Sedari kuasa kita!
Pengikut
31 Julai, 2012
30 Julai, 2012
29 Julai, 2012
Mungkinkah agen UMNO dalam PAS sedang giat berusaha menjelang PRU13?
Suatu masa dulu sebelum PRU8, PAS, DAP dan Semangat 46 bersama-sama dalam satu gagasan dipanggil Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kelihatan seolah-olah wujud satu koordinasi yang baik tetapi akhirnya DAP termakan dengan hasutan agen-agen UMNO/BN dari pelbagai sumber (termasuk media) sehinggakan APU gagal dan berpecah…
Kebanyakan pengundi menganggap perpecahan itu disebabkan oleh DAP yang bertindak keluar dari APU tetapi sebenarnya kebanyakan orang masih belum tahu kewujudan beberapa agen UMNO/BN yang sudah bertapak dalam PAS yang mengambil kesempatan melaga-lagakan PAS dan DAP…
Kemudian pada PRU9 , agen-agen UMNO/BN yang samer yang masih berada dalam PAS pula bertindak melaga-lagakan PAS dengan Semangat 46 sehingga menyebabkan Semangat 46 bertindak keluar dari gagasan APU. Semua ini berlaku kerana agen-agen ini berjaya meyakinkan pimpinan utama PAS yang kononnyer PAS akan lebih berjaya jika berjalan dan beraksi sendirian.
Dan itulah PAS, yang asalnyer dari Hisbul Muslimin. Yang selalu bertegas untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi ini. Ramai yang bersetuju dan menyokong semua usaha untuk menggerakkan massa sehingga boleh menjadikan Malaysia satu contoh terbaik Daulah Islamiah tetapi dalam keadaan semasa, PAS memang tidak mampu untuk mengambil alih tampuk kerajaan dengan kemampuan sedia ada. Ini adalah satu realiti.
Tetapi, kewujudan agen-agen UMNO/BN yang masih berbaki berterusan mencanangkan supaya PAS bergerak sendiri. Alasan yang diberi ialah “jangan berkawan dan bersama dengan orang kafir”. Dan mereka tahu malahan amat maklumi, jika PAS berterusan bermentaliti begini maka sampai kiamatlah PAS tidak akan menjadi satu kuasa dominan dalam percaturan politik di Malaysia!
Yang menggerunkan, agen-agen UMNO/BN ini cukup mendapat kepercayaan yang tinggi dalam PAS malah menjawat jawatan yang agak tinggi di dalam parti dan ditambah pula dengan status mereka yang “kununnya” berilmu tinggi dalam agama…
Dalam konteks Malaysia yang sedia ada hari ini, keperluan untuk bekerjasama waima dengan pihak yang bukan beragama Islam adalah wajar demi maslahat umum. Namun bagi agen-agen UMNO/BN ini, mereka sedang giat mencucuk jarum kesangsian dalam PAS terhadap DAP dan PKR dan secara tidak langsung ini akan menyebabkan belakunya situasi yang sama pada PRU8 dan PRU9. Dan pastinya yang akan bersorak sorai keseronokan apabila gagasan Pakatan Rakyat ini musnah adalah agen-agen UMNO/BN yang sedang berterusan membiak didalam PAS. yang sedang membiak didalam PAS terutamanya di PAS Terengganu (Rusila).
Mungkinkah sejarah lama bakal berulang kembali?
Dan itulah yang sedang berlaku dewasa ini. Dan itulah juga yang sedang dicantas sekarang ini. Penyakit “over confident” yang ada dalam PAS kini sedang membarah. Agak payah juga untuk diubati kerana sikap segelintir (ramai sebenarnya) ahli-ahli PAS yang masih tidak terbuka mindanya dan dalam banyak keadaan, orang yang menasihat dan cuba untuk menyelamatkan PAS dari dilaga-lagakan dengan DAP dan PKR pula dihentam dan dicaci nista.
Andaikata jika anda rasakan artikel ini memfitnah PAS terutamanya PAS Terengganu (Rusila), sila buktikan tiada agenda untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat demi sentimen, pengaruh dan angan-angan kononnya PAS boleh menang besar tanpa Pakatan Rakyat…. (sepertimana dulu ada puak-puak di Rusila yang dengan bongkak, riak dan ujub mengatakan bahawa PAS boleh pergi jauh tanpa sokongan blogger).
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/29/mungkinkah-agen-umno-dalam-pas-sedang-giat-berusaha-menjelang-pru13/

27 Julai, 2012
Kenyataan bangang PERKASA tentang risiko penurunan harga kereta!
Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), keadaan itu bakal menyaksikan nasib pekerja Proton umpama telur di hujung tanduk kerana harga pembuat kereta nasional itu akan setara dengan kereta model antarabangsa.
KUALA LUMPUR, 26 Julai — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan, sekiranya cadangan pemansuhan duti eksais kereta dilaksanakan, sepertimana cadangan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak pengeluaran wang mengalir keluar negara ekoran rakyat lebih gemar memilih kereta luar berbanding kereta nasional.
“Alhamdulillah rakyat akan dapat membeli kereta dengan harga yang lebih murah … tapi semurah mana?
“Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama … (dan) pekerja Proton pastinya gusar akan diberhentikan.
“Ini bakal menyaksikan wang negara terus mengalir keluar kerana rakyat akan lebih berminat untuk membeli kereta import,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Bagaimanapun, Syed Hassan menegaskan, cadangan yang diumumkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli itu juga hanyalah strategi memancing undi, kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka berlangsung tidak berapa lama lagi sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat April depan.
“Ini semua janji adalah cubaan nak dapatkan undi untuk PRU13.
“Selama ini kita kenakan cukai tinggi kepada pembeli kereta import kerana untuk selamatkan industri kereta Nasional dan menghalang wang negara mengalir keluar … dan itulah caranya mengenakan cukai tinggi kepada mereka yang kaya, dan kadang-kadang terlepas dari membayar cukai pendapatan,” tegasnya.
“Inilah akan jadi bila org yang tidak tahu menguruskan ekonomi menerajui kerajaan negara ini nanti,” tambahnya lagi merujuk kepada kemungkinan penjualan Proton akan merosot jika rancangan itu dilaksanakan.
“Peniaga kereta AP tersenyum tetapi kerajaan kerugian ratusan juta ringgit dari cukai kereta import.”
Beliau turut menyelar pemimpin PR yang menurutnya begitu teruja untuk menawan Putrajaya, sehingga sanggup menjanjikan pelbagai perkara.
“Dulu nak mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) … sekarang cukai eksais kereta pula.
“Mereka pemimpin Pakatan ini tak sedar ke negara ni masih status negara membangun? Belum lagi negara maju,” soalnya.
Malah, beliau turut mengingatkan rakyat betapa “kerajaan sekarang adalah kerajaan yang telah berjaya memajukan negara ini, dan oleh sebab itu pemimpin Pakatan nak belanja sakan bila memerintah.”
Syed Hassan turut mengkritik pembangkang yang kerap menjanjikan perkara percuma dan tidak mahir dalam mentadbir ekonomi negara.
“Nak hidup bawah pemimpin yang tak tahu urus ekonomi negara? Siapa yang akan salah belanja wang negara sebenarnya kalau semua nak bagi percuma kepada rakyat? … sedangkan kita belum mencapai status negara maju lagi,” tegasnya.
“Saya nak tanya Rafizi, siapa yang buatkan negara banyak duit, seperti yang dia selalu kata banyak duit negara kerajaan habiskan. Pakatan?” soalnya lagi.
Beliau turut menjelaskan, dalam kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR yang kerap menabur janji-janji, sementara PAS dan DAP lebih kerap mengambil tindakan berdiam diri.
“Dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR sahaja yang suka berjanji. PAS ikut sahaja sebab tidak tahu apasal ekonomi, jika tidak Kelantan pasti sudah maju.
“Bijaknya DAP diam seribu bahasa berkenaan janji-janji ini … nanti kalau memerintah mereka (akan) kata DAP tidak menjanjikan apa-apa.
“Itulah Pakatan Rakyat. Mereka berpakat untuk menipu rakyat sahaja.
“Rakyat jangan mudah terpedaya dgn janji-janji palsu mereka ni,” tambahnya lagi.
P/S: Murahkan lagi harga kereta proton! gerenti pekerja proton dapat terus bekerja. Bila kereta murah, duit lebih rakyat boleh beli rumah, tanah, meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak. Baghal punya PERKASA! Nampak sangat nak jaga kepentingan Mahathir!
26 Julai, 2012
Pengakuan Farid Ismeth Emir. Kenapa setelah lebih 10 tahun?
Pengakuan Farid Ismeth Emir Dipersoal
Betulke lelaki & perempuan seronok
bila dirinya digossip dengan “Public Figure”?
Pengakuan Farid Ismeth Emir dalam satu video wawancara menjadi perbualan hangat masa ini. Semua seronok dengan sorakkan kegembiraan dan kononnya berjaya menepis gossip yang berusia lebih 10 tahun usianya. Inilah dikatakan “Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama”.Selain itu dikatakan kononnya blogger “mimpisenja” bertanggungjawab terhadap pendedahan Cerita Madu 3 juga adalah satu lagi andaian kerana cerita itu bukan berasal dari blog tersebut. Inilah yang dikatakan, blogger upahan cepat berteriak untuk mendapat nama dan takhta di mata pemimpin yang membayar mereka dan lupa kepada fakta dan cerita sebenar disebalik terbitan cerita Madu 3.
Hampir sepuluh tahun menaggung malu, tertekan dan sebagainya dan ini membuat pelbagai persoalan wujud pada cerita pengakuan ini..
Provokasi malaysiacrisis.blgspot.com akhirnya membawa pengakuan disebalik gosip berusia hampir sepuluh tahun. Agak pelik apabila saya lihat cerita ini telah lama wujud dan selalu dirujuk oleh pelbagai pihak sebelumi ini namum tiada penafian atau pengakuan dibuat oleh mana-mana pihak samaada si lelaki atau si perempuan. Juga tiada usaha blogger upahan dalam meneutralkan kontroversi ini yang sememangnya menyebabkan ”Krisis Imej” kepada First Lady of Malaysia. Pengakuan ini juga menimbulkan pelbagai tanda tanya antaranya:-1) Mengapakah selama 10 tahun gosip ini diwar-warkan di seluruh Malaysia tiada penafian?
2) Mengapa pengakuan ini hanya dibuat sekarang menghampiri saat-saat PRU 13?
3) Mengapa tidak boleh keluar membuat penafian sebelum ini (rujuk kenyataan akhbar)?
4) Mengapa sekarang boleh keluar membuat penafian?
5) Pelbagai tohmahan dan gosip telah tersiar lama dan mereka mengetahui akan perihal ini dan
mampu terus berdiam dri selama 10 tahun?
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/26/pengakuan-farid-ismeth-emir-kenapa-setelah-lebih-10-tahun/
24 Julai, 2012
Senarai Calon-Calon DUN Perak dari Pakatan Rakyat.
Oleh: MSK
Selain dari memperkenalkan bakal-bakal calon Dewan Undangan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat, Mediaperak menyediakan ruang kepada penyokong dan pengundi untuk menyuarakan pendapat masing-masing tentang calon-calon ini. Malah Mediaperak menyediakan ruang kepada pembaca untuk mencalonkan sesiapa saja yang anda rasa sesuai sekiranya anda tidak berpuashati dengan calon-calon yang disenaraikan.
Mediaperak akan membuat siri analisa peluang-peluang bagi kedua-dua belah pihak…sama ada BN atau PR.
Semua nama calon ini diperolehi dari sumber tidak rasmi. Tidak ada parti yang mahu memberikan senarai rasmi dengan alasan ianya belum muktamad.
Sementara senarai itu belum muktamad, maka Mediaperak memberikan ruang kepada pembaca untuk menyuarakan pendapat. Klik pada link untuk mengetahui senarai calon dan juga pendapat-pendapat yang disuarakan.
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temengor
N03 Kenering
N04 Kota Tampan
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau
N10 Alor Pongsu
N11 Gunung Semanggol
N12 Selinsing
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau
N21 Lintang
N22 Jalong
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh
N34 Bukit Chandan
N35 Manong
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Belanja
N39 Bota
N40 Malim Nawar
N41 Keranji
N42 Tualang Sekah
N43 Sungai Rapat
N44 Simpang Pulai
N45 Teja
N46 Chenderiang
N47 Air Kuning
N48 Sungai Manik
N49 Kampung Gajah
N50 Sitiawan
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang
N55 Pasir Berdamar
N56 Changkat Jong
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/23/senarai-calon-calon-dun-perak-dari-pakatan-rakyat/
21 Julai, 2012
Pehal ostad dalam PAS mengelabah nih?
Kat Perak ni, makin hampir kepada PRU, penyokong-penyokong parti makin gundah gulana. Baik penyokong Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
Di pihak BN, kelihatannya Najib dah bekerja sengsorang! Setiapkali beliau mengutarakan idea baru, maka blogger ABU (Aku tulih ABU kerana blogger2 benci UMNO tapi bukan suka sangat pun pada Pakatan pun!) akan mendedahkan salahlaku lampau beliau yang berlawanan dengan yang beliau utarakan masa kini! Zambery Kadiaq? hahaha! dah tak boleh buat apa. Yang bolehnya cuma angkut abih balak keluar hutan! Sampaikan balak yang ukurlilit tak sampai 30 inci pun abih. Tak pecaya hangpa tunggu tepi jalan dan perati lori2 balak yang lalu!
Di pihak PR, kecuali DAP (aku tak faham cakap depa) PAS dgn PKR pun dilanda masalah.
PAS masih lagi bergelut antara calon2 ustaz dengan profesional. Dalam kemelut ini, profesional setakat ni relax. Yang betul2 kalut adalah puak ustaz2! aku pun tak faham. Depa ni nak mengalahkan UMNO atau nak menonjolkan diri masing? Mesir dengan Iran presidennya bukan ustaz pun. Relax je! Ustaz2 ni pun satu hal jugak! di DUN pengundi 3 bangsa seimbang pun dok ceramah pasal ketuanan melayu tak abih-abih! Patut la bungkuih manjang! Cuba tengok kat bawah. DUN yang dimenangi PAS dengan PKR adalah DUN yang majoriti pengundi melayu bawah 81%!
Pasal apa di DUN yang lebihkurang peratusannya boleh kalah? Macam biasa! Perkauman!
PKR? hahaha….. dah asal dari UMNO perkauman pun lebihkurang UMNO jugak la! PKR akan berubah bila generasi pertama yang ramai asalnya dari UMNO ni dah bersara atau masuk kubur! Buat masa ni susah nak agak. Depa ni cuma harapkan aura Anwar. Biasala! UMNO takde duit tak boleh buat kerja. PKR pun sama! Asal UMNO la katakan! Toksah dok cerita la pasal buku jingga! tak sama pun yang dalam buku jingga dengan perangai hangpa!
Masalah yang paling besar, pengundi2 baru adalah pengundi yang bencikan sistem yang diamalkan oleh UMNO(BN). Yang paling kantoi, dalam ceramah PR, susah betul nak jumpa penceramah-penceramah yang berceramah tentang pembaikan sistem ni! Yang ramai adalah penceramah yang berceramah tentang cincin Rosmah! Lembu Sharizat, Kapal Selam tak abih-abih! Pegi la mana2, itu la yang diulang-ulang! La ni zaman internet la! pengundi baru dah baca benda2 ni dalam internet! Hangpa dok ulang-ulang nak buat apa?
P/S: aku tegur ni pasal aku nak PR menang. Kalau aku nak hangpa kalah, malas aku nak tulis pun! Hangpa nak melompat? Melompat la! mampuih pi!

18 Julai, 2012
Madu 3. Kisah yang cuba dilupakan.
MADU TIGA @ ROSMAH MANSOR
Aku Yang Cantik
Aku Yang Manis
Aku Yang Manja
Selalu Tersipu
Rawan Sikapku
Di Balik Kemelutku
Di Remang Kabutku
Di Tabir Mega-megaku
Ku Lihat Dua Tangan
Di Balik Punggungku
Madu Di Tangan Kananku
Racun Di Tangan Kiriku
Aku Dah Tahu Racun Yang Akan Kuberikan Padamu
MADU TIGA
DSRM-Datin Seri Rosmah Mansor bukan nama asing bagi bumi Malaysia. Sebut DSRM membuatkan semua rakyat serba ghairah dibuatnya untuk mendengar, melihat apakah cerita sebenarnya atau tak kurang juga yang dah bersiap sedia untuk mengata DSRM. Apakah dosa yang membuat dia teraniaya sebegini rupa? Dimanakah Silapnya? Apakah “Misteri” yang menghantui dirinya..
Lirik lagu diatas cukup sinonim untuk ditujukan khas pada beliau. Harap adalah si pintar Permata Seni akan mendendangkan lagu ini untuknya.Terlalu banyak sejarah hitam yag menghantui DSRM dan tidak juga kita lupa cerita puaka dan bomoh yang tidak kesudahan. Kita lihat mangsa korban antara madu dan racun yang diperdendangkan oleh DSRM yang mengaibkan tiga (3) lelaki dan bukannya dua (2) yang banyak blog melaporkan sebelum ini. Kita akan bongkar identiti sebenar cerita MADU TIGA..
MADU PERTAMAKU (1)
Kadang-Kadang Kita Dengar
Siapa tak kenal suami pertama DSRM iaitu Abdul Aziz Nong Chik? Carian walau sebutir zarah bagi nama ini tidak mungkin wujud sama sekali untuk kita kenal. Hakikatnya, masa akan tiba tidak lama lagi untuk kita sama sama mendengar dan membaca cerita sebenar di sebalik cerita Madu Pertama yang telah terkena Racun Tangan Kiriku..Nantikan pendedahan seterusnya mengenai cerita Madu Pertama-Abdul Aziz Nong Chik jejaka pertama terkena racun tangan kiriku..Nantikan pendedahan seterusnya dan pelbagai kisah disebalik perkahwinan pertama DSRM.
Bukti Kewujudan
Abdul Aziz Nong Chik
Dalam Sejarah
Hidup Rosmah Mansor
Antara Cerita Palsu Yang Mengatakan Azrene Soraya Abdul Aziz anak kepada Farid Ismeth Emir. Mana mungkin Farid Ismeth Emir akan mengaku Azrene Soraya Abdul Aziz anak beliau. Hakikatnya inilah bukti yang menunjukan kewujudan SEJARAH YANG DIPADAMKAN dalam cerita dan sejarah DSRM
Apakah dosa Azrene Soraya Abdul Aziz apabila seorang ibu kandung mampu memulaukan perkahwinan anak kandung sendiri. Dimanakah naluri seorang ibu kandung terhadap anaknya. Tidak pernah kita lihat sikap sedemikian dari seorang ibu yang mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan dan hilang naluri keibuaan semata-mata mengejar status First Lady of Malaysa (FLOM) dan untuk memadamkan sejarah perkahwinan dan mempamerkan diri sebagai seorang ibu mithali kepada ANAK ANAK PERMATA NEGARA. Bukankah Azrene Soraya Abdul Aziz sebutir PERMATA . Butakah Mata & Hati sehingga terlupa PERMATA dibuang dan bekerja keras menjadikan anak-anak lain sebagai permata. Apakah ini sikap wanita atau naluri seorang ibu? Dialog P.Ramlee sekali lagi mngingatkan komedi ahli nujum pak belalnag..”apakah dia wahai ahli nujum perkara yang sikit-skit, jarang-jarang, kadang-kadang kita lihat dan TAK PERNAH DIBUAT SEORANG IBU”
DSRM Jawapannya.
Profil diatas mengingatkan kita resume permohonan kerja yang menunjuk kita bertukar jawatan dan kerja dalam kehidupan kita mencari rezeki. Namun profil ini adalah profil seorang wanita bertukar suami mengejar impian yang tidak ketahui dan sanggup melakukan apa sahaja mengejar impian mahkota FIRST LADY OF MALAYSIA
MADU KEDUAKU (2)
Jarang-Jarang Kita Dengar
Bercerai kali pertama mungkin salah lelaki. Kalau kali kedua salah siapa? Ada wanita ingin berkongsi pendapat? Mungkin juga tetap salah lelaki namun ini Pak Nujum katakan CERITA KADANG-KADANG KITA DENGAR..tebus bini orang atau tebus talak..yang mana satu sebenarnya sejarah yang patut ditulis dalam perjalanan hidup First Lady of Malaysia..Farid Ismeth Emir suami kedua DSRM..siapa tidak kenal Farid Ismeth Emir, seorang pemberita yang kacak dan bersuara macho.Tidak ada pengganti untuk sesiapa mengambil alih peranan beliau sebagai pembaca berita dengan suara macho yang ramai rakyat Malaysia nantikan di kaca TV.Ini pun aku racunkan dengan tangan kiriku..Skandal turun naik Pejabat Meteri Besar Pahang tertulis dengan jelas siapakah wanita yang menjadi mangsa mainan Madu 3 oleh DSRM..
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,
الْمُخْتَلِعَاتُ هُنَّ الْمُنَافِقَاتُ .
“Para istri yang minta cerai (pada suaminya) adalah wanita-wanita munafik.” [Hadits shahih. Riwayat Tirmidzi (no. 1186) dan Abu Dawud (no. 9094),
dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
CERITA GOSIP KELUARGA 69
Antara ceritia-cerita Pejabat Menteri Besar Pahang yang kita dengar dan baca..
DSRM menjanda dah dua kali tetapi mudah untuk beliau mendapat jodoh. Pelbagai cerita dan kisah terdengar ada yang mengatakan Bomoh & Puaka & Sihir adalah sebahagian dari permainan dalam mengejar cita-cita terutama dalam kisah cinta terlarang atau merampas suami orang..Adakah benar “ROSMAH PUAKA” dan cerita disebalik video Rosmah Puaka suatu kebenaran atau reka karya pihak tertentu..Fenomena Rosmah Puaka pernah melanda Malaysia dan pelbagai cerita yang tersurat dan tersirat dipaparkan kepada dunia. Apalah nasib DSRM yang diperlakukan sedemikian rupa?Atau adakah ini balasan pada ketaksuban dan keinginan melampau yang menjadikan cerai sebagai mainan kehidupan dalam mencapai matlamat nafsu dan cita-cita melampau..bak kata “Farid Ismeth Emir-FIKIR-FIKIRKANLAH…
MADU KETIGAKU (3)
Sikit-Sikit Kita Dengar
“Madu Ketiga akhirnya membuahkan hasil menjadikan aku FLOM..Akulah FIRST LADY OF MALAYSIA, Akulah di takhta idaman semua wanita Malaysia, Akulah Permata Negara, Akulah Srikandi Negara, Akulah Ibu kepada Permata Negara dan segalanya yang Akulah….tetapi lupa disebut Akulah Satu-Satunya Wanita Berkahwin Cerai dan Bernikah tiga (3) Kali dan Akulah yang menikmati Madu Tiga dari tiga lelaki..Akulah yang harus ditulis pada sejarah buku teks pendidikan moral bagi wanita Malaysia..Akulah juga Ibu Kandung yang mampu melupakan anak kandung sendiri dan lupakan mereka dari sejarah hidupku dan tidak juga ku melawat cucu-cucuku..Katakanlah apa sahaja terhadapku dan semuanya kerana irihati terhadap aku First Lady of Malaysia..pedulikan mereka , Pandanglah, Lihatlah dan Pujilah First Lady of Malaysia ..”Aku yang cantik, aku yang manis, aku yang manja..” dan akulah Fist Lady of Malaysia membuat video rakaman nyanyian dengan artis-artis tetapi aku tidak akan menyanyi untuk tidurkan cucu-cucuku dari sejarah hidupku yang lampau..adakah ini naluri hati seorang wanita yang mungkin bermain di sanubari FLOM..”
Mahligai kehidupan KERABAT DIRAJA pun DSRM mampu runtuhkan dan pelik apakah kekuatan sebenar DSRM sebagai seoarang wanita.DSRM adalah wanita menakjubkan memandangkan kerabat diraja pun mampu berundur dari menyelamatkan rumahtangga dengan Najib dan memberi ruang jalan untuk DSRM..apakah rahsia DSRM sebalik segala ilmu memikat..
Nasib baiklah Yang DiPertuan Agong itu jawatan bergilir dan terlalu ramai calon untuk memenuhi jawatan terebut..terselamat Datuk Seri Najib dari bahaya dan cubaan rampasan takhta bagi meneruskan misi ke mahkota peringkat tertinggi di muka bumi Malaysia oleh FLOM..Disebalik kejayaan dan kegagalan seseorang lelaki dikatakan ada wanita..betulke ungkapan ini? Atau sebalik kegagalan setiap lelaki berpunca dari diri sendiri..apapun ada juga kebenaran dalam cerita Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai racun telah pun memakan diri DS Najib..antaranya pelbagai skandal dan isu yang tak sudah penghujungnya dan setiap yang dilakukan DSRM tidak pernah membawa kebaikan dan akhirnya mengaibkan kebolehan DS Najib memimpin negara. Hanya PAPAGOMO sahaja yang beriya mempromosikan DSRM atas sebab-sebab semua sedia maklum dan mungkin kerja blogger berbayar umpama orang upahan kena buat kerja bila telah menerima bayaran..Good Luck Papagomo.Sungguh kelakar dan gelihati dibuatnya terbaca artikel DSRM makan dalam polisterine pun boleh dijadikan sandiwara sikap terpuji FLOM.Apa kata bawa DSRM ke Restaurant Makanan Daun Pisang and war-warkan DSRM makan nasi atas daun pisang.
Lirik lagu Racun & Madu diatas amat sinonim untuk DSRM, pelbagai racun telahpun terkena DS Najib dan sedang menanggung “Image Crisis Management” untuk perbaiki imej diri pada masyarakat. But damage has been done dari awal Madu Pertama sehinggalah Madu Ketiga..no turning back untuk memperbetulkan imej DSRM..jauhkan DSRM dari dunia dan pandangan masyarakat untuk sementara, berhentikan publisiti pada semua usaha DSRM, hentikan DSRM dari urusan rasmi dan fokus kpada Pertubuhan BAKTI, hentikan blogger upahan memuji setinggi langit terhadap DSRM. Hentikanlah Program Permata Negara dari pimpinan DSRM dan jika ianya baik jadikanlah program ini diaksanakan oleh Kemeterian Pembangunan Wanita dengan pusat jagaan kanak-kanak seluruh negara. Bukan DSRM yang membuat dasar pendidikan negara dan tidak layak menjadi contoh kepada kanak-kanak yang masih kecil..Ini nasihat untuk DS Najib dan jika tidak ingatlah Permata Negara akan menjadi racun karier politik DS Najib.
Iniah kemahuan DSRM atau FLOM untuk terus memegang takhta dan inilah hawa nafsu DSRM/FLOM terlampau yang bakal menghancurkan segalanya bagi UMNO dan Barisan Nasional. Bangunlah Pemuda UMNO dan minta DS Najib tunjuk keris UMNO kepada DSRM dan hentikan segalanya dan DSRM/FLOM adalah beban terlalu berat untuk terus dipikul.
Episod MADU TIGA akan diteruskan tidak lama lagi dan sama-samalah kita tunggu dan lihat apa ceritia dan kesudahanya.

WARKAH UNTUK DS NAJIB.
Pelbagai kontroversi sentiasa akan melanda DSRM dan ini adalah hakikat dan pelbagai bala dari pelbagai program anjuran DSRM terpaksa ditanggung oleh DS Najib dan kenapa ianya harus diteruskan? Hentikan DSRM dari menjejaskan imej DS Najib dan biarkan golongan yang seharusnya melaksanakan tanggungjawab kepada negara menjalankan tugas mereka dan jika anda seornag Perdana Menteri yang mampu membuat transformasi maka laksanakanlah Transformasi DSRM dan jadikan DSRM hanya sebagai isteri dan ibu kepada anak-nanak kamu dan Penaung BAKTI dan yang lain arahkan bersara dari terus menjejaskan imej kepimpinan DS Najib. Jika transformasi ini gagal dilaksanakan maka akan gagal juga transformasi negara pada sektor lain kerana ianya dibuat bagi memenuhi hawa nafsu dan kemahuan diri bukan kemahuan negara dan rakyat. Beranikah DS Najib melakukan trnsformasi yang paling mudah untuk menjayakan UMNO & Kemenangan Barisan Nasional atau teruskan apa yang dilakukan dan akan hancurlah penilaian masyarakat kepada kepimpinan anda dan hanya DSRM penghalang bagi anda di angkat sebagai pemimpin yang baik di mata masyarakat13 Julai, 2012
Kelantan. emas ganti minyak!
Setelah pihak UMNO yakin mereka berjaya memberi tekanan kepada kerajaan Kelantan dengan menyekat hasil minyak, kini mereka tergugat setelah Allah S.W.T mengantikan dengan hasil yang lebih berharga iaitu emas. Kini mereka sedang berusaha untuk menyekat hasil bumi yang baru ini. Lihat berita di bawah dan nilaikan sendiri.
KOTA BHARU 11 Julai - Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini terkejut dan tidak menyangka Kelantan yang dianggap negeri termiskin selama ini, sebenarnya mempunyai simpanan khazanah emas yang banyak.
Menurut mereka, kegiatan haram itu seperti mana didedahkan oleh Utusan Malaysia hari ini adalah sesuatu yang mengecewakan. Justeru, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangani masalah berkenaan.
Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, selain bertindak tegas menangani aktiviti perlombongan emas haram itu kerajaan negeri juga harus mendedahkan kepada rakyat kewujudan sebenar emas di negeri ini. "Saya pun tidak tahu selama ini Kelantan mempunyai emas, pembongkaran mengenai aktiviti perlombongan ini membuatkan saya kini tahu bahawa Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan hasil emas," katanya. Beliau berkata demikian mengulas pendedahan itu yang turut memaparkan bagaimana ia berlaku secara berleluasa di beberapa daerah di negeri ini.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut adalah di daerah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Kegiatan tersebut berlarutan sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Pas mengalami kerugian ratusan jutaan ringgit. Sementara itu, seorang peniaga Fauzi Baharudin, 30, berkata, Kelantan sebenarnya merupakan negeri yang kaya dengan hasil emas, namun rakyat tidak pernah mengetahuinya. Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mendedahkan kepada rakyat mengenai kewujudan emas di negeri ini memandangkan ia adalah sumber yang jarang ada pada mana-mana negeri. "Selama ini saya ingat Kelantan hanya mempunyai sumber minyak, tidak sangka rupanya ada lagi yang lebih besar iaitu emas," katanya.
Di Gua Musang, penduduk di beberapa kampung yang terletak berhampiran dengan laluan masuk ke kawasan hutan yang menjadi lokasi aktiviti perlombongan emas haram mengakui tidak menyedari kewujudan sindiket berkenaan. Bagaimanapun, kata mereka, pergerakan keluar masuk jentera berat dan kenderaan pacuan empat roda yang banyak melalui kawasan itu kadangkala menimbulkan curiga. Seorang pekerja kilang balak yang enggan dikenali memberitahu, tidak jauh dari tempat beliau bekerja terdapat dua lombong emas yang diketahui berlesen. ''Tetapi di kawasan berhampiran ada juga aktiviti 'lain'... yang dilakukan secara bersembunyi. Selain lori tangki yang mungkin membawa masuk bekalan minyak ke lombong berlesen di situ, jentera berat yang sudah buruk juga kerap dibawa masuk ke kawasan berkenaan," katanya. Bagaimanapun, dia dan rakannya tidak pernah melihat sendiri aktiviti perlombongan haram kerana kawasan tersebut sukar dimasuki. "Kita ada dengar lombong tanpa lesen tetapi semua beroperasi jauh di belakang kawasan lombong berlesen. "Untuk masuk ke sana kena lepasi kawasan lombong besar tapi agak susah sebab itu kawasan berkawal," katanya.
Sementara itu, pemilik restoran, Zakiah Jusoh, 45, berkata, kewujudan lombong emas haram di kawasan tersebut tidak diketahui kerana ramai menyangka lombong di kawasan itu semuanya berlesen. "Orang kampung mana tahu mereka ada lesen atau tidak. Kita ingat yang pakai jentera berat ini semuanya berlesen," katanya. Pekerja kilang papan, Mohammad Saamah, 65, berkata, aktiviti melombong secara haram di kawasan tidak harus dibiarkan dan pihak berkuasa perlu bertindak tegas. Selain mencuri hasil bumi milik rakyat, pengusaha lombong haram tersebut juga disyaki terlibat dalam aktiviti pembalakan haram atau kemusnahan hutan. "Negeri ini luas, mereka berani melakukan aktiviti seperti itu sebab tahu penguatkuasaan kita tidak cukup tangan. Jika perkara ini dibiarkan, kerajaan dan rakyat negeri ini akan lebih rugi," katanya.
Sementara itu, sumber pihak berkuasa mengakui wujud kegiatan melombong emas tidak berlesen di beberapa kawasan di negeri ini seperti di Tanah Merah dan Sokor, Kuala Krai. Bagaimanapun, kata sumber itu, ia dilakukan secara kecil-kecilan menggunakan kaedah tradisional iaitu mendulang oleh penduduk kampung di sungai berhampiran. "Setakat ini, tiada laporan mengenai lombong emas haram diterima daripada mana-mana agensi kerajaan terbabit. "Kita juga tidak mengetahui kerja melombong emas tersebut turut melibatkan penggunaan jentera berat sehingga laporan disiarkan Utusan Malaysia hari ini," katanya.
P/S: Diharap hasil emas Kelantan akan memberi hasil berlipat kali ganda daripada hasil minyak kepada kerajaan negeri.

09 Julai, 2012
Pengundi India menganggap ahli politik umpama pontianak
Oleh K Pragalat
Politikus pontianak: Apa pilihan pengundi?
Semenjak Mac 2008 hingga sekarang, politikus terpampang di muka depan akhbar kerana sebab-sebab yang kurang manis.
Rasuah, skandal seks, penyelewengan wang dan kontrak dan bermacam-macam lagi. Ia membuatkan saya tertanya apakah kita rakyat biasa tiada pilihan.
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/09/pengundi-india-menganggap-ahli-politik-umpama-pontianak/

Sebelum 2008, segala perkara jelak ini dipelopori anggota Barisan Nasional (BN), umpamanya kes istana Zakaria Md Deros di Klang.
Barisan pembangkang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim, PKR dan rakan-rakan kelihatan suci bagai gerimis pagi. Idealisme reformasi dan keadilan yang ditonjolkan serasi dengan sentimen rakyat kebanyakan. Namun setelah lebih dua tahun, idealisme ini sudah jadi kenangan lampau.
Mengapa apabila mandat diperoleh, kuasa yang diamanahkan rakyat disalah gunakan sebegitu rupa oleh para politikus?
Ada apa dengan politikus sehingga mereka rakus menghisap darah rakyat bagaikan pontianak? Mungkin lebih baik kita berbicara dengan ‘Pontianak Harum’ Maya Karin berkenaan isu alam sekitar berbanding dengan pontianak politikus yang cuba mengaut keuntungan peribadi dengan alasan kemahuan rakyat.
Melalui pendedahan laman web WikiLeaks, pemimpin BN bersorak mengatakan Ketua Pembangkang sememangnya seorang peliwat namun mereka menyepi apabila laporan laman web tersebut turut menyatakan seorang menteri kabinet telah memperkosa orang gaji Indonesia. Jika laporan pertama benar maka laporan terbaru ini boleh diandaikan benar.
Kesimpulannya, pontianak bertopengkan politikus wujud di kedua-kedua belah kumpulan politik.
Terkenangkan nasib pengundi, saya teringat kata-kata pelakon Abhishek Bachchan dalam filem Hindi bertajuk Yuva: “Susah hidup dengan mereka, susah hidup tanpa mereka.” Itulah hakikat pahit rakyat negara ini. Mahu tidak mahu rakyat memerlukan politikus, kecuali jika anarkis.
Pulau undi atau rosakkan undi?
Dalam keadaan begini, apakah pilihan yang ada untuk rakyat? Pilihan itu penting kerana rakyat menentukan pemimpin melalui pilihan raya.
Kumpulan Hindraf menganjurkan agar rakyat terutamanya yang berketurunan India agar memulaukan pilihanraya.
Implikasinya menurut mereka akan menyebabkan politikus sedar kepentingan undi masyarakat India. Namun apa yang tidak disebut ialah pemulauan ini boleh menyebabkan masyarakat tersebut dipulaukan terus. Ini kerana mereka tidak menggunakan hak yang diberikan kepada mereka sebagai warganegara.
Ia turut memberi ruang kepada penularan pengundi hantu. Satu lagi pilihan untuk para pengundi ialah dengan membuang undi rosak. Membuang undi rosak akan memastikan hak sebagai pengundi kekal dan mengekang penularan pengundi hantu.
Pola pengundian tersebut akan memberi isyarat yang jelas kepada politikus agar mereka tidak menjadi pontianak.
Undi rosak turut menyumbang kepada pembentukan ahli parlimen baru. Contohnya, dalam pilihan raya umum 2008, calon PAS di Hulu Langat mengalahkan calon Umno kerana peningkatan jumlah undi rosak.
Kegiatan merosakkan undi mungkin merupakan igauan terburuk politikus tetapi ia boleh menjadi mimpi manis pengundi.
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/09/pengundi-india-menganggap-ahli-politik-umpama-pontianak/
07 Julai, 2012
Jom sokong peneroka FELDA yang teraniaya!
06 Julai, 2012
Kita semua Uncleseekers
oleh: MSK
Selama 3 bulan Uncleseekers menyiarkan siri “Sultan Johor atau Kerabatnya?”, tak ada siapa yang peduli untuk mengambil tindakan terhadapnya. Tidak ada pembela Raja, tak ada pembela Perkasa, Tak ada JATI. Semua diam macam tak ada teloq.
Pada 27/6, Mediaperak menyiarkan satu artikel yang bertajuk “Umno dibelakang Uncleseekers?”. Empat hari kemudian, pada 1 Julai, sekumpulan 30 individu membuat laporan polis di Johor Baru. Kumpulan ini juga siang-siang sudah membuat kenyataan bahawa mereka bukan dari mana-mana pertubuhan politik. Apatah lagi mempunyai hubungkait dengan Umno. Heran juga, mengapa Umno langsung tidak mahu terlibat dalam mempertahankan Sultan Johor.
Semalam, 5 Julai 2012, Uncleseekers akhirnya ditangkap di Senawang dan dibawa ke Johor Baru. Ada kawan-kawan bagi tau, Uncleseekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo. Ha.ha. Memang betul!!
Seronok ka kita bila Uncleseekers ditangkap? Memang seronok sebab blog-blog kita laris macam burger Ramly. Tapi lepas ni apa nak buat? Cukup ka dengan menceritakan apa yang berlaku keatas Uncleseekers?
Aku tengok Uncleseekers sebagai rakan blogger walaupun aku tak pernah jumpa dia. Dia mewakili suara rakyat yang menentang kezaliman pemerintah. Tak kira kita bercakap tentang kerajaan atau Sultan. Kalau sultan pun zalim…nak sembah buat apa? Orang Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutan tak ada pun Sultan…adakah depa hidup susah atau mati kelaparan? Adakah semua rakyat Johor hidup senang lenang sebab ada Sultan?
Dalam posting sebelum ini disini, aku katakan bahawa, blog Uncleseekers akan menjadi pemangkin kepada perubahan politik tanah air. Dan memang tidak dapat dinafikan, apa yang ditulis oleh Uncleseekers dipersetujui oleh sejumlah besar rakyat . Banyak Facebook dan blog yang menyokong Uncleseekers…malah sudah ramai yang menjadi Uncleseekers.
Semalam, seorang Uncleseekers ditangkap. Apakah kita mahu membiarkan Uncleseekers terus mati macam tu saja?
Bila aku tanya kat kawan-kawan, ada yang kata..”berani buat, berani tanggung la.”.
Serupa juga bila Perak dirampas oleh BN dulu, ramai yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Bila member kena tangkap..masing-masing lari. “Sendiri buat, sendiri tanggung la.”
Macam mana pulak kalau selepas ini, Nizar pulak yang ditangkap dan dibawa ke Johor.” Apakah kita juga akan berkata, “mampuih pi kat dia la.”?
Aku percaya, Uncleseekers akan menerima nasib macam mereka yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Tak ada ramai peguam yang berani tampil untuk membela mereka yang ditangkap kerana takut dianggap menderhaka kepada Sultan. Tambah-tambah lagi dalam kes Uncleseekers, jangan kata peguam..malah parti politik yang bercakap tentang menentang kezaliman pun tak berani nak tunjuk muka. Masing-masing akan mencuba menjaga imej..menjaga “hubungan baik” diantara parti dengan Sultan. Pirrrahh!!
Aku percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang tak perlu jaga nama baik parti. Aku juga percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang dah meluat dengan perangai Sultan dan Raja-Raja yang tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin umat Islam. Nak tunggu apa?
Kita semua Uncleseekers. Dan apabila seorang Uncleseekers ditahan kerana menyatakan kebenaran….apakah kita hanya duduk diam?
Pertama sekali, Uncleseekers memerlukan peguam. Kita perlukan solidariti untuk menunjukkan bahawa Uncleseekers tidak kesaorangan.
Mediaperak sanggup mencari peguam untuk membela Uncleseekers. tapi kami tak tau nak berhubung dengan sapa. Nak pergi Johor pun tak ada duit. Dengan sapa hendak berhubung?
Seseorang perlu melakukan sesuatu. Setiap bloggers dan Facebookers perlu mengambil tanggungjawab. Kita perlu membela Uncleseekers kerana kita semua Uncleseekers.
P/S: Walaupun kita mungkin tidak mengenali dan berlainan pandangan politik dengan uncleseekers, paparkan posting ini di blog tuan-tuan tanda solidariti.

05 Julai, 2012
Perak. PAS dan PKR akan tumpas jika terus kekalkan calon PRU12 yang gagal.
Pengundi berhijrah dari politik perkauman, kata penganalisis
KUALA LUMPUR, 4 Jul — Walaupun politik perkauman masih lagi menjadi sebahagian daripada lanskap politik Malaysia, pengundi telah menjadi semakin matang dan mula mengundi diluar garis etnik dan identiti, kata penganalisis politik.
Ini adalah respon kepada kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan mengenai trend pengundian berasaskan etnik yang akan berleluasa pada PRU 13 akan datang.
“Bukan isu perkauman tetapi isu seperti ekonomi, keadilan, media alternatif, rasuah dan anak muda, kata Datuk Dr. Mohammad Agus Yusof.
Merujuk kepada isu universal yang melangkaui batas etnik, Agus berkata kedua-dua pihak akan menghadapi cabaran dalam memenangi sokongan daripada pengundi Malaysia.
Faisal Hazis, ahli sains politik dari Unimas, berkata “politik perkauman telah lama wujud di Malaysia” dan ini adalah berpunca daripada “jenis polisi yang diamalkan oleh parti pemerintah”.
“Politik perkauman ditinggalkan secara perlahan-lahan.” kata Faizal dengan menambah “kemunculan politik baru yang bersifat pelbagai etnik” sepanjang dekad lalu dan bersetuju bahawa masyarakat sekarang membincangkan lebih banyak isu berbanding isu etnik.
Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS juga berkata:”Masyarakat sedang mencuba memikirkan siapa yang akan diundi, dalam proses membuat keputusan, mereka akan melihat isu berbanding identiti etnik.”
Walaubagaimanapun, beliau sedar tentang “semuanya berdasarkan perkauman. Pada saya, apa yang bakal jadi semasa mejelang pilihan raya adalah semua parti politik yang berasaskan perkauman akan memastikan semua isu bertukar jadi isu berlandaskan etnik”.
“Satu-satunya cara mereka wujud adalah berdasarkan pada perjuangan isu berkaitan dengan etnik, ini adalah apa yang mereka lakukan”.
Wan Saiful berkara, “wujudnya retorik tentang perlunya polisi pelbagai etnik” dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat tetapi mereka masih gagal untuk mempraktikkan secara realiti.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggagaskan polisi “1 Malaysia” untuk mengubah imej BN sebagai satu gabungan parti-parti berasaskan etnik, di mana Umno, MIC dan MCA adalah parti tunggak.
Pentadbiran Najib sudah membayangkan beberapa pelan yang akan memberikan manfaat kepada orang ramai tanpa mengira etnik, seperti voucer pelajar dan pemberian RM500 kepada rakyat yang berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Ketiga-tiga parti pembangkang – DAP, PAS dan PKR – berusaha keras untuk menunjukkan pendirian yang pelbagai kaum.
Wan Saiful kata semua parti politik “haruslah fokus kepada polisi untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya daripada sekadar berlandaskan kumpulan etnik”.
Dr. Mahathir pada awal minggu ini telah mengatakan BN berada dalam keadaan yang lemah setelah kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya MAc 2008 yang telah memaksa BN untuk memenuhi kehendak semua etnik.
“Dalam negara ini, sentimen perkauman semakin bertambah berbanding dahulu. Etnik akan menjadi isu paling utama dalam pilihan raya yang bakal datang. Siapa yang memberi apa, siapa yang dapat apa, kesemuanya akan berdasarkan perkauman. Apabila kerajaan menjadi lemah, ia akan memenuhi kehendak permintaan yang tidak akan membawakan manfaat kepada masyarakat dalam jangka masa panjang”, kata beliau.
Pada bulan Mac yang lalu, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkata: “Kita selalu mementingkan soal etnik. Sebab wujudnya kecenderungan parti-parti tertentu untuk mempergunakan isu-isu seperti ini sebagai satu cara untuk meraih sokongan kepada mereka tetapi ini telah menimbulkan masalah kepada kita”.
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/05/sudah-bersediakah-pr-menghadapi-gelombang-pengundi-muda/

04 Julai, 2012
UMNO sudah mulai guna senjata paling berkesan!
02 Julai, 2012
PAS akan kalah bila orang lama berfikir guna kepala lutut!
Hargai kehendak anak muda, jangan sekat
Salam,
Ada beberapa orang pengunjung Facebook jamaah yang meminta penulis sebagai admin menegur pemuda jamaah yang menganjurkan konvoi motorsikal sempena Xpresi Himpunan Anak Muda ke Putrajaya .
Mereka mungkin tak tahu penulis di luar negara.Walaupun di luar negara penulis ikuti perkembangan himpunan ini. Tahu betapa bersungguhnya kerja kuat pemuda jamaah kawasan untuk jayakan aktiviti ini. Hujah mereka konvoi itu adalah cara Umno, konvoi itu akan menakutkan pengundi kepada jamaah, konvoi itu melalaikan anak muda. Silaplah mereka berhujah dengan penulis. Penulis tanya mereka , bagi bukti konvoi itu cara Umno . Mereka tak dapat bagi bukti, hanya bagi tahu Umno suka buat. Penulis bagi tahu mereka, jiwa anak muda bukan sama macam orang tua. Jika mereka suka kepada konvoi , hargailah kehendak mereka selagi mereka dapat berkonvoi dengan berhemah tanpa memudaratkan orang lain.
Pengisian program Xpresi anak muda bukan hanya konvoi, tapi ada aktiviti lain yang bermanfaat . Ada demontrasi silat, taekwando, ceramah dari pimpinan yang banyak beri nasihat yang berguna kepada anak muda. Bukan senang anak muda boleh berkumpul untuk dengar pimpinan bagi pengisian. Inilah ruangnya, disamping mereka gembira berkonvoi, mereka juga dapat input-input nasihat dan motivasi yang diterapkan pimpinan jamaah. Berbeza dengan Umno. Selepas berkonvoi mereka dihiburkan dengan artis dengan nyanyian melalaikan.
Jika , jamaah suka mengongkong kehendak anak muda . Mereka akan memberontak, tidak puas hati. Lama kelamaan mereka akan lari aktiviti jamaah. Penulis ada pengalaman semasa PRU 2004. Pemuda jamaah adakan himpunan 1000 pemuda, memang yang datang lebih 1000 pemuda . Datang dengan motorsikal, berhimpun, baca ikrar dan selepas itu mereka mahu konvoi pusing kawasan. Penulis masa itu Timbalan Pemuda dalam masa yang sama SU jamaah kawasan. Pemuda jamaah penuhi kehendak anak muda ini , bukan sekadar penuhi tapi akan ikut sekali guna kereta . Minta mereka berkonvoi dengan baik tanpa buat provokasi. Memang ramai, memang bersemangat, bagi musuh memang mengerunkan. Konvoi berjalan dengan baik, tapi dalam masa konvoi hp penulis sentiasa berdering dengan pangilan daripada pimpinan kawasan dan mereka-mereka yang nak jaga sangat peraturan pilihanraya. Bukan hanya orang dalam kawasan. Tapi yang menyakitkan hati penulis, orang dari kawasan lain yang tak ada kaitan pun telefon penulis marah kerana benarkan konvoi. Penulis jadi sasaran kerana penulis SU jamaah kawasan. Alasan mereka , kalau jamaah menang pilihanraya itu. Calon akan dibatalkan kemenangan kerana konvoi itu. Penulis bagi tahu kepada yang marah-marah, jangan nak ikut sangat peraturan SPR. Kita lawan dulu bagi menang bila dah menang bukan mudah SPR nak batalkan kemenangan, kena masuk mahkamah dulu.
Bagi yang telefon dari luar kawasan.Penulis kata kepada mereka, ini kawasan penulis , penulis bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa. Alhamdulillah , tiada apa-apa pun yang berlaku. Semasa PRU 2004 , SPR banyak pinda undang-undang untuk memenangkan Umno/Bn. Namun, undang-undang yang mereka buat itu, mereka ubah ikut sesuka hati dalam masa pilihanraya. Kesannya, pembangkang yang terlalu ikut peraturan jadi mangsanya.
Dalam PRU2004 lah, SPR pada mulanya buat arahan tiada pondok panas. Tapi esoknya, Umno /Bn pasang pondok panas, pembangkang terkapai-kapai tiada pondok panas. Bila tanya SPR, SPR jawab arahan tiada pondok panas sudah dibatalkan.
Inilah padahnya, terlalu ikut peraturan yang dibuat oleh SPR. Jangan samakan jiwa orang muda dengan orang tua. Bila hampir-hampir dengan pilihanraya ini, anak muda yang menyokong jamaah di seluruh negara cukup bersemangat untuk menolong jamaah. Gunalah peluang ini untuk aktiviti yang memberi manfaat kepada mereka. Gunalah mereka untuk bersama mengerakkan jentera pilihanraya. Semasa mereka mahu bersama , gerak kerja pilihanraya akan lebih mudah dengan bantuan mereka. Selepas pilihanraya, semangat anak muda mula reda . Semasa itu, nak cari pemuda untuk datang aktiviti pun payah. Bukan mereka tak sokong, tapi mereka lebih memberatkan aktiviti harian mereka. Itulah anak muda …
sumber: tulahan@blogspot

Langgan:
Catatan (Atom)