Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 Julai, 2012

Kelantan. emas ganti minyak!

Setelah pihak UMNO yakin mereka berjaya memberi tekanan kepada kerajaan Kelantan dengan menyekat hasil minyak, kini mereka tergugat setelah Allah S.W.T mengantikan dengan hasil yang lebih berharga iaitu emas. Kini mereka sedang berusaha untuk menyekat hasil bumi yang baru ini. Lihat berita di bawah dan nilaikan sendiri.

KOTA BHARU 11 Julai - Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini terkejut dan tidak menyangka Kelantan yang dianggap negeri termiskin selama ini, sebenarnya mempunyai simpanan khazanah emas yang banyak.

 Menurut mereka, kegiatan haram itu seperti mana didedahkan oleh Utusan Malaysia hari ini adalah sesuatu yang mengecewakan. Justeru, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangani masalah berkenaan.

 Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, selain bertindak tegas menangani aktiviti perlombongan emas haram itu kerajaan negeri juga harus mendedahkan kepada rakyat kewujudan sebenar emas di negeri ini. "Saya pun tidak tahu selama ini Kelantan mempunyai emas, pembongkaran mengenai aktiviti perlombongan ini membuatkan saya kini tahu bahawa Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan hasil emas," katanya. Beliau berkata demikian mengulas pendedahan itu yang turut memaparkan bagaimana ia berlaku secara berleluasa di beberapa daerah di negeri ini.

 Antara kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut adalah di daerah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Kegiatan tersebut berlarutan sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Pas mengalami kerugian ratusan jutaan ringgit. Sementara itu, seorang peniaga Fauzi Baharudin, 30, berkata, Kelantan sebenarnya merupakan negeri yang kaya dengan hasil emas, namun rakyat tidak pernah mengetahuinya. Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mendedahkan kepada rakyat mengenai kewujudan emas di negeri ini memandangkan ia adalah sumber yang jarang ada pada mana-mana negeri. "Selama ini saya ingat Kelantan hanya mempunyai sumber minyak, tidak sangka rupanya ada lagi yang lebih besar iaitu emas," katanya.

 Di Gua Musang, penduduk di beberapa kampung yang terletak berhampiran dengan laluan masuk ke kawasan hutan yang menjadi lokasi aktiviti perlombongan emas haram mengakui tidak menyedari kewujudan sindiket berkenaan. Bagaimanapun, kata mereka, pergerakan keluar masuk jentera berat dan kenderaan pacuan empat roda yang banyak melalui kawasan itu kadangkala menimbulkan curiga. Seorang pekerja kilang balak yang enggan dikenali memberitahu, tidak jauh dari tempat beliau bekerja terdapat dua lombong emas yang diketahui berlesen. ''Tetapi di kawasan berhampiran ada juga aktiviti 'lain'... yang dilakukan secara bersembunyi. Selain lori tangki yang mungkin membawa masuk bekalan minyak ke lombong berlesen di situ, jentera berat yang sudah buruk juga kerap dibawa masuk ke kawasan berkenaan," katanya. Bagaimanapun, dia dan rakannya tidak pernah melihat sendiri aktiviti perlombongan haram kerana kawasan tersebut sukar dimasuki. "Kita ada dengar lombong tanpa lesen tetapi semua beroperasi jauh di belakang kawasan lombong berlesen. "Untuk masuk ke sana kena lepasi kawasan lombong besar tapi agak susah sebab itu kawasan berkawal," katanya.

 Sementara itu, pemilik restoran, Zakiah Jusoh, 45, berkata, kewujudan lombong emas haram di kawasan tersebut tidak diketahui kerana ramai menyangka lombong di kawasan itu semuanya berlesen. "Orang kampung mana tahu mereka ada lesen atau tidak. Kita ingat yang pakai jentera berat ini semuanya berlesen," katanya. Pekerja kilang papan, Mohammad Saamah, 65, berkata, aktiviti melombong secara haram di kawasan tidak harus dibiarkan dan pihak berkuasa perlu bertindak tegas. Selain mencuri hasil bumi milik rakyat, pengusaha lombong haram tersebut juga disyaki terlibat dalam aktiviti pembalakan haram atau kemusnahan hutan. "Negeri ini luas, mereka berani melakukan aktiviti seperti itu sebab tahu penguatkuasaan kita tidak cukup tangan. Jika perkara ini dibiarkan, kerajaan dan rakyat negeri ini akan lebih rugi," katanya.

 Sementara itu, sumber pihak berkuasa mengakui wujud kegiatan melombong emas tidak berlesen di beberapa kawasan di negeri ini seperti di Tanah Merah dan Sokor, Kuala Krai. Bagaimanapun, kata sumber itu, ia dilakukan secara kecil-kecilan menggunakan kaedah tradisional iaitu mendulang oleh penduduk kampung di sungai berhampiran. "Setakat ini, tiada laporan mengenai lombong emas haram diterima daripada mana-mana agensi kerajaan terbabit. "Kita juga tidak mengetahui kerja melombong emas tersebut turut melibatkan penggunaan jentera berat sehingga laporan disiarkan Utusan Malaysia hari ini," katanya.

 P/S: Diharap hasil emas Kelantan akan memberi hasil berlipat kali ganda daripada hasil minyak kepada kerajaan negeri.

2 ulasan:

anak jawa johor berkata...

Assalam . Kalu setakat mendulang aje, kerajaan Kelantan tak kesah kerana untuk rakyat aje. tapi kalu pakai jentera berat tu kena selidik lah, kerana yang buat tu mesti jerungx aje.

fidel castro berkata...

memang benar ada kegiatan melombong emas di tanah merah sebab mereka pakai lori aku untuk menghantar kontena mereka.