiket pembelian watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.
Ramai yang ingin menjadi kerabat diraja. Dengan meletakkan nama gelaran di pangkal nama, umum akan tahu seseorang itu berketurunan raja. Dan sekaligus boleh meletakkan rujukan kehormat “Yang Mulia” di depan nama, contoh YM Tengku Si Polan Bin Si Polan.
Raja Celup dari Johor
Apabila bercakap mengenai Kesultanan Johor, umum menganggap Sultan-sultan Johor Moden adalah berketurunan Bugis, tambahan ada Sultan-sultannya yang kelihatan bengis. Jika dikaji salasilah Kesultanan Johor moden yang berketurunan Temenggong, sebenarnya mereka berketurunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan bukannya berketurunan Bugis. Darah Bugis hanya di sebelah ibu kepada Daeng Kechil Abdul Hamid.     selanjutnya SINI

25 September, 2012

Panassss! ‘Tentera Punggung’ Pelakon Utama Iklan Fitnah Air Selangor



SEBELUM!





KINI !
 

 Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem “Masalah Air Di Selangor” yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

 
Setelah “berjuang” habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam “filem iklan” untuk memburukkan kerajaan PR Selangor – kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya. “(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya,” kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.

Selanjutnya SINI 

19 September, 2012

Dokumen UMNO mansuh tanah rezab!

Klik untuk lihat lebih jelas
Klik untuk lihat lebih jelas
Klik untuk lihat lebih jelas

17 September, 2012

Video remaja pembuli!

Kejadian disyaki bertempat di FELDA Adela, Johor.

Rasanya ramai yang dah tahu kewujudan satu video yang memaparkan seorang remaja yang masih bersekolah dibuli oleh 4 orang. Dan kat bawah neh ialah wajah2 pembuli tersebut ;






Yup.

4 orang. Walaupun yang jelas kelihatan disitu cuma wajah 3 orang pembuli tetapi si lelaki yang potpet2 bernama ai = tukang subahat juga layak dilabelkan sebagai pembuli sebab dia turut berada di lokasi kejadian. 
Dia tidak mencegah bahkan mengalakkan. Yang lebih biadap ialah gadis2 pembuli siap suruh member lelaki dorang yang bernama ai ‘merogol’ remaja yang dibuli tue lagi. ....selanjutnya...

Sambutan hebat ceramah UAI di Kuala Kangsar! (Bergambar)