Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Ogos, 2012

SAMAN MALU : Utusan kalah dengan Nizar Jamaluddin.

Alhamdulillah. Pimpinan pelapis PAS yang cerdik ditemui!


Pagi ni aku menemui sesuatu yang menarik hati semasa meronda blog-blog. Posting dari blog sahabat Cenangau Daun Kari: Ebook Hudud – Nota Kecil Hudud kepada Non Muslim untuk disebar luaskan




selanjutnya

29 Ogos, 2012

Kenapa nasib Nasa menggusarkan UMNO?

Kenapa Nasharuddin Mat Isa jadi pujaan hati UMNO? Isi berita bukan masalah utama tetapi kenapa yang berkaitan Nasa menggusarkan UMNO seolah-olah nasib Nasa adalah ukuran nasib UMNO dalam PRU13!



Perak. Sambutan kemerdekaan yang meresahkan UMNO


Yang aku rasa menarik untuk diceritakan ialah Sambutan Hari Kemerdekaan di Negeri Perak. Bukan aku nak hipokrit. Aku nampak bahawa semakin lama semakin kurang Sambutan terhadap Hari Kemerdekaan terutamanya semasa tempoh penjajahan Syaitan…oppss…maaf…Dr.Mahathir. Tempoh Pak Lah pun begitu jugak. Tapi, aku masih ingat lagi sambutan kemerdekaan pada tahun 2008 di Ipoh. Semangat orang Perak/Warga Ipoh yang turun untuk memeriahkan Sambutan Kemerdekaan ke-52. Pada tahun 2009 pulak, Hari Kemerdekaan peringkat negeri Perak jadi kurang sambutan.

 Hangpa, jangan buat perkiraan berdasarkan mereka yang hadir pada ‘Merdeka Countdown’. Sebab, kebanyakkan yang datang pada ’Merdeka Countdown’ biasanya nak tengok bunga api je, terutamnya mereka yang ada anak-anak kecil. Kalau hangpa tengok ada remaja pada ’Merdeka Countdown’, aku berani kata kebanyakan daripada depa mai sebab tempat yang ‘professional’ untuk dating dengan awek atau geng Mat Rempit. Aku tak nak cerita pasal tahun-tahun lalu. Aku nak fokus tahun nie je. Seperti aku katakan tadi, aku pasti bahawa Sambutan Hari Kemerdekaan di Perak semakin hambar dan aku pasti bahawa perkara itu berulang lagi pada kali ini. Kenapa rakyat Perak macam tak nak sambut merdeka nie? Selaku orang Perak, aku pasti sebabnya ialah kerana rakyat Perak meluat dengan Kerajaan Kudeta umNO/BN. Bukan aku nak provok. Cuba hangpa pi tanya kat mana-mana penyokong Pakatan Rakyat atau pengundi atas pagar, Kalau Nizar masih lagi diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak, sudah tentunya penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi atas pagar sambut hari merdeka (walaupun Kerajaan Pusat masih lagi BN). 

Tetapi, apabila mandat yang diberikan oleh rakyat Perak kepada Pakatan Rakyat dinafikan oleh Rejim umNO/Zionis, maka rakyat Perak rasa benci dan rasa dihina sebagai warga Perak dan sebagai Rakyat Malaysia. Dengan adanya rasa benci dan terhina, siapa yang sanggup bangga dengan kemerdekaan yang diperolehi daripada British? Hangpa kena faham, ‘Hari Kemerdekaan’ ialah satu klausa populis untuk menutup segala perbuatan syaitan yang giat dijalankan oleh umNO dan Barisan Nasional. Bukan nak kata penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi atas pagar, orang umNO pun tak kibarkan jalur yang tak berapa gemilang.





Mungkin brother nie tunggu untuk mendapatkan bendera percuma di mana-mana Tol lebuhraya Utara-Selatan.
 



selanjutnya SINI

28 Ogos, 2012

Norazli Musa Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak? Patut la lembab!

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Nasharudin Mat Isa serta menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan dalam perjuangan Pas. “Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas,” katanya. Kenyataan terbuka Harun disifatkan sebagai tamparan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting. Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti.



Norazli Musa aka Li Pot

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Nasharudin serta menyifatkan beliau sebagai masih relevan dalam mempertahankan maruah Pas, walaupun kritikannya terhadap parti agak keras. “Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan. “Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti,” tegas Nor Azli. Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak itu turut menggesa Majlis Syura Ulama agar mengadili Nasharudin dengan sebaik-baiknya dan memberikan bekas Timbalan Presiden itu untuk memberi penjelasan.

 Selanjutnya SINI

UMNO berhenti memperolok takbir demi anak Mahathir!




(Satu masa yang baru lalu, orang Umno cukup suka dengan perkataan “takebeer” ni. Tiba-tiba semua senyap. Apakah ada rahsia disebaliknya? Mengapa blogger Umno dilarang menggunakannya? Apakah ia ada kaitan dengan perancangan San Miguel untuk menguasai pasaran beer di Malaysia?)

 Pertengahan 1980an dulu, aku memulakan perjalanan sebagai backpackers. Tapi dalam apa juga yang kita buat, kena belajar dulu..bukan boleh main redah saja. Bagi setiap backpackers, ada kitab-kitab yang perlu dipelajari. Ada banyak kitab backpackers dipasaran dan yang paling laris ialah keluaran Lonely Planets. Dalam kitab-kitab ini, kita boleh tau kat mana nak dapat hotel murah…kat mana nak dapat makan free dan macam mana nak tumpang kenderaaan.

Ada satu kitab yang aku cukup minat yang berjudul “Work your way around the world.” Dalam kitab ini, macam-macam tips boleh dipelajari macam mana nak survive ditempat orang. Sebelum kita sampai kesesebuah negara, kita kena belajar dan faham tentang ekonomi dan politik sesebuah negara itu. Mengapa Thailand menjadi tempat persinggahan pertama bagi backpackers dari Eropah dan Amerika? Apa yang perlu dilakukan ketika memasuki Malaysia? Apa yang perlu di buat sebelum bertolak ke India? Semua ini ada dalam kitab tersebut.

Tahun 80an, Malaysia lebih maju dari Thailand. Tapi Thailand mempunyai banyak perkara yang mana Malaysia tak ada. Thailand merupakan pusat penerbangan tambang murah masa tu. Aeroflot , SAS, Biman Air semuanya menawarkan tambang murah kemerata destinasi. Itu sebabnya mengapa Thailand menjadi landing point bagi backpackers yang mahu menjelajah Asia.

Perkara pertama bila sampai di Thailand ialah mendapatkan student card. Yang ni boleh dibeli dengan harga yang murah. Dengan harga sekitar RM40.00 kita boleh beli student card yang menunjukkan kita ni student kat Thammasat atau Chulalungkorn University. Dengan student card, kita boleh dapat harga hampir separuh dimerata-rata kafetaria ataupun untuk membeli tiket bas..ataupun bayaran masuk ketempat-tempat pelancungan. Bangkok juga merupakan tempat pengedaran ganja dengan harga borong yang paling murah. Tapi kena tau la kat mana nak dipasarkan. Kalau beli ganja di Thailand kemudian bawa masuk ke Malaysia..nak cari mati la. selanjutnya SINI

27 Ogos, 2012

Teknik mengenal SB dalam parti

Pertama sekali, kalau hangpa tau aku ejen perisik ..tak kira la ejen Umno atau SB polis, maka aku adalah ejen yang paling tak guna. Ejen yang paling baik ialah bila dia berjaya bergerak tanpa dikesan. Dan perkara paling utama yang ejen perlu jaga ialah glamer dan populariti. Sebab bila dah glamer, macam-macam cerita kita orang mula bongkar. Kalau ikut style KGB, the minute your identity is exposed..you’ll be shot dead.

So, the best agent is still in the party. Orang macam aku kalau jadi ejen..tak boleh cari makan sebab mulut capui dan gatai tangan.

Kedua, hangpa ingat lagi semasa krisis Raja-Raja Melayu zaman Mahathir dengan Anwar dulu? Bila berlaku krisis, Mahathir mengarahkan dibuat satu siri penerangan secara besar-besaran kepada rakyat. Lantas dicipta satu program yang dinamakan “SEMARAK bersama rakyat.” Hangpa tau sapa yang menguruskan program tersebut?
Dia adalah salah seorang Pengarah BTN… dan program SEMARAK telah berjaya menewaskan Raja-Raja Melayu.

Sebaik selesai krisis tersebut, Pengarah BTN yang bertanggungjawab untuk menganjurkan program tersebut telah dihantar untuk berkursus dengan CIA selama setahun.Sekarang…orang itu merupakan salah seorang pemimpin dan ahli Parlimen PKR.
Hangpa dok jaja aku ni SB la..ejen Umno la..tapi yang jadi ejen CIA jadi pemimpin.

selanjutnya SINI

18SX. Kerabat Diraja kita berkiblatkan England?



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi34aJSN9yxEIJwQyPC4Y0h7cmh5NRQBlV6cZTUe9dS7MqUsiIlorLwDIS6K2Y6EiPuTmLfekfSMrzHfYDl7_ixRxDYV74r421FH-JQqN3AIGzXpGCjUG2qmtvv6gcoMueWczG4H-1zCio/s1600/New+Picture+%252839%2529.bmp




Nantikan kisah benar Pesta Seks Diraja (Putera Diraja Malaysia) & beranikah media dan akhbar melaporkan seperti mana laporan skandal seks Putera Harry di Britain?
Walaupun budaya mereka tidak membataskan pesta seks seperti ini tetapi ianya tetap juga di paparkan kepada rakyat untuk menilai pihak istana. Bagaimana pula apabila ianya melibatkan Ketua Agama Islam Negeri/Negara di Malaysia? Fikirkanlah…

selanjutnya SINI

26 Ogos, 2012

Santai tapi serius. DUN-DUN negeri Perak yang berpotensi untuk dimenangi PAS dan PKR.

Data di bawah hanya mengambilkira pengundi Melayu, Cina dan India. Undi Asli dan Pos tidak diambilkira. Setelah dikira  dari sentimen semasa secara keseluruhan iaitu Melayu 36%, Cina 80% dan India 40% (lebih cantik jika mampu dapat lebih) maka peratus keseluruhan adalah seperti di ruangan berwarna kuning.
Kekurangan dan kelebihan adalah berdasarkan % undi yang diperolehi BN dalam PRU 12.



PKR= 12 DUN
PAS= 16 DUN (jika DUN Lintang diandaikan sebagai DUN PAS)
 
Baca selanjutnya di SINI

25 Ogos, 2012

Pimpinan PAS Perak wajib baca! Faktor-faktor penyebab kenapa PAS hanya menang 6 kerusi.

Umum mengetahui PAS memperolehi kerusi paling banyak di Perak tetapi merupakan parti dalam Pakatan Rakyat yang menang paling sikit. Walaupun memenangi kerusi paling sikit tetapi  dengan muafakat yang tinggi akhirnya seorang ADUN dari PAS telah dilantik menjadi MB iaitu Nizar Jamaludin. Dan orang PAS menyebut kerajaan Negeri Perak sebagai kerajaan PAS (ada akai ka?)
Ok. Lupakan perkara di atas dan mari kita perhatikan kedudukan populasi kaum di DUN yang telah dimenangi oleh PAS.

N11 Gunung Semanggol adalah istimewa. Di DUN inilah munculnya parti PAS! Bukan di Kelantan atau Terengganu! (cari sendiri sejarah asal usul PAS)
Majoriti pengundi melayu di sini sama seperti pengundi di Kelantan iaitu tingginya peratusan pengundi melayu meninggikan potensi untuk PAS menang!
Manakala di 5 DUN yang lain peratusan pengundi melayu adalah di bawah 75.3% jika DUN N08 Titi Serong dijadikan sandaran. Faktor kemenangan utama PAS di 5 DUN ini adalah faktor peratusan sokongan pengundi Cina dan India telah bertambah. (Tetapi PAS menwar-warkan pengundi melayu telah menyokong PAS!) Haiya!
Sebenarnya, dalam DUN yang ditandingi PAS terdapat DUN-DUN yang mempunyai peratusan pengundi hampir sama tetapi kalah (DUN mana cari sendiri!). Kenapa?
Setelah diselidiki, kisah-kisah di bawah ini mungkin dapt membantu sedikit sebanyak kita memahami kenapa PAS boleh kalah!
KISAH 1
Terdapat pimpinan atasan parti menampilkan muka mencuka setiapkali ada program bersama pengundi seolah-olah ada sesuatu yang beliau tidak berpuashati (Tak boleh ka nak berlakon sat?).
KISAH 2
Di satu DUN yang telah dimenangi ada ahli PAS menampilkan perlakuan yang sombong serta bertindak menghamburkan kata-kata tanpa memandang kiri kanan . Contoh: Terdapat sebuah surau di suatu Taman Perumahan kerap mengadakan majlis ilmu. Pengunjung terdiri dari pelbagai parti.  Sepatutnya bila bercampur gaul dengan pelbagai golongan ini, ahli PAS perlu menampilkan peribadi yang baik untuk menarik pengunjung yang berlainan parti meninggalkan parti mereka seterusnya turut menyokong PAS. Yang berlaku: Tanpa menghiraukan pengunjung, ada ahli PAS yang terus mengutuk UMNO sehinggakan jika ada yang tertarik untuk menyokong PAS lari semakin jauh!

selanjutnya SINI
 

22 Ogos, 2012

PAS Terengganu penghalang PR ke Putrajaya?

Oleh: MSK
.Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi meminta DAP menasihati Karpal Singh tentang isu hudud yang sentiasa menjadi duri dalam daging hubungan PAS dan DAP. Berita penuh boleh dilihat disini.  
Selepas ini, mungkin ada pula pemimpin DAP yang meminta pemimpin PAS supaya menasihati Nasharudin Mat Isa pulak. Apa kesudahanya.?
Ada blogger UG yang menyokong penuh tindakan Nasha… bertanya mengapa tak ramai yang mempersoalkan Karpal Singh. Bagi aku, kedua-dua pihak sama-sama bangang. Dan mungkin juga sama-sama nak jaga periuk nasi.
Bila aku kritik Pakatan, rama yang marah kat aku. Ada yang kata aku sengaja nak runtuhkan Pakatan. Ada yang kata aku ejen Umno. Ada yang kata aku SB.
Sebenarnya, nak runtuhkan Pakatan tak perlu ejen Umno atau SB sebab Pakatan akan diruntuhkan oleh pemimpin Pakatan sendiri.
Kita imbas kembali sejarah gabungan PAS, PKR dan DAP sejak 1999.
Dalam PRU 1999, Barisan Alternatif telah ditubuhkan yang dianggotai oleh PAS, PKN dan DAP. Dalam PRU tersebut, PAS dan PKN telah mendapat kemenangan yang memberansangkan tetapi DAP kalah teruk kerana undi Cina lari kepada BN. Orang Cina merasakan BN lebih baik daripada PAS dan menghukum DAP kerana bersekongkol dengan PAS.
Haji Hadi menjadi ternama kerana memimpin tatkala PAS berada dalam keadaan yang cukup kuat dan menguasai Kelantan dan Terengganu. Hj. Hadi bukan saja Presiden Pas, Mentri Besar Terengganu..malah menjadi Ketua Pembangkang.


Selanjutnya SINI

20 Ogos, 2012

Kenyataan broker UG belah sana pulak dah!

Kenyataan broker UG belah sana pulak dah!

0
0
  
Print Friendly



 
Selanjutnya SINI





Leader YUGI muncul akhirnya!

oleh: Sysop


Orang marah kat Nasharuddin Mat Isa bukan pasai dier bergambor dengan Najib Razak… Tapi pasai peel, sikap dan statement dier yang nampak sangat lebih UMNO dari orang UMNO…
Pasai tue la orang marah… Pasai tue la blogger semua kecoh… Pasai tue la penyokong dan pendokong PAS rasa kecik hati.. Rasa bengang…
Sebab cara yang ditonjolkan oleh Nasharuddin Mat Isa… Sebijik cara dan stail puak UG… Dan memang pon puak UG dok bekap Nasharuddin Mat Isa..
Tapi paling gua tak larat nak gelak biler gua dapat tau Ketua Dewan Ulama PAS pon dok bekap Nasharuddin Mat Isa…. Hahahaha…

Harun Taib suruh ahli parti jangan cepat melatah pasai kes Nasharuddin Mat Isa nih… Hahaha… Statement yang gua daha jangka dah…. Hahahaha… Bekap kena baik la bhai… Ini aper yang dibuat aderlah bekap baik punya…

lawati SINI

18 Ogos, 2012

Abdullah Sani Pengarah Pilihanraya. Selangor bakal terlepas!



Pada tahun 2010, Biro Pilihanraya PKR dibawah Fuziah Salleh menawarkan latihan pilihanraya kepada  semua Cabang PKR di Selangor, tapi  Haniza Talha sahaja yang berminat untuk mengetahui apakah yang dilakukan oleh SPR di Selangor.
Di DUN Taman Medan saja, jumlah Daerah Mengundi telah bertambah dari 11 Daerah Mengundi kepada 18!! Tapi seperti biasa, PKR Selangor dibawah kepimpinan MP Kuala Langat, Abdullah Sani sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri keras kepala seolah-olah mereka sudah mengetahui semuanya.

Baca keseluruhan artikel di SINI

16 Ogos, 2012

Apa itu UG? - pengenalan

Tuan-tuan…hari ni saya nak singkap satu sejarah … sejarah yang lama… berakar umbi sejak dari awal penubuhan PAS lagi… benda nih sebenarnya dah lama… cuma dari masa ke semasa ianya diperbaharui dengan iltizam dan semangat yang tinggi oleh pengamalnya yang semakin hari semakin ramai…. Mereka-mereka ini telah diindoktrinasikan dengan satu semangat… semangat keMelayuan… semangat ketuanan Melayu…. semangat bangsa…. dimana mereka menggunakan agama sebagai satu cover-up atas semangat keMelayuan dan ketuanan Melayu yang mereka amalkan dan bawa…
Pada asasnya … sememangnya adalah baik untuk mengasimilasikan semangat Melayu… kerana pada asalnya.. tanah ini Tanah Melayu…  tapi…itulah dia… Melayu kekal sebagai Melayu… walaupun bergudang-gudang kitab dibaca dan dihafaz… hasilnya kekal macam tue jugak… tak berubah…
Mereka-mereka inilah yang pada asalnya telah berusaha mencari jalan untuk bekerjasama dengan UMNO …. sejak awal lagie… walaupun telah berkali-kali dipermainkan oleh UMNO… tapi mereka-mereka ini masih tak sedar diri… masih sanggup dipermainkan… masih sanggup diperdajalkan… asalkan Melayu bersatu… pada mereka … jika Melayu bersatu …. semua masalah akan selesai… even isu Hudud pon boleh dilaksanakan…. Wei… saya nak ingatkan tuan-tuan semua!… kalu pon UMNO dan PAS bergabung bersama… UMNO akan pasti dan kekal pasti tidak akan menerima Hudud sebagai satu agenda nasional…

Selanjutnya SINI 

15 Ogos, 2012

Najib mintak tolong Mufti Mekah. Nasa jadi broker.


  
Oleh: MSK


Semalam, gambar ni banyak di kopipes kebeberapa blog dan FB. Ini bukan gambar dalam mesyuarat rasmi atau majlis-majlis kerajaan, tapi sembang santai. Yang buat gambar ni hot adalah kerana ada sorang mamat pakai kopiah transformer sebelah Najib tu.
Aku tak minat dengan Mamat kopiah transformer tu. Yang aku minat ialah apa yang dibincangkan. Apa yang aku nampak dalam gambar itu ialah satu konspirasi. He.he…ini bukan konspirasi Illuminati tapi ada la sikit-sikit macam konspirasi Yahudi.
Apa yang disembangkan oleh Najib dan dua orang lagi tu hanyalah sembang santai. Najib bagi tau, “Raya nanti hangpa mai la rumah aku!!” Tok Arab tu pun jawab, “Insyaallah..kami Raya dulu kat sini, lepaih tu kami pi sana la.”
Tup-tup..habih saja bersembang, Najib pun panggil wartawan dan buat sidang media.” Ulama tersohor Arab Saudi puji kerajaan Malaysia.” Fuiyo!!
Wei..kalau Tok Arab tu yang cakap dalam sidang media, kot-kot aku boleh percaya, tapi kalau Najib yang cakap bagi pihak Tok Arab tu, sikit pun aku tak percaya. Semuanya boleh di auta.
Mahathir dulupun sanggup bayar duit juta-juta nak jumpa Presiden Amerika. Entah apa yang depa sembang, kita pun tak tau. Tup-tup, lepas habih sembang, tangkap gambar sama-sama, Mahathir pun panggil wartawan.
“Amerika menyokong tindakan Malaysia menggunakan ISA untuk membenteras pengganas Islam.” Fuiyo…Mahathir memang terrer, tapi bila Najib pun nak buat taktik macam tu..dah basi la.
Aku dok cari kot-kot ada Tok arab tu yang caakp depa puji Malaysia, sama ada kat laman Umno atau Malaysiakini…tapi yang ada hanya Najib yang cakap.
Itu intro saja…bukan isu yang aku nak cakap. Sebelum hangpa baca seterusnya, cuba tengok gambar dibawah ini pulak.

Gambar Haji Hadi di Mesir inilah yang meneybabkan mengapa Najib terpaksa mencari peluang untuk berposing di Makkah dengan Tok Arab Saudi. Manakala Tok arab di Makkah pula seronok dapat duduk dengan Najib sebab depa memang memerlukan sahabat untuk menjaga kepentingan monarki Saudi.
Gambar Haji Hadi di Mesir telah menaikkan imej PAS didunia Islam. Pas diterima oleh Ikhwanul Muslimin.
Apa yang ramai orang tak tau, Arab Saudi tak suka Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin kumpulan rebel…kalau dibiarkan, silap-silap boleh terhapus Raja Saudi.
Semasa pilihanraya Mesir selepas tamat revolusi Jasmin, Arab Saudi telah menghantar sepucuk surat kepada dutanya di Kaherah untuk memastikan Mohamed Morsi tewas dalam pilihanraya.

Dokumen rahsia terpenting mengenai komplot menteri luar Saudi, Saud bin Faisal bin Abdul Aziz untuk menghalang kemenangan calon Islam dalam pilihanraya berjaya diperolehi agensi berita Al-‘Alam.
Al-‘Alam telah mendedahkan salinan surat dokumen tersebut di laman sesawangnya pada hari Sabtu lalu.
Surat yang telah dikirim oleh Faisal ke kedutaan Arab Saudi di Kaherah itu mendedahkan usaha Riyadh untuk menghalang kemenangan Islam dalam pilihanraya presiden.
“Dengan ini ditegaskan bahawa kami penjaga Haramain yang mulia, meminta anda berusaha sepenuhnya untuk menghalang kemenangan calon Islam terutamanya Mohammed Mursi,” menurut surat tersebut.
Antara lain ia turut menyatakan sebagai ‘Ikhwanul Muslimin ancaman sebenar kepada Arab Saudi’ dan ‘Kita tidak mahu mereka berkuasa’.
“Jikalau tidak, kita akan kehilangan kedudukan memimpin dunia Arab dan Islam,” tambahnya lagi.
Ikhwanul Muslimin Mesir mengumumkan bahawa calon Mohammed Mursi telah berjaya memenangi kebanyakan undi pilihanraya pusingan pertama minggu ini dengan lebih 25% undi.
Menurut laporan Reuter, keputusan pusingan pertama pilihanraya presiden Mesir menunjukkan calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi dan bekas ketua tentera udara Ahmed Shafiq menduduki tangga teratas dengan undi masing-masing berjumlah 5,553,097 dan 5,210,978.
Hasil keputusan rasmi tidak akan berakhir pada Selasa ini untuk membolehkan jawatankuasa pilihanraya mendengar aduan dan permohonan tentang undi. (Kredit kepada Ibnu Azmi)
Okay..apa konspirasinya?

selanjutnya SINI



12 Ogos, 2012

Terkini! Berita yang meresahkan serpihan UG!

KOTA MARUDU, 12 Ogos — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menerima seorang lagi pemimpin senior Barisan Nasional (BN) Sabah — Senator Datuk Maijol Mahap — sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti pemerintah di negeri itu.
Mahap, naib presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.
Majlis itu dihadiri oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Kota Kinabalu dari DAP Hiew King Cheu, pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan timbalan pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Parlimen Kota Marudu kini dipegang oleh menteri persekutuan, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), rakan UPKO di BN Sabah.
Dalam ucapannya, Maijol  berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia.
Keputusan pilihan raya 2008 BN hilang dua pertiga majoriti dan terus berkuasa kerana diselamatkan oleh kerusi parlimen di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.
“Bagi saya, semua ini berlaku dan akan terus berlanjutan kerana satu faktor dan faktornya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dia telah mencipta satu semangat untuk berubah di Malaysia dan ini akan mencetuskan sistem dua parti dan saya menyokong perkara ini,” katanya lagi.


selanjut: SINI 

10 Ogos, 2012

Misteri Altantuya: Siapa sebenarnya PI Bala?

Pada mukasurat 4 dari dokumen 146, salah satu daripada 153 dokumen yang diserahkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat kes kapalselam Scorpene, polis Perancis berkata,

“Dalam bab yang bertajuk “Rakan Niaga”, Didier Arnaud berkata, “Pada 1 Ogos 2000, kami menandatangani satu kontrak usahasama dengan Thomson International Asia memperincikan tanggungjawab masing-masing. Apa saja pun persepsi tentang perjanjian tersebut, yang pasti ianya perlu diwujudkan untuk memastikan kejayaan operasi tersebut. Pengurusan Perimekar telah berubah sepanjang tahun lalu , dimana Tan Sri Razali dan kumpulan Pintar telah disingkirkan, manakala Suhadi bin Sulaiman, Rosli Rahman dan BALA SUBRAMANIAM mengambil alih pengurusan Perimekar. Perimekar juga disokong oleh Ismail Noor yang menyingkirkan Jasbir Chahl.
Kalau kita masih ingat, Cynthia Gabriel dari SUARAM mendedahkan nama Jasbir Singh Chahl pada 16 Jun 2012 dalam laporan berikut..

Selanjutnya  SINI

PRU13 September . Pakatan siap sedia?


Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September




PETALING JAYA- Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya. "Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini. "Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi. Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif. "Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu. "Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya. Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS. "Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut. "Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi. Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR. -harakahdaily

P/S: Siap sedia tang mana weii?

09 Ogos, 2012

Pesta Seks Seorang Raja

Raja sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan diamanahkan kepada mereka menjaga kesucian agama Islam.Dimanakah dan benarkah kesucian Islam terjaga dan adakah mereka berkelakuan sebagai seorang Islam yang sebenarnya?
Tidak berniat menuding jari kepada semua raja-raja tetapi bukti berupa gambar yang anda lihat tidak seteruk mana mata kami melihat dan teramat memalukan dan menjijikan untuk dipertontonkan kepada semua. 
Walaupun begitu kesedaran harus wujud bahawa masyarakat & rakyat Malaysia jemu dengan mainan kata-kata dan berlagak seperti Khalifah Islam oleh mereka dan kononya menjaga kesucian Islam tetapi kerana mereka juga terpalit hina kesucian Islam.

Satu Contoh dari Beratus Keping Gambar Pesta Seks & Arak
Nantikan pendedahan siapakah lelaki yang terlondeh seluarnya dan aksi sebenar beliau.
Walaupun ada raja yang tidak terlibat dalam skandal dan menjalankan tanggungjawab mereka sebgagai Ketua Agama Islam Negeri mereka.Tetapi lebih ramai Raja dan bakal raja yang bersifat kurang senonoh yang bakal menduduki Jawatan Tertinggi Ketua Agama Islam di Malaysia.
Memandangkan ianya bulan ramadhan, maka kami tidak akan  mendedahkan  bukti bergambar (18SX) seperti Pesta Seks melibatkan Raja & rakan-rakannya dalam keadaan yang mabuk, Raja berkelakuan seperti seorang "Gay" dan lain-lain lagi. 
Nantikan pendedahan seterusnya yang bakal membuka mata rakyat Malaysia dan kita hanya akan malu tertunduk menyembah manusia bergelar raja yang bersifat seperti itu.
Jelas mereka adalah golongan yang berpura-pura memelihara Islam tetapi adalah perosak kesucian Islam itu sendiri. 
 
Artikel barkaitan SINI

Lawati sumber di SINI

Mufti Pahang desak jangan sokong parti tak sokong ISLAM!






 Mufti nak hasut pengundi jangan undi UMNO kot?
UMNO PUN TOLAK HUKUM ISLAM!

08 Ogos, 2012

Mediaperak kembali pulih!

Wassatiyah. Demi Israel, Malaysia hentikan eksport minyak sawit ke Iran!





Reuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.

Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan.

Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah Negara Islam yang seperti juga Malaysia?

Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.

Jika benar sekalipun Iran merancang untuk membina senjata Nuklear, Negara yang paling terancam ialah Negara haram Yahudi iaitu Israel.

Ini kerana Iran pernah mengugut untuk memusnahkan Negara haram tersebut.

Dalam hal minyak masak ini.. jelas demi Israel, Malaysia telah menyekat penghantaran minyak masak tersebut kepada Iran..

Ini kerana menurut Chegu Bard .. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. Beliau yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini beliau cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

Kenyataan media sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Jika bukan kerana Malaysia lebih mendahulukan Israel dari Iran yang merupakan Negara Islam, mungkin juga minyak kelapa sawit keluaran Malaysia dikawal pengedarannya oleh Israel.

Dakwaan Israel Funding Corp. yang mengatakan mereka adalah pihak yang diberikan mandate dan telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030 - sepenuhnya sila baca di (Sini)


07 Ogos, 2012

Tema Hari Kebangsaan. Mengapa Kedah mengasingkan diri?

Sejurus PRU12 disahkan menang di Kedah Darul Aman mempunyai kerusi DUN sebanyak 36 kerusi. Dari bilangan tersebut, 16 kerusi adalah dimiliki oleh PAS, 4 kerusi PKR, 1 kerusi DAP dan 1 lagi kerusi BEBAS. Namun selepas beberapa ketika 2 kerusi telah hilang di Kedah dari PKR

Ini bermakna PAS Kedah adalah satu parti yang agak dominan didalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Situasi ini sebenarnya telah membuatkan beberapa pihak yang sebelum ini kurang yakin akan kemampuan PAS di Kedah untuk memegang kuasa majoriti telah terkejut dan mereka kini telah berada dilingkungan kuasa.

Atas keterujaan mendampingi lingkungan kuasa mutlak untuk mentadbir negeri, kumpulan ini (saya gelarkan Kumpulan XX) telah mula mengeluarkan beberapa "statement" yang memperlihatkan status dominan yang mereka sedang kecapi. Pada masa tersebut, arahan telah dikeluarkan oleh PAS Pusat supaya PAS Kedah mengambil sikap bekerjasama dengan baik bersama-sama rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan DAP.

Namun, ada suara-suara sumbang dari kumpulan XX ini yang kurang bersetuju dengan arahan tersebut dimana mereka seakan-akan mengeluarkan satu konsensus bahawa Kerajaan PAS Kedah akan beroperasi secara autonomi. Memang benar, MB Kedah mempunyai kuasa menentukan hala tuju negeri. Namun demi kesepakatan dan plan jangka panjang, MB Kedah perlulah menerima pakai aturan dan persetujuan konsensus dari PAS Pusat.

Kemelut pertama yang berlaku sebenarnya bukanlah pada isu KUIS, akan tetapi sebenarnya bermula dari pembentukan kabinet Kerajaan Negeri lagi seawal penubuhannya selepas PRU12. Ada pihak diperingkat PAS Pusat yang mengesyorkan bahawa PAS Kedah melantik ADUN DAP dan ADUN PKR sebagai EXCO.... namum PAS Kedah beranggapan bahawa adalah tidak perlu melantik ADUN DAP sebagai EXCO kerana DAP hanya memenangi satu kerusi sahaja.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang juga berbuat demikian keatas ADUN PAS. Perkara ini saya bersetuju. Sewajarnya kedua-dua Kerajaan Negeri mengambil inisiatif melantik wakil walaupun seorang dari parti gabungan Pakatan Rakyat sebagai EXCO.

Bertitik tolak dari ini, maka berlakulah beberapa perkara dan insiden yang menyebabkan PAS Kedah kelihatan seperti tidak selari dengan PAS Pusat dan konsensus Pakatan Rakyat. Ini semua kerana MB Kedah benar-benar ingin mengoperasikan Kedah secara autonomi. Malah kumpulan XX ini kerap mendesak Azizan Razak supaya mengekalkan corak ini. Ini memperlihatkan seolah-olah Kerajaan PAS Kedah bukan Kerajaan PR (Pakatan Rakyat).

Kumpulan XX ini lebih kepada mengambilcara konsep ketuanan Melayu dalam segala urusan. Malah kalau dilihat daripada impak dan kesan yang berlaku, kumpulan XX ini tidak langsung mahu menerima pakai apa sahaja yang diwarwarkan dalam Buku Hijau. Sikap merasakan bahawa PAS mampu untuk mengekalkan kuasa kerana pernah menang majoriti di Kedah pda PRU12 nampaknya seakan menebal. Malah ada juga cakap-cakap bahawa dengan hanya undi dari orang Islam sahaja sudah cukup untuk memberikan PAS kuasa di Kedah.

Sindrom ini dulunya pernah menguasai PAS Terengganu malah sehingga kehari ini ianya masih membekas. Ini kerana bagi kedua-dua negeri ini, peratusan orang Melayu agak tinggi. Adalah bernasib baik sindrom ini tidak menjangkiti PAS Kelantan. Terlalu ramai orang-orang didalam PAS yang sebenarnya teramat perkauman malah terlebih perkauman berbanding UMNO.

Mereka ini tidak sedar bahawa segala tindakan mereka dilihat oleh semua pengundi yang ada diluar sana. Kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU12 bukanlah semata-mata hasil dari undi rakyat yang menyokong penuh Pakatan Rakyat, namun sebenarnya undi terbesar datangnya dari orang-orang yang diatas pagar yang melihat peluang untuk mengajar UMNO/BN adalah dengan cara mengundi parti lawannya.

Selagi mana ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang terlalu yakin akan kekuatan PAS bersendirian, selagi itulah PAS tidak akan kemana. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Terengganu. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa PAS kalah di Terengganu pada PRU11 adalah kerana pengundi hantu, saya sama sekali tidak bersetuju sepenuhnya.

Ini kerana hasil kajian dan pemerhatian saya, didapati sikap ahli-ahli PAS sesusah PAS menang dan memerintah negeri Terengganu Darul Iman lah yang menyebabkan PAS Terengganu hanya mampu memerintah Terengganu satu penggal sahaja. Sikap "over confident" dan "besar kepala" telah mendarahdaging didalam PAS Terengganu sehinggakan menggangap bahawa rakan gabungan Pakatan Rakyat adalah sampah.

Inilah juga sindrom yang kini sedang melanda PAS Kedah dan anda jangan terkejut jika saya katakan bahawa kumpulan yang sama berada di kedua-dua negeri. Mereka-mereka ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar. Malah mereka juga mempunyai jangkauan sehingga keluar parti dan ada yang bersahabat dengan pimpinan UMNO. Dalam banyak kes, maklumat dalaman Parti ada yang tersasar keluar terus ke dalam parti lawan hasil dari "mulut tempayan yang susah ditutup".

Kesimpulannya, apa yang anda sedang lihat kini sebenarnya hanyalah kurang dari 20% daripada apa yang sebenarnya berlaku disebalik tabir. Walaupun saya ada mempunyai beberapa maklumat yang agak tepat dan konkrit, namun kekhuatiran bahawa saya akan dituduh sebagai agen UMNO/BN adalah tinggi. Ugutan demi ugutan pernah dan berterusan saya dapat daripada pihak-pihak yang semakin panas dengan pendedahan sedikit demi sedikit yang saya pamerkan.

Inilah masalahnya bila ada pimpinan Parti yang didepan cakap lain, dibelakang cakap lain.

02 Ogos, 2012

UMNO mulai sedar kepentingan calon muda. PAS? PKR?

Hmm… walaupun aku ABU, part ni aku setuju dengan Khairy Jamaludin.

P/S: Average pengundi bawah umur 49 tahun 54%. DAP memang ramai calon muda. PAS? PKR? kalau kalah lagi jangan habaq aku tak bagi pandangan dan nasihat! Jangan ingat jawatan hangpa besaq dalam parti jadi tiket hangpa untuk besaq kepala!

Rais Yatim dah mula risau!

Rais Yatim risau sambutan kemerdekaan tajaan UMNO tak dapat sambutan. kih kih kih!


P/S: Sebutan kerajaan untuk UMNO dan pembangkang untuk Pakatan Rakyat sudah cukup untuk membuat rakyat menyampah dan muak.