Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

26 September, 2012

Panas! Kisah raja-raja celup di Malaysia!


oleh: Malaysiacrisis

Raja celup

Nama terlalu penting. Mempunyai nama gelaran di pangkal nama lagi penting! Mungkin ada antara kita yang akan bertanya, “Apa ada pada nama gelaran?”
Nama gelaran dengan pangkal nama Raja, Tengku, Tunku, Syed, Nik, Wan, Tun dan sebagainya menunjukkan keturunan seseorang dan merupakan sesuatu yang penting bagi sesetengah pihak. Baru-baru ini seorang penulis dengan nama Kerabat D’Raja Kelantan menulis di ruangan forum Utusan Malaysia mempertikaikan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melarang penggunaan nama gelaran “Nik” bagi anak-anak kepada pasangan wanita berketurunan raja yang berkahwin dengan bukan berketurunan raja (rujuk Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 dengan artikel bertajuk JPN tidak faham salasilah gelaran ‘Nik’).
Bangsa Cina juga boleh ‘membeli’ untuk menjadi kerabat diraja
Bukan mereka yang berketurunan raja sahaja yang cuba mempertahankan hak menggunakan nama gelaran kerabat diraja. Yang bukan berdarah raja pun cuba mencari helah untuk meletakkan nama gelaran di pangkal nama! Ini yang dinamakan Raja Celup!
Lebih memelikkan apabila mereka yang berbangsa Cina pun berminat untuk menjadi keturunan Raja-raja Melayu, semuanya boleh dibuat jika mempunyai wang ringgit. Itu yang didedahkan beberapa orang mangsa sindiket pembelian watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.
Ramai yang ingin menjadi kerabat diraja. Dengan meletakkan nama gelaran di pangkal nama, umum akan tahu seseorang itu berketurunan raja. Dan sekaligus boleh meletakkan rujukan kehormat “Yang Mulia” di depan nama, contoh YM Tengku Si Polan Bin Si Polan.
Raja Celup dari Johor
Apabila bercakap mengenai Kesultanan Johor, umum menganggap Sultan-sultan Johor Moden adalah berketurunan Bugis, tambahan ada Sultan-sultannya yang kelihatan bengis. Jika dikaji salasilah Kesultanan Johor moden yang berketurunan Temenggong, sebenarnya mereka berketurunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan bukannya berketurunan Bugis. Darah Bugis hanya di sebelah ibu kepada Daeng Kechil Abdul Hamid.     selanjutnya SINI

Tiada ulasan: