Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

01 September, 2012

Orang agama pun dah rosak!

Yang menentang perjuangan kaum tertindas adalah mereka yang juga setiap saat di tindas. Orang kampong yang memasang bendera UMNo adalah kaum tertindas, Polis yang memukul orang ramai juga adalah kaum tertindas, Namun begitu golongan ini pula menjadi penyokong dan sanggup menjadi benteng kepada pemguasa untuk terus menindas mereka. Mereka tidak percaya majikan mampu membayar mereka gaji minima kepada kerja yang mereka lakukan. Jika ada yang bangun menuntut gaji dan kemudahan kepada kaum pekerja malaon seperti buruh yang mencuci yang setiap pagi menyuci longkang taik akan berkata kita patut bersyukur dengan gaji sebagai pencuci sampah sebanyak RM500.00. Kita perlu lihat orang yang lebih miskin dari kita.

Akhirnya golongan penindas semakin hari menambah kekayaan mereka hasil dari keringat orang miskin. Para menteri juga sibuk menghimpun kekayaan hasil dari kebodohan manusia seperti umno. Maka lahirlah manusia terkaya di Malaysia. Para menteri bergaji puluhan ribu ringgit dengan segala kemudahan yang di beri percuma atas keringat rakyat.


Namun begitu kaum tertindas akan tetap dihalang oleh golongan agama untuk bangkit menentang penindasan ini. Para agamawan akan berusaha mencari dalil dan nas bahawa menentang pemerintah hukumnya haram. Tanpa kita sedar para ustaz inilah penindas yang paling kejam yang menjadi dalang kepada kebangkitan rakyat.

Artikel penuh SINI

Tiada ulasan: