Hargai kehendak anak muda, jangan sekat
Salam,
Ada beberapa orang pengunjung Facebook jamaah yang meminta penulis sebagai admin menegur pemuda jamaah yang menganjurkan konvoi motorsikal sempena Xpresi Himpunan Anak Muda ke Putrajaya .
Mereka mungkin tak tahu penulis di luar negara.Walaupun di luar negara penulis ikuti perkembangan himpunan ini. Tahu betapa bersungguhnya kerja kuat pemuda jamaah kawasan untuk jayakan aktiviti ini. Hujah mereka konvoi itu adalah cara Umno, konvoi itu akan menakutkan pengundi kepada jamaah, konvoi itu melalaikan anak muda. Silaplah mereka berhujah dengan penulis. Penulis tanya mereka , bagi bukti konvoi itu cara Umno . Mereka tak dapat bagi bukti, hanya bagi tahu Umno suka buat. Penulis bagi tahu mereka, jiwa anak muda bukan sama macam orang tua. Jika mereka suka kepada konvoi , hargailah kehendak mereka selagi mereka dapat berkonvoi dengan berhemah tanpa memudaratkan orang lain.
Pengisian program Xpresi anak muda bukan hanya konvoi, tapi ada aktiviti lain yang bermanfaat . Ada demontrasi silat, taekwando, ceramah dari pimpinan yang banyak beri nasihat yang berguna kepada anak muda. Bukan senang anak muda boleh berkumpul untuk dengar pimpinan bagi pengisian. Inilah ruangnya, disamping mereka gembira berkonvoi, mereka juga dapat input-input nasihat dan motivasi yang diterapkan pimpinan jamaah. Berbeza dengan Umno. Selepas berkonvoi mereka dihiburkan dengan artis dengan nyanyian melalaikan.
Jika , jamaah suka mengongkong kehendak anak muda . Mereka akan memberontak, tidak puas hati. Lama kelamaan mereka akan lari aktiviti jamaah. Penulis ada pengalaman semasa PRU 2004. Pemuda jamaah adakan himpunan 1000 pemuda, memang yang datang lebih 1000 pemuda . Datang dengan motorsikal, berhimpun, baca ikrar dan selepas itu mereka mahu konvoi pusing kawasan. Penulis masa itu Timbalan Pemuda dalam masa yang sama SU jamaah kawasan. Pemuda jamaah penuhi kehendak anak muda ini , bukan sekadar penuhi tapi akan ikut sekali guna kereta . Minta mereka berkonvoi dengan baik tanpa buat provokasi. Memang ramai, memang bersemangat, bagi musuh memang mengerunkan. Konvoi berjalan dengan baik, tapi dalam masa konvoi hp penulis sentiasa berdering dengan pangilan daripada pimpinan kawasan dan mereka-mereka yang nak jaga sangat peraturan pilihanraya. Bukan hanya orang dalam kawasan. Tapi yang menyakitkan hati penulis, orang dari kawasan lain yang tak ada kaitan pun telefon penulis marah kerana benarkan konvoi. Penulis jadi sasaran kerana penulis SU jamaah kawasan. Alasan mereka , kalau jamaah menang pilihanraya itu. Calon akan dibatalkan kemenangan kerana konvoi itu. Penulis bagi tahu kepada yang marah-marah, jangan nak ikut sangat peraturan SPR. Kita lawan dulu bagi menang bila dah menang bukan mudah SPR nak batalkan kemenangan, kena masuk mahkamah dulu.
Bagi yang telefon dari luar kawasan.Penulis kata kepada mereka, ini kawasan penulis , penulis bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa. Alhamdulillah , tiada apa-apa pun yang berlaku. Semasa PRU 2004 , SPR banyak pinda undang-undang untuk memenangkan Umno/Bn. Namun, undang-undang yang mereka buat itu, mereka ubah ikut sesuka hati dalam masa pilihanraya. Kesannya, pembangkang yang terlalu ikut peraturan jadi mangsanya.
Dalam PRU2004 lah, SPR pada mulanya buat arahan tiada pondok panas. Tapi esoknya, Umno /Bn pasang pondok panas, pembangkang terkapai-kapai tiada pondok panas. Bila tanya SPR, SPR jawab arahan tiada pondok panas sudah dibatalkan.
Inilah padahnya, terlalu ikut peraturan yang dibuat oleh SPR. Jangan samakan jiwa orang muda dengan orang tua. Bila hampir-hampir dengan pilihanraya ini, anak muda yang menyokong jamaah di seluruh negara cukup bersemangat untuk menolong jamaah. Gunalah peluang ini untuk aktiviti yang memberi manfaat kepada mereka. Gunalah mereka untuk bersama mengerakkan jentera pilihanraya. Semasa mereka mahu bersama , gerak kerja pilihanraya akan lebih mudah dengan bantuan mereka. Selepas pilihanraya, semangat anak muda mula reda . Semasa itu, nak cari pemuda untuk datang aktiviti pun payah. Bukan mereka tak sokong, tapi mereka lebih memberatkan aktiviti harian mereka. Itulah anak muda …
sumber: tulahan@blogspot

Tiada ulasan:
Catat Ulasan